Bab 49

Romance Completed 33336

Bab 49

RIMAS. Aku ni memang cepat sangat collapse kan? Lemah. Kenapalah aku
tak mati terus? Argh damn it!

"Serius tak nak jumpa doktor?" Ini lagi satu bala, over protective
sebiji perangai Saif. Aku kata tak nak, tak naklah. Aku just pitam,
that's it. Bukan teruk pun. Lagi sekali, aku geleng sambil menikam
anak mata Rayyan dengan pandangan tajam.

"Janganlah tengok saya macam tu. Scary tahu tak," oh tahu seram? Then
nak tanya banyak kali kenapa? Ah ni mulalah aku nak beremosi. Semua
sebab ayah, kalau dia tak datang aku tak macam ni. Argh no no! Jangan
blame dia, Mel. Dia ayah kau.

Start balik dah perang emosi dalam fikiran sendiri.

"Awak fikir apa? Dahlah tu. Awak tak boleh banyak fikir. Ayah tu,
nanti saya settle."

Kau cakap senanglah. Aku yang menghadap benda ni, rasa macam useless
pun ada. Rasa benci, kesian, sayang, marah, semua rasa dah lumat dalam
hati ni. Entah, tak pandai nak cakap aku punya perasaan macam mana
sekarang. Kadang, aku harap aku tak kenal sesiapa. Biarlah aku kekal
amnesia tapi masalah langsung tak ada. Lebih baik macam itu, daripada
sekarang? Banyak benda yang membeban dalam otak. Kadang, akal aku
melayang fikirkan mummy. Fikir wedding Saif dan Fazira yang tertangguh
tu. Daddy, ayah.

Sampai detik ini, aku masih tertanya-tanya apa punca yang menyebabkan
permusuhan daddy dan ayah. Cara dia orang bergaduh, macam ada
something yang aku tak tahu. Ayah menyinga teruk bila daddy kata nak
bawa aku balik. Daddy pula nampak macam sedih tapi marah. Aku masih
ingat secara samar-samar perkelahian yang berlaku semasa aku tak
discharge lagi. Dalam mata ayah, aku nampak dendam. Tapi nak dendam
tentang apa? And macam mana dia orang kenal? Daddy dan mummy cuma
parents angkat aku, dia orang jaga aku masa aku tak ingat apa-apa. So,
adakah maknanya dia orang rebutkan hak untuk jaga aku?

Soalan, dan soalan. Aku bencikan soalan.

"Babe, you shouldn't cry. Your tears are precious to be wasted. Dah,
jangan nangis."

Sedar-sedar, jari Rayyan sedang menyeka air jernih di pipi. Entah
bilanya aku menangis pun tak tahu. Tak tunggu lama, aku sambar
jasadnya lalu dipeluk erat. Basah bahu dia terkena air mata aku.
Dakapan hangat itu bertaut lama, sampailah aku rasa lebih tenang dan
berhenti menangis.

"Jangan tinggalkan saya lagi, Mel. Jangan pergi lagi dari saya. Jangan
seksa jiwa saya. Saya sayang awak."

Ada nada takut dalam percakapannya. Aku jadi sebak, memoriku galak
memutar kembali perkara yang telah berlaku. Terimbau semula kali
pertama aku kemalangan, selepas aku keluar berdua dengan Haikal.
Kemudian, aku hilang ingatan lepas kemalangan tu. Agaknya inilah
balasan aku kan? Isteri apa aku ni? Keluar dengan lelaki lain. Padahal
kat rumah, kebajikan suami langsung tak peduli. Ya Allah, aku dah
sakitkan hati suami aku. Aku isteri derhaka.

"Saya ni useless kan? Saya ni tak guna. Sial! Tak kenal untung!"

Emosi aku berkecamuk kembali. Pelbagai kata cacian lagi aku hamburkan
kepada diri sendiri. Sumpah aku rasa bodoh. Aku rasa bersalah. Aku
rasa tak diperlukan. Aku rasa tak layak hidup. Aku rasa lebih baik aku
mati saja!

"Sshh! Ya Allah, apa cakap macam tu? Tak baiklah. Istighfar sayang,
ingat Allah."

Terenjut enjut bahu aku sebab esak yang semakin lama semakin berlagu.

*

PETANG itu bila aku sedar dari tidur, Rayyan tak ada di sebelah. Mana
dia pergi? Lepak kat bawah kut? Hatiku mengandai. Tapi tak dengar
suara orang pun dalam rumah ni? Sunyi semacam, dah kenapa? Jangan
cakap yang dia orang tinggal aku sensorang kat rumah ni. Aduh nak
berjalan pun tak boleh! Lama mata aku meliar ke seluruh penjuru bilik,
mataku menangkap satu objek panjang yang terletak di sebelah almari.
Hesy jauhnya! Macam mana aku nak ambil? Ah lantak. Retak sebelah kanan
saja, bukan dua dua. Maka, aku pun cuba berdiri di atas lantai mozek
berwarna putih itu dan berjengket ke arah almari, malangnya gedebuk!

"Aduh! Kuatlah sikit!" Aku marah-marah bila terjatuh di tepi katil.
Kaki kiri aku tak kuat tampung badan, sebab luka di paha dan betis
yang boleh tahan sakit juga. Kesan accident tu, sampai lebam habis
badan aku. Luka teruk. Itu yang doktor tak bagi jalan sebenarnya. Aku
lemah lagi. Ah lantaklah. Perlahan lahan aku mengesot dan mencapai
tongkat yang tersandar di sebelah almari itu. Sikit lagi. Sikit lagi.
Sikittttt lagi.

Gotcha!

Jalan pakai tongkat serius lemas. Tak selesa! Sumpah, kaki please
cepat baik. Aku nak jalan normal. Bila aku jenguk ke tingkat bawah,
kosong dan sepi. Aku rasa memang dia orang tak ada. Aku nak turun,
tapi tak yakin. So aku masuk bilik semula, aku jenguk kat tingkap.
Kereta Rayyan tak ada kat garaj. Yakin seratus peratus, dia orang
memang keluar. Terus aku dapatkan telefon dan mendail nombor Rayyan.

Tut.

Tut.

Tut.

"This is the voice mailbox for the number..."

Ala tak kelakarlah. Mana kau pergi ni? At least bagitahulah aku. Aku
ajak Fazira keluarlah daripada terperuk tak buat apa.

"Helo weh Fazira. Amik aku kat rumah parents Ayan. Lepak. Aku bosan."

Talian dimatikan.

Dalam lebih kurang sepuluh minit, aku nampak kereta Fazira kat luar.
Aku mesej suruh dia tunggu, aku nak turun lambat sikit. Well, budak
bertongkat ni jalan kalah kura-kura. Lepas dah kunci pintu rumah, aku
masuk ke dalam kereta. Myvi Fazira memecut keluar dari halaman rumah
dua tingkat itu.

"Lepak tempat biasalah eh?" Fazira bercadang. Aku angguk saja.

"Dah bagitahu Ayan?"

"Dia orang keluar masa aku tidur, tak tahu pergi mana. Aku call Ayan
tak angkat pula. Entahlah."

"Eh baik kau mesej dia sekarang. Mana tahu dia tak perasan telefon dia
silent ke apa. At least nanti dia check ada mesej, dia tahu kau dengan
aku," stereng dipulas ke sisi, tayar Myvi membelok masuk ke restoran
segera McDonald. Aku turutkan kata Fazira. Pantas aku menghantar
pesanan kepada Rayyan untuk memberitahu keberadaan aku dengan Fazira.

To : Doktor Rayyan

Awak, saya keluar dengan Fazira. Lepak McD je. Tadi saya call awak tak
angkat. Kunci rumah awak ada kan?

Sent. Jap, aku tak tukar lagi nama contact dia? Haha biarlah.

"So, how's life babe?" Tanya gadis yang sudah bertudung itu sambil
menghirup teh o panas. Paket gula halus dibuka lagi, lalu dituang ke
dalam minumannya. Dia masih tak berubah, haha.

"Entah." Satu patah aku jawab. Double cheese burger di tangan, aku
gigit penuh nikmat. Lamanya tak lepak macam ini.

"Amboi senangnya jawab hahaha. I think you owe me an explanation." Aku
berhenti mengunyah. Explain? Aku tayang muka blur tanda tak tahu.

"Ayah."

"Kenapa dengan ayah?" Aku tanya balik kat dia.

"Saif unexpectedly terbagitahu pasal apa ayah buat kat kau."

Crap. Seriously Saif? Abang aku ni nak kena agaknya. Benda ni tak
payahlah sebut depan Fazira, aku segan. Aku malu.

"Babe, takpa kau jangan segan ke apa. Tapi kenapa kau tak bagitahu
aku? Kau luah sikit pun tak. Kau simpan sensorang. Seriously weh?
Kalau aku, memang aku dah lari rumah." Aku tersengih pahit.

"Kau cakap senanglah. Aku ni takda mak. Hidup pun cukup makan. Even
ayah aku selalu pukul aku, tapi dia yang besarkan aku. Hm walaupun
dengan kebencian. Kau lain. Kau celik tengok dunia, dah ada semua
benda depan mata. Ada papa mama. Kasih sayang tu, kau dapat rasa. Aku
ni?"

Tak semena aku rasa sebak nak menangis. Fazira tunduk layu, mungkin
terkesan dengan apa yang aku cakap kat dia. Tapi itulah hakikatnya,
aku dan dia, kehidupan kami tak sama. Dia langit aku pula bumi. Aku
hilang ingatan pun, mungkin ada baiknya juga. Selama aku hidup tak
pernah aku rasa kasih seorang ibu. Untung, mummy wujud dalam hidup aku
walaupun sebagai ibu angkat saja.

"Mummy macam mana?"

"Dia kerja dengan aku. Aku bagi rumah bujang aku kat dia. Actually aku
nak bagi duduk free tapi mummy kau segan, dia nak juga bayar. Aku pun
takkan nak tolak. Daripada dia pindah rumah lain, baik aku terima
saja. Asalkan dia under perhatian aku."

Banyak benda kami bualkan petang itu. Kebanyakannya, pasal akulah.
Well, lama tak jumpa kan? Aku bangga dengan perubahan Fazira. Sekarang
dia dah bertudung. Tapi perangai dia, masih Fazira yang aku kenal
dulu. Beruntung Saif dapat bakal isteri macam dia. Tapi pasal wedding
dia orang, masih ditangguh. Takkan nak buat majlis dengan keadaan ayah
macam tu. Nasib baik papa dengan mama Fazira tu memahami. Bilalah
masalah aku nak selesai? Haha.

Aku sampai kat rumah around enam setengah petang. Nak dekat senja dah.
Ralit bersembang dengan kawan lama.

"Sekarang pukul berapa?" Dingin soalan itu diajukan kepada aku tatkala
kaki ini melangkah masuk ke dalam bilik.

"Enam setengah. Awak balik bila? Pergi mana tadi?"

Tanyaku seperti biasa seraya melabuhkan duduk di sebelahnya, di atas
katil. Wangi gila suami aku ni. Macam perempuan pun ada.

"Saya yang patut tanya awak pergi mana!" Tersengguk aku gamaknya tika
suara itu menaik tinggi.

"Yang awak nak naik suara ni kenapa?" Tak semena suara aku pun naik juga.

"Awak ni memang tak tahu nak duduk rumah ke? Tengoklah diri awak tu!
Kalau jatuh macam mana? At least call saya, mesej or whatever. Biar
saya tahu awak kat mana!"

Something is not right. Aku dah call tapi dia yang tak angkat. Aku
mesej, dia tak reply. Salah aku ke?

"Suka sangatlah kan buat saya risau? Suka hati awaklah!"

Dan dia terus blah. Sungguh, aku tersinggung. Yang dia nak bengang
sangat kenapa? Aku dah mesej kan? Argh tak boleh jadi. Ada benda tak
kena. Bila aku nampak telefon dia atas katil, aku terus check log
panggilan dan kotak pesanan. Impossible. Tak ada call atau sebarang
mesej pun dari aku? No way. Tak mungkin!

Tiba-tiba aku dengar suara orang ketawa. Macam perempuan. Tapi
takkanlah Rayyan bawa balik perempuan kan? Hahaha mustahil. Lagi
sekali, aku dengar suara ketawa. Ah tak puas hati, aku terus berjalan
ke muka pintu.

Tak, tak. Mustahil. Dia takkan buat macam ni kat aku. Rayyan sayang
aku. Dia tak mungkin buat aku macam ni.

Tatkala mata aku ternampak sesuatu pada kotak pesanan Rayyan, aku terus baca.

Encik rayyan, raisya dah boleh discharge. Dia sedar semalam.

Dan figura dua manusia yang sedang berpeluk di hujung tangga, aku
tatap dengan rasa bungkam yang menggunung. Wow. Perfect game. Tak
mungkin dia. Mustahil. Siapa dia? Dan kalau memang dia yang buat,
kenapa?

Satu nama melantun dalam ruang fikiran.

Raisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience