Bab 15

Romance Completed 33336

Bab 15

GIRANG. Itulah perasaan aku sekarang. Sejak tengah hari tadi, aku sangat gembira. Sebab Haikal? Ya. Sebab Haikal. Pengakuan dia yang aku anggap jujur itu telah cuit hati aku. Aku kini terjatuh suka kepadanya. Aku sukakan Haikal. Benih kasih sayang mula memecahkan dindingnya. Mahu bercambah dengan subur. Mungkin akan jadi rendang? Aku pun tak tahu. Yang pasti, aku sangat gembira hari ini. Hari yang mungkin paling bahagia bagi aku? Setelah lama aku rasakan kepahitan hidup. Setelah lama aku hidup tanpa tujuan. Hari ini aku rasa bagai hidup semula dari jiwa yang kosong. Aku rasa seperti berada di awangan. Aku rasa umpama cahaya terang mula menerobos ke dalam hidup aku. Hatiku berbunga-bunga. Sungguh aku bahagia. Andai aku punya kudrat, aku ingin menjerit kepada seluruh dunia. Aku bahagia hari ini!

Petang itu aku pulang seiring segaris senyum di bibir. Mekar indah tidak seperti selalu. Mungkin ini permulaan kisah aku? Aku tak pasti. Tapi secebis harap mulai bersarang yang mengingikan kebahagiaan ini kekal. Aku tak mahu lagi bertemankan kesedihan. Aku ingin gembira. Seperti sekarang.

Tiba di rumah, aku terus masuk ke dalam bilik. Tubuhkan dihempaskan ke atas katil. Bam! Ah bunyi yang begitu indah. Mata dipejam rapat. Bibirku meregang lagi. Haikal. Haikal. Haikal. Nama itu berterbangan dalam benak aku bagai merpati putih yang mengusung pesan. Terngiang-ngiang suara garau lelaki itu mengucap cinta dengan penuh keikhlasan.

I love you Camelia. I mean it.

Terulang-ulang kata-kata itu di corong telingaku. Setiap kali ia terulang, setiap kali itu juga hatiku tercuit. Kini aku semakin hanyut dibawa arus khayalan. Bersama bayangan dia di sisi. Tuhan. Aku suka akan kebahagiaan ini. Aku senyum lagi. Kali ini melebar lebih mekar.

Knock! Knock!

Ketukan pintu menarik aku keluar dari alam fantasi. Tidak berfikir panjang, aku terus mendapatkan pintu kamar dan membukanya.

"A.. ay.. ayah.."

Senyum aku mati. Khayalanku runtuh serta merta. Hatiku diburu ketakukan semula. Rasa gentar kembali mencengkam jiwa.

"Pakai ni. Ada kenduri." Suara garau itu berkata lembut. Lambat-lambat aku ambil baju kurung itu. Sungguh aku terpempan. Terkejut! Ayah berlembut? Ayah tak marah aku? Ayah dah maafkan aku ke? Ayah.. akhirnya mata aku berkaca juga. Air jernih mula terbit dari tubir mata. Tangisan gembira. Aku terus merapati tubuh tua itu dan mendakapnya. Erat. Hangat. Tenang. Baru kali ini aku dapat merasakan pelukan ayah. Baru kali ini aku merasakan kelembutan ayah. Aku terkedu. Lidah aku tidak mampu mengucap kata. Kelu. Aku.. aku terlalu bahagia. Kebahagiaan ini terlalu bermakna untuk aku. Allah. Aku terlalu gembira hari ini. Jasad itu aku peluk lagi seerat mungkin. Sedih dan gembira bercampur baur. Setelah dua puluh empat tahun aku dibenci, adakah ini pengakhirannya? Tersengguk-sengguk tubuh aku dek esakan tangis yang semakin galak kedengaran.

"Ayah.. adik sayang ayah.."

Penuh kasih aku mengucap kata kasih itu kepada ayah. Sungguh aku kasih pada orang ini. Aku begitu sayang pada orang ini. Aku sayang ayah. Menyedari ayah melepaskan keluhan, aku leraikan pelukan. Tak puas rasanya aku dakap tubuh tua itu. Tahu. Ayah tidak balas pelukan aku tadi. Mungkin ayah masih cuba menyesuaikan diri. Segalanya mengambil masa. Begitu juga diri ayah yang cuba berbaik dengan aku? Aku mengesat pipi dan hidungku yang sudah lencun dek air mata. Aku tatap wajah ayah penuh kasih. Allah. Semoga wajah ini Engkau rahmati hingga hujung nafasnya. Aku senyum. Ayah senyum nipis sebelum beredar pergi. Sepersalinan baju kurung yang cantik itu aku tatap sebelum membawanya ke dalam pelukanku. Lekas-lekas aku membersihkan diri dan menunaikan amanah-Nya. Malam itu kami bertolak ke rumah seseorang yang aku tak tahu siapa. Saif pun balik awal. Epic juga akad nikah waktu malam kan? Hihi. Kalau aku dan Haikal nanti agak-agak macam mana ya? Kereta Myvi Saif akhirnya berhenti. Tersergam indah sebuah banglo dua tingkat yang begitu cantik. Binaannya yang begitu menarik perhatian aku ibarat memukau aku dan menyeru aku masuk. Aku kagum. Banglo ini sangat cantik! Saif tiba-tiba muncul di sebelah aku lalu meraih tanganku. Kami berjalan masuk ke dalam banglo tersebut bersama-sama. Ayah sudah lama masuk. Langkahnya laju. Takut terlepaslah tu. Aku dan Saif akhirnya masuk ke dalam rumah itu. Sederhana ramai bilangan tetamunya. Mungkin orang penting saja yang dijemput? Wah aku penting? Hihi. Saif melepaskan tangan aku dan bergabung dengan kelompok lelaki. Aku pula duduk bersama kelompok perempuan. Setiap senyum yang aku terima, aku balas dengan ikhlas.

"Sedia?" Suara seseorang bertanya. Aku mencari kelibatnya. Ada seorang lelaki yang berkopiah putih sedang membetulkan duduknya. Tangannya bertaut dengan tangan seorang lelaki yang aku tak nampak wajahnya. Aku nampak lelaki itu angguk. Tatkala itu, mata aku tertancap pada hiasan di seluruh genap banglo ini. Masya-Allah. Cantik! Begitu mewah! Apalah sangat kalau dibandingkan dengan hidup aku kan?

"Aku terima nikahnya Camelia binti Farid dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit tunai."

Lafaz itu membunuh fantasiku. Bagai petir yang menyabung di langit mendung, tangkai jantung aku disentap. Kepala aku lantas menoleh ke arah suara yang melafazkan akad tadi. Ruang hatiku jadi sesak. Nafasku tersekat-sekat. Nama aku disebut. Nama aku disebut dalam lafaz akad lelaki itu.

"Sah?"

"Sah. Sah."

Soalan jurunikah itu disahut oleh saksi dan.. ayah? Saif? Ya Allah. Apa ini? Apa yang aku sedang lalui ini? Serta merta air mata aku mengalir laju. Pipiku basah. Hati aku terus retak. Lalu pecah berderai. Jiwaku kini terasa ditikam. Sebak. Ruang dadaku sempit. Terasa sebu. Sakit. Dadaku begitu sakit. Allah... suara hatiku merintih sayu di sudut yang paling dalam. Bergema tangisan sang kalbu namun hanya kedengaran dalam hati. Aku jadi lemah. Fikiranku terus bertaut pada Haikal. Ayah. Saif. Ayah.. kenapa ayah buat adik macam ni? Ya Allah.. aku salah apa? Terenjut-enjut bahuku menahan rasa hiba yang menyelubungi seluruh jiwa. Lidahku terus kelu.

"Sarung cincin pula ya. Dan sesi pembatalan air sembahyang." Suara seorang wanita yang begitu bahagia nadanya. Ketika itu, tubuh lelaki yang berbaju melayu putih itu menoleh lalu mendapatkan aku. Ya Allah. Hatiku merintih lagi. Ruang dadaku semakin ketat. Sukar untuk aku bernafas. Begitu tenang wajah dia melalui semua ini. Namun cukup buat aku bungkam. Hatiku jadi panas tiba-tiba. Rasa duka menemani lagi. Sungguh aku kecewa. Hiba. Tubuhku begitu lemah. Namun tiada yang mengendahkanku. Tangisan aku dianggap tangisan bahagia. Padahal di dalam sini sudah hancur berkecai. Aku tertunduk layu menyembah bumi. Tidak sanggup memandang wajah manusia berbaju putih di hadapanku ini.

"Mel.." suaranya kedengaran begitu sumbang di telinga aku. Aku benci suara itu! Aku benci! Ibu.. ibu.. hatiku merintih. Ya Allah.. aku memejamkan mata. Butiran mutiara gugur lagi. Empangannya kini pecah. Tanganku diraih lembut. Ingin saja aku tepis. Namun jelingan mata ayah membunuh lagi jiwaku. Akhirnya aku merelakan semuanya dalam keterpaksaan yang mendesak.

"Salam tangan suami Mel, sayang." Suara wanita tadi kembali kedengaran. Berbekalkan kudrat yang bersisa, teragak-agak aku sambut huluran tangan lelaki ini dan aku cium tangannya. Dan saat itu, rasa duka dan hiba mencengkam kalbuku dengan begitu kuat. Aku bagai tersepit. Untuk ke sekian kalinya, butiran mutiara gugur ke bumi dan melimpah di tangan lelaki itu. Dagu aku disentuh lembut. Kepala aku diangkat memandang dia. Terukir senyuman yang begitu mekar di bibir merahnya. Namun senyum itu kulihat dengan penuh benci. Bibir merah lelaki itu didekatkan ke dahiku. Sebuah kucupan lembut menyentuh dahiku. Saat ini, hati aku meraung lara. Jiwa aku meronta hiba. Betapa aku ingin lari dari semua ini. Namun niat aku mati dibunuh jelingan ayah. Aku tewas dengan matanya. Aku tewas.

*

PENDINGIN hawa yang terpasang, aku dengar deruan udaranya. Suasananya nyaman di dalam kamar ini. Namun tidak di sudut hati aku. Aku bingung. Bingung dengan segala perihal yang terjadi hari ini. Argh! Aku salah apa! Kenapa aku perlu lalui semua ni? Di kepala katil, aku duduk memeluk lutut. Melayan esak tangis yang merempuh kelopak mata. Sejak tadi aku mengurung diri di dalam kamar yang sangat asing bagiku. Kamar milik seorang lelaki yang kini aku benci sepenuh hati. Bayangan wajah ayah kembali terlayar dalam kotak fikiran. Senyum nipisnya. Suara lembutnya. Semuanya palsu! Palsu belaka! Tapi kenapa Saif menurut? Saif dah tak sayang aku? Kenapa aku perlu jadi mangsa dalam keadaan ini? Atau memang segalanya telah diatur? Argh! Aku benci! Aku benci ayah! Aku benci Saif! Aku benci semuanya!

"Haikal...."

Tatkala inilah nama Haikal meniti di bibirku. Aku sebak. Baru sekejap aku mengecap bahagia, tiba-tiba segalanya runtuh! Cuma dalam sekelip mata. Tak adil! Separuh jiwa aku sudah hancur dimamah derita. Dan kali ini ayah mahu bunuh lagi separuh jiwa aku? Apa tujuan ayah? Apa yang dia nak? Kenapa dia seksa aku? Kenapa dia benci aku? Apa lagi yang dia tak puas dengan aku? Cukuplah selama ini aku tahan dengan sikap ayah! Cukuplah aku terseksa dengan hinaan ayah! Bedilan ayah! Aku rasa umpama aku ini sudah mati! Aku tak mampu berbuat apa-apa. Aku kaku. Lemah.

"Mel?"

Suara sumbang itu menghiris telinga aku. Sakit! Aku benci! Aku benci suara itu! Tersenggul wajah seorang lelaki yang aku benci saat ini. Dia menutup rapat pintu kamar sebelum bergegas mendapatkan aku. Aku melihat semuanya dengan ekor mata saja. Sakit. Hati aku terlalu sakit untuk menerima kenyataan ini. Luka dan pedih. Berdarah.

"Awak kenapa ni? Awak okey?"

Argh. Aku benci soalan!

"Puas? Puas kau hancurkan hati aku?"

Sinis aku sindir lelaki itu. Mata Rayyan terbuntang dek suaraku yang bergetar marah. Dan aku tidak lagi menggunakan bahasa yang sopan. Hanya aku, dan kau. Sungguh aku benci akan lelaki ini!

"Awak kenapa ni? Ada yang tak kena ke? Cuba cakap kat saya?"

Aku memandang tajam mata Rayyan. Wajahnya tidak setenang tadi. Kini riaknya berubah khuatir. Ah peduli apa aku!

"Kau tahu apa yang tak kena? Engkau. Aku. Ayah. Pernikahan ni. Semuanya tak kena!"

Aku marah Rayyan namun masih dikawal nada suaraku. Aku enggan Dato' Khalil dan isterinya dengar pertelingkahan kami. Rayyan terkedu. Tangisanku kembali menemani. Malam ini air mataku terlalu murah. Laju butiran mutiara ku jatuh ke tilam. Tangan aku basah. Lutut aku juga basah. Hanya kerana air jernih yang menghujani kelopak mata. Aku terlalu sedih!

"Tapi awak yang setuju kan Mel? Ayah cakap awak terima pinangan saya?"

Sekali lagi kata-kata Rayyan memetir. Tangkai hatiku direntap lagi. Pedih! Allah.. ujian apa ini? Ayah menipu! Ayah langsung tak beritahu aku! Pinangan? Bila? Kenapa aku tak tahu? Saif. Saif tahu ke? Kalau dia tahu, kenapa dia tak bagitahu aku? Kenapa semua ini dirahsiakan daripada pengetahuan aku?

"Kau bukan anak aku! Aku tak ada anak sial macam kaulah! Aku muak dengan kau!"

Kata-kata ayah sungguh pahit untuk aku telan. Herdikan demi herdikan yang aku terima, kali inilah yang paling sakit. Kata-katanya menusuk ke hati aku. Aku rasa bagai berdarah sang hati ketika ini. Tangisanku bergema di segenap ruang rumah. Namun ayah tiada peduli. Secebis belas langsung tidak berbaki buat aku! Buat ke sekian kalinya aku benci diri aku! Aku sial! Aku bawa malang! Aku patut mati saja! Bergema suaraku meraung keperitan.

"Aku benci kau! Kau boleh berambuslah!"

Tengking ayah berbaur dendam. Berdarah jiwa aku ditoreh tanpa kasih. Semua herdikan ayah itu kembali terngiang di cuping telingaku. Terputar lagi 'nostalgia' yang pahit itu di fikiran aku. Kini, seluruh jasadku terkulai lemah. Aku tersandar ke birai katil. Dadaku sempit. Tersengguk-sengguk bahuku dek esakan yang kuat. Begini sekali ayah bencikan aku? Begini sekali ayah marahkan aku? Aku diusir secara halus. Tanpa seorang pun yang sedar. Hanya aku. Hanya aku yang tahu segalanya. Ayah benar-benar bencikan aku.

"Mel... please stop crying dear."

Pujukan Rayyan buat aku semakin hiba. Perkataan keramat itu. Baru tengah hari tadi aku dengar suara Haikal memanggil aku dengan panggilan keramat itu. Namun tatkala ini bukan suara Haikal yang menyebutnya. Tapi Rayyan. Aku benci apabila suara sumbang itu memanggil sebegitu. Benci! Dia bukan Haikal! Hanya Haikal yang boleh panggil aku begitu!

Rayyan meraih bahuku namun pantas aku tepis! Jijik! Gigi, aku kancing rapat. Bergetar tubuh aku sekarang ini menahan berang.

"Aku benci kau. Aku benci."

Mataku mencerlung memandang. Rayyan terus mematung. Aku menyembamkan tubuh ke atas katil. Cukuplah dengan keperitan yang aku rasai hari ini. Aku tak kuat. Malam itu aku beradu bersama air mata yang tidak berhenti mengalir dan kesedihan yang bersarang di hati. Betapa aku harap bahawa semua ini sekadar mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience