Bab 20

Romance Completed 33336

Bab 20

KELOPAK mataku dibuka. Cahaya mentari yang mengintip di celah jendela membangunkan aku dari lena yang begitu nyenyak. Seluruh sudut ruang itu aku tatap dengan penuh kemusykilan. Setelah diamati dengan teliti barulah aku yakin ; bilik aku. Badanku diregangkan seluruhnya. Menggeliat. Lenguh terasa semua sendi. Jemari runcingku diletupkan. Leher juga diregang ke kiri dan ke kanan sampai letupan kecil kedengaran. Selimut tebal yang menutupi jasad, aku tebar ke sisi. Lengan didepakan ke dada katil. Huargh malasnya bangun. Mataku dipisat-pisat. Tiba-tiba daun pintu kamarku dikuak. Terjengul wajah seseorang yang usianya lebih kurang empat puluhan. Rambutnya disanggul kemas. Aku lihat bibirnya mekar dengan senyuman. Tampak ikhlas.

"Baru bangun? Get ready. Karang kita nak keluar shopping," wanita itu mengelus lembut kepala aku. Bibirku automatik dijebik. Mata pula aku kerdip beberapa kali. Tanda merajuk. Malas keluar. Penatlah.

"No. Lia kena ikut juga. Baju Lia kan sikit saja? Bukan lama pun."

Dia mendesak lagi dengan nada memujuk.

"Yalah. Lia bersiap. But just for a while tau mummy? And please ; no dress."

Peraturan telah ditetapkan. Mummy angguk setuju. Aku sengih panjang lalu tubuh wanita itu aku peluk erat-erat. Kehangatannya menghadirkan perasaan sayang dan kasih yang mencurah-curah. Dalam dakapannya, aku rasa tenang. Dalam pelukannya, aku rasa selamat. Dalam rangkulannya, aku rasa bahagia. Inilah perkara terindah pernah aku rasai. Sesudah itu, mummy meninggalkan aku sendirian di kamar. Aku bergegas masuk ke dalam bilik air lalu membersihkan diri.

Anak tangga yang curam, aku turuni dengan langkah yang laju. Kiraan bermula di anak tangga pertama. Naik turun, naik turun lutut aku kelihatan begitu pantas bergerak. Saat kakiku berhenti di anak tangga terakhir, pantas jariku menekan punat pada jam G-shock biru yang terlilit kemas di pergelangan tangan kiri.

Tit!

Jam randik digital itu berhenti berdetik. Dua minit lima puluh lima saat. Serta merta aku mendengus. Sama saja macam kelmarin. Komenku dalam hati. Nafasku agak kuat deruannya. Tercungap-cungap sedikit dek rasa penat yang bertamu. Fuh. Suasana rumah sunyi. Kosong ke? Ala bosannya... hais.

Sebiji epal yang tersedia di dalam mangkuk di atas meja makan, aku sambar. Buah itu aku gigit rakus. Lapar. Pukul sepuluh setengah. Memang laparlah ceritanya, sarapan apa pun tidak. Belakang badanku dilabuhkan ke atas sofa merah yang empuk di ruang tamu. Kaki disilangkan. Telefon bimbitku dikeluarkan dari poket seluar. Punat di atas, aku tekan. Jariku disentuh pada skrin lalu diseret dari kiri ke kanan.

Eh ada mesej?

Driver cuti. Kunci kereta kat meja kopi depan tv. Remember ; no drifting sayang! :p

"O-M-G seriously?! Ngaw!"

Aku terus bangun dan melompat di atas sofa! Muka aku terus bersinar bak lampu disko di kelab malam. Bibirku tak berhenti meregang. Yes! Yes! Yes! Tak sabar! Hihihi. Terkinja-kinja aku melompat sebab terlalu gembira haha. Sekali... GEDEBUK!

"Aduh punggung aku!"

Punggungku digosok-gosok sampai sengalnya hilang. Boleh tahan kebas juga punggung aku dek jatuh. Rasa macam punggung hilang pun ada. Tiba-tiba telefon yang aku letak atas meja tadi, berbunyi. Bergema lagu kartun animasi BoboiBoy di ruang tamu itu. Aku pun bangunlah. Tapi tiba-tiba gedeguk!

"Adoii ish meja ni haaa sakitlah kepala aku. Huuu."

Kepala aku pula yang terhantuk kali ini. Ceh malang betul. Perlahan-lahan aku merangkak keluar dari kawasan yang dipenuhi dengan objek itu. Selepas bangun, aku ambil telefonku yang menjerit tak henti-henti sejak tadi.

"Helo?"

"Remember my words. What did I say to you?"

Suara lelaki itu menyapa di hujung corong telefon. Aku mengeluh kecil. Hais kena ke ulang? Teruk sangat ke aku drive? Aduhai.

"Jangan langgar lampu merah. Jangan drift. Jangan speed. Pakai seat belt. Lia tahulah daddy. Ish daddy ni," aku tarik muncung panjang. Merajuk. Padahal daddy tak boleh nampak pun. Aku dengar daddy ketawa di sana. Apa yang kelakar sangat tak tahulah. Aku berjalan ke arah meja kopi di hadapan televisyen. Kunci kereta sedang 'tidur' nyenyak di atas meja itu. Dicapai gugusan kunci tersebut lantas dilambung-lambung ke udara.

"Lia take care tau. Drive macam orang waras k. Daddy got to go. Bye darling!"

Talian diputuskan. Aku tatap skrin telefon itu dengan wajah yang terpinga-pinga. Letak macam tu saja? Ceh sengetlah daddy ni haha. Pesanan penaja dia yang kedua aku tak tahan tu. Drive macam orang waras. Erk daddy ni over. Tatkala itu kepalaku tergeleng-geleng sebab teringat akan nasihat daddy tadi.

"Hah! Gelengkan apa tu Lia?"

Aku nampak mummy sudah segak berblaus ringkas dan kain labuh tersarung molek. Penampilannya tampak menarik apabila tudung Fareeda yang lapisannya terdiri daripada tiga ton warna dipadankan di kepala. Comel! Hatiku memuji wanita itu. Aku tersenyum manis. Ikhkas.

"Get ready mummy because I will be the driver muehehe!"

Mengekek aku ketawa jahat lalu telapak tanganku kedua-duanya ditekapkan ke pipi dia. Memuncung mulut mummy dibuatnya haha. Mummy dah tayang riak terkejut beruk. Gentar agaknya sebab aku yang akan memandu sekejap lagi. Melebar lagilah gamaknya senyum aku dan akhirnya aku ketawa juga sebab tak tahan geli hati dengan riak wajah mummy hahaha.

"Tadi daddy call cakap driver cuti so he allows me to drive and I'll be your driver today ma'am," senafas saja aku melafazkan kata-kata itu kepada mummy. Wah diiringi nada teruja lagi tau. Siapa tak teruja weh? Daddy bagi drive kereta weh! Hahaha.

"Please drive like a normal human Lia."

Pfftt. Bhahahaha! Tersembur aku ketawa di hadapan mummy sampai tahap terduduk-duduk kat atas lantai. Perut aku rasa geli sangat sekarang sebab pesanan mummy tadi yang sebiji macam ayat daddy. Copy paste ke apa tak tahu ah. Drive macam orang normal? Teruk ke aku drive?

"Lia ni ish dahlah jom gerak. Kang gelak tak berhenti sampai ke sudah tak shopping."

Mummy berlalu keluar meninggalkan aku yang masih ketawa di atas lantai. Dah malaslah tu nak layan ketawa aku yang tak putus-putus. Tanpa berlengah lagi, aku lekas-lekas menyusul mummy dan mengunci kemas pintu rumah. Destinasi utama yang tuan besar sudah pilih - Alamanda Putrajaya.

Seat belt, aku pandang untuk beberapa ketika. Terngiang semula pesanan daddy di sudut benak. Pakai seat belt. Kena pakai ke? Spontan aku toleh muka menghadap mummy. Serta merta wanita itu menjegilkan matanya macam nak terkeluar biji mata dari kelopak. Fuh gerun sia haha. Jadi terpaksalah aku tarik juga tali itu menyerong ke dada lalu dicucuk masuk ke perangkapnya. Tap! Kedengaran besi itu tersangkut kejap pada ruang di dalamnya. Aku kerling mummy. Dia angkat ibu jari tanda bagus. Hehehe. Kunci kereta dicucuk masuk ke dalam lubangnya. Setelah dipulas ke sisi, enjin kereta mula menderum halus. Nervous pun ada hihi. Bismillahirrahmanirrahim.
Pemegang gear digenggam lalu ditolak ke huruf D.

Di sepanjang perjalanan, aku nampak mulut mummy kumat-kamit membaca sesuatu. Tercuit hati aku yang melihat gelagat comel dia. Confirm dia mengucap panjang. Kotak meter pun boleh tercabut gamaknya kalau aku yang memandu. Jarum meter sempat aku lirik. 130 km/j. Normal kan kalau kat highway? Ala kalau kereta depan lembab nak mati, aku potong ah. Mummy pula dah menggigil badan dia sebab takut mungkin? Mengekek aku gelakkan mummy yang terketar tahap dewa tu.

Dan akhirnya, apabila kami tiba saja di perkarangan Alamanda, cepat-cepat dia keluar dari perut kereta. Dia cakap nanti dia tunggu kat kerusi panjang berdekatan kolam. Hahaha pucat lesi muka mummy.

"Mummy. Jom?"

Tangannya aku raih dan dicantumkan dengan telapak tangan aku. Aku dengar nafas mummy tak sekata. Takut sangat ke? Hahaha.

"Mummy chill ah Lia speed sikit saja tu."

"Sikit Lia cakap? Daddy selalu pesan apa? Jangan speed macam orang gila kan? Dahlah langgar lampu merah tadi. Nasib baik takda kereta tau! Lepas tu main potong saja kereta kat depan. Mentang-mentang jalan highway, Lia main redah saja. Hesy budak ni. Kalau speed trap jangan gedik pijak minyak tau!"

Mummy dah start dah membebel pasal cara aku memandu. Aku yang dengar pun naik imun dah. Tapi cara dia berleter tetap kelakar. Aku pun gelaklah hahaha. Tak semena-mena kepala kena ketuk!

"Ni Lia mandi ke tak ni?"

Tiba-tiba saja mummy tanya. Aku mengerutkan dahi tanda musykil. Digaru-garu kepala yang tak gatal. Mummy angkat kening sambil memaparkan riak serius.

"Mandilah. Kenapa?"

"Mummy baru ingat nak humban Lia dalam kolam tu! Hahaha."

Ketawa mummy kedengaran begitu ikhlas di hujung ayatnya. Lekas-lekas mummy melajukan langkah meninggalkan aku di belakang. Aku mahu kejar. Tapi ayat mummy terputar berkali-kali dalam kepala menyebabkan niatku terbatal. Ayat itu sayup-sayup saja membisik di hujung telinga. Yang anehnya suara mummy jadi kasar sedikit. Sesekali, ada saraf yang terasa ngilu. Aku tak tahu saraf apa dan di mana. Tapi rasa ngilunya begitu meruncing sampaikan mataku terpejam rapat untuk beberapa saat dek menahan kesakitan itu.

"Lia! Jomlah!"

Aku spontan mendongak. Wajah mummy aku lihat sedang melambai ke arahku. Terus aku berjalan mendapatkan mummy. Ketika ini, ngilu yang tadi menyinggah sudah hilang diusir suara mummy.

Butik demi butik kami jejak, mummy asyik tunjuk dress saja. Kalau bukan dress, dia tuding kat blaus. Paling aku pangkah besar mesti ah blaus dengan skirt. Tak tahu kenapa aku tak sukakan semua benda alah tu. Aku rasa macam memang tak kena dengan jiwa. Baju yang aku beli tadi pun hanya baju T, kameja lengan panjang dan jeans longgar. Kasut ah yang paling aku tak boleh blah. Mummy boleh suruh aku beli heels? Erk tak nak! Baik aku pakai kasut bertutup macam sekarang kan? Nike Roshe Run berwarna hitam di kaki, aku lirik sedikit. Just nice. Kalau malas sangat, sarung saja selipar. Kan?

"Lia meh sini," tangan mummy melambai ke arah aku yang sedang duduk di bangku yang disediakan di kedai itu. Malas-malas aku bangun mendapatkan mummy di sana. Di lengannya tersangkut sehelai gaun labuh hingga ke buku lali. Ah sudah. Langsir mana dia orang jahit buat gaun pula tu? Sekali lagi aku mengeluh berat. Penat tau layan kerenah mummy. Terkedek-kedek aku berjalan dengan shopping bags yang penuh tersusun di lengan. Berat weh. Mummy shopping apa? Adeh parah laguni weh. Kalau dia pergi beli apa-apa, aku bukan ikut pun. Aku tunggu saja. Kemudian, tukang usung beg-beg tu akulah.

Terseret-seret kaki aku bergesel denga lantai. Malas betul aku berjalan. Menyesal setuju dengan ajakan mummy. Duduk rumah sekarang kan best? Boleh main game! Huaa nak balik!

"Yes mummy? What else?"

Mummy belek sehelai gaun putih yang tersangkut dilengannya tadi. Senyum indah terlakar di bibirnya.

"Mummy beli ni untuk Lia okey?"

Aduh untuk ke sekian kalinya mummy ajukan soalan yang sama. Mummy beli ni okey? Lia pakai ya? Yang ini cantik kan? Lia suka tak? Mummy ambil tau? Ya. Itulah soalan-soalan klise yang sering mummy tanya kalau singgah ke kedai dan butik baju. Tak lupa juga kedai kasut. Tak habis-habis promote heels yang tinggi sepuluh inci tu. Lol.

"Mummy pilih untuk yourself only k? Remember my rules? No dresses and heels and blouse and everything yang sewaktu dengannya. Okey?"

Sempat aku cium pipi wanita itu sebelum berlalu keluar dari butik tersebut. Aku nak jalan-jalan. Hilangkan bosan. Sedang aku sibuk membelek casing telefon, ada suara seseorang memanggil nama aku. Mungkin perasaan saja. Lagi pun dia panggil sayang ; makwe dia ah tu. Jadi, aku buat bodoh. Tiba-tiba ada tangan yang menyentuh bahu aku. Terkejut! Pantas aku menoleh.

"Camelia? Is that you Camelia?"

"Tak. Makwe awak." Spontan mulut aku menjawab. Erk jawapan apa tu?

"Eh eh silap. Yes I am Camelia. Saya kenal encik ke?"

Terus jatuh tangannya dari bahu aku. Aku memandangnya penuh tanda tanya. Dia kenal aku? Aku kenal dia ke? Rambutnya nampak berserabut sedikit.
Suara dia seperti risau? Gelisah? Takut? Aku tak tahu. Tapi ada getar dalam nadanya. Riaknya jelas resah. Lelaki itu segak berkameja dan berseluar slek. Bibirnya merah. Kacak. Takkan gila? Dan.. macam mana dia kenal aku?

"Mel?" Lelaki itu bertanya lagi. Bergema suaranya dalam kepala. Terulang-ulang bagai pita rakaman rosak. Bayangan kabur mula terimbas dalam ruang fikiran. Tapi dalam sekelip mata saja semuanya lesap.

"Err Mel tu siapa?" Tanya aku lurus.

"Sayang it's me Rayyan. Awak tak kenal saya ke?"

Soalnya lagi, kali ini tangannya memegang erat kedua-dua belah bahu aku. Wajahnya macam terkejut. Rayyan mana? Aku tak pernah kenal sesiapa yang nama Rayyan pun? Dia salah orang ni.

"Err awak siapa?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience