Bab 6

Romance Completed 33336

Bab 6

AKU bangun awal pagi ini. Azan subuh sudah berkumandang.
Sayangnya, aku tidak sempat mendengar suara merdu itu melaungkan kalimah-kalimah suci yang mengagungkan Maha Pencipta. Saat aku bangun, kedengaran muazin sedang melafazkan iqamat. Terasa tenang hati aku mendengar lafaz suci itu. Tubuh aku terasa berat tiba-tiba. Mahu bangun, tapi sakit. Walaupun mata rasa berat, aku tetap mencelikkan kelopaknya. Aku perasan sesuatu.

Bilik?

Seingat aku, semalam aku ada di ruang tamu? Tiba-tiba saja tubuh aku terbaring di atas katil kesayangan aku ini? Terlintas satu nama dalam benak aku. Saif. Pasti abang aku yang mendukung aku masuk ke bilik. Dia balik lewat ke semalam? Usai mandi dan solat subuh, aku duduk di meja solek menghadap cermin. Ada kesan lebam di tepi bibir aku. Kepala aku pula semakin sembuh. Lukanya tidak lagi sakit. Cuma apabila rambut aku ditarik saja ngilunya masih terasa. Masih belum pulih sepenuhnya. Telefon di atas meja solek, aku ambil.

"Fuzzy?" Aku menyapa Fazira apabila panggilan telefon aku dijawab. Aku dengar gadis itu sedang menguap. Kuat gila menguap. Tak senonoh. Hek eleh cakap kat orang, diri sendiri pun sama.

"Kau sibuk kacau aku pagi buta ni kenapa? Saif suruh kirim salam rindu eh?"

Fazira tiba-tiba segar. Kurang asam punya kawan. Pasal Saif terus segar suara dia yang serak tadi. Gedik. Aku mendengus di hujung talian.

"Rindu hotak kau. Kau busy ke hari ni? Aku nak ajak lepak. Tempat biasa."

Tempat biasa yang dimaksudkan ialah restoran segera McDonald. Entah kenapa kami berdua suka betul lepak kat situ. WiFi pun percuma. Tak payah aku habiskan duit untuk top up semata-mata untuk menghidupkan penggunaan data telefon. Lagipun, Fazira selalu belanja aku. Kan seronok tu orang tolong bayar? Hahaha.

"Aku kena ikut papa pergi Cyberjayalah Mel. Kau lepak ah sensorang."

"Lepak sensorang jadi apa. Aduh kau ni. Hari ahad ni weh. Kau ni tak reti cuti ke apa."

"Ish marah aku buat apa. Pergi ah marah papa."

Fazira membidas lagi di corong telefon. Bukannya aku tak faham, dia sekarang sedang belajar untuk mengendalikan syarikat papa dia. Yalah, mengurus syarikat bukan senang. Aku cuma nak luangkan masa dengan Fuzzy saja. Tapi dia dah sibuk. Redha Mel. Redha.

"Hm yalah orang tu nak pegang pangkat besar. Nak jadi big boss kan? Sibukkan kerja daripada kawan sendiri."

Sengaja aku karang ayat pasrah. Memujuk lagi sebab aku betul-betul rasa nak jumpa Fazira. Niat asal, nak meluahkan perasaan. Tapi haih entahlah. Macam tipis saja harapan nak bersua muka. Fazira diam di sana. Mungkin sedang berfikir sesuatu?

"Mel."

"Mende."

"Kalau kau ikut aku and papa pergi Cyberjaya, nak tak?"

*

RASA menyesal pula ikut Fazira pergi Cyberjaya. Bosan. Entah benda apa yang dia orang ni bincang. Sepatah haram pun aku tak faham. Aku lihat klien yang berada di hadapan aku ini, kemas penampilannya. Walaupun usianya aku anggar dalam lingkungan lima puluhan tahun, lelaki itu begitu menjaga penampilan dirinya. Segak. Di mata aku, dia memang kacaklah bagi seorang lelaki yang berusia. Ala macam Dato' Yusoff Haslam. Dia berusia tapi masih sihat, kemas dan segak.

"Oh ya Lan, setahu aku, kau ada seorang saja anak. Ini siapa pula?"

Klien itu yang dipanggil Dato' Khalil bertanya kepada papa Fazira tentang kehadiran aku yang jelas-jelas menyemak. Papa Fazira atau nama sebenarnya Dato' Rizlan mengukir senyum. Aku pula? Hm senyum sajalah Mel. Pahala pun dapat.

"Ini anak angkat aku. Kawan Fazira juga."

Tenang Dato' Rizlan menutur. Aku yang berada di sebelah Fazira terkejut juga dek pengakuan itu. Fazira pula menyimpul senyum seraya angguk tanda setuju. Di kala itu, aku rasa begitu dekat dengan Dato' Rizlan. Aku rasa seperti disayangi. Aku rasa macam aku diperlukan. Aku terharu.

"Oh. Nama apa?" Dato' Khalil bertanya kepada aku pula.

"Camelia. Panggil Mel." Aku turut senyum bersama mereka semua. Senyum sampai pipi lenguh. Tulang pipi pun terasa macam nak patah. Jam tangan dipandang. Pukul satu dah. Huaa lapar weh lapar!

"Memandangkan discussion dah tamat, apa kata kita pergi lunch? My treat."

Dato' Khalil mengajak. Terdongak kepala aku yang sejak tadi asyik tertongkat dek tangan sendiri. Bersinar mata aku dengar ajakan dia. Tak rugi kau ikut dia orang Mel, tak rugi. Heeee. Fazira dan Dato' Rizlan juga mengangguk setuju. Lalu kami pun beredar menaiki kereta milik Dato' Khalil. Mewah. BMW 3 Series. Kau hado? Pagi tadi aku pergi ke rumah Fazira naik motor. Tinggal motor kat sana, naik kereta dengan Fazira dan papa dia. Papa dia ah desak aku naik sekali. Tak cakap banyak, aku follow saja. Setelah beberapa ketika, kami tiba di sebuah restoran yang aku tak tahu nak cakap mewah ke tidak. Bagi aku, tiga bintang kut? Entah. Nama restoran tu Restoran Padi House. Ruangnya yang berwarna coklat menonjolkan kecantikan restoran itu. Tempat itu dikategorikan sebagai tempat terbuka juga sebab tak ada pendingin hawa.

Seorang pelayan datang ke meja kami. Dia membawa dua buku menu. Aku nampak tagline Padi House ada tertera di situ.

City Variety, Hometown Recipe

Itulah tagline Restoran Padi House. Aku buka menunya. Harganya berpatutan. Tapi bagi aku yang hidup sederhana ni, terasa mahallah. Hm Dato' Khalil belanja kan? Redah saja Mel. Orang kaya nak belanja tu.

"Saya nak banana milkshake satu. Golden Fish Finger Rice satu."

Pesan aku. Kemudian mereka bertiga pula memesan makanan dan minuman masing-masing. Keadaan jadi janggal sebentar. Maka, waktu begini sesuai untuk aku jadi anti-social. HA-HA. Aku keluarkan telefon bimbit.

"Mel uncle nak tanya boleh?"

Dato' Khalil tiba-tiba bersuara. Tanya apa pula ni? Entah-entah dia nak tanya aku sudah bersuami ke belum? Dia nak masuk line ke? Huaa tak nak! Eh apa aku merepek ni?

"Kenapa Dato'? Mel ada buat salah ke?"

"Uncle dari tadi perhati muka Mel."

Ah sudah. Dia tilik muka aku dah kenapa? Ada rupa macam Ayda Jebat ke?

"Lebam kat tepi mulut tu kenapa? Pipi Mel pun merah, macam bengkak sikit."

Ayah.

Itu yang terlintas dalam kepala aku. Serta-merta mood aku mati. Teringat akan apa yang ayah buat pada aku semalam, buat semangat aku jatuh. Setiap pukulan ayah. Setiap tumbukan ayah. Setiap tamparan ayah. Setiap debikan ayah. Aku ingat segalanya. Ingin saja aku beritahu Dato' Khalil. Mel dipukul ayah. Mel rasa macam didera. Tapi aku tidak segila itu. Aku sayang ayah. Dua puluh empat tahun aku hidup, lelaki itu yang membesarkan aku. Walaupun hakikatnya aku dibenci sejak kecil. Walaupun hakikatnya, Saif yang selalu ambil berat tentang aku bukan ayah. Memang susah untuk aku lupa semua itu. Tapi ayah tetap ayah. Aku sayang ayah. Mungkin rasa benci mula membenih? Tapi aku tak mahu ia bercambah. Biarlah ia mati di kala ia muncul. Calar kembali hati aku apabila Dato' Khalil bertanya begitu.

"Tu ah Mel. Aku nak tanya juga tadi, tapi lupa. Papa pun nak tahu kan papa?"

Dato' Rizlan angguk mengiakan kata-kata anaknya. Hm aku nak kelentong apa kali ni? Nak cakap jatuh kat tandas? Tak logik. Sebab lebam kat tepi mulut. Dato' Rizlan ni soalan KBAT sangat ah ish.

"Kelmarin balik kerja ada orang gila. Tiba-tiba saja tumbuk Mel. Lelaki pula tu. Terkejut juga Mel. Tapi, dia orang tak betul kan? So biarlah."

Entah idea dari mana yang bersinggah kat kepala aku. Hm logik idea tu. Logik. Dengan penuh keyakinan aku jawab soalan Dato' Khalil. Mereka bertiga pun terangguk-angguk mempercayai bulat-bulat kisah auta yang aku cipta. Aku kembali menghadap telefon. Aplikasi Instagram dibuka.

"Jom selfie?"

Terkeluar soalan itu dari mulut aku. Aduh bongok Camelia. Kau ajak Dato' Rizlan dan Dato' Khalil berselfie? Jadah apa yang kau fikir?

"Jom. Uncle okey saja."

O-key. This is weird. Laju tangan aku angkat telefon. Lantak ah orang lain tengah usyar ke tak. Fazira senyum menampakkan gigi manakala kedua-dua orang lelaki berpangkat Dato' itu senyum biasa. Posing tak over. Aku? Macam biasa. Buat muka hodoh. Lidah diletakkan di tepi bibir sambil mata dijeling ke arah Fazira.

Klik!

Letak caption apa? Hashtag happy family. Haha happy family? Ingat Mel. Hidup kau bahagia ke selama ni? Tiba-tiba suara hati aku kedengaran. Hm. Seraya itu aku padam semula caption itu. Biar tak ada caption langsung.

"Assalamualaikum abah. Lama tunggu?"

Aku dengar ada suara lelaki menegur. Aku masih sibuk dengan telefon, jadi aku tak tengok siapa. Seketika kemudian, pelayan datang menghantar minuman yang dipesan.

"Wah pandailah abah order untuk Ayan."

Aku terus dongak. Tapi waktu itu lelaki yang entah sesiapa itu sudah meneguk banana milkshake aku. Oh shit! Wey air aku! Tiga baldi aku telan air liur sebab tengok dia minum air aku.

"Hey that's mine!" Terdongak kepala lelaki itu dek teguran aku. Wajahnya diangkat memandang aku.

Eh?

Macam kenal?

Sekejap.

Dia???

"Wow we meet again lady."

Rayyan dipandang serentak oleh mereka bertiga! Aduh Dato' Khalil ni abah dia rupanya? Yang Rayyan tak habis-habis dengan 'we meet again' dia. Aku lempar meja ni kang, tak meet sampai tua. Dato' Khalil pandang aku. Kali ini perbuatannya disusuli oleh Fazira dan papanya.

"Mel kenal anak uncle?"

Aku dah gelabah dah.

"Pakwe Mel."

Bagai jet ski lajunya lidah aku mengucap kata-kata! Untuk ke sekian kalinya mulut aku bertindak lebih pantas berbanding otak! Spontan tangan aku tepuk dahi. Bibir bawah aku ketap dengan gigi. Bercantum dahi mereka berempat gamaknya. Tambah-tambah Rayyan. Fazira pula sudah menyiku pinggang aku. Haa inilah padahnya kalau mulut terlebih laju!

"Eh eh bukan. Er maksud Mel kawan Mel."

Seraya itu semua orang terangguk-angguk sambil bibir mereka membentuk huruf O. Aku nampak Rayyan tersengih nakal. Jahat! Mesti dia ketawakan aku!

"Kepala dah okey ke?"

Rayyan bertanya prihatin. Prihatin ke? Euw. Aku teringat semula soalan Rayyan semasa di kedai makan dua minggu lepas.

"What was actually had happened to your head, lady?"

Hanya dengan soalan itu, aku jadi tak lalu makan. Aku tetap mengunyah nasi dan ayam masak merah dalam mulut aku. Semakin lama semakin kelat rasanya. Ditenung pula oleh jejaka kacak maut depan aku. Memang jadi awkward ah cerita dia.

"Kan dah bagitahu hari tu."

"Jatuh longkang? Jatuh longkang, selalunya kaki atau tangan yang cedera. Jarang sekali saya dengar jatuh longkang tapi cedera kat kepala."

Nah! Jawapan panjang lebar dia bagi kat aku. Isi dan huraian siap. Makin pahit nasi yang aku kunyah. Hebat juga dia bidas. Boleh ganti Najib jadi ahli politik ni.

"Saya jatuh terbaring terus. Then, kepala saya terhantuk kat bucu longkang tu. Doktor apa tahu."

"Saya doktor. Saya tahu awak menipu."

Hei doktor yang seorang ni. Kalau aku bagi kang, hilang muka kacak kau. Aku cakap jatuh longkang, jatuh longkang ah. Menyibuk nak tahu. Ringan pinggan aku nak melayang masuk mulut kau ni doktor. Jangan sampai tekak kau jadi roundabout sebab tercekik pinggan.

"Kenapa dengan kepala Mel?"

Aku terus tersedar dari lamunan.

"Doktor Rayyan cakar."

"Hah?!" Serentak! Aduh buat koir pula kat Padi House ni. Aku ni pun bagi jawapan pelik dah kenapa? Mulut takda insurans!

"Eh bukan! Mel jatuh longkang."

Aku membetulkan jawapan aku yang jelas-jelas tersasar dari skema asal. Fuh mulut aku memang gila. Kenapa mulut aku selalu laju dari otak??

"Sorry uncle. Mel ni memang kadang-kadang mulut dia terlebih laju dari otak."

Fazira tambah perisa. Yang lain angguk saja. Aku cuma diam. Memang betul pun apa yang Fazira bagitahu tu. Rayyan? Dia sedut milkshake dia sambil tahan gelak! Tahulah nak ketawakan aku. Huh.

"Sedap kan minum air orang? Siap doktor! Saya dah jampi tau air tu! Kalau doktor mimpi pelik jangan blame saya."

Aku sindir dia. Dari tadi terkemut-kemut tahan gelak. Kurang asam betul. Tiba-tiba dia senyum manis. Matanya dikenyitkan pada aku. Bergetar juga jiwa aku sedikit. Senyum dia manis. Semanis milkshake yang aku tak sempat nak rasa.

"Dato' tu tengok doktor Rayyan mengurat saya. Terkenyit-kenyit mata dia, teringin saya korek kut."

Terbatuk si Rayyan gamaknya! Ligat tangan dia mengurut dada sambil berdehem untuk menyelesakan tekaknya. Dia pandang abahnya. Kemudian dia pandang aku balik.

"Aik? Macam mana awak tahu saya mengurat awak?"

Meletus ketawa mereka berempat! Aku tunduk malu. Hesy last-last aku juga yang kena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience