Bab 9

Romance Completed 33336

Bab 9

KEDENGARAN putaran kipas siling di segenap ruang itu. Aku terjaga. Mata yang masih kabur dipisat-pisat. Kat mana aku sekarang ni? Dah pagi ke? Subuh dululah. Aku terus bangun dengan langkah yang longlai dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Tapi...

"Ni bukan bilik aku."

Spontan aku tilik seluruh sudut bilik yang asing bagi aku itu. Segalanya putih. Bukan bilik aku. Nafi aku lagi, dalam hati. Bilik aku warna biru. Bukan putih. Aku kat mana? Cemas. Aku lantas menerpa ke arah pintu bilik pelik ini. Tiba-tiba tersenggul wajah seorang lelaki di sebalik pintu itu.

Dia?

Apa dia buat?

"Dah bangun? Baru ingat nak kejut. Macam mana? Feeling better tak?"

Aku tenung dia atas bawah. Dia boleh tanya aku feeling better ke tak?! Yang dia tu buat apa kat sini? Jangan-jangan dia..
Terus aku pandang tubuh aku. Lengkap berpakaian.

"Yang awak gelabah kenapa? Saya tak buat benda tak senonoh pun."

Rayyan menyampuk seolah-olah dia boleh baca fikiran aku. Takut juga aku. Macam mana aku boleh muncul kat sini? Ni tempat apa? Takkan rumah Rayyan kut? Rumah dia lapuk sangat ke sampaikan seluruh bilik cat putih? Wait. Kalau aku kat rumah dia, macam mana aku boleh ada kat sini? Kenapa mesti rumah dia? Aku mabuk ke? Hesy! Sebangang-bangang aku, takda ah sampai nak teguk air syaitan tu. Na'uzubillah!

"Jom?"

"Pergi mana?"

Ajakannya dibalas dengan soalan. Aku ni dah ah dengan tak tukar baju, belum mandi, masih mamai, tengah malas! Suka hati dia saja nak jom bagai.

"Kahwin."

Selamba dia menjawab! Terkejut beruklah aku yang dengar! Meleopong mulut aku gamaknya. Automatik kaki aku menapak ke belakang. Menghindari lelaki yang berjawatan doktor itu.

"Ish awak ni. Pergi makanlah. Tadi saya nampak awak pitam kat tepi jalan, saya bawalah awak datang klinik. Sorry sebab I touched you."

Aku? Pitam? Kenapa? Macam mana? Kat mana? Banyaknya tanda tanya! Hesy. Kotak fikiran aku diputarkan kembali, cuba mengingati bila masa aku pitam. Aku masih pakai kameja dan skirt ni. Jadi, aku yakin aku pitam masa balik kerja. Lepas aku berbaik dengan Haikal, aku sambung buat kerja. Kriuk kriuk perut aku mengadu nak diisi. Aku tahan dulu sebab alang-alang dah nak habis waktu kerja. Aku keluar paling awal sebab nak terus makan. Tapi tiba-tiba perut aku sakit gila. Usus rasa macam terbelit. Aku cengkam perut aku kuat-kuat. Cuba halau rasa sakit yang menyerang hendap. Lepas tu.. eh lepas tu apa jadi? Aku bersoal siasat dalam hati. Aku tak ingat dah apa jadi lepas tu. Mungkin masa tulah aku pitam kut?

"So shall we go now?"

Rayyan menarik aku keluar dari dunia khayalan. Aku masih teragak-agak untuk menyusul dia keluar. Takut. Manalah tahu dia ada niat tak elok? Hati orang mana boleh baca. Setelah aku tenung dalam-dalam mata dia, baru aku putuskan untuk bersetuju memandangkan aku nampak dia ikhlas. Aku melangkah keluar dari bilik rawatan itu. Ramai juga orang. Kebanyakannya gadis muda. Pasang demi pasang iris mula memandang aku dan Rayyan. Aku keluar dengan suami orang ke ni? Ada seorang gadis merenung tajam mata aku. Wah cantik mata dia. Lagi cantik kalau aku korek guna crane.

Suasana di dalam kereta sunyi.

Janggal. Tak tahu nak sembang apa. Tiba-tiba perut aku sakit lagi. Usus terasa berbelit di dalam. Pernafasan dikawal. Sabar Mel. Chill. Aku tenangkan diri sendiri. Namun gagal. Perut aku memang sakit yang amat sangat. Dinding perut terasa macam ditoreh-toreh. Sakitnya menyucuk. Spontan tangan aku meraih sesuatu yang aku tak tahu apa dia. Aku genggam sekuat hati. Tahan sakit. Badan aku mula berpeluh. Walaupun pendingin hawa dipasang, titisan peluh masih keluar melalui liang-liang kulit. Tiba-tiba tangan aku rasa digenggam. Pantas aku menoleh ke kanan. Rayyan.

"Awak okey ke tak ni?"

Soalnya kelihatan sedikit cemas. Rupanya tangan dia yang aku genggam. Sakit yang menyerang lebih pedih berbanding di ofis tadi. Aku ketatkan lagi genggaman tangan aku. Tercantum dahi aku sebab berkerut dek tahan sakit. Bodoh ah, waktu ni juga kau nak sakit! Timing kasi strategik sikit boleh tak?! Aduh.

"Sumpah perut saya sakit gila."

Aku genggam erat tangan Rayyan. Aku tak terkejut kalau dia label aku gedik. Main pegang tangan dia suka hati saja. Ah lantak! Aku sakit gila sekarang! Ya Allah.

"Sorry kalau terasa, awak period ke?"

Aduh soalan dia sensitif habis! Tapi takpa ah sebab dia cakap sorry dulu tadi. Lagipun, bukan aku bendera merah pun! Pantas kepala aku digeleng berkali-kali. Kalau aku bendera merah sekalipun, takdanya simptom sakit bagai. Aku ketap gigi rapat-rapat. Mata dipejam erat. Lama kelamaan rasa sakit itu reda sendiri. Automatik pegangan tangan aku dilepaskan dari terus menggenggam tangan Rayyan.

"Laparlah." Aku mengadu.

"Ya kita nak pergi makanlah ni cik Camelia. Sabar ya."

Beberapa minit kemudian, kami tiba di sebuah restoran yang menyediakan masakan barat. Wah aku pun dah lama tak makan chicken chop dan lamb chop! Macam tahu tahu saja.

"Awak nak makan apa? Saya belanja."

"Serius? Doktor belanja? Jangan regret tau!"

Aku pesan siap-siap. Hehe sebab aku ni kaki melantak. Order tiga pinggan chicken chop pun boleh hadam sekali gus. Aku nampak Rayyan bersungguh nak belanja aku. Kepala dia diangukkan dengan yakin. Rezeki jangan ditolak kan? Sebaik saja pelayan restoran itu mendekati meja kami, aku pun pesan dengan senang hati.

"Chicken chop nak dua. Lamb chop satu. Banana milkshake ada tak?" Pelayan itu angguk.

"Sebab hari tu doktor minum milkshake saya, so saya nak banana milkshake satu."

Berkerut terus dahi Rayyan. Haha jangan menyesal belanja aku sudah! Aku memang tengah lapar gila ni. Ruang perut besar tau! Kalau nak tambah lagi pun boleh. Aku balas pandangan Rayyan dengan sekuntum senyum lalu keningku diangkat-angkat. Aku dengar dia memesan lamb chop juga. Setelah pelayan tersebut beredar, keadaan kembali canggung antara kami.

"Awak ada gastrik tak Camelia?"

"Panggil saja Mel. Hm hebat juga doktor ni boleh tahu. Ha'ah saya ada gastrik."

Nama pun doktor. Kalau tak tahu, buat apa jadi doktor kan? Bangang punya Mel. Aku pandang Rayyan. Kalau dia bawa aku keluar makan, siapa yang jaga klinik dia tadi? Punya ramai orang beratur. Sakit rindu kat doktor kacak tu, bukan sakit apa pun! Hahahaha.

"Awak makan tak lunch tadi?"

Laju saja kepala aku digeleng. Tak sempat makan pun. Lunch break tadi, Fazira sibuk sangat laksanakan idea dia tu. Perut aku jadi mangsa.

"Patutlah pitam. Kalau dah tahu ada gastrik, janganlah skip makan. Nasib baik saya yang jumpa. Kalau ada penyangak yang terserempak macam mana? Aniaya hidup awak."

Nah. Panjang lebar doktor Rayyan bagi nasihat percuma kat aku. Eleh aku try hard tahu tak tadi? Try hard nak berbaik dengan Haikal. Tak jangka pula boleh pitam bagai. Adumak.

"Hesy doktor ni membebel pula. Dah macam abang saya! Saya cium kang baru tahu."

Aku nampak mata Rayyan terjegil. Sekejap. Aku cakap apa tadi? Cium??

Erkk!

Salah cakap lagi! Aduhai mulut aku ni memang minta kena jahitlah. Aku pekup mulut. Pandangan dilemparkan ke tempat lain. Asalkan bukan muka Rayyan. Malu!

*
PINTU rumah dibuka. Sunyi. Tapi lampu ruang tamu terpasang. Aku menjengah ke bilik Saif. Kosong. Saif tak balik lagi. Balik lambat lagi ke Saif hari ni? Aku takut. Jujur aku takut. Nafas dihela panjang. Cuba menenangkan diri. Aku menapak masuk ke bilik. Belum sempat aku melangkah, rambut aku dicengkam kuat dari belakang. Spontan aku mengaduh sakit!

"Aduh! Sakit ayah! Sakit!"

Ya. Aku tahu itu ayah. Siapa lagi yang tergamak dera aku? Siapa lagi yang selalu lepaskan amarah kat aku? Siapa lagi yang sering pukul aku? Cuma ayah. Sebab aku tahu Saif sayang aku. Sejak kecil lagi, Saif jaga aku bagai menatang minyak yang penuh. Ayah mengheret aku ke ruang tamu. Kasar kepala aku dihempas ke sofa. Sakit!

"Kau menggeletis dengan jantan mana hah! Kau bagitahu aku cepat! Senja baru reti nak balik! Perempuan apa kau ni!"

Lantang suara ayah membentak aku. Aku dengar ayah membuka tali pinggangnya. Aku terus bangun dan cuba lari. Malang. Ayah genggam tangan aku. Rapat dan kejap! Aku dah cuba tarik, tapi tenaga lelaki ayah terlalu kuat! Aku tak mampu meloloskan diri! Tali pinggang itu mula dililitkan ke tangannya. Tinggi tali itu dihayun ke udara dan disebat ke tubuh aku.

Piapp!! Piapp!!

"Ayah! Adik sakit! Tolong jangan pukul adik, ayah! Adik merayu ayah!"

Berjejeran air mata sudah melimpahi kolamnya. Aku tak tahan. Setiap sebatan ayah terlalu pedih untuk ditahan. Aku tak sanggup. Pedih. Sakit. Namun sia-sia. Rayuan aku, tangisan aku, tidak mengubah apa-apa. Semakin kuat tali pinggang itu dilibas ke jasad aku. Dan setiap libasan itu, aku mengerang kesakitan.

"Ayah! Adik sakit!"

Tangan aku liar memegang setiap anggota yang terasa pedih. Apabila tali pinggang itu menyentuh kulit aku, dunia aku terasa berputar. Jelas di wajahnya, ayah begitu bencikan aku. Ayah anti aku. Selama dua puluh empat tahun, aku hidup dengan begitu banyak tanda tanya. Dua puluh empat tahun aku hidup dengan seorang ayah yang benci aku. Dua puluh empat tahun aku hidup tanpa kasih sayang seeorang ayah. Dua puluh empat tahun aku hidup tanpa sentuhan seorang ibu. Apa salah aku? Apa yang aku dah buat? Aku memang tak layak disayangi ke? Aku memang pembawa sial dalam keluarga ke? Untuk pertama kali, aku benci diri aku. Aku tak berguna. Aku tak disayangi. Aku tak diperlukan. Kenapa aku hidup? Kenapa aku dibiarkan hidup?! Kenapa aku tak mati sejak aku lahir dulu?!

Piapp!! Buat ke sekian kalinya tubuh aku ditibai ganas.

"Arrgghh!!"

Bergema suara aku mengerang kesakitan di seluruh sudut ruang itu. Seluruh badan aku rasa panas. Berbahang dek libasan demi libasan, sebatan demi sebatan yang singgah di setiap inci jasad aku. Hanya Tuhan yang tahu, betapa aku jijik dengan diri sendiri. Betapa aku benci diri aku sekarang. Teresak-esak aku menangis di hujung lantai sambil memeluk lutut. Seluruh tubuh aku menggigil. Takut. Sakit. Bercampur baur perasaan dalam hati aku kini. Tubuh aku bergetar maha hebat. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.

"Aku benci kau! Aku jijik!"

Terasa berdesing telinga aku apabila bibir tua ayah mengucap hinaan itu. Matanya mencerlung. Bengis. Sarat dengan kebencian. Mungkin ayah puas, dia berlalu pergi bersama tali pinggang yang kemas dalam genggaman tangan. Ngilu aku dengar hujung talinya terseret ke lantai. Tangis aku makin berlagu. Dengan langkah longlai, kaki aku diatur ke kamar. Terhuyung-hayang tubuh aku seperti orang mabuk. Hakikatnya aku lemah. Aku sakit. Aku pedih. Akhirnya, tubuh aku terhempas ke atas katil. Dada berombak kencang. Tersedu sedan nafas aku kedengaran begitu sesak. Semakin lama, tangisan aku semakin kuat. Air mata mengalir murah. Dicengkam cadar tilam dengat sekuat mungkin. Tatkala itu, bagai ada roh lain yang merasuk, suara aku lantang meraung.

"Arrrggghh!!!"

Mata aku lencun semula. Benci. Marah. Jijik. Sial. Malang! Aksara-aksara itu umpama petir menyambar perasaan aku, mental aku. Kepala aku runsing. Abjad-abjad itu buat telinga aku rasa berdengung. Bisikan demi bisikan kedengaran di corong telinga. Kau sial Camelia. Kau tak berguna. Kau malang! Aku benci kau! Aku jijik! Sekali lagi aku meraung. Telinga dipekup rapat. Lutut kembali rapat ke dada. Jasad aku menggigil lagi. Takut. Marah. Sakit. Segala rasa sudah teradun dalam diri. Semakin galak aku menangis. Rambut aku sudah berserabai. Badan aku berbirat merah menyala. Jelas kesan libasan. Sesekali, telinga aku menangkap bunyi sebatan yang begitu kuat. Piapp!! Kepala aku tersengguk ke belakang. Telinga dipekup rapat. Aku benci bunyi itu. Aku tak suka! Namun tali yang bergesel dengan angin itu jelas kedengaran di telinga. Gigi aku terketap-ketap.

Aku akhirnya hanyut dalam dunia sendiri. Tenggelam ke dasar khayalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience