Bab 32

Romance Completed 33336

Bab 32

"JANGAN sentuh aku!"

"Mel okey fine saya salah. Saya minta maaf. Saya tak sengaja." Air
mata yang menitis sedikit demi sedikit, aku biarkan meluncur di pipi.
Tangannya yang meraih bahu aku tadi ditepis kasar.

"Ni kenapa ni?" Tiba-tiba mummy muncul dari ruang tamu, menerpa ke
arah kami yang baru saja masuk ke dalam rumah. Wajahnya jelas
terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Aku buat tak endah. Hati yang
calar, mengganggu emosi.

"Tanyalah Ayan kesayangan mummy tu. Yang acah baik sangat! Mampus sana!"

Sekali lagi tangan Rayyan menjalar di bahu. Pantas aku tepis kasar
lalu dada bidangnya aku tolak. Aku beredar ke kamar. Hati aku pilu.
Aku tersinggung. Pintu dikunci, wajahku disembamkan pada katil. Sudah
cuba aku tahan tangisan ini namun esaknya semakin berlagu. Akhirnya,
empangan itu dibiarkan pecah. Aku menangis semahu-mahunya.

"Mel please buka pintu ni. Saya minta maaf. Saya tak sengaja. I was
trying to stop you."

Semakin suara itu memujuk, semakin lebat tangisanku mencurah-curah
keluar. Sebak. Tak cukup dengan apa yang aku nampak tadi, Rayyan pula
mengguris perasaan aku yang sememangnya sangat sensitif ketika itu.
Aku sangka dia pengubat di kala sayu menyelubungi diri. Namun
sangkaanku meleset. Lelaki itu cuma menambah pedih di hati ini yang
cuba aku jaga sebaik mungkin.

"Lajunya awak drive." Kata-katanya aku buat tak endah. Kelajuan kereta
hampir mencapai tahap maksimum. Malang, jalan raya itu tidak pula
sesak dengan kenderaan. Sial.

"Mel apa awak cuba buat ni?" Nadanya naik meninggi satu oktaf. Panik.
Aku masih buat bodoh. Hati aku bungkam. Sakit ditoreh dengan penipuan
yang dikunci rapi. Tapi rahsia itu kini sudah terbongkar. Apa yang aku
lihat tadi sangat jelas. Manik jernih menitik jatuh ke atas paha.
Stereng digenggam kejap. Pedal minyak dipijak serapat mungkin.
Kedengaran enjin kereta menderum dengan begitu kuat. Laju.

"Mel! Awak nak bunuh diri ke apa!"

"Yes Rayyan! I'm trying to kill myself!" Herdikku membuat dia terkedu.
Barangkali terlejut dengan emosi aku yang tiba-tiba bercelaru seperti
ini. Tuhan, tolong bunuh aku. Tak ada guna aku hidup lagi. Semua orang
buat aku macam tak ada perasaan. Aku sakit hati.

"Camelia! Stop it!" Tindakan refleks membuat kakiku automatik pijak
pada pedal brek.

"Kau gila ke apa! Jangan jadi bodohlah! Fikir masa depan kau Camelia!
Ingat Allah!"

Memetir suara Rayyan menengking aku di dalam kereta. Wajahku terkalih
ke sisi. Nafasku laju. Pertama kali aku ditengking sebegini rupa.
Sedangkan daddy tak pernah semarah itu dengan aku, maka siapa Rayyan
nak pekik kepada aku macam ini? Air mata yang aku tahan, terus
mencurah laju. Jasadku jadi lemah. Aku tersandar ke belakang. Wajah
diraup. Fikiran aku sangat serabut sekarang. Masalah lain tak selesai,
masalah baru pula yang muncul.

"Ca..camelia.. s..saya minta maaf." Suara garau itu kembali mengendur.
Tangannya menyentuh lengan aku.

"Don't touch me." Bergetar suaraku menahan lahar amarah.

"Mel! I'm so sorry sayang. Saya tak sengaja."

Aku kembali ke alam nyata.

Ucapan manis itu sedikit sebanyak meretakkan amarahku. Namun ego
sedang menguasai diri ketika ini. Tak akan aku biarkan temboknya
runtuh begitu saja. Aku tak mahu dan tak ingin bersemuka dengan dia.
Hati aku sakit. Sungguh aku terasa hati apabila dia pekik aku sebegitu
rupa. Betapa aku harap aku tak jalani semua ini. Betapa aku harap
bahawa semua ini mimpi belaka. Betapa aku ingin mengecap bahagia tanpa
sedikitpun kecewa. Andailah hidup seindah itu. Andai. Ah kenapa kau
sensitif sangat ni Lia? Since when?

Wajahku ditekup rapat dengan telapak tangan.

Kini, separuh jiwa aku mati. Rasa macam aku ini tak patut hidup dalam
dunia. Badan aku direbahkan ke atas katil. Penat kerana menangis.
Ketukan pintu dari luar sudah berhenti. Mungkin mummy yang memujuk
Rayyan supaya tinggalkan aku sendirian buat masa ini. Ego ke aku sebab
tak makan pujukan dia? Mengada ke aku sebab terasa dengan tengkingan
dia?

Esak tangis semakin reda, tapi air mata masih mengalir.

Tatkala itu aku hanyut dek emosi dan tenggelam dalam bayangan yang
menusuk hati. Tak sedar bila, aku terlelap bersama air mata yang
bersisa.

*

"CAMELIA saya minta maaf. Saya cuma terlalu sayangkan awak. I was
trying to protect you. Saya tak nak apa-apa jadi kat awak. Fahamilah
saya, Mel."

Dan kata-kata itu terhenti di situ. Aku dengar deruan nafas yang tidak
sekata. Dia menangis ke? Aku jadi serba salah. Luahan dia tadi sedikit
sebanyak telah berjaya menjentik tangkai hati. Kedengaran ikhlas
bibirnya mengucap maaf. Tapi kenapa dia kata dia terlalu sayang aku?
Kami baru saja kenal. Secepat itu rasa sayang dalam diri dia bertunas?
Mustahil. Sedangkan Faris tak pernah kata begitu. Ah sial! Buat apa
aku fikir pasal dia? Tak berguna.

"Saya cintakan awak Mel. Tolong sedar."

Kelopak mata aku terus terbuka. Aku terkejut dengan pengakuan itu. Dia
cinta aku? Entah kenapa aku rasa lapang dada, namun separuh hati lagi
menyangkal perasaan itu. Aku rasa nak peluk dia, tapi hati kecilku
melarang. Berulang kali ungkapan cinta tadi menggigit cuping telinga.
Namun ada sesuatu yang aku sedar.

Mel.

Dia cinta Mel, bukan kau Lia. Satu suara di sudut hati membisik. Serta
merta aku jadi layu. Ya, dia cinta Mel. Bukan aku. Dia meluahkan rasa
cinta terhadap Mel kepada aku. Tapi kenapa? Adakah aku ini Mel?
Tiba-tiba tangannya mengelus lembut kepala aku. Mataku ditutup semula.
Dengan posisi yang membelakangi dia, aku pasti dia tak tahu bahawa aku
sudah terjaga sejak tadi.

"Saya tunggu awak Mel. Saya akan tunggu."

Ubun-ubunku dikucup lembut. Aku dapat rasakan jasadnya semakin
menjauh. Kakinya menapak keluar dan kedengaran pintu ditutup. Kelopak
mataku dibuka semula. Macam mana dia masuk bilik aku? Bukan ke aku
kunci?

Oh.

Kunci pendua.

Langkah diatur ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Terasa lama
pula aku tidur. Padahal satu jam pun tak sampai. Rambut dikuak ke
belakang. Serentak itu, ingatan aku kembali bertaut pada peristiwa
tadi. Perasaan sebu menyerbu dengan tiba-tiba. Aku tertekan. Hal daddy
yang macam tak kisah dengan ketiadaan aku dan mummy kat rumah, hal
mummy yang asyik menangis setiap malam, hal Rayyan yang kadang-kadang
merimaskan dan hal petang tadi.

Pelik.

Daddy tetap dengan pernyataan dia yang mengatakan pergaduhan dia orang
berpunca daripada mummy sendiri. Tapi hati kecil aku tidak
mempercayainya seratus peratus. Tapi mummy pun mengakui perkara yang
sama. Ah peninglah! Yang aku masih musykil sekarang, siapa gerangan
manusia yang mummy dan daddy sebut tu?

'Dia'.

Siapa 'dia'?

Hm.

Sejak kami menumpang kat sini, selama itu juga aku dengar mummy
menangis pada waktu malam. Aku jadi sedih. Apa punca sebenar wanita
itu mengalirkan air mata? Sebab daddy? Sebab aku? Atau sebab 'dia'?
Aku tak tahu. Namun yang aku pasti, jarang sangat mummy menangis.
Kalau dia menangis, tandanya dia benar-benar dirundung kesedihan yang
melampau. Apa nak jadi dengan life aku? Pathetic sangat huh. Baik tak
payah hidup.

"Lia? Laparlah tu. Jom makan. Mummy buat maggi goreng tu. Panas lagi
tau. Sedappppp!"

Aku tersengih kecil. Tak tahu nak respon macam mana, aku sekadar
mengikut mummy dari belakang. Mood bercakap maaih tak ada. Segenap
ruang dapur aku amati. Tiada kelibat Rayyan.

"Dia balik dah. Dia cakap rumah dia ada tetamu malam ni. Special
dinner katanya."

Seolah-olah mampu membaca minda, mummy menjawab soalan yang aku fikir
tadi. Hm special dinner. Siapa agak-agaknya? Girlfriend dia tak? Aku
rasa mesti si Mel yang dia sayang sangat tu.

Adudu datang menakluki bumi, dem..

Tet. Ah perosak mood.

Adudu datang menakluki bumi,

Tet.

"Kenapa tak jawab?"

Soalan mummy dijawab dengan deringan telefon. Sekali lagi telefonku
berbunyi tanpa henti minta untuk diangkat. Heh tengok nama pemanggil
pun aku geram. Inikan pula bercakap dengan dia. Memang taklah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience