Bab 26

Romance Completed 33336

Bab 26

UNTUK ke sekian kalinya aku dileteri. Berat telinga aku doe. Nampaknya memang aku tak boleh memandulah selepas ini. Tengok gaya daddy pun sudah boleh teka. Dengar daddy berleter, aku rasa mencecah banyak perenggan juga. Dengan unsur hiperbola semua siap sedia. Tinggal bagi markah saja. Confirm daddy dapat gred A+ subjek Bahasa Melayu semasa SPM dia dulu kan? Karangan mesti tip top.

"Dengar tak daddy cakap apa ni?"

Terjatuh dagu aku yang ditongkat dengan tapak tangan. Fuh terkejut. Aku pandang daddy. Kalau aku jawab tak dengar, mahu kena tadah telinga lagi. Berlori-lori gamaknya bebelan dia disembur karang. Tak nak!

"Dengar, daddy. Lia dengar. Mummy! Cakaplah dengan daddy tu. Asyik bebel saja kat Lia. Sikit dahlah. Telinga ni tak boleh tampung dah. Banyak sangat!"

Wanita itu main mata pula dengan suaminya. Salah langkah ke aku pergi cerita pasal kejadian ngeri petang tadi? Tapi kalau tak bagitahu nanti, sah-sah Faris akan bagitahu juga. Dia kan spy upahan daddy. Heh poyo. Tapi, perkara yang terjadi itu nemang mustahak. Nak tak nak, aku kena juga bagitahu. Wajah lelaki tua itu yang semakin dimamah usia, aku tatap penuh perhatian. Dicedok segala aura kecomelan lalu disimbah ke wajah aku sebab nak raih simpati dia agar berhenti membebel. Weh, orang tua ini kalau bab potpet memang jaguh bertahan tau! Haa kan dah terkutuk bapa sendiri. Astaga jahatnya kau Lia huhuhu.

"No more driving."

Nah. Sekali saja ayat itu ditutur penuh bangga. Serentak itu hati aku menangis air mata darah warna hijau. Dulu tak bagi memandu. Lepas itu, bagi. Sekarang tak boleh pula? Daddy cakap macam keling ah. Eee tak suka.

"Then? Lia nak buat apa kat rumah ni? Bosanlah dad! Dulu lepas keluar hospital, daddy tahan Lia tak bagi keluar dua bulan tau! Sekarang pun nak kurung Lia? Baik Lia masuk lokap ke penjara ke?"

Dalam tak sedar, ayat aku sinis. Agak-agak daddy terasa tak? Ampun daddy. Cakap pasal keluar hospital, ya selepas kejadian aku jatuh tangga beberapa bulan yang lepas, aku tak boleh keluar. Sedar saja aku dari lena yang terasa lama, terpacul wajah mereka berdua. Mummy kata aku jatuh tangga sebab tersalah langkah. Kepala aku luka. Sebab itulah waktu mula-mula aku sedar diri di hospital, aku jadi blur sekejap. Aku tak kenal mummy dan daddy aku sendiri. Selepas dua tiga hari, baru aku boleh selesakan diri dengan dia orang dan rumah aku. Masa mula-mula jejak kaki ke rumah ini, memang terasa asing sangat. Selepas beberapa hari, aku rasa macam kondisi makin pulih. Segalanya kembali normal.

Tapi sepanjang tempoh dua bulan selepas aku keluar dari hospital, memang aku tak keluar rumah langsung. Rehat cukup-cukup. Jelas sekali aku langsung tak kenal dunia luar. Kawan langsung tak ada. Aku pernah tanya mummy, aku takda kawan ke? Dia cakap kawan aku ramai yang lost contact. Rasa macam anti-social gila.

Cuma yang aku pelik, kenapa mummy dan daddy tak benarkan aku ceritakan pada orang asing tentang kondisi aku? Maksud aku, dia orang tak bagi aku cerita pasal aku jatuh tangga dan masuk hospital semua bagai. Bila ditanya, daddy akan jawab itu semua demi keselematan aku. Wah rasa diri ini dilindungi sangat, haha.

Aku perhatikan gerak tubuh lelaki tua itu. Dia seakan-akan mahu mengkhabarkan sesuatu tapi ragu-ragu.

"Kerja dengan daddy nak?"

Terkedu terus aku yang tadinya setia menanti respons dia. Kerja? Ah malasnya! Menyemaklah kerja bagai! Tapi kalau duduk rumah bosan pula? Pandai daddy letak pilihan kat aku. Eee tak sukanya.

"Lia nak buat apa? Tup tup masuk ofis macam orang dungu. Satu habuk pun takda. Nak suruh jadi cleaner ke?"

"Ish masuklah dulu. Nanti daddy suruh orang guide Lia okey?"

*

"BILA?"

"Esok. Haih tak sukalah!" Aku merengek seperti kanak-kanak minta penampar sulung ibunya. Gedik yang amat. Air milo ais disedut rakus. Mata aku asyik memerhati semua pergerakan dia. Comel. Bilalah aku boleh kahwin dengan dia?

"Buat pun belum, dah cakap tak suka. Try dulu, yang." Jawab Faris berbaur pujukan. Eh yang dia beria sangat nak aku setuju dengan cadangan daddy kenapa? Heh poyo. Tahulah dia itu workaholic. Nak jumpa pun susah sebab asyik sibuk saja. Yang tanggung rindunya aku.

"Awak bila nak masuk meminang?"

Sekali lagi, soalan berani mati yang terlintas dalam kepala aku tiba-tiba meluncur laju dari bibir. Terhenti suapan Faris yang tadinya sedang asyik menikmati makan tengah harinya. Aku juga terdiam dengan soalan sendiri. Entah kenapa sejak belakangan ini aku asyik nak tanya soalan itu saja macam aku yang gatal sangat nak kahwin. Bukan aku menggedik sangat nak kahwin tapi haih entahlah. Soalan itu suka sangat terlintas dalam kepala. Kepala Faris diangkat. Matanya merenung aku dan aku tak dapat tafsir renungan itu. Dia marah aku ke?

"Yang, we have to get to know each other better. Masih awal lagi. Plus, saya tak ready. Tunggulah dulu ya sayang?"

Aku tersenyum hambar. Dalam hati aku, tiba-tiba rasa layu. Kecewa mungkin? Entahlah. Perasaan yang masih kabur dalam hati ini, aku usir jauh-jauh. Kalau aku layankan, lagi makan hatilah aku jawabnya. Lelaki itu meneruskan suapan sekali gus menutup topik yang aku timbulkan tadi. Salah ke kalau aku ajak dia kahwin awal sikit? Tapi nampak sangat macam aku yang memaksa dia sejak kejadian hari itu. Bukan apa, aku rasa lebih selamat apabila bersama Faris. Kalau kahwin cepat tak salah kan?

Apa kena dengan aku ini? Kebulur sangat ke dengan Faris? Mata aku sekali lagi memerhati segala perlakuan lelaki itu. Auranya tetap memukau walaupun dia sedang makan sekarang. Macam biasa, mesti ada manusia yang lalu lalang tepi meja kami dan main mata dengan Faris. Lelaki itu pula asyik senyum. Ada juga yang makan penendang karang.

"Boleh tak jangan layan dia orang," spontan aku berkata sambil menjeling gadis-gadis yang baru saja melepasi meja kami. Faris tergelak kecil sebelum mengenyitkan sebelah matanya. Cair siot, ah buat bodoh Lia. Buat bodoh.

"Awak cute kalau jealous, yang."

Dia tergelak lagi. Charming sia dia punya giggle ugh.

"Saya nak pergi bayar sekejap."

Faris berlalu.

"Awak, parents saya dah tanya banyak kali tahu tak? Saya nak tepis macam mana lagi?"

Suara itu menarik perhatian aku. Seorang gadis berkain labuh dan berblaus kasual namun penampilannya begitu cantik dan moden. Nampak macam berkerjaya. Kalau aku kerja, macam itulah kut penampilan aku? Eh perasanlah kau Lia.

"Awak yakin ke dia orangnya? Bukan saya paksa, tapi parents saya tak nak tangguh benda baik. Tak boleh ke kita langsungkan dulu baru kita fokus cari dia?"

Serabut pula aku yang tengok dia bercakap. Dengan siapa agaknya dia bercakap? Macam ada bau-bau nak bergaduh saja? Busybody kau ini Lia. Aku kutuk diri sendiri.

"Jom, yang." Faris mengajak aku beredar. Ala, tak dapat pasang telinga lagi. Aku berlalu menyusul langkah Faris. Tiba-tiba langkahku terhenti. Aku dengar sesuatu. Tapi aku sendiri tak pasti kenapa langkah aku terhenti tatkala aku dengar 'sesuatu' itu.

"Yang, awak kenapa?"

"Nothing."

Kaki aku kembali dihayun. Aku rasa gadis tadi sebut nama Mel. Tapi kenapa aku nak sibuk pula? Sibuklah kau Lia.

*

"SO, ini meja cik Lia. Anything, panggil saya di meja sana."

Wanita itu berlalu. Sekarang ini, aku nak buat apa? Rasa macam bengap gila. Hebat permainan daddy, dia letak aku jadi setiausaha. Cis aku anak bos, kenapa dia tak bagi aku jadi CEO terus? Eh nanti kang lingkup bisnes daddy. Bos aku siapa eh? Tak masuk ofis lagi ke? Pasallah. Baru saja aku mahu ke pantri, sesusuk tubuh sasa melewati meja aku dan terus hilang di sebalik pintu biliknya. Harumannya memenuhi rongga hidung. Sungguh wangi.

Interkom berbunyi.

"In my room, now."

Pergh garang semacam. Hei aku ini anak bos tahu? Jangan fikir diri itu bagus sangat. Pintu diketuk. Kedengaran suara parau lelaki itu menyuruh aku masuk.

"Ya encik?"

"Buatkan saya nescafe."

Arahnya tanpa memandang aku. Eh tahulah kau bos. Cuba pandang muka kalau bercakap. Berlagaknya. Sempat aku kutuk dia sebelum ke pantri untuk membancuh secawan nescafe untuk dia. Ketika inilah aku dengar gosip semasa dari mulut staf-staf di sini.

"Weh semalam aku kena sembur lagi dengan bos."

"Hm normallah tu. Hari tu dia marah aku juga sebab tak hantar fail. Dia sendiri nak fail tu hari ni. Tiba-tiba minta awal apa hal?"

Oh kaki buli rupanya bos aku ini? Biar aku pula buat serangan balas. Bagus betul, hari pertama dah cari pasal.

"Nah bos." Dia berhenti menulis entah apa benda pada kertas kerjanya lalu mencapai tangkai cawan. Dihirup air itu penih nikmat sebelum---

"Pfffttt!! Woi apa kau buat ni! Kau nak aku mati ke hah!"

Ketawa aku yang baru saja mahu meletus, terus mati. Herdikan dia terus naik dua oktaf. Tidak semena-mena cawan kaca itu dihempas ke lantai.

Priang!

Berderai serpihan kaca tersebut di atas lantai. Cecair coklat cair itu mengalir laju. Aku lihat lelaki itu bingkas bangun dan melemparkan pandangan maut. Tapi renungan tajam itu bertahan cuma seketika. Dahinya tiba-tiba berlapis.

"Mel?"

Aku jadi bingung. Sekali lagi aku dengar nama itu. Teengiang-ngiang suara dia memanggil nama aku. Otak aku dikerah sehabis daya. Ngilu seluruh sarafku kerana bayangan kabur kembali terlintas di sudut fikiran. Ada sesuatu yang buat kepala aku sakit. Suara dia terlalu familiar dan sinonim dengan telinga ini.

"Keep calling me that, dear."

"I love you, dear."

"Rindu suara awaklah dear."

"Sesuai dengan awak, dear."

Semua ayat itu diungakp oleh suara yang sama. Aku tak dapat kawal diri. Jasadku terus tumbang. Kepalaku dipegang kejap. Sakit! Wajah lelaki itu memenuhi ruang fikiran. Di semua tempat ada wajah dia. Aku tak faham kenapa. Tiba-tiba ada tangan yang sentuh bahu aku.

"Mel? Is that you dear?"

Suara yang sama. Ah kenapa dengan aku? Kepala aku sakit! Berkerut dahi aku dek menahan sakit yang meruncing ketika ini. Bayangan kabur tadi semakin lama semakin jelas. Ada satu perihal yang aku ingat.

Haikal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience