Bab 55

Romance Completed 33336

Bab 55

LENAKU terganggu ketika kicauan burung pagi menerobos ke dalam lohong
telinga. Pagi yang dirasakan tenang itu seolah menggambarkan jiwa aku
yang kini rasa kosong tanpa perasaan. Kelopak mata dikejip beberapa
kali sebelum penglihatan kembali jelas. Rangkulan kemas yang terlilit
di pinggang, aku bawa ke tepi namun pantas dieratkan semula pelukan
itu.

"Awak ni. Ish nanti kang saya yang kena blame sebab tak terjaga subuh.
Awak! Almost pukul tujuh ni! Karang terlepas subuhlah Ayan."

Rayyan masih mamai. Hm memang cute kau tidur macam ini. Tapi kena
bangun juga sebab dah terlambat subuh! Hesy doktor kacak yang poyo ni
kang, ada juga yang kena sepak dengan Camelia. Eh terpuji pula hahaha.

"Sayang bangunlah," rayuku menarik suara manja berbaur pujukan. Tak
tipu, aku yang dengar suara sendiri pun geli nak mati. Tak disangka,
macam pelesit lajunya jasad suamiku bangkit dari tidurnya. Sesekali
tapak tangannya dibawa ke bibir apabila terbuka luas kerana menguap.

"Awak panggil apa tadi?" Acah tanya konon, aku debik kang baru tahu.
Haih gedik naw laki aku rupanya.

"Ish cepatlah, nanti terlepas subuh. Awak tu dahlah suka blame saya.
Cepat! Dah hujung waktu ni."

Tangannya meliar di serata katil seperti mencari sesuatu. Habis gebar
dan bantal diterbalikkan sampailah telefonnya dijumpai. Mungkin dia
sangka aku main-main, segera dia menekan punat di bahagian atas iPhone
miliknya untuk memastikan sekarang ini pukul berapa. Lantas matanya
membuntang tanda terkejut. Terkocoh-kocoh lelaki itu mengatur langkah
ke bilik air dan membersihkan diri. Aku geleng kepala, tadi sibuk
sangat nak sambung lena.

Usai menunaikan ibadat wajib itu, aku berjengket lalu menghempas tubuh
ke katil. Kerusi lipat yang aku guna semasa solat tadi, aku biar tak
dialih. Em buku lali kan belum baik? Terpaksa aku gunakan khidmat
kerusi. Fuh penat dan mengantuk!

"Sayang bukalah telekung tu dulu. Kuat tidur betul bini aku ni."

"Hak elah aku salotep mulut tu kang."

Tak semena gurauan aku mengundang padah. Tiba-tiba mangkuk hayun ni
geletek aku! Memang terbahak-bahaklah aku ketawa sebab kegelian. Aduh
hahaha kalau bab geletek memang aku kalah weh.

"Jahatlah! Main tipu! Mana aci ish awak ni tak aci laa," rungutku
tanda merajuk tapi sisa ketawa masih ada. Tak tahan nak tergelak siot.
Geli tahu tak!

"Padan muka," dia tayang muka puas. Konon dah menanglah tu. Aku ni
masih termengah-mengah sedut oksigen sebab penat gelak tadi. Rayyan
turut mendaratkan kepalanya di sebelahku. Masing-masing melayan
fikiran sendiri seperti menikmati pagi yang indah ini. Eh indah ke?
Haha. Tanpa sedar, aku tersenyum bahagia. Dan ketika aku melirik
sedikit ke sisi kanan, lelaki itu juga sedang tersenyum semacam kami
berkongsi rasa yang sama.

Tenang, lega dan bahagia.

"Mel.. awak sayang saya tak?"

Aik? Dah kenapa dia tanya aku macam tu? Gila ke tak sayang? Dia ikhlas
cintakan aku sejak akad dilafaz malam itu. Dia tak berputus asa cari
aku bila aku takda bersama dia. Dan dia setia dengan aku waktu aku
terlantar tak sedarkan diri selama dua bulan. Apa lagi sebab yang
mampu memalingkan sayang aku kat dia?

Oh please Mel, ayat kau feeling teruk.

Haha, tapi itulah hakikat sebenar. Sebelum ini aku susah nak terima
Rayyan sebab pernikahan yang tiba-tiba dan tanpa pengetahuan aku. Lagi
pun masa tu kan aku sukakan Haikal? Aku memberontak dan buat hal
sampaikan aku terpisah jauh dari orang yang ikhlas sayangkan aku.
Ececeh kira menyesal sikitlah ni. Sekarang, jujur aku memang dah mula
jatuh suka pada lelaki ini. Aku jatuh sayang kepada doktor yang pernah
merawat aku dulu. Hashtag bertemu jodoh di klinik, haha!

"Tak pun. Saya benci lagi ada laa."

"Serius Mel?? Samalah! Aku pun benci kau weh."

Ceh auta sangat!

Tak lama, kami sama-sama ketawa. Dunia ketika itu terasa bagai kami
yang punya. Serasa macam kami tak mahu kebahagiaan ini datang
sementara saja. Selembar harap tersisip kemas dalam hati, agar
kegembiraan ini kekal tiada penghujung.

"I love you. So much." Aku bangkit dan menyambar bibir merah doktor
itu. Whoaa gelojohnya kau Mel? Haha nakal juga aku ni sebenarnya.
Pantas, aku membuka telekung dan melipatnya lalu dikemaskan sejadah
serta kerusi. Rayyan pula tak habis lagi bantai gelak. Apa yang
seronok sangat entah?

"Dah pandai dah sekarang!" Sakatnya sengaja buat aku malu. Tengoklah
gerangan yang ajar. Aku diam dan senyum sambil menggelengkan kepala.
Jangan layan sangat doktor putus wayar ni, nanti dia jadi over.

*

DALAM tak sedar, genap lima hari ayah berada di pusat pemulihan. Itu
pun Saif yang call dan bagitahu kat aku keadaan ayah kat sana. Dia
kata, ayah makin okey. Dia tak kerap mengamuk dah. Emosi dia lebih
stabil berbanding sebelum ni. Syukur alhamdulillah.

Raisya pula?

Sejak malam yang dia menangis bagai nak rak tu, aku dengan dia dah
baik. Dia pun layan aku okey takda masalah. Paling best sekali, bila
dia mengaku kat depan Rayyan, umi dan abah pasal apa yang dia buat kat
aku. Ala, yang Faris suruh dia hancurkan hubungan aku dengan Rayyan
tu. Tak lupa juga pasal dia tolak aku sampai buku lali aku bengkak. At
first memang suami aku benganglah juga sebab tak sangka, tapi aku
pujuk dia elok elok. Well, benda dah lepas tak boleh ubah dah kan?
Merengek budak tu minta maaf kat aku. Kalau ikutkan nafsu marah aku,
nak saja aku tojoh guna parang. Hehe tapi aku watlek watpeace. Tak
salah pun kita rendahkan ego dan maafkan orang kan?

Oh ya, mummy dan daddy. Hm cakap pasal dia orang, honestly aku masih
tak dapat terima kenyataan. Ayah bukan ayah kandung aku. Kadang aku
rasa dia orang bergurau saja, kadang aku rasa aku terlalu ikutkan
perasaan. Entahlah, aku jadi tak tahu nak cakap macam mana. Sampai
sekarang aku tak berhubung dengan mummy atau daddy. Aku masih terasa.
Mungkin masa dapat hilangkan sakit hati aku. Dan persoalannya
sekarang, di mana mak bapa kandung aku?

"Hah?!" Berlapis dahi dia selepas aku bagitahu pasal ayah.

"Terkejut kan? Heh saya ni lagilah tak sangka. Tapi tak tahulah
kesahihan tu. Dari gerak cara mummy, saya nampak dia macam serius."
Simpulku apabila teringatkan riak wajah wanita bernama Yati itu ketika
dia mengkhabarkan pernyataan tentang ayah yang berstatus bukan ayah
kandung kepada Camelia yakni aku sendiri.

"Sayang kena make sure lah. You better check your ic ke dokumen
kelahiran ke mende?"

"Dah. Saya dah check. Semua nama saya berbintikan ayah, binti Farid.
Takkan Farid lain kut?"

Wajah sang suami aku lihat tampak gusar dan risau. Yang dia nak lebih
sangat ni dah kenapa?

*

"DADDY."

Tak.. mung..kin. Tak masuk akal! Rayyan menarikku rapat ke dalam
dakapan dia. Aku pasti dia faham dengan perasaan aku yang seolah
dipermainkan dengan penipuan.

"Tak. Mummy tipu kan!" Mulalah aku nak marah. Apa benda yang berlaku
sekarang ni? Kenapa boleh jadi macam ni? Ya Allah bukakan jalan
penyelesaian untuk aku. Aku rasa macam betul-betul ditipu.

"Takda guna mummy nak tipu lagi. Cukuplah selama ni rahsia ni mummy
pendam berpuluh tahun. Dah sampai masa Lia tahu benda ni."

Sungguh, hati aku dihentak hiba. Antara percaya dan tidak, aku keliru.
Rayyan pula sepi tanpa kata. Heh mana mungkin lelaki bernama Adam itu
ialah bapa kandung aku? Tak tak, ini tak betul. Tak mungkin!

"Tak mungkin. Lia tak percaya."

"Segalanya mungkin, bila kita tunduk kepada nafsu. Takdir dah tertulis
macam ni, kita tak mampu ubah sayang," wanita itu menyambung kata
seolah pasrah dengan ketentuan. So now what? Mummy ni mak kandung aku
ke macam mana? Crap. Habis tu Saif? Dia dengan aku hubungan apa? Aku
ni anak angkat ke?

"Mak kandung Mel?" Rayyan mengajukan soalan yang juga aku ingin tanya.

"Saya. Saya mak kandung Camelia."

Unbelievable. Dia bergurau ke apa ni dengan aku? Macam mana pula dia
boleh jadi mak kandung aku? Tak. Dokumen peribadi aku semuanya
berbintikan Farid. Kad pengenalan aku, sijil lahir, semua menggunakan
nama ayah. Tak mungkinlah Adam dan Yati ni mak bapa kandung aku kan?
Mak kandung aku dah lama tak ada. Ya, itu hakikatnya. Dia cuma
mengkhabarkan fakta yang palsu.

"Terpulang kat Lia nak percaya atau tak, inilah hakikat yang Lia kena
terima. Mummy minta maaf sebab tinggalkan Lia."

Penuh sebak wanita itu berkata manakala aku masih menggeleng tidak
percaya. Heh gila. Tak masuk akal langsung! Kalau betul aku anak
mummy, aku sepatutnya tinggal dengan dia sejak kecil. Bukan dengan
ayah. Semua ni tak logik. Mimpi ngeri semata.

Balang fikirku tatkala ini disapa kegersangan. Aku jadi resah setiap
kali perihal yang tak sahih itu memenuhi ruang otak yakni tentang
status aku yang entah anak siapa. Ayah atau mummy dan daddy? Entahlah
aku nak percaya yang mana. Sungguh, aku buntu. Rayyan pula, sejak
balik dari rumah mummy tadi asyik diam membisu semacam sengaja tak nak
bercakap atau dekat dengan aku. Sepatutnya masa macam inilah dia perlu
ada di sisi aku. Bagi sokongan moral ke? Nasihat ke? Pujuk ke? Ah
hampehlah! Masalah aku ni memang tak putus ke?

EPILOG

TUDUNG putih yang kupakai dibetulkan. Wajah yang disolek nipis aku
pandang lama. Boleh tahan cantik juga aku ni kan? Haha! Perasan.
Segaris senyum memekar indah di bibir yang dicalit lipstik merah jambu
lembut. Degup jantung kian laju mengetuk dinding dada semacam nak
pecah gayanya. Berdebar dan teruja. Tarikh hari ini pasti aku akan
semat dalam kotak ingatan kemas-kemas. Memori lama yang menjengah
kembali dataran ingatanku tadi sedikit sebanyak menghadirkan seribu
rasa dalam hati. Sedih, gembira, kecewa, terharu dan bersyukur.

"Weh Mel! Kau ni, aku cakap dengan kau dengar tak?"

Perhatianku disentak dek suara yang bergetar itu. Wajah manis Fazira
memenuhi ruang mata. Cantik berselendang putih, sama macam aku.

"Tak dengar pun."

"Ya Allah kau menungkan apa sejak tadi? Lama gila kau tenung cermin
tu. Macam fikir something. Ada yang tak kena ke weh?"

Benda tak kena? Haha, semuanya okey. Aku tergelak kecil. Sebenarnya
aku terkenangkan balik apa yang dah berlaku sepanjang hidup aku.
Kelakar ada, sedih ada, happy pun ada. Paling banyak mestilah sedih.
Sad life sungguh aku ni kan? Lepas satu masalah, datang pula masalah
lain. Sampai tak menyempat nak selesaikan haha. Tapi semua itu cuma
kenangan dan memori lama yang bagi aku sekadar perencah dalam
kehidupan.

"Takda apa pun. Yang kau duduk tak diam ni dah kenapa?" Rimas pula aku
tengok kaki dia asyik tergedik-gedik tak berhenti.

"Nervous siot! Kau ni tak reti nak nervous ke?"

Aku bantai gelak lepas dengar soalan dia hahaha.

Tatkala aku dan Fazira menapak anak tangga turun ke ruang tamu yang
dibanjiri dengan kunjungan keluarga, mataku menangkap satu pandangan
redup di bawah sana. Pandangan yang disulam kasih. Aku sembunyikan
senyum. Tangan Fazira aku genggam erat seolah kami berkongsi rasa yang
sama. Ketika kami berdua melabuhkan duduk, satu per satu wajah insan
kesayanganku memenuhi bingkai pandangan. Sekilas aku pandang mummy
yang tak lekang menyimpul senyum bahagia. Daddy pula mengirimkan
pandangan penuh kasih sayang. Dan akhirnya, insan istimewa yang
memegang status mak dan ayah serentak, duduk bersila dengan wajah
riang yang sangat payah aku lihat dulu. Ayah tampak segak bersongkok
dan berbaju melayu. Bebola mataku dibawa lagi ke sisi lain, lalu aku
nampak senyum gembira Saif yang aku rindu.

"Aku nikahkan dikau, dengan Camelia binti Farid @ Mohd Adam, dengan
mas kahwin dua ratus ringgit tunai."

Dua tangan yang bertaut itu digoncang sekali.

"Aku terima nikahnya Camelia binti Farid @ Mohd Adam dengan mas kahwin
dua ratus ringgit tunai."

Dan pabila disoal kepada saksi serta wali, sahutan 'sah!' bergema di
ruang tamu tersebut.

"Aku nikahkan dikau, dengan anakku Nur Fazira binti Rizlan dengan mas
kahwin dua ratus ringgit tunai."

Saif teguk liur semasa tangannya digoncang.

"Aku terima nikahnya Nur Fazira binti Rizlan dengan mas kahwin dua
ratus ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

Maka doa pun diaminkan, diharapkan masjid yang dibina hari ini akan
kekal terikat sampai ke hujung nyawa dan insyaAllah hingga ke Jannah
Allah. Usai menyempurnakan sesi pembatalan air sembahyang, aku peluk
erat jasad mummy, daddy, ayah, dan Saif ditemani air mata yang terus
menerus mengalir bak sungai. Fazira merapati lalu disambar tubuh ini
ke dalam pelukan dia. Sahabat dunia akhirat aku, Fazira. Semoga
kebahagiaan sentiasa jadi milik kau Faz. Sempat aku berdoa dalam hati.

"Aku dah kahwin weh. Aku dah jadi bini orang. Dah jadi kakak ipar
kau!" Ujarnya sebak campur teruja. Aku tergelak geli hati, perangai
masih tak berubah.

Dalam keriuhan tetamu yang sibuk mengucap tahniah dan bergambar, jasad
seseorang menggamit perhatianku. Langkahnya diatur menuju ke pintu
utama. Bingkas aku bangkit dan mendapatkan daddy yang semakin hilang
di sebalik pintu.

"Daddy!" Lelaki itu menoleh. Senyum pahit yang terlukis tampak lumpuh.

"Tahniah Lia. Daddy bangga dengan Lia. Jadi isteri solehah ya sayang?"
Sayu pula aku rasa bila daddy cakap macam itu.

"Lia sayang daddy. Always." Aku dakap jasad tua itu penuh kasih. Lagi,
aku titip doa buat lelaki ini. Ya Allah, semoga daddy sentiasa berada
dalam perlindungan-Mu.

"Jaga mummy dan ayah Lia okey? Kalau rindu daddy, pejamkan mata dan
kirimkan doa." Sekelip mata, bayangnya hilang dari ruang
penglihatanku. Lia sayang daddy, sampai bila-bila.

"Buruk gila muka sayang bila menangis." Tahu, dia sengaja ejek sebab
nak hiburkan hati aku.

"Terima kasih sebab terima saya yang buruk ni." Tubir mata diseka
laju, enggan membiarkannya lencun.

"Nanti kita lawat daddy okey sayang?"

*

SENYUM ayah memekar lebih kembang berbanding kelmarin. Biarlah sebab
apa sekali pun, aku suka ayah begini. Alhamdulillah, ayah dah sihat
sepenuhnya lepas balik dari pusat pemulihan mental. Emosi dia jauh
lebih baik dari sebelum ni. Dari jauh aku nampak lelaki itu menyambut
tetamu di khemah hadapan, bersama Dato' Rizlan alias papa, dan Datin
Julia alias mama. Tak lupa juga, abah dan umi yang happy tak terkata!

Mummy? Mestilah ada sekali. Wanita yang setabah dia wajar ada di hari
bahagia ini. Wanita yang mengandungkan aku, melahirkan aku. Ya,
semuanya dah jelas dan sahih sekarang. Mummy ialah ibu. Ibu yang
selama ini aku cari dan aku mahu. Kisah silam ayah telah dibongkar
semuanya.

Perkahwinan ayah dan mummy bertahan beberapa tahun saja. Waktu itu,
Saif masih kecil. Dan daddy pula ialah kekasih lama mummy. Nafsu telah
meranapkan iman, maka lahirlah aku yang telah memutuskan ikatan
perkahwinan lelaki bernama Farid dan wanita bernama Yati. Secara
logiknya, aku memang anak luar nikah. Lama aku ambil masa untuk terima
hakikat itu. Dan kini, aku sudah redha dengan ketentuan Allah. Ayah
nekad untuk ambil aku dan meletakkan dirinya sebagai bapa bukan
kandung aku. Aku berbintikan Farid walaupun bapa kandung aku ialah
Mohd Adam.

Lepas mummy dan ayah berpisah, mummy berkahwin semula dengan kekasih
lamanya. Tapi mummy ditakdirkan tak boleh mengandung lagi. Mummy kata
mungkin itu kifarah Allah sebab kesilapan mummy dulu.

Saif?

Dia abang tiri aku, secara logiknya. Tapi bagi aku, dia tetap abang
aku. Lelaki yang jaga aku penuh kasih sayang sejak kecil sampai aku
besar panjang.

"Mel!"

Aku terpiuh. Mak aih suara siapa menjerit tu? Terkejut aku.

"Congrats!"

"Omg Raisya!! Tak bagitahu aku pun kau balik sini! Bila fly siot? Laki
kau mana?" Gadis itu meleraikan pelukan dan tersengih-sengih.

"Saja nak surprise kau. Ada lagi satu surprise tau!" Aku mengerutkan
dahi tanda ingin tahu kejutan yang kedua.

"Tak lama lagi kau.. akan jadi aunty!!"

"Ya Allah seriously Sya?! Tahniah!"

Oh, lupa pula. Raisya berkahwin awal dari aku dan Fazira, walaupun
umur kami beza setahun saja. Guess what? Dia berkahwin dengan Faris
tau! Hahaha. Nampak tu? Kalau dah jodoh, takkan lari ke mana pun. Dan
dia ikut Faris pergi ke luar negara atas urusan kerja. Tak sangka pula
dia fly balik Malaysia sebab nak attend wedding aku dan Fazira.
Hashtag Mel terharulah juga kahkah.

Haikal?

Entahlah. Lama aku tak dengar khabar dia. Mungkin dah bahagia dengan
tunang dia yang serang aku dulu? Malaslah nak ambil tahu. Yang penting
sekarang, aku bersyukur dan gembira dengan apa yang Allah bagi kat
aku.

"Doktor Rayyan!! Towel tu letaklah kat ampaian! Basah habis katil ni.
Ish," perangai Rayyan ni memang kadang buat aku rasa nak rimbuk dia
dengan helmet. Nasib baik suami, kalau tak memang hancurlah kepala dia
aku hempuk.

"Sayang tolonglah kejap! Saya penat ni."

"Ewah, fikir awak punya penat. Saya pun penat tau."

"Sayang lainlah. Sayang kan sado, kuat, bertenaga. Saya ni lembik."

"Start dah mengada dia, hesy meluat betul aku. Doktor Rayyan, pernah
makan penampar tak? Saya baik hati nak bagi ni."

Aku mampu geleng kepala melihat kerenah Rayyan yang masih tak berubah.
Tapi comel haha! Ketika ini, aku berdiri di balkoni menghadap langit
yang dihias taburan bintang. Bulan sabit pula menyuluh gelita. Terbit
segaris senyum di bibirku tanpa sedar. Keriuhan di ruang bawah
menggamit perhatian. Tatkala aku tunduk, keluarga besarku sedang
bergelak ketawa di bawah sana. Malam ini, semua menginap di rumah umi
dan abah sebab ada bakar BBQ. Rayyan kata abah saja nak eratkan
hubungan kekeluargaan. Masing-masing sedang menikmati detik gembira,
senyum dan ketawa bersama-sama. Aku dengan Rayyan saja yang belum
turun muehehe. Penat sangat, ingat nak rehat lima minit.

Tiba-tiba pipi kananku dikucup lembut.

"Bagi salam dululah dey, terkejut saya." Rayyan merapati dan
melingkarkan tangannya di pinggangku. Dagunya pula mendarat di atas
bahu.

"Saya sayang awak Mel."

Hm start dah sesi melankolik dia. Rayyan ni selalu tau ucap macam tu.
Dalam nadanya terselit selembar kerisauan. Mungkin takut aku pergi
lagi dari dia?

"Lebih seratus kali awak cakap benda yang sama hari ni. Awak tak bosan
ke?" Soalku sengaja nak tahu jawapan dia.

"Tak pernah bosan sayangkan awak, tak pernah jemu cintakan awak. Sebab
Allah amanahkan awak kepada saya."

Sumpah aku terhibur dengan ayat dia. Kelakar pun ada, terharu pun ada.
Memang aku bantai gelaklah cerita dia. Hahaha tak semena dia tarik
muka dan meleraikan pelukan. Uish sensitifnya suami aku ni.

"Eh Ayan!" Tangannya aku tarik, lalu dua ulas bibir bertaut seketika.

"Saya pun sayang awak. Chill baby. Jangan sentap sangat boleh tak?"
Aku tergelak lagi sebab ternampak perubahan wajah dia yang menjadi
merah! Malu ke bro? Lantas aku jinjatkan kaki dan memeluk jasad
Rayyan. Almaklumlah, tak berapa nak tinggi.

"Buruk muka awak bila merah," bisikku sengaja mengusik.

"Sayang ni kurang asam betullah."

"Hoi love birds! Buat apa tu! Meh sini turun makan! Kita tunggu dia
orang, dia orang busy kat atas!"

Itu dia panggilan dari geng murai dot com kat bawah. Salah aku juga ni
gedik buat sesi peluk kat tepi balkoni.

"Saya rasa kita kena turun." Rayyan pun turut ketawa. Malu siot kena
sakat dengan family hahaha. Fazira dengan Saif terkekek gelak, ingat
aku tak nampak ke? Raisya dengan Faris pun tumpang sekaki. Jemariku
setia digenggam oleh sang suami. Cincin emas di jari manis menyapa
irisku. Aku senyum bahagia. Akad kedua yang sangat bermakna bagi aku.
Oh ya, lupa nak bagitahu. Memandangkan ayah bukan bapa kandung aku,
jadi perkahwinan kami sebelum ini tak sah. Sebab itu juga Rayyan
sengaja jaga jarak drngan aku lepas balik dari rumah mummy. Syukur,
sekarang semua dah settle. Senyumku terlakar lagi.

Siapa sangka seorang Camelia yang dulunya layu kini mekar kembali?

Aku, Camelia binti Farid @ Mohd Adam. Realiti hidup aku dijerat dengan
penipuan dan aku hampir putus asa dengan kehidupan. Tapi kini penipuan
itu terbongkar jua. Aku bersyukur sebab Allah kurniakan insan
seistimewa ayah yang sanggup bela aku sampai aku dewasa meskipun aku
bukan anak kandung dia. Andai dulu aku selalu merungut dan mengeluh
tentang ketiadaan ibu dan kasih sayang seorang ayah, kini aku miliki
segalanya. Aku ada ayah, daddy, mummy, umi, abah, papa dan mama. Rasa
macam ramai pula parents aku hahaha. Tak lupa juga Fazira, Saif,
Rayyan dan Raisya.

Yang paling penting, aku sentiasa ada Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience