Bab 14

Romance Completed 33336

Bab 14

HARI ini aku masuk pejabat macam biasa. Kalau boleh aku nak cuti sebab penat semalam pun belum habis lagi. Papa puji aku melambung tinggi gila semalam. Mel rajinlah, Mel calon menantu mithali, Mel itu, Mel ini. Bangga? Sikit ah. Tapi aku tak ambil dengar sangat apa yang mama dan papa cakap. Otak aku asyik fikir pasal Haikal. Dia call aku empat puluh tiga kali. Banyak tu! Ada hal penting ke? Kenapa dia tak mesej saja? Atau.. dia nak bahas pasal isu tempoh hari? Dah ah aku tak jawab soalan dia tu. Telefon dia berbunyi waktu tu kemudian aku terus blah dari bilik dia. Memang tak ah nak stay lama-lama dalam tu. Aku jadi gelabah tak tentu hala. Rasa nak marah pun ada. Yalah, dia yang mulakan dulu perang dingin antara kami tanpa aku tahu apa sebabnya. Tiba-tiba dia sembur aku macam tu. Gatal gila tangan aku nak sepak muka dia. Nasib baik telefon dia berbunyi, kalau tak dah lama dia rasa penyepak aku.

Sedang aku sibuk menaip sesuatu dalam komputer, kelibat Haikal kulihat melintasi meja aku. Aku tak tahu dari mana kudrat aku dapat, suara aku spontan menegur dia.

"Bos." Haikal menoleh pandang aku. Wajahnya.. kosong? Tiada riak. Disebabkan perasaan ingin tahu yang memaksa, terus aku menyoal dia pasal semalam.

"Kenapa bos call semalam? Saya sibuk. Maaf." Dia geleng kepala dan terus pergi. Dia marah ke? Ah lantaklah. Aku punya marah dia tak hairan pun. Buat apa aku kisah pasal dia punya marah?

Maka pagi itu berlalu seperti biasa sampailah waktu tengah hari. Yes! Lunch break! Aku cepat-cepat mengemaskan segala fail dan dan kertas lalu mengambil telefon aku yang sudah retak pelindung skrinnya. Aku simpan dalam beg sandang. Beg baru itu Fazira yang belikan. Simple tapi nampak style. Takdalah teruk sangat hiasannya, sebab tu aku guna. Kalau ada bentuk love ke, bunga ke, hiasan manik bagai memang aku pangkah siap-siap. Tapi Fazira tahu taste aku macam mana. Talinya dipakaikan secara serong di bahu. Baru saja aku nak jalan keluar, tangan aku direntap!

"Eh! Eh! Bos! Jangan tariklah!"

Haikal buat derk. Dia paksa aku jalan belakang dia sampai ke kereta dia. Siap bukakan pintu untuk aku lagi. Bam! Pintu kereta sebelah pemandu ditutup. Haikal masuk ke dalam kereta lalu BMW i8 miliknya menderum halus membelah jalan. Aku pandang wajah Haikal di sebelah. Selamba dan rileks.

"Encik nak bawa saya pergi mana hah?! Saya nak pergi makanlah!"

Haikal masih membisu. Dia tidak menunjukkan tanda-tanda mahu membalas. Fokusnya ditumpukan sepenuhnya pada pemanduan. Oh kau nak main tarik tali dengan aku? Okey fine! Pantas tangan aku membuka lock pintu lantas pintu kereta dibuka! Kedengaran angin begitu kuat!

"Mel tutuplah! Mel! Tutup pintu tu!"

Haikal memperlahankan keretanya tangan kirinya menarik tubuh aku. Kelam kabut aku tengok dia memandu. Sekejap pandang depan, sekejap tengok aku. Apabila dia yakin keretanya mampu dikawal, dia panjangkan badan dan tutup pintu kereta. Bam! Tiada lagi bunyi angin yang kuat. Aku dengar nafas dia tercungap-cungap.

"Boleh duduk diam tak! Kalau awak jatuh macam mana?! Kalau kita kemalangan macam mana?!"

Marah sungguh Haikal ketika ini. Aku buat tak endah saja. Namun jauh di sudut hati, hati kecil aku dijentik rasa terharu kerana nada suara Haikal yang kedengaran begitu risau. Dia risau ke? Argh merepek! Buat apa dia nak risau? Aku bukan sesiapa pun bagi dia. Aku sempat melirik ke arah lelaki itu. Kosong. Tiada riak. Perjalanan yang memakan masa selama lebih kurang sepuluh minit itu ditemani sepi. Tiada sepatah pun kata yang keluar dari bibir aku mahupun Haikal. Kedua-dua kami membisu. Janggal pula aku rasa. Entah ke mana manusia ini nak bawa aku? Jangan pergi danok dah ah. Kahwin lari. Erk apa hal aku fikir macam tu? Astaghfirullah. Aku leka melayani fikiran sendiri sampailah kereta tiba-tiba berhenti di sebuah restoran. Ceh ajak lunch? 'Sopannya' kau ajak aku lunch? Takut aku reject ke? Ugh. Aku menyusul langkah Haikal yang masuk ke dalam restoran itu. Usai membuat pesanan, suasana sunyi bertandang semula. Janggal gila. Masa yang sesuai untuk jadi anti-sosial kan? Aku keluarkan telefon bimbit dari beg sandang. Punat di sisi kanan ditekan.

Ting!

Ada pesanan whatsapp masuk.

Haikal Bos Beruk - pandang saya and please dont be such an anti-social dear.

Gulp!

Perkataan last tu beb. Dear? Dia panggil aku dear? Apa hal mamat ni? Tersalah taip ke apa? Ah lantaklah kau. Aku tinggal bluetick. Padan muka.

"Mel cakaplah dengan saya."

Erk!

Badan aku terus kaku. Suara dia. Ke.. kenapa suara dia macam manja(?) Atau aku yang salah dengar? Tak pernah-pernah dia cakap elok dengan aku? Ah suka hati kau ah. Cakap ah. Cakap sensorang. Tak nak aku cakap dengan beruk. Cakap ah dengan kerusi meja tu. Aku buat derk. Langsung tak endah kewujudan Haikal. Tiba-tiba zap! Dia rampas telefon aku! What the?!

"Woi apa hal kau ni! Telefon aku ah bak sini!"

Kan dah keluar aku-kau. Ugh. Annoying! Kalau aku boleh sumbat kerusi ni dalam mulut dia, memang dah lama beruk ni arwah kat sini. Ya rabbi sabar betul ah aku dengan dia ni. Aku cuba rampas balik. Tapi tak berjaya. Dia pegang ketat gila telefon aku tu. Hei sakit pula hati aku.

"Camelia."

Ah sudah. Dia seru nama penuh aku. Seram semacam saja aku rasa. Sumpah cakap. Pelik gila perangai Haikal sekarang ni. Macam minta penyepak aku.

"Mende bos ni? Perangai jangan pelik sangat boleh tak!"

"Gosh. Finally. Rindu suara awaklah dear."

Erk?! Like seriously? Dia baru panggil aku dear lagi ke tadi? Telinga aku terasa pedih tiba-tiba. Bukan apa. Geli. Bluek! Aku jeling dia. Tapi lain pula balasan yang aku dapat. Bibirnya melakar senyum manis. Oh no. Senyuman tu. Senyuman limited edition. Untuk kali kedua aku tengok senyuman tu. Selalunya dia marah aku. Selalunya buli aku saja. Selalunya dia sengih sinis kat aku. Tapi hari ini fiil dia berbeza gila. Macam bukan Haikal. Atau.. Haikal dari sisi yang lain? Ah pening pening!

"Awak tak jawab lagi soalan saya hari tu. Who am I to you Camelia?"

Jasadku terus kaku. Otakku bagai berhenti berfungsi. Pergh. Dia ingat lagi? Aduh aku blur. Sumpah aku blur tak tahu nak jawab apa. Dia ni suka bagi aku gelabah. Aku penampar kang langsung bisu. Padan muka. Dia itu siapa pada aku? Bos akulah. Takkan tokwan aku?

"Macam bos dengan staflah!"

Jawapan itu meluncur laju dari bibir aku. Fuh. Nasib baik tak keluar jawapan yang pelik-pelik! Kalau tersasul sebut benda lain macam mana? Kang tersasul sebut "pakwe" mati aku. Itu boleh tahan lagi. Cuba kalau mulut aku celopar pergi sebut "suami"? Pergh tak ke aniaya aku dibuatnya? Kadang-kadang mulut aku ni boleh tahan sial juga. Suka tersasul kalau aku tengah gelabah atau tengah blur. Aku pandang wajah Haikal. Macam err kecewa mungkin? Entah ah. Riak yang susah untuk aku tafsir. Dia menyisir rambutnya ke belakang menggunakan lima batang jarinya. Pergh macho gila! Eh astaghfirullah. Jangan merepek Camelia!

"You're not just a secretary to me. Perhaps more than that? I'm sorry Camelia. Saya dingin dengan awak. Saya jealous tengok awak mesra dengan seorang lelaki kat Alamanda dulu. Sebab tu saya langsung berubah sikap."

Tanpa dipinta, lelaki di hadapan aku ini menjelaskan soal sikapnya. Aku dengar dia mengeluh. Setiap butir katanya aku hadam dengan teliti. Aku bukan setiausaha dia? Habis tu aku ni apa? Tenuk belaan dia? Dia cakap lebih daripada setiausaha? Jawatan apa yang lagi tinggi? Pembantu peribadi ke? Jap. Dia kata dia cemburu? Apa hal pula nak cemburu bagai? Kenapa dia tak tanya aku? Argh bencinya aku bila kena jawab teka-teki sendiri. Aku sempat menghela nafas sebelum menjawab.

"He's my brother, Haikal. Why didn't you ask me to know the truth? You simply jumped into your own conclusion without asking for my explanation? Then tiba-tiba dingin dengan saya, layan saya macam saya ni Statue of Liberty. Ingatkan lepas minta maaf bolehlah berbaik. But I was wrong. Dingin lagi ada ah. Awak tahu tak saya pengsan that day because I missed my lunch? Semata-mata nak tukar outfit saya and bought that card and chocolate. After that day I thought that we could befriend ke apa but no. Awak tiba-tiba bisu dan saya yang terpinga-pinga pelik dengan perangai awak yang dingin tu."

Panjang lebar aku sembur dia. Entah kenapa boleh teremosi kat sini. Mungkin sebab aku berdiam lama dengan sikap Haikal? Haikal diam tidak berkutik. Mungkin menyusun kata untuk membalas? Dia meraup wajahnya. Aku memerhati.

"Sorry dear. I'm so sorry. I didn't mean it."

Aku lepaskan keluhan berat. Lemas pula aku dengar dia panggil aku dear. Sumpah weh.

"Stop calling me that. Annoying ah."

"Why not? Sesuai dengan awak dear."

Ugh! Aku cabai kang mulut dia baru padan muka! Hesy. Kami bisu kembali. Melayani fikiran sendiri. Apabila aku nampak Haikal sedang leka, aku rampas balik telefon aku! Yes! Lidah aku dijulurkan. Mwahahaha! Punat di sisi kanan aku tekan. Terpapar aplikasi What'sApp yang tidak sempat aku tutup tadi. Baru saja aku nak sentuh pada punat 'back', mata aku tertancap pada sesuatu. Tiga perkataan yang tertaip dalam ruang itu tapi tidak dihantar. Tidak semena-mena jantung aku berdegup kencang. Dupdap! Dupdap! Stop marathon please jantung? Argh. Aku pandang Haikal. Wajahnya selamba. Rakus menyedut minumannya.

"What's this?"

Tanpa banyak berfikir aku tanya dia. Skrin telefon aku yang memaparkan conversation tadi, ditunjukkan tepat di hadapan wajah dia.

"I love you."

"Eeee seriuslah!"

Aku ketuk kepala dia dengan telefon. Aku dengar dia mengaduh. Lincah tangan dia menggosok kepala. Aku tahulah perkatan 'I love you'. Tapi masalahnya aku tak taip! Takkan dia yang taip?

"I love you Camelia. I mean it."

Haikal mengukir senyum paling manis. Matanya dikenyitkan. Bergetar jiwa aku tatkala melihat senyuman dan kenyitan mata itu. Tenang dan kedengaran begitu ikhlas pengakuannya tadi. Jujur ke dia? Aku sendiri tak pasti. Namun, ada perasaan yang datang menjengah ke ruang hati aku. Perasaan yang aku tak mampu tafsirkan. Perasaan apa?

Aku.. aku dah jatuh cinta ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience