Bab 48

Romance Completed 33336

Bab 48

NASI goreng yang umi masak, serius sedap gila. Berselera aku makan!
Rayyan apatah lagi. Ala semalam tidur terlebih nyenyak kata dia.
Gembira dia lain macam. Aku yang tengok ni naik seram. Lepas tu, tak
habis habis sengih sana, sengih sini. Apa yang kelakar sangat entah.

"Ayan ni kenapa? Tersengih sengih, dah makan ubat ke belum?" Seloroh
abah buat lelaki itu tersedak! Bukan main teruk lagi dia batuk sampai
berair habis mata dia. Aku ni pandang kosong, tak buat apa. Blur pun
ada. Hm batuk lagi, batuk.

"Takdalah bah. Hehe makan makan. Sedap ni," Rayyan melirik aku di
sebelah. Hei ingat aku tak nampak ke? Eleh main mata konon. Semalam
beria betul, sembang tidur bilik sebelah. Aku tarik sikit pun dah
tangkap lentok. Manja nokharom. Ya aku mengaku, sedikit sebanyak aku
dah boleh adapt dengan situasi. Paling penting sekali, aku rasa aku
dah boleh accept Rayyan dalam life aku. Mungkin? Haha. Dulu, aku asyik
fikir perasaan aku sendiri. Sedih aku, marah aku, cuma itu aku fikir.
Tapi aku tak ambil pusing langsung bab emosi orang lain. Termasuk
Rayyan sendiri. Apa dia rasa, apa dia nak, apa hak dia, aku langsung
tak peduli. Isteri apa aku ni? Derhakanya aku kat suami sendiri. Layak
ke aku yang kurang ajar ni dilayan baik oleh Rayyan macam sekarang?
Heh, kau sampahlah Camelia. Sampah.

Selepas sarapan yang tak berapa nak sarapan sebab almost masuk tengah
hari, aku makan ubat. Yeah, rutin yang membosankan. Nak pula ubat tu
tak sedap. Tapi sebab nak lekas sihat, aku hadam sajalah. Eh by the
way Rayyan tak kerja ke? Dia tinggal klinik tak apa ke? Takkan nak
menghadap muka aku seharian? Bosan!

"Saya cuti hari ni. Esok baru start kerja balik."

Tak payah tanya pun dia mesti bagitahu punyalah. Tiba-tiba Rayyan
menghempas badannya di sebelah aku. Tangan dia terus naik ke paha dan
dakap erat.

"Penat ah." Dia mengadu. Memanglah penat, dua puluh empat jam jaga aku
kat hospital. Mata naik lebam sebab tak cukup tidur. Haa sekarang
tidurlah kau sepuas hati. Eh tapi aku nak buat apa? Bosannya haih.

"Telefon awak kat situ, saya amik kat rumah kelmarin." Eh macam tahu
tahu yang aku tengah bosan. Aku pun jenguklah yang dia kata 'situ' tu.
Dua iPhone kat situ. Mana satu aku punya? Dah ah sebiji seketok rupa
dia. Aku ambil dua dua, aku usyar. Lock screen gambar aku wow. Cey
sweet ah tu? Haha. Gambar mana dia rembat aku tak tahulah.

To : Fazira

Fazira. Mel ni. Kau sibuk ke? Aku bosan ah tak tahu buat apa. Mereput doh ??

Sent!

Rindunya aku kat minah gelong yang seorang tu. Lama tak jumpa. Last
aku nampak dia, makam sebelum aku discharge. Tapi doktor Rina halau
semua orang masa tu. Cuma Rayyan yang stay dengan aku kat wad. Ada
bagusnya juga, aku memang tak nak fikir pasal apa-apa. Malas! Tapi at
last, benda yang aku tak nak fikir tulah yang akan jengah otak ni
juga.

Telefon aku berbunyi dan vibrate tanda ada mesej masuk.

From : Fazira

Aku kerja ni. Boleh kata busy gak aa ?? asal? Rindu aku lattew ?? eh
kau stay mana weh?

Rindu? Haa memang pun.

To : Fazira

Ah rindu kau buat apa. Wasting time! Aku stay rumah Ayan ni. Tengah
lepak kat bilik tak buat apa. Bosan gila. Btw, em mummy aku macam
mana? Aku.. risaulah weh ??

Macam mana agaknya life mummy masa aku takda dengan dia? Dia duduk
dengan siapa? Makan minum dia macam mana? Argh serius aku tak boleh
stop fikir pasal semua benda! Mesti ada saja something yang aku akan
fikir.

From : Fazira

Ecey kau ni peluk suami terchenta aa ni ?? dapat la aku merasa ada
anak buah lepas ni haha! ?? dont worry babe mummy kau setiap masa
under perhatian aku ??

Baguslah macam tu. Taklah aku risau sangat. Banyak dia tolong aku.
Banyak sangat.

To : Fazira

Kuaja kau ?? aku nak kau dulu bagi aku anak buah ?? weh thank you jaga
mummy ?? aku tak tahu nak cakap apa dah. Kau banyak gila tolong aku ??
syg kau doh! ??

From : Fazira

Lek je. Thats what a friend suppose to do ? whoaa sweet gak aku ni
hahaha ?? kk gtg nak meeting. Ttyl bye! ??

Dan perbualan kami tamat di situ. Mesti dah hebat kawan aku sekarang,
jadi bos. Rayyan di sebelah aku lirik, em dah nyenyak tidur. Aish rasa
nak gomol dia pun ada. Apa hal la kau comel sangat waktu tidur? Ni
taktik goda aku ke macam mana? Automatik, tanganku naik mengelus
rambut lembut Rayyan. Diusap penuh kelembutan wajah lesu itu. Perlahan
lahan jasad aku mengesot dan turut baring di sebelahnya. Dadanya aku
peluk erat.

"I love you." Aku bisik kepadanya, perlahan sangat sangat. Satu, aku
tak nak dia dengar. Dua, mungkin sebab lama tak bercakap suara pun tak
berapa nak keluar. Dalam diam, aku senyum bahagia.

"I love you too sayang. I love you more." Tiba-tiba suara seraknya
membisik lembut lalu dia menarikku rapat ke dalam rangkulannya. Eh dia
dengar? Serius la? Aduh spoil.

*

AROUND pukul dua petang, kami bangun. Lama gila tidur tak ingat dunia.
Lepas tu confirmlah aku rasa segan nak mati, punya confident "I love
you" sekali dia dengar daaa. Acah tidur rupanya dia ni aish kurang
asam betul. Usai dia membersihkan diri, Rayyan solat zohor dulu lepas
itu barulah aku mandi. Nanti kang merungut lagi salahkan aku bila
terlepas solat, haha. Masa dia pakai baju, alih alih usyar aku. Alih
alih usyar aku. Itu tahan lagi tau, ini sekali dengan sengih creepy
dia aduhai scary aku tengok! Tahu aku cantik. Tapi tak payah kut usyar
macam tu? Nampak tak Camelia masuk bakul angkat sendiri? Haha. Bahagia
semacam aku tengok gelagat Rayyan. Tapi macam biasa, aku sengih sikit
pun tak. Lagak beku sangat konon. Padahal pegang ego yang tengah
menaik ni kahkah.

"Jom turun lepak bawah?" Ajaknya setelah menyembur minyak wangi. Duduk
rumah pun pakai perfume? Ceh. Aku usyar dia lama, lepas tu mendepa
tangan suruh dia dukung. Aku mana boleh jalan lagi, ah sedih naw hidup
ni.

"Manja." Aku dah agak. Mesti dia cakap punya! Ala bukan selalu, cakap
sajalah kau suka. Ini kalau aku boleh berjalan takda maknanya suruh
kau dukung tahu? Cuba aku nak jalan sendiri pakai tongkat? Memang
taklah kau nak bagi. Wajahnya aku jeling tajam, serta merta aku silang
tangan ke dada. Konon merajuklah gittew.

"La? Merajuk? Orang main-mainlah ish cepat sini," lengannya dibawa ke
bawah pelipat kaki dan belakang tengkuk.

"Amboi turun dah putera puteri yang memerap dalam bilik tu! Tak lama
merasa cuculah kami, kan abang?" Usik umi sambil tergelak kecil. Abah
pun gelak ada makna, lepas tu kerling tengok kami. Start dah dia orang
punya usik mengusik tu. Aku? Macam biasalah, buat derk acah takda
feeling.

"Mel! Mel!"

Harmoni yang bertamu disentak dek panggilan itu. Aku dan Rayyan
berbalas pandang, bagai menghantar isyarat yang kami saja faham
maksudnya. Lekas, kami berempat ke muka pintu untuk melihat gerangan
yang melaung nama aku tadi.

Ayah.

Lelaki itu persis orang gila. Pakainya yang tak kemas, matanya yang
merah, bibirnya yang kering, aku jadi gerun tak semena. Segera aku
alih pandang menghadap bahu Rayyan.

"Mel.. Mel! Ayah datang ni dik.." rintihnya sayu.

"Ayah, kita balik ya? Adik tengah rehat tu." Aku dengar Saif memujuk.
Lantas aku menoleh. Mata kami bertaut seketika, tak mampu nak tahan
lagi, aku mula menitiskan air mata. Kenapa ayah boleh jadi macam ni?
Saif tak jaga dia ke? Keadaan dia teruk sangat! Takkan sebab aku koma
dia terus jadi macam ni? Dulu dia benci aku kan? Tak suka aku kan?
Kenapa dia nak cari aku balik sekarang? Cukuplah mental fizikal aku
sakit sebab dia!

Ah, tak tak. Dia ayah kau. Kau tak boleh benci dia Mel.

Ayah? Ayah jenis apa macam tu? Kau tak ingat apa dia buat kat kau
dulu? Atau kau buat buat lupa?

Argh tak! Dia tetap ayah kau. Tak kira apa yang dia buat, dia ayah kau
Mel. Dia ayah kau.

Dia pukul kau. Dia sebat kau. Dia layan kau macam sampah! Kau masih
tak rasa yang orang macam itu patut dibenci? Kau cuma tempat dia
lepaskan marah. That's it Mel.

Bisikan negatif dan positif berselang seli bermain dalam kepala. Damn
it! Bising! Meski aku cuba buang dan halau suara suara asing itu, ia
tetap membingit di hujung kotak fikiran. Bagai menghasut aku untuk
membenci ayah. Tapi, dia memang patut dibenci kan? Argh!

"Adik... balik dengan ayah ya? Ikut ayah balik?" Lelaki itu merapati
dan menangis lebat.

"Balik sekarang!" Nadanya bertukar marah.

"Baliklah! Anak tak tahu dek untung! Balik!" Melantang tinggi suaranya
dilontar mengherdik aku. Kenapa dengan dia? Tadi dia merayu, sekarang
dia marah. Apa yang dia nak sebenarnya!

"Ayah.. kita balik ya ayah? Jom kita balik? Adik nak rehat tu.." Saif
menarik ayah pergi namun lelaki tua itu meronta hebat. Gayanya enggan
pergi tanpa aku. Terngiang ngiang panggilan ayah di tepi telinga.
Mel.. Mel.. sampai ke satu tahap, kepala aku mula pening. Rasa
berdengung dan sakit.

Dan perkara terakhir yang aku lihat ialah pandangan sayu Saif. Matanya berkaca.

Tiba-tiba semua gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience