Bab 53

Romance Completed 33336

Bab 53

KOSONG dan tawar. Itu yang aku rasa saat ini. Dua puluh empat tahun
aku hidup dalam penipuan. Dan hari ini kebenaran terungkap jua. Ayah
bukan ayah kandung aku. Antara percaya dan tidak, aku berada di
tengah-tengah. Masih keliru dan tak mampu menelan kepahitan hakikat
ini. Realiti yang menusuk jiwa telah berjaya menakik perasaan aku yang
semakin lebur dan kini, aku bagaikan jasad tanpa sebarang perasaan.
Seperti sebuah patung tanpa hati. Cuma jasad sifar yang mati jiwa di
dalamnya.

Kenyataan yang payah aku nak terima, ayah itu bukan ayah aku. Jadi
siapa ayah kandung aku? Macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa aku tak
tahu? Apa lagi yang dia orang rahsiakan daripada aku? Kat mana ibu
bapa kandung aku? Sial! Aku bengang fikir benda ni semua!

"Dik? Kita dah sampai."

Aku terpiuh dari lamunan panjang.

Usai membayar tambang teksi, aku melangkah keluar. Kondisi ayah
terlalu menyedihkan untuk aku ingati. Lagaknya persis orang tak
siuman. Aku bertemu doktor secara peribadi semasa Saif sedang tidur di
sisi katil. Mata dia nampak lebam berbanding sebelum ini, mungkin tak
cukup tidur sebab jaga ayah? Mummy dan daddy aku layan beku. Aku jadi
kekok dan dingin tanpa diminta. Akhirnya, mereka pulang begitu saja.
Satu perkara yang sempat aku lihat, sengih sinis di bibir daddy yang
bersalut dendam. Ada kaitan ke ayah dengan daddy? Kenapa daddy larang
sangat aku dekat dengan ayah? Uh. Entah, aku cuma berdiam tanpa
bicara. Malas membangkitkan isu yang masih panas itu.

"Sebenarnya, encik Farid mengalami gangguan mental. Fikiran dia
bercelaru dan saya yakin kekusutan mental dia mungkin disebabkan
kenangan pahit di masa lalu dia. Atau mungkin juga dendam dan fobia
dengan kehilangan orang di sekeliling. Dari apa yang saya tengok dan
dengar, dia asyik sebut nama Mel? Emosi dia bercampur baur. Cara dia
marah, menangis dan merayu tu macam.. ada yang lost dalam jiwa dia.
Cik kenal sesiapa yang bernama Mel? Saya takut disebabkan hal silam
dia, benda ni akan affect perlakuan fizikal dia. Dia akan bertindak
ikut emosi dan di luar kawalan bila perasaan dan emosi dia kuasai diri
dia. Dan.. saya terpaksa tahan encik Farid buat masa ni. Dia akan
dipindahkan ke pusat pemulihan mental untuk rawatan dan jagaan yang
lebih teliti."

Hati siapa tak layu bila dapat tahu ayahnya mengalami gangguan mental?
Walaupun dia bukan ayah kandung aku, rasa sayang tetap ada. Aku rasa
macam gagal menjadi seorang anak. Aku hanya beban bagi ayah. Memang
aku ni menyusahkan kan?

"Saya Mel."

"Mel, awak pernah rasa tekanan perasaan tak sebelum ni? Depressed?
Suicidal thoughts? Encik Farid ada buat apa-apa kat awak?"

Ada. Semua yang disebut aku pernah rasa dan jangkaan doktor tepat
mengenai sasaran. Namun aku geleng lemah, tidak mahu perihal peribadi
dikemukakan di meja ini. Titisan air hangat mula memenuhi kolam mata.

"Ayah.. tak g..gila kan doktor?"

Lelaki berusia dalam lingkungan empat puluhan itu memberikan pandangan
yang sukar aku tafsir makna tersiratnya. No! Ayah tak gila. Dia cuma
stres kan? Dia masih waras. Ayah sihat dan tak sakit. Tak dijemput,
tangisanku deras membasahi wajah. Spontan telapak tangan ditekup pada
muka, terasa penat sangat aku menangis hari ini.

"Cik Mel, InsyaAllah ayah awak akan pulih. Sebelum gangguan lebih
teruk, dia perlu jalani pemulihan mental. Berdoa kepada Allah ya cik?"

Siulan engsel pintu mengembalikan aku ke alam realiti. Rayyan dengan
pandangan dinginnya tidak lekang merenung aku. Apa salah aku kali ni
aku tak tahu, lantak kau. Aku dah penat nak hadap semua ni. Aku fed up
asyik nak kena tindih dengan tekanan. Aku cemuh kena torture setiap
hari.

"Pergi mana?" Dua patah akronim itu menggarit dinding telinga. Nadanya
beku berais. Sisi Rayyan yang belum pernah aku nampak, kini bagaikan
sudah lali dengan sikap dia yang satu itu. Air mata aku sapu dengan
jari, soalan yang ditanya aku tak jawab.

"I'm asking you."

"Doktor Rayyan. Stop insisting." Riaknya jadi kelat pabila balasku
turut bernada dingin.

"Awak wife saya, saya berhak untuk tanya dan tahu."

"Seriously? Selama ni saya keluar awak kisah ke? Tak kan? Saya sakit
awak tahu ke? Tak. Saya terluka awak ambil tahu? Saya buat apa, ada
awak selidik? Tak Rayyan. Tak. Awak sibukkan perempuan tu daripada
saya sendiri yang awak panggil wife ni. Awak nak bangkitkan isu hak,
habis hak saya sebagai isteri macam mana? Saya ada hak untuk dapat
layanan yang sepatutnya. Saya mengaku everything went well sebelum ni.
Tapi sejak dia masuk rumah ni, awak berubah Rayyan. Awak bukan yang
saya kenal lagi."

Mutiara jernih memecah tubir mata, lagi. Nadaku seakan kecewa dan
mencabar, sengaja memprovok lelaki itu yang jelas tersinggung dengan
kata-kata aku. Rahangnya bergerak, gigi diketap. Tahan marah atau
tahan nangis aku tak tahu. Namun matanya kulihat berkaca.

"You're not my Rayyan.. anymore."

"Tak boleh ke awak tak drag orang lain dalam masalah kita? Saya dah
cakap jangan libatkan Raisya!" See? Cepat sangat nak marah bila aku
sebut pasal perempuan tu. Sayang sangat dia kat adik dia. Sedar, aku
ni cuma isteri. Adik dia lebih penting daripada aku kan?

"Saya tak libatkan. Dia memang terlibat sebab dia libatkan diri dia sendiri."

Ketawa palsunya menyerbu corong telinga.

"Nonsense." Rayyan menggeleng kecewa, barangkali muak nak bercakap
dengan aku. Habis dia tak fikir ke aku punya muak kat perangai dia?

Kakinya diatur ke luar bilik, namun aku halang dengan panggilan sayu.
Sama sayu dengan hati aku yang mulai tawar dan balu dengan sekeliling.

"Rayyan," wajah itu menoleh tak acuh. Liur ditelan pahit, bersama
tangisan dan secebis kudrat yang berbaki, aku menghantar pandangan
yang sarat dengan pelbagai rasa. Semoga dia mengerti apa yang cuba aku
sampaikan melalui mata ini. Lantas, aku tunduk mengalih pandang.

"Ceraikan saya."

*

TIGA hari berlalu.

Kaki aku masih tak menunjukkan sebarang improvement. Banyak berjalan,
bila nak sembuh? Lain pula Raisya yang kini aku nampak sihat walafiat.
Mana taknya? Setiap masa berkepit dengan suami aku, memang sihatlah
cerita dia. Selama tiga hari berturut-turut aku mengurung diri dalam
bilik. Umi dan abah ada masuk dan bertanya, aku okey ke? Bergaduh ke
dengan Ayan? Kenapa monyok semacam? Kalau ada yang tak kena, bagitahu
umi dan abah ya? Lebih kurang macam itulah soalan yang dia orang
tanya. Aku terpaksa selindungkan kesedihan sebab tak nak umi dan abah
kecil hati. Apa pula dia orang kata nanti kalau aku cakap aku tak suka
Raisya? Perempuan tu kan anak dia orang, confirm dia orang akan
tersinggung. Heh bersungguh aku jaga hati orang lain, hati aku? Pecah
berkecai. Dan satu lagi kebenaran yang aku baru tahu dari mereka
berdua, Raisya cuma anak angkat umi dan abah. Lebih kasar, anak yang
dikutip. Dari situ aku dapat point utama, yang sebenarnya Raisya
sukakan Rayyan tapi suami aku bengap sangat tak sedar perihal itu.

Rayyan? Lepas aku minta cerai, serta merta dia lancarkan perang dunia
keempat. Tak bercakap, tak pandang, tak masuk bilik, tak jeling sikit
pun. Bila aku sebut hal cerai boleh pula nak mengelak? Nice. Mummy dan
daddy senyap tanpa khabar. Oh tak, aku yang membisukan diri sebab rasa
muak nak tengok muka penipu. Fazira macam biasa, dia selalu sibuk
dengan urusan kerja. Ada masa kami berhubung melalui telefon tapi
jarang sangat. Ada masanya dia temankan Saif melawat ayah.

Dan, ayah.

Kelmarin dia dihantar ke pusat pemulihan mental. Agak jauh dari sini,
dan aku tahu khabar ini dari Fazira. Tak tahu berapa lama, mungkin dua
minggu, mungkin sebulan. Kata doktor, bergantung kesihatan mental
ayah. Jauh di dasar hati, aku rindukan wajah tua ayah. Walaupun dia
bencikan aku, tapi itu cuma kawalan emosi dan tekanan perasaan. Apa
yang dia buat dulu hanyalah perlakuan di luar jangkaan. Patutlah aku
pernah nampak ayah menangis di bilik dia, barangkali jiwanya sudah
koyak dicarik hiba. Entahlah, aku tak pernah selami hati dia jadi aku
tak tahu. Yang pasti, aku dah maafkan perbuatan ayah dulu.

Khayalan aku terganggu ketika figura seorang perempuan melintas di
hadapan meja. Langkahnya berhenti di sebuah meja yang diduduki seorang
lelaki.

No. Mustahil.

Terbeliak mata aku ketika dua manusia itu berpeluk mesra. Namun si
lelaki seakan tak selesa, lalu menolak dada perempuan itu. Demi
menurutkan hati aku yang sedang membara, aku berjalan ke meja di
belakang mereka.

"I dah buat apa yang you suruh! Apa lagi yang you nak I buat? I
confirm Rayyan memang bergaduh dengan perempuan tu!"

Sungguh, aku terkedu. Tak sangka dan tak percaya dengan apa yang aku
dengar. Telefon di tangan aku pandang penuh makna.

"She has a name. And it's Camelia." Bergetar nada lelaki itu.

"Whatever! I dah buat kerja you. Mana janji you nak kahwin dengan I?
You sibuk suruh I musnahkan relationship orang, takkan you nak
relationship kita pun musnah?! I sayangkan you. Please sayang, I want
you."

Rayuannya gagal memujuk lelaki itu.

"Sorry. Tapi I nak Lia, bukan you. Thanks sebab tolong. And this is
for you. I have to go."

Aku dengar sesuatu yang berbungkus dilempar ke atas meja. Duit?
Wangian Faris menusuk rongga hidung tatkala dia melintas sisi aku. Dan
Raisya mendengus marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience