Bab 1

Romance Completed 33336

YUZARIFA ZAHARIN
CAMELIA

BAB 1

AKU balik dari kedai runcit tadi, ingatkan bolehlah dapat upah aiskrim ke? Duit poket ke? Ini tidak. Telinga aku makin berdesing adalah.

"Kau tu hidup jangan menyusahkan aku tak boleh ke?! Tak reti nak bagi aku senang? Ke memang kau ni bawa sial?" Aku terdongak.

Wajah yang semakin ditelan usia itu aku tatap. Aku cuba mencari secebis kasih yang mungkin bersisa buat aku. Anak matanya aku tenung. Mungkinkah mata ini akan terus membenci aku? Mungkinkah mata ini akan terus menyimpan dendam terhadap aku? Mungkinkah mata ini akan terus membunuh aku dengan pandangan hinanya kepada aku? Hanya dengan sepasang mata itu, aku tewas. Aku tewas dengan kehidupan. Aku tewas dengan perasaan. Aku tewas dengan segala-galanya. Aku tunduk kembali. Hati yang kian membengkak aku biarkan. Entah gelora apalah yang melanda hidup aku.

"Hoi kau dengar ke tak!" Kepala aku ditolak.

Ngilu.

Luka di kepala yang masih lagi belum sembuh itu buat aku rasa ngilu. Sakit. Pedih.

"Lain kali kalau aku cakap jangan mengelamun!" Dia pegang kepala aku kuat. Rambut aku digenggam dan dihayun-hayun kepala aku seperti ingin dihantuk pada dinding. Aku pejam mata. Tahan sakit. Bibir bawah, aku gigit. Cuba menahan rasa sakit di kepala yang begitu memeritkan.

"Kau ni menyusahkan aku! Kau faham tak! Kau tu sial!" Dia marah aku lagi. Kali ini lebih kuat dia ramas rambut aku. Benci benar dia pada aku.

"Ayah!" Tiba-tiba satu suara menjerit. Kepala aku dilepaskan. Aku terkulai lemah di atas lantai. Berdesit mulut aku sebab tahan pedih. Kepala, aku cuba pegang. Tapi sakit. Terlalu sakit! Aku lihat tangan aku.

Darah.

Aku sudah mengagak. Berdarah balik luka di kepala aku.

"Kau nak apa? Nak kena macam budak ni juga?" Lelaki itu mengawal nada suaranya. Soalan dia tidak dijawab. Dia memandang aku semula dengan wajah bengis.

"Kau. Siap kau!" Dia terus berlalu. Saif bergegas mendapatkan aku yang jelas-jelas sedang bertarung dengan kesakitan di kepala.

"Adik! Kenapa adik biar ayah buat macam tu kat adik?" Aku boleh rasa Saif tengah risau. Nada tuturnya sudah memadai untuk aku ketahui bahawa lelaki di hadapan aku ini sedang khuatir.

"Abang. Ayah tu. Abang nak adik balun dia ke? Karang semput dia tak bernyawa." Selamba saja aku jawab begitu. Saif mengeluh berat. Laju tangan dia cubit pipi aku!

"Aduh sakitlah! Ingat pipi adik ni takda reseptor sakit ke apa!"

"Manalah tahu. Kut kut diri tu dah kebal sampai ayah pukul pun tak reti nak defend diri sendiri." Saif menyindir. Dia bantu aku bangun. Kami berdua duduk di atas sofa yang permukaannya lebih empuk. Boleh tahan kebas juga punggung aku sebab terduduk atas lantai.

Pergh padu!

Mujur tidak pecah. Kalau tidak? Wassalam lah cerita dia. Aku pegang kepala lagi. Saif pun sama. Dia meniup perlahan kepala aku.

"Tunggu jap abang ambil first aid." Aku angguk. Prihatin betul aku tengok abang aku. Setiap kali aku susah, dia mesti ada dengan aku. Dia tolong aku. Budi dia terlalu banyak dicurahkan pada aku. Entah bila pula aku boleh balas? Hm. Sebab itulah aku tengah berusaha cari kerja sekarang. Aku nak kerja betul-betul. Kumpul duit banyak-banyak. Aku nak balas jasa abang. Jasa ayah.

"Siang hari pun angau ke?" Lamunan aku mati. Aku nampak abang bawa kotak first aid. Aku? Angau? Angaukan siapa? Malang betul orang yang aku angaukan itu. Haha.

"Siapa angau hah? Adik ni kawan lelaki pun takda. Boyfriend apatah lagi. Nak angau kat siapa? Tenuk kat zoo?" Saif gelak. Merah muka dia aku tengok. Beria-ia gila gelak kat aku. Aku jeling dia. Malas layan, aku capai kapas dan antiseptik yang terletak molek di dalam kotak first aid. Kapas itu, aku calit sikit-sikit pada kepala. Tepat di bahagian yang aku rasa pedih. Sakit dia jangan tanyalah. Aku tahan saja air mata yang sudah bertakung dalam mata. Chill okey chill. Sikit saja. Aku pujuk diri sendiri. Padahal bulu mata aku sudah terasa luruh sejak tadi.

"Meh sini abang buat. Adik duduk diam-diam." Saif rampas kapas dari tangan aku. Antiseptik yang juga aku pegang, dia ambil. Kapas yang sudah digunakan diletakkan di atas meja. Aku lihat kapas itu ketika Saif sedap menyapu antiseptik di kepala. Kapas-kapas itu penuh dengan darah. Teruk sangat ke? Tertanya-tanya juga aku yang tak mampu nak tengok luka itu. Nak saja aku toleh kepala seratus lapan puluh darjah ke atas.

"Teruk ke bang?" Aku tanya Saif. Abang Saif pula cuma diam. Ada juga dalam satu minit dia diam.

"Sejak bila abang aku bisu ni." Sengaja aku sebut perlahan. Tapi kena cubit pula!

"Adoi!!" Aku mengaduh sakit. Laa dengar rupanya. Ingatkan kalau tadi bisu, jadi pekak pula. Rupanya berfungsi lagi telinga dan mulut dia.

"Adik tanya ni. Teruk ke?"

"Hm teruk jugalah. Berlubang dua meter." Saif ujar tenang. Selamba muka dia macam minta penampar sulung aku. Oh kau main-main dengan aku bang? Haa tunggu lagi? Memang aku cepuklah kepala dia!

"Hoi! Banyak ilmu tau dalam kepala ni! Ish adik ni ganas lah!" Saif gosok kepala dia. Muka dia berkerut seribu. Tahan sakitlah kut? Kuat ke aku cepuk? Aku rasa macam perlahan saja?

"Chill abang. Belum berlubang dua meter lagi pun!" Aku perli Saif. Terjulur panjang lidah dia. Meluatlah tu sebab aku sindir dia. Aku perhatikan pergerakan Saif. Banyak juga kapas yang dia gunakan. Teruk ke kepala aku? Ish jangan hilang ingatan dahlah. Kang aku jadi bodoh terus, mati aku.

"Adik." Tiba-tiba Saif panggil aku.

"Hm."

"Kita pergi klinik eh?" Aku toleh memandang Saif. Pandangan aku kosong. Aku rasa ada yang tak kena. Pergi klinik? Bermakna luka kepala aku teruk? Aku pandang wajah abang aku seolah-olah bertanyakan penjelasan kenapa perlu aku pergi ke klinik. Saif yang seperti memahami maksud pandangan aku, cuma angguk. Tanda mengiakan soalan yang ditanya tanpa suara tadi. Secara logiknya, Saif tidak menjawab soalan aku pun. Tapi yang aku tahu, aku kena pergi ke klinik. Mesti.

*

PINTU kereta dibuka. Rasa macam ada pisau menghiris kepala aku apabila ada angin menyapa. Pedihnya bak serpihan kaca yang terlekat di kepala. Fuhlamak hiperbola tak? Ceh merapu.
Selepas mengambil giliran di kaunter pendaftaran, aku dan Saif menunggu di kerusi yang disediakan. Bosan gila.

Serius.

Klinik tak upah badut ke untuk hiburkan pesakit kat klinik ni? Aku ingat kena upah badut ah seorang. Takdalah bosan sangat mereput tunggu giliran. Yang manusia di dalam bilik doktor pun buat apa lama sangat? Jumpa doktor ke mengurat doktor? Hadoi lama nak mampus! Yalah doktor zaman sekarang kan kacak maut. Pernah sekali aku temankan kawan aku yang masuk wad dulu. Kami terus masuk ke bilik kecemasan sebab misi yang suruh. Jejak saja kaki aku ke dalam bilik kecemasan itu, pedepergh. Aku rasa macam ada kat satu tempat yang dihuni oleh lelaki-lelaki kacak sedunia.

Aku jadi confuse nak fokus kat kawan aku yang tengah semput ke nak fokus kat doktor yang kacak padu tu. Gatal tak aku? HA-HA. Ulut bulu dah naik daun!

"Cik Camelia. Sila masuk ke bilik dua." Saif terus tarik tangan aku!

"Woi abang ingat tangan adik ni tali ke apa?" Aku tampar tangan Saif. Automatik tangan dia terlepas dari menggenggam pergelangan tangan kanan aku.

Saif berjabat tangan dengan doktor itu. Aku nampak tanda nama yang terklip pada baju dia. Rayyan. Tengok? Nama orang pun hipster sekarang.

"So Cik Camelia? Hm nama bunga?"

"Eh bukan. Nama pasu." Aku mencelah. Pap! Percuma saja kena debik dengan Saif!

"Adik. Behave." Saif memandang Rayyan semula sambil senyum sumbing. Tahan malu ke apa?

"Sorry bro. Adik aku memang macam ni." Cewah selamba gila Saif mem-brokan doktor itu. Okey faham. Umur sebaya. Aku toleh tengok Saif. Memang macam ni? Macam apa? Doktor tu yang klise sangat tanya nama aku. Nak saja aku jawab "Eh bukan. Nama tenuk kat belakang rumah." Walaupun hakikatnya aku tak bela tenuk pun.

Maka sesi soal-menyoal antara Saif dan Rayyan pun bermula.

Bosan aku dengar. Jadi, aku keluarkan telefon bimbit aku. Aplikasi twitter dibuka. Aku tengok macam-macam benda orang tweet. Yang sedih ada. Yang gembira ada. Yang mention dengan pakwe makwe pun ada. Tiba-tiba mata aku tertancap pada satu tweet.

"You make my heart beats fast!"

Pemilik akaun itu memang aku kenal. Ya. Fuzzy! Oh your heart beats fast eh? Siap kau Fuzzy! Aku buat your heart stops beating kang!

"Haa dengar tu dik." Saif menyiku pinggang aku. Aku pandang Saif. Kemudian pandang Rayyan pula. Erk dengar? Dengar apa? Kedua-dua lelaki itu memandang aku seperti menunggu respons dari aku.

"Tak." Sepatah aku jawab. Rayyan terkedu pandang aku. Tiba-tiba dia gelak!

"Hahaha. Okey cik Camelia mari sini saya nak check kepala awak." Dia panggil aku dengan nama penuh. Hesy mestilah nama penuh. Takkan separuh pula Camelia oi! Kang dia panggil Camel kau marah pula.

Lelaki yang berjawatan doktor itu menyuruh aku duduk di atas katil yang tersedia di dalam bilik tersebut. Dia pakai sarung tangan. Kemudian dia ambil kapas pula, kemudian calit kepala aku. Tahan sikit Camelia. Tahan. Aku bagi semangat kat diri sendiri. Serius cakap, memang sakit gila. Sekali dia tekan luka aku!

"Hoi ni bukan button kipaslah! Main tekan selamba dia saja!" Memang aku tamparlah tangan doktor tu! Terangkat juga dia. Gila ke apa? Main tekan luka aku suka hati dia. Sakit!

"Ish adik!" Saif tegur aku dengan muka yang tak senang. Malu kut sebab aku tampar doktor?

"Apa? Abang rela tengok adik sakit? Nak tekan pun, tekanlah penuh kasih sayang! Ini main tekan saja macam kita ni musuh ketat dia." Aku pandang Rayyan yang dah terkebil-kebil macam rusa baru masuk bandar.

"Okey miss Camelia. Let me do this slowly okey lady?" Dia menyambung kerjanya tapi kali ini dengan lebih perlahan. Aku duduk menghadap Rayyan. Memang straight to the point aku nampak wajah dia. Tekun betul dia buat kerja. Aku teliti wajah dia. Hm patutlah lambat gila pesakit yang masuk ke dalam bilik ini. Boleh tahan kacak muka dia. Tapi kalau aku toreh muka dia mesti hilang kacak. Entah-entah dia menangis tepi kaki emak dia sebab muka kena toreh.

"Dah habis ke tilik muka saya?" Aku terkejut. Mematung jasad aku dua tiga saat. Aku pandang Rayyan. Dia sedang membuka sarung tangan. Eh dah siap periksa kepala aku ke? Maknanya lama juga ke aku tenung dia? Aduh malu! Malu!

Aku pandang Saif pula. Dia pun tengah pandang aku. Alisnya terangkat sebelah. Dia tersengih sedikit. Cis nak sakat aku ah tu!

"Belum. Kena selfie satu kali. Boleh saya mandrem doktor guna gambar." Spontan ayat itu keluar dari mulut aku. Rayyan dan Saif terus menoleh tengok aku. Serentak!

Erk salah cakap ke?

"Saif, adik kau pernah jatuh kat mana-mana? Ataupun pernah tak kepala dia terkena benda keras? It seems like something hard hit her head." Jelas Rayyan.

Saif pandang aku.

Aku faham pandangan itu. Dia minta penjelasan aku. Aku terdiam. Otak aku terasa kosong. Cuma ayat terakhir doktor Rayyan yang berlegar-legar dalam kepala aku.

"It seems like something hard hit her head."

Cepat cari jawapan Camelia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience