Bab 37

Romance Completed 33336

Bab 37

ARUS deras yang keluar dari muncung paip ditakung dengan tapak tangan
lalu aku raup ke wajahku. Air ditakung lagi, wajahku dibasuh. Dan
begitulah seterusnya selama beberapa kali. Bibir bawahku digigit. Aku
kena berhenti menangis. Mata dipejam rapat, tapak tangan bertemu muka.
Nafas yang tersedu sedan cuba dikawal.

Sedut.

Hembus.

Cermin besar yang tergantung pada dinding menjadi tatapan utama.
Pantulan wajah aku kelihatan pada cermin tersebut. Muka aku, basah.
Mata aku, berkaca. Kulit aku, merah. Rasa macam nak cakar muka
sendiri. Buat apa aku menangis? Serius Lia? Kau menangis sebab benda
macam ni?

Dan akhirnya, tangisanku berhenti dek sindiran sendiri.

Good. Now this is the real Camelia right? Dalam diam, hatiku
mengiakan. Chill. Apa hal aku nak beremosi bagai? Bermanfaat? Jauh
sekali. Permainan perasaan. Itu hakikatnya. Aku diuji dengan permainan
perasaan. Biasalah kalau kena marah kan? Apa ada hal. Aku lap muka
guna lengan baju. Rambut pendekku dilurut ke belakang. Lantas, aku
keluar dari tandas.

Benteng dipasang kukuh agar hati ini tidak roboh andai dihentak dengan
apa saja bentuk 'serangan' nanti. Persediaan? Mungkin.

Beberapa langkah dihayun, kakiku berhenti menapak. Oh tidak. Perut aku
mula terasa sakit. Badan belakang aku rasa macam lenguh. Dada jadi tak
selesa. Tekak pun jadi mual. Crap. I swear i hate this. Nafas ditarik
dalam lalu dihembus semula. Beberapa kali ia diulang agar perut lebih
selesa dan ketidakselesaan yang aku rasakan sekarang akan hilang.

Malang, usaha itu gagal.

Ulu hati sakit lagi. Aku rasa macam nak sendawa, tapi tak boleh.
Seolah-olah ada benda yang halang. Aku dah cuba paksa nak bagi sendawa
juga. Tapi tak boleh, malah ulu hati aku sendiri yang sakit. Sial
betul. Tak selesa! Tak tunggu lama, aku terus lari mendapatkan tandas
semula.

"Bluek! Bluek!"

Sumpah. Tekak aku sakit gila. Perut aku semakin lama semakin menolak
isi perut. Kedengaran lagi bunyi aku memuntahkan segala isi yang ada.
Air yang mengalir, aku takung. Dibasuh mulutku yang terasa kotor
kerana muntah tadi. Turun naik dadaku dek kepenatan. Ingat tak penat
ke muntah? Masa muntah tak bernafas tahu tak? Kalau tengah muntah
bertubi-tubi macam tadi? Tak ke tercungap?

"Bluek!"

Argh. Ada lagi. Buat ke sekian kalinya, tekakku yang mual ini menyalur
keluar isi muntah yang separa cecair itu. Bau jangan cakaplah. Orang
yang pernah muntah memang hafal dah bau dia. Termasuk aku. Bibir
dibersihkan dengan air. Hujung lengan baju, aku geselkan pada mulut.
Kotor? Basah? Lantak. Perut rasa ringan sikit. Tapi dada masih tak
selesa. Nak keluar, keluarlah semua. Tak payah kut seksa tekak aku?
Pedih siot.

Dan bagaikan memahami kata-kataku, perutku menolak lagi.

"Bluek! Uhuk uhuk! Bluek!"

Kali ini batuk datang menyinggah. Makin pedih gamaknya tekak ini.
Haih. Perut ditunjal, dada diurut. Aku muntah lagi. Muntah, muntah dan
muntah. Lagi, lagi dan lagi. Sampailah satu ketika aku jadi lemah.
Mungkin sebab tak ada tenaga? Perut aku kini kosong sekosong
kosongnya. Dada semakin selesa. Tekak tidak lagi mual. Tapi sekarang
jadi pahit pula. Setelah yakin tiada lagi isi yang boleh dimuntahkan,
aku berkumur-kumur. Usai bergurah, aku keluar. Lega. Wajah diraup
beberapa kali. Lembik pula badan ni aku rasa. Sesekali, mulutku
ternganga dek menguap. Mengantuk. Jam dilirik. Satu setengah pagi.

Tiba-tiba aku terlanggar seseorang.

Automatik aku menoleh ke arah misi itu dan memohon maaf. Fokus Lia.
Bisik hatiku sendiri. Kedua-dua misi itu angguk dan berlalu. Eh tadi
bukan seorang ke? Kenapa sekarang jadi tiga? Bayangan misi tadi
berubah-ubah. Mula-mula seorang, kemudian jadi dua. Selepas itu jadi
tiga tapi nampak macam dua pula? Kepala aku pening. Argh aku salah
tengok ke? Akhirnya, semua jadi kabur dan aku tak nampak apa-apa.

*

TELINGA aku menangkap suara asing yang kedengaran seperti langau.
Bising. Tak fikir ke aku nak rehat? Nak tidur? Bangang. Lantas, aku
cuba bangun. Eh apa hal berat sangat kepala aku ni? Rasa macam pening
lalat. Tangan aku kenapa sakit semacam ni? Walaupun rasa kantuk masih
bersisa, aku paksa juga kelopak mata ini dibuka. Cahaya ruang itu
menyilaukan mata. Dikerdipkan beberapa kali barulah aku berjaya buka
mata. Tangan diangkat sedikit ke udara. Jarum? Wayar apa pula yang
bersambung dengan tangan aku ni? Tatkala itulah aku nampak beg air
yang tersangkut pada.. err tiang besi kut? Ah lantaklah apa nama
sekalipun. Tak, kenapa perlu 'transfer' air masuk ke dalam badan aku?
Aku sihat okey.

"Kak, apa jadi ni?" Soalan itu aku tanyakan kepada seorang misi yang
sedang menulis sesuatu. Laporan kesihatan ke? Tak tahulah aku. Lantak
dia. Kakak itu senyum.

"Adik pengsan sejam lepas. Adik tak makan ke? Adik ada gastrik kan?"

Banyak pula soalan dia haih. Damn ni kenapa kepala aku tiba-tiba sakit
ni? Ada visual tak jelas terlayar di fikiran aku sekarang. Tapi aku
tak tahu visual apa. Ah nama pun tak jelas kan? Cuma ada suara lain
yang menyebut perkataan 'adik'. Keramat sangat ke perkataan ni? Argh
sakit! Tanpa sedar tangan aku sudah pun memegang kepala. Mata pula
terpejam rapat.

"Adik? Adik okey ke?"

Zuff!

Tersentak, semua visual dan suara pelik dalam kepala aku hilang serta
merta. Aku nampak kakak misi itu macam terkejut sikit. Pelik tengok
aku barangkali?

"Lama lagi ke saya kat sini?"

"Eh tak lama pun. Pagi nanti boleh keluar dah. Adik dah boleh call
family adik untuk inform dia orang. Tu handphone adik," jarinya
dituding ke arah almari mini sebelah katil. Eh sekejap. Dia kata apa
tadi? Tak lama? Pagi nanti boleh keluar? Hm ya ya. Tak lama. Sekarang
dah nak dekat tiga pagi. Nak tunggu sampai pukul tujuh karang memang
sekejap pun kan? Tidurlah. Apa susah? Akalku bercadang. Ah aku kalau
dah terjaga memang payah tidur balik. Dengan situasi bertiub wayar
segala bagai. Tak selesa siot. Haih. Kenapa aku rasa macam lupa
something? Hm perasaan saja kut? By the way, aku nak call mummy ke tak
eh? Nanti dia risau pula. Lagi pun aku boleh keluar dah pukul tujuh
nanti. Balik dengan Rayyanlah.

Gotcha.

Rayyan!

Patutlah aku rasa tak kena. Hesy macam mana dia sekarang? Okey ke?
Raisya dah habis pembedahan ke? Dia tahu tak aku kena tahan kat wad?
Ke dia tak hairan langsung pun? Eh apa hal macam jauh hati saja
bunyinya? Aku kecil hati ke kalau dia tak tahu? Takkan hal macam ni
aku nak terasa kut? Argh banyak pula soalan dalam kepala ni. Aku benci
betul dengan soalan.

Nak pergi jenguk dia ke tak payah?

Hatiku berbelah bahagi. Agak-agak dia marah aku lagi tak? Haih. Bila
teringat balik dia marahkan aku, sebal pula hati ini. Aku cuma ajak
makan kut weh. MAKAN bukan pergi main funfair sampai dia tengking aku
macam tu. Argh panas hati! Hanya sebab budak Raisya itu, dia jadi
emosi macam tu.

Wow, hold on.

Apa hal aku salahkan Raisya dalam isu ni? Aku yang kena marah, aku
salahkan budak tu pula? What the hell is wrong with me? Aku tak
cemburu kan? Tak, tak. Aku cuma terikut amarah saja. Sendiri tanya,
sendiri jawab.

"Kak, saya nak tengok kawan saya boleh? Dia kat depan bilik bedah."
Soalanku menghentikan langkah dia. Kakak itu senyum lagi. Murah betul
dia sedekah senyum. Kalau akulah, heh kenal baru senyum.

"Tak boleh dik. Kalau air dah habis masuk dalam badan, baru boleh
keluar. Nanti akak bawa makanan, adik kena makan tau? Biar ada tenaga
sikit. Pucat akak tengok muka adik. Makan tak malam tadi?"

Panjang pula kakak ni balas. Aku geleng saja. Makan ceruk mana?
Planning nak pergi dinner kononnya Rayyan ajak date. At the end
termangu kat sini tunggu Raisya. Dan aku sendiri yang terlantar kat
wad sekarang ni. Ceh.

"Patutlah. Kan dah kena gastrik? Nanti adik jaga pemakanan ya? Jangan
lupa waktu makan. Nanti takut harmful kat diri adik sendiri kalau tak
halang gastrik ni. Teruk kang, lagi susah tau. Okeylah, akak buat
kerja dulu. Bye adik Camelia!"

Nah. Dia ceramah aku panjang berjela tiba-tiba bye terus. Siap dengan
nama lagi. Senyumannya aku balas seikhlas mungkin. Peramah betul kakak
ni. Ceria pula tu. Alaa lupalah tanya nama dia.

Tak sedar bila, aku terlena.

*

"ADIK? Adik? Bangun dik."

Tubuh diregangkan. Huargh! Makhluk mana kacau aku tidur ni? Aku simbah
pakai asid kang menggelupur.

"Morning adik Camelia! Bangun makan dulu okey? Adik dah boleh discharge."

Oh, kakak misi yang peramah tu. Aku mengukir senyum.

"Morning kak. Oh okey. Erm nama akak apa?"

"Panggil kak Nana," ujarnya sebelum beredar lagi. Makanan hospital
yang tersedia di atas dulang tersebut aku tatap dengan perasaan yang
kosong. Makanan hospital tak sedap! Aku dah pernah makan, semasa aku
sakit dulu. Alaa terpaksa juga makan sebab nak jaga hati kak Nana dan
sebagai alas perut.

Usai makan, aku buat keputusan untuk berjumpa dengan Rayyan. Lagi pun,
isu dia marah aku tu dah lepas kan? Biarlah berlalu. Aku mengikuti
lorong yang membawa aku ke bilik bedah. Nasib baik masih ingat. Sempat
lagi aku lirik ke arah tandas yang aku 'lawat' semalam. Tempat di mana
aku muntahkan segala isi perut sampai terpengsan depan sini. Tiba di
ruang menunggu di hadapan bilik bedah, aku nampak tiga orang yang aku
kenal sedang.. berbual? Tak, apa hal ketat semacam muka Rayyan? Ada
kaitan dengan Raisya ke? Langkahku dipercepatkan ke arah mereka
bertiga. Kelihatan wajah abah dan umi Rayyan semakin jelas.

"Err assalamualaikum? Aunty, uncle? Ayan? Semua okey ke?"

Semua macam terkedu. Dan Rayyan, wajah bengisnya kembali.

"Where the hell did you go?!"

"Err sorry. Saya..," kata-kataku dicantas.

"Kau tahu aku serabut pasal Raisya, yang kau tiba-tiba hilang apa hal?
Kusut aku fikir!"

Dush!

Herdikan menyinga lelaki itu dihambur tepat ke wajah aku.

"Ayan, sabarlah dulu." Si abah menepuk lembut bahu anaknya.

"Yang penting Lia dah ada kat sini kan?" Si umi pula memujuk.

"Umi back up sangat dia ni kenapa? Menyusahkan tahu tak! Tak reti
duduk diam! Kau ni pun satu, boleh faham tak aku tengah serabut hah?!
Aku serabut! Semua risau dengan Raisya, tiba-tiba kau hilang! Kau tak
fikir apa aku rasa? Argh!"

Aku? Terdiam seribu kata. Sumpah, hati aku calar. Hebat penangan
Raisya. Tiga ratus enam puluh darjah sikapnya berubah. Unbelievable.

"I'm leaving."

Tuturku dengan nada yang bergetar sebelum aku blah dari situ. Tahniah
Rayyan. Tahniah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience