Bab 13

Romance Completed 33336

Bab 13

PERTUNANGAN sebaik-baiknya dirahsiakan. Kan? Dato' Rizlan yang bagitahu. Aku mengiakan saja. Hari ini ikatan pertunangan antara Saif dan sahabat baik aku Fazira akan diadakan di rumah Dato' Rizlan. Secara sederhana saja. Dato' Rizlan menjemput kawan rapatnya. Begitu juga isterinya Datin Julia. Saif turut menjemput kenalan rapat dia. And of course pekerja dia yang setia membantu di bengkel. Bengkel Saif ditutup hari ini. Bos bertunang katakan haha. Fazira ajak kawan-kawan lama kami semasa universiti dulu. Dan sudah semestinya keluarga serta sanak saudara dijemput juga. Aku tak tahu kenapa aku seronok sangat. Mungkin sebab abang aku bakal berkahwin nanti? Isteri dia pula kawan baik aku sendiri. Tapi kalau dia orang pindah nanti aku akan tinggal seorang diri. Dengan.. ayah? Hm. Sepanjang majlis pertunangan berlangsung, aku lihat wajah ayah. Gembira. Tak pernah lagi aku tengok dia gembira macam tu sekali. Senyuman dia paling susah aku tengok. Tapi setiap kali kami bertembung, senyuman ayah terus mati. Hati aku menguncup layu. Jujur aku memang tersinggung dengan sikap ayah. Dengan orang lain dia bergembira dan bermesra. Sedangkan aku anaknya sendiri? Aku mengeluh. Tatkala ini aku berada di dapur rumah Dato' Rizlan. Para tetamu beransur pulang. Walaupun majlis ini sederhana, sambutannya boleh tahan meriah. Aku menyibukkan diri di dapur. Basuh segala pinggan mangkuk dan menyediakan hidangan untuk para tetamu. Menyediakan okey? Bukan memasak. Dari jauh, aku boleh dengar suara ayah berbual dengan besannya. Tampak ceria. Hari yang mungkin aku takkan lupa? Ahad. 14 April 2013. Aku dengar suara ayah ketawa kecil dan aku nampak senyum ayah lebar.

"Eh Mel rajin terlebih pula. Biarlah pinggan mangkuk tu. Bibik kan ada?" Dato' Rizlan membunuh lamunan aku. Aku mengukir senyum.

"Ala chill ah uncle Mel bosan tak buat apa. Baik duduk dapur membasuh," jawabku sambil tersengih. Ha'ah memang aku bosan pun. Lebih tepat lagi, aku malas tunjuk muka. Sebab apa? Aku dipaksa pakai baju kurung! Aku dah ah rimas dengan kain segala bagai. Pergh memang tak ah nak layan tetamu kat luar. Baik aku lesapkan diri. Saif dengan Fuzzy ah ni. Paksa aku pakai baju kurung. Padahal bertunang saja. Disebabkan aku kasihan, terpaksa aku turutkan permintaan dia orang. Paling tak boleh blah dia orang letak syarat pula. Dahlah paksa aku pakai, main letak syarat pula kalau aku setuju. Syaratnya, aku kena pakai kebaya waktu perkahwinan dia orang. And aku macam WEH KEBAYA?! Pakai baju kurung pun jalan macam penguin, terkedek sana terkedek sini. Pakai kebaya? Erk.

"Ish Mel ni panggil papa saja. Okey? Papa dah anggap Mel macam anak sendiri." Dato' Rizlan mengukir senyum. Papa? Aku rasa macam.. sangat disayangi. Tapi kenapa oleh papa? Bukan oleh ayah? Astaghfirullah, tak baik Mel. Tak baik. Aku balas senyuman papa.

"Yalah papa. Papa rileks saja k biar Mel settle bahagian membasuh." Aku kenyitkan sebelah mata. Papa ketawa. Bunyi yang sangat aku suka. Kalaulah ayah boleh ketawa dengan aku. Papa beredar ke ruang tamu semula. Tinggallah aku seorang diri, tenggelam dalam perasaan yang tiada dasarnya. Sedih ke aku? Happy ke aku? Entah. Bercampur baur perasaan aku sekarang. Akal aku menerawang jauh. Sampai satu ketika ia bertaut pada sebaris nama. Haikal. Aku tak lupa soalan yang dia tanya petang kelmarin.

"Who am I to you?"

Bergema soalan itu dalam kepala aku. Aku pelik macam mana dia boleh tanya soalan tu kat aku? Dia ada hati kat aku ke? Ah stop perasan Mel. Aku merenung pinggan yang sedang aku basuh. Sebuah demi sebuah pinggan aku basuh setelah ditonyoh dengan sabun Sunlight. Wangi. Haha.

"Mel!" Kuat suara itu mengejutkan aku!

"Opocot mak kau!" Aku terlatah di situ. Kedengaran sang manusia yang menegur tadi ketawa berdekah-dekah.

"Hahaha awak fikir apa Mel? Jauh gila berangan! Saya panggil banyak kali tahu tak hahaha," aku menoleh melihat empunya diri. Ceh. Dia ke? Apa dia buat kat sini? Oh! Mestilah dia dijemput. Abah dia kan kawan papa.

"Mel!"

"Mak kau terbalik!" Sekali lagi aku terkejut dan terlatah. Ergh.

"Awak fikir pasal apa hah?"

"Fikir pasal doktor."

Ketawa Rayyan yang bersisa tadi serta-merta mati. Kemudian, dia tergelak lagi. "Hahahahaha."

Pft jawapan apa kau bagi tu Camelia?? Aduh mulut aku ni. Teringin telan sabun Sunlight ke? Rayyan tergeleng-geleng kepala dia. Tergendala habis kerja aku yang sedang membasuh pinggan mangkuk. Spontan aku tampar bibir.

Pap! Pap! Pap!

Tiba-tiba aku bau sesuatu yang wangi. Bibir aku rasa kelat(?) Pahit(?) Bluekk!

"Pffttt! Bluekk! Bluekk!"

Terjulur-julur lidah aku sebab pahit! Eryuck! Rayyan pula semakin kuat ketawa! Buruk punya perangai. Ergh bengong ah! Macam mana aku boleh tak sedar yang tangan aku bersabun?? Mujur tak tertelan sabun Sunlight! Err.

"Kelakarlah awak ni Mel. Hahahah kenapa tak tuang sabun terus dalam mulut? Bhahaha," Rayyan sambung gelak lagi. K Rayyan. K.

"Whatever lah doktor. Doktor buat apa kat sini?"

"Yang awak tu buat apa sensorang kat sini? Tak sunyi ke?"

"Tak nampak ke tengah memancing ni? Tak sunyi pun kan doktor ada."

Sempat aku sindir dia.

Tapi..

Eh sekejap.

Aku cakap apa tadi?

Ops!

"Eh tak! Maksud saya, tak sunyi sebab busy." Aku lekas-lekas membetulkan ayat yang dah terpesong maksudnya. Mulut. Please? Please jangan laju sangat? Aku gigit bibir bawah kuat-kuat. Kalau ada parang, dah lama aku kerat bibir ni.

"Doktor tak makan ke? Jemputlah makan. Makanan kat depan. Macam-macam ada. Dapur tengah semak ni. Doktor tu tetamu." Niat aku sebenarnya nak halau dia. Tak selesa kalau buat kerja dengan keadaan berdua-duan kat dapur ni. Rimas. Rayyan please. Blah sekarang. Sayangnya aku cuma cakap macam tu dalam hati saja. Kurang ajar sangat kalau halau terus. Bongok bongok aku, takda ah sampai kurang ajar macam tu sekali.

"Okey saya caw dulu. Basuh pinggan elok-elok. Jangan telan sabun tau?"

Seolah-olah memahami niatku, Rayyan bersetuju untuk beredar. Tapi part last aku tak suka dengar. Jangan telan sabun? Eleh. Kang dia yang tertelan sabun dengan botol sekali. Aku meneruskan pekerjaan aku sebagai bibik part time yang tergendala tadi. Ketika itu fikiran aku kosong. Tak fikir pasal apa-apa. Lapang. Fokus aku cuma untuk kerja bibik part time ni saja. Malas keluar ke depan, baik mereput dengan pinggan-pinggan ni kat dapur. Tak dikira sebagai anti-sosial kan? Haha. Salahkan Saif dengan tunang dia. Siapa suruh paksa aku pakai baju kurung? Nak aku keluar? Bak sini baju T dan jeans aku baru aku keluar.

*

Tetamu semakin berkurang. Tinggal beberapa belas orang saja. Memandangkan majlis pun bakal menemui penamatnya, aku merelakan diri untuk keluar. Bukan apa, cuma nak bantu bibik angkat barang masuk dapur. Kasihan dia kena buat sensorang. Mujur papa upah orang untuk tolong. Aku tak termasuk ah. Lengan baju dilipat kemas-kemas sampai ke paras siku. Ikatan rambut yang longgar diketatkan semula. Serius. Benci pakai kain. Dengan langkah yang berhati-hati, aku berjalan keluar dari dapur setelah semua pinggan, mangkuk, gelas dan peralatan lain siap dibasuh. Chill. Banyak lagi benda kat depan sana belum dibasuh k. Tangan aku spontan memegang sedikit kain agar tidak meleret ke lantai.

"Wah rajin gila adik abang? Bakal menantu mithali ni!"

"Tu ah Mel. Kau ni ada udang di sebalik KFC ke?"

Hm elok ah tu. Sepasang bakal pengantin usik aku. Sama sama sewel. Aku julur lidah. Kemudian terus ke halaman depan rumah untuk melaksanakan niat aku tadi. Ayah dah balik ke? Sempat aku cari susuk tubuh ayah. Tapi tak jumpa. Tak apalah. Mungkin penat. Aku lebih optimis. Aku nampak bibik sedang mengemas pinggan, periuk, belanga dan alatan yang bukan milik pihak katering. Lekas-lekas aku meluru ke arah dia untuk membantu. Orang takda, memang ah aku berani keluar.

"La yang Mel penatkan diri ni kenapa? Orang melawa hari ni, Mel main sabun pula kat dapur." Datin Julia tiba-tiba pegang lengan aku.

"Eh aunty. Mel bosanlah, sebab tu Mel tolong. Sikit saja ni."

"Panggil mama saja, Mel. Saif panggil mama, apa salahnya Mel panggil mama?"

Wanita itu mengukir senyum manis. Mama? Hati aku tiba-tiba meronta sayu. Aku.. rindu ibu. Walaupun aku tak pernah tengok muka dia. Tak pernah kenal ibu aku. Tak pernah dijaga oleh ibu. Tapi aku tetap sayang ibu. Saif yang bagitahu pada aku pasal panggilan ibu. Nampak remeh. Tapi itu satu-satunya benda yang aku tahu. Panggilan 'ibu'. Ibu. Adik teringin kenal dengan ibu. Ada saja benda yang buat aku beremosi. Chill Camelia.

"Okey ma. Mel tolong bibik jap okey?"

Setelah semua tetamu pulang, aku, bibik dan tiga orang pembantu upahan papa saling membantu mengemas halaman depan dan ruang dapur yang agak semak dengan macam-macam benda. Setelah diangkut ke dapur, aku menjalankan tugas sebagai bibik part time. Lenguh juga tangan aku menggosok benda-benda tu dengan berus dawai dan span. Berbotol-botol Sunlight habis. Tapi wangi wuuu. Dan akhirnya, setelah dua jam bermandi peluh di dapur, siap juga kerja membasuh dan mengemas. Fuh. Penat! Penat gila! Untuk kali yang terakhir, aku basuh tangan aku sampai bersih dan lap pada kain yang tersangkut pada pemegang peti ais sampai kering.

"Pergh reput reput!"

Bebelku sendirian sambil berjalan meluru ke sofa dan boom! Badan aku dihempas kasar ke atas sofa berbentuk L itu. Persis bunyi buah durian gugur. Fuh leganya dah siap!!

"Mel?" Aduh makhluk mana ganggu aku ni? Kelopak mata yang dipejam tadi, dibuka semula. Oh Fazira rupanya. Jadi, aku tutup mata balik.

"Hm mende," belakang tangan aku dijatuhkan ke atas dahi. Tandanya memang aku penat tahap dewa.

"Aku nak cakap, thanks sebab kau tolong banyak. Orang lain sibuk cantik-cantik, pegang telefon selfie sana sini. Tapi kau juga yang mandi keringat kat dapur. Berpatah balik dari dapur ke depan, dari depan ke dapur sebab nak tolong. Tak rugi aku ada member sakai macam kau kan?"

Fazira tergelak kecil di hujung ayatnya. Aku? Sakai? Hek eleh yang dia tu? Sewel!

"Puji ke kutuk ni hah?"

"Pakej. Dua dua sekali ada. Hahaha," Fazira gelak lagi. Kali ini aku menyusul ketawanya. Gembira betul aku tengok Fuzzy hari ini. Tengok dia seronok pun aku dah seronok. Biarlah aku terperap kat dapur saja. Asalkan semua orang happy.

"Takda hal ah weh. Nanti aku minta upahlah. Ingat free ke aku buat semua ni? Memang tak ah. Welkk!"

Aku julur lidah lalu ketawaku meletus. Fazira turut ketawa. Bergema suara kami berdua gelak di ruang tamu itu. Kenangan.

"Pergh kecut habis jari adik!"

Saif yang entah muncul dari mana, menyampuk kami yang tengah gelak sakan. Laju tangan dia memegang tangan aku kemudian dibelek-belek setiap batang jari dah macam aku takda kulit saja gayanya.

"Chill ah abang ni hadoi kecut saja. Bukan patah pun. Menyibuk."

"Ceh adik ni. Okey fine abang tak nak kawan adik. Sayang jom blah." Saif ajak Fazira meninggalkan aku. Tapi, jap.

"Apa dia tadi? Sayang? Bluek! Tak kahwin lagi ah sewel! Gedik gila abang ni. Adik hempuk sofa ni nak?"

"Entah awak ni. Belum sah lagi tau!"

Saif. Tak gedik dengan Fazira satu hari tak sah. Fazira pun bukan desperate sangat nak dipanggil macam tu. Saif yang melebih-lebih. Gedik! Haha. Saif oh Saif. Dah nak kahwin dah kau kan? Aku tersenyum melihat gelagat mereka berdua yang sweet(?) Erk. Entah. Yang pasti dia orang happy.

"Amboi! Sakan! Bila nak balik Saif?"

"Ala papa halau Saif ke ni? Sampai hati." Saif buat-buat merajuk.

"Hodoh gila abang merajuk. Serius. Hahaha!"

Semua yang ada di situ ketawa berdekah-dekah melihat fiil Saif. Telefon yang setia bersembunyi di dalam kocek baju tiba-tiba bergetar. Seharian aku silent telefon sebab fokus pada majlis ni. Punat di sisi kanan aku tekan. Terbeliak mata aku dibuatnya!

You have 43 missed calls from...

Aku tak sanggup baca ayat seterusnya. Gulp! Empat puluh tiga missed calls? Tapi kenapa? Dan yang paling aku tak sangka ialah nombor pemanggil itu.

Haikal? Erk!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience