Bab 18

Romance Completed 33336

Bab 18

LUNCH break yang sangat awkward abad ini. Sejak pagi tadi aku langsung tak nampak kelibat dia. Man cakap dia ada meeting penting jadi aku sambunglah buat kerja aku. Lama juga dia meeting. Meeting kat Zimbabwe ke apa tak tahulah. Tiba-tiba telefon aku berbunyi tandanya ada pesanan What'sApp yang baru diterima. Melebar senyum aku. Hihi. Dia ajak lunch sama-sama. Tapi sekarang bisu pula?

"Awak merajuk dengan saya kan?"

Haikal buat derk. Minumannya disedut rakus. Soalan aku terbiar sepi tanpa jawapan. Sah. Merajuk. Aku menyudu nasi goreng ayam kunyit yang lazat ini. Sengaja aku biarkan terapung di hadapan wajah dia. Haikal aku nampak sudah melirik ke arah sudu itu tapi sengaja buat tak tahu.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Ngap!

Suapan itu disambar laju. Senyum aku terukir lagi. Manja betul. Dan akhirnya aku tergelak kecil. Haikal tarik muka.

"Merajuk tapi tak mengaku. Letak ego tinggi sangat. Susah saya nak turunkan tau."

Haikal mencebik.

"Awaklah. Saya call banyak kali tau."

Dia merengek manja. Muncungnya ditarik panjang. Nadanya sangatlah manja dan jelas sekali dia sedang merajuk. Comel! Bukan salah aku tak jawab panggilan dia. Bateri telefon aku mati. Nak cas malas. Sebab itulah aku biar. Masa aku bagitahu dia yang aku tak kerja kelmarin sebab demam, gelabah biawak dia tanya macam-macam. Please Haikal. Kau terlalu comel untuk aku handle. Ngaw. Haha.

"Awak dah okey ke? Fully recovered? Nak cuti advance tak?"

Soalan Haikal buat aku tersedak. Sakit tekak aku gamaknya. Pedih. Cepat-cepat Haikal ambil minuman aku dan diberikan kepada aku. Rakus aku sedut barli ais itu sampai tinggal separuh.

"Awak ni gelojohlah. Dahlah suara takda. Minum ais lagi. Aduh macam mana nak sihat ni dear?"

Haikal bernada risau. Aku masih cuba menyelesakan tekak. Lama juga.

"Cuti advance? Tak nak ah. Nanti awak rindu saya kan susah."

Aku mengusik Haikal. Serta-merta dia tarik muka. Aku buat derk lalu meneruskan suapan yang tertangguh tadi. Tiba-tiba pipi aku dicubit!

"Aduh!"

"Nasib saya cubit tau. Kalau boleh nak cium."

Terus tubuhku mengeras. Wajahnya aku pandang penuh sangsi. Dia cakap apa tadi? Cium? Dia serius ke? Aku tak tahu sama ada nak nervous atau takut. Erk. Riak wajah Haikal aku tenung tanpa berkedip.

"Awak ni suka serius sangat. Tunggulah kahwin nanti. Saya gomol sampai awak lemas!"

Kedengaran suara itu ketawa riang. Bunyi yang begitu mendamaikan telinga. Aku pula melakar senyum palsu. Hatiku kembali layu. Kahwin. Sebaris kata yang menghantar memori aku ke tarikh keramat itu. Tarikh di mana aku 'ter'kahwin dengan Rayyan. Senyum palsu ayah. Suara lembut ayah. Wajah tenang Rayyan. Riak kosong Saif. Segalanya terpamer jelas dalam kotak fikiranku. Perbuatanku terus mati di situ. Nasi goreng ayam kunyit di atas meja tidak lagi menarik perhatian. Haikal tidak lagi aku sedar kewujudannya. Fikiran aku terus menerawang jauh. Merentasi masa lalu yang sangat gelita. Yang sering diiringi awan mendung. Mungkin ke hidup aku selepas ni akan gelita juga? Aku pun tak tahu. Semuanya kabur. Andai saja aku boleh lupakan semua perihal yang menyakitkan hati itu. Tiba-tiba sebatang sudu muncul di hadapan wajah aku. Aku pandang si pemegang.

"Awak ni saya sebut kahwin saja. Terus bisu. Sorry kalau awak tak suka."

Aku tatap anak mata Haikal yang redup itu. Bibirku automatik tersenyum. Mudah betul aku senyum kalau dengan Haikal. Sempat aku membuka mulut dan 'ngap' suapan dia sebelum tergelak kecil. Hilang habis perihal yang aku fikir tadi. Tengah hari itu sedikit sebanyak buat aku lupa akan kesedihan yang bertubi-tubi mendatang. Hanya dengan Haikal, aku mampu senyum dan ketawa. Hanya dengan lelaki ini aku bisa merasai kegembiraan walaupun untuk seketika.

Waktu pejabat telah tamat. Para pekerja dan staf di ofis beransur pulang. Yang tinggal cuma aku, Man, dan beberapa orang staf lain sedang menyelesaikan kerja. Sejak aku cuti kelmarin, makin berlambak kerja yang perlu disiapkan. Aku berterima kasih gila kat Man sebab dia tolong cover kerja-kerja aku kelmarin. Sekarang, bos tengah sibuk sangat sebab dia uruskan projek baru. Macam yang aku sangka dulu, memang meja inilah yang akan membebankan aku dengan tekanan kerja. Selesai memfailkan kertas-kertas kerja yang dicetak, aku mengemas meja. Beg sandang aku pakaikan ke bahu secara menyerong. Sempat aku jenguk ke meja Man. Tekun dia buat kerja. Muncul idea jahat dalam kepala aku secara tiba-tiba. Setelah menunggu beberapa ketika, kini hanya kami berdua yang tinggal di dalam ofis apabila staf-staf tadi pamit mahu pulang.

Getah rambut dibuka. Rambut panjangku diserabaikan. Aku tarik sampai menutupi seluruh wajah. Tak sia-sia aku pakai dress putih hari ini. Terjengket-jengket aku berjalan ke suis lampu. Tap! Dalam sekelip mata saja ofis itu gelap. Hanya di meja Man saja yang bercahaya. Itu pun samar-samar.

"Damn! Bos tak bayar bil elektrik ke apa?"

Suara gelisah Man aku dapat dengar jelas. Perlahan-lahan aku duduk di atas lantai. Aku mengesot sampailah ke meja dia.

"Abang.. tolong saya.. saya.. lapar.."

Suara aku automatik bertukar. Aku yang dengar rintihan seram diri sendiri pun takut. Ceh itu pun ada hati nak prank orang. Dari ekor mata, aku dapat lihat Man sudah menggerigil. Mukanya ditekup. Kerjanya terus tertangguh. Gelak mengekek aku dalam hati haha.

"Ampun! Ampun! Aku tak bunuh kau! Bismillahirrahmanirrahim. Alif ba ta! Alif ba ta!"

Beria-ia Man baca bismillah tapi di hujung ayat dia terkeluar huruf jawi! Haha. Aku ketap bibir. Tahan gelak walaupun perut aku dah nak pecah sekarang ni. Tangan aku mula merayap di kakinya. Macam tak senonoh pun ada. Tapi aku nak kenakan dia saja. Hihi.

"Mak!! Emon tak nak mati lagi! Pergi balik ke dunia kau. Aku tak sedap. Darah aku tak sedap! Ampun ampun!"

Terjerit-jerit Man menggelupur ketakutan di kerusinya. Kaki dia pula terketar-ketar cuba membuang tangan aku. Sumpah aku tak tahan dah. Dia cakap dengan mak dia guna panggilan Emon ke? Bhaha. Terus terlepas ketawa aku di situ.

"Bhahaha! Aduh Man hahaha sumpah, ini kelakar gila. Hahaha."

Tersandar-sandar aku di kaki meja dia sebab ketawa yang melampau. Sungguh aku tak tahan tengok riak wajah Man yang sangat melucukan. Hahahaha dia baca alif ba ta tadi lagilah kelakar!

"Hahahahaha Mel ni wey! Hahaha Man chill sikit ah bro hahaha," naik tegang muka aku dek ketawa terbahak-bahak. Tangan aku spontan tertampar-tampar lutut Man yang aku rasa mungkin masih terketar.

"Camelia! Kau ni jahatlah eee!"

Man luku kepala aku kuat-kuat. Berselang seli suara aku kedengaran ketawa dan mengaduh. Peliknya bunyi haha.

"Ampun ampun. Patik tak berdosa tuanku!"

Aku menyatukan telapak tangan dan diletakkan di hadapan wajah seolah-olah sedang mengangkat sembah. Man aku dengar menghela nafas lega. Semakin tenang nampaknya. Nafasnya juga tidak laju sehebat tadi. Gelak aku masih bersisa. Man pula geleng kepala. Perangai gila aku kadang-kadang celaka juga, ya tak? Bhahaha nasib kau dapat kawan macam aku ni, Man. Eh. Emon! Bhahaha. Semakin galak aku ketawa sebab teringat panggilan tu. Comel pun ada.

"Ish kau ni Mel. Nasib baik tak terkencing aku kat sini. Gilalah kau ni. Tak baik tau!"

Man marah aku lagi tapi nadanya jelas merengek manja. Aku terangguk-angguk mengiakan kata-kata dia. Tapi tak berhenti lagi ketawa. Naik tercabut rahang aku kalau asyik ketawa macam ni. Aduh rabak. Haha. Tapi memang betul pun kata Man. Tak baik mempersendakan 'benda' sebegini.

Tap!

Tiba-tiba lampu ofis menyala kembali. Serta-merta ketawa aku mati. Gulp. Aku terkejut. Aku dan Man saling berpandangan. Masing-masing mengerutkan dahi. Sesekali kami berdua mendongakkan kepala tanda bertanya "benda apa?" tapi kami menggeleng pula tanda masing-masing tidak tahu. Takkanlah aku dah terseru 'benda' tu? Erk ampun! Derap tapak kaki kedengaran kuat. Aku jadi takut. Spontan aku memeluk kaki Man. Kononnya rasa selamat. Tapi sama saja ssebenarnya. Tadi pun aku dengar dia sebut alif ba ta. Aduh matilah aku.

"What the hell is going on?!"

Tinggi nada suara manusia itu menghamburkan kata-kata kepada kami. Aku tersentak. Suara tu macam aku kenal? Cepat-cepat aku melepaskan pelukan di kaki Man dan memanggung kepala. Aku pandang empunya suara tadi. Terbuntang mata aku ketika ini melihat susuk tubuh itu. Automatik aku terbisu. Wajah Haikal nampak marah. Bengis dan tiada senyum. Rahangnya kulihat bergerak. Matanya mencerlung merenung aku dan Man berselang seli.

"What the hell have you done Mel?"

Nadanya berubah kecewa serta merta. Aku termangu. Aku jadi blur. Aku tak tahu nak jawab apa. Haikal pula sudah tergeleng-geleng kepalanya sebab melihat keadaan aku dan Man sekarang ini. Haikal mendengus kasar. Mataku tertancap pada tangannya yang mengepal buku lima. Automatik hati aku diburu ketakutan. Masing-masing tidak berbicara. Mungkin masih terkejut? Man pula terbisu terus. Sejak Haikal datang tadi dia terus hilang upaya untuk bercakap.

"You broke my trust."

Haikal terus melangkah pergi meninggalkan kami berdua di situ. Riak wajahnya jelas sekali kecewa dengan aku. Terkocoh-kocoh aku bangun dari lantai dan mengemaskan dress. Rambutku diluruskan semula dan diikat ringkas lalu dilipat agar ekor kuda tidak berjuntai. Beg sandang yang juga berada di atas lantai aku rentap.

"Caw dulu Man. Kena handle beruk tu jap."

Aku terus hilang dari pandangan Man. Susuk tubuh Haikal yang tergesa-gesa berjalan, aku lirik. Lekas-lekas aku kejar langkahnya agar tidak terlepas.

"Haikal! Tunggu saya!"

Malangnya panggilan aku langsung tak diendahkan. Dia buat tak tahu saja. Aku melajukan lagi langkah kaki. Entah macam mana aku tersilap langkah, aku tersadung sesuatu. Damn. Aku terus jatuh gedebuk! Spontan aku mengaduh sakit.

"Aduh!"

Sumpah klise. Tengah feeling kejar orang tiba-tiba saja jatuh. Acah-acah drama ke apa? Ah stop merepek Mel. Aku sempat ketuk kepala aku sebab fikir benda tak penting. Buku lali diurut-urut. Sakit. Hm nasib. Aku bangun semula sebab nak kejar Haikal. Tapi spontan aku terduduk balik! Kaki aku jadi ngilu semasa menampung berat badan. Sekali lagi bibir aku mengucap aduh tanpa sedar. Sekarang macam mana? Nak mengesot macam kat ofis tadi ke? Ugh.

Tiba-tiba badan aku terapung. Ada tangan yang menyelit di belakang tengkuk dan di lipatan kaki. Aku tersenyum nakal. Wajah bengis lelaki itu aku pandang penuh minat. Mata redupnya. Kulitnya sawo matang. Rambutnya bergaya. Wangiannya. Aduh menusuk jiwa sungguh. Hilang rasa sakit di buku lali tadi. Muehehe.

"Sayang juga awak kat saya eh? Ekekeke," tanganku lincah memicit kedua-dua belah pipinya sampai mulutnya muncung. Haha comel! Wajahnya tetap kelat seperti tadi. Tiba-tiba dia menjeling aku tajam. Cepat-cepat aku tarik tangan aku. Takut. Keadaan kembali sepi.

Twit! Twit!

Alarm kereta kedengaran 'bersiul' setelah punat kunci kereta ditekan. Perlahan-lahan dia turunkan aku kemudian menyuruh aku duduk. Aku menurut saja seperti lembu dicucuk hidung. Dia sempat periksa buku lali aku. Lepas tu dia bergegas masuk ke dalam perut kereta.

"Haikal saya nak explain please?"

Aku memecah sunyi. Diam.

"Saya saja kenakan Man. Tinggal kami berdua saja dalam ofis. Saya tutuplah lampu acah-acah jadi hantu. Tiba-tiba lampu menyala tapi saya tak tahu itu awak. Sebab takut sangat saya pun peluklah kaki dia. Sorry."

Automatik suaraku berubah manja. Haikal masih diam tidak berkutik. Tiada sebarang respons.

"Sorry dear. Please?"

Terus kepala dia menoleh pandang aku. Riaknya aku tak mampu baca. Tiba-tiba dia tersenyum manis sebelum menggeleng kecil kepalanya.

"Bagus juga saya merajuk. Boleh dengar awak panggil dear kat saya. Keep calling me that dear. I like it," Haikal tergelak kecil. Tiba-tiba kereta berhenti. Laju Haikal keluar dan mendapatkan aku. Didukungnya aku masuk ke dalam klinik.

"Maaf encik. Klinik dah nak tutup."

"Ala sekejap saja cik. Seorang saja patient."

Gadis itu bercakap sesuatu dengan seseorang. Apabila dia kembali, dia menyuruh kami terus masuk ke dalam bilik rawatan.

"Awak. Turunkanlah. Tak elok tau."

Haikal buat tak dengar seraya membuka pintu bilik tersebut. Aku memicit lagi pipinya sampai bibirnya menuncung. Comel! Haha.

"Dear put me down please?"

Pinta aku sambil buat muka comel. Tapi malang. Haikal jelir lidah. Mengada gila.

"Sorry encik saya angkat call tadi so,.." ayatnya tergantung di situ tatkala mata kami bertaut. Jantung aku terasa gugur ke bumi. Rentaknya berdegup laju. Takut dan marah bercampur menjadi satu. Ulu hatiku rasa terbakar.

"You sit here okay dear?"

Punggungku mencecah katil. Mata aku masih tidak berganjak. Keadaan jadi sunyi. Kewujudan Haikal bagai tiada di sini. Hanya aku dan manusia itu.

Rayyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience