“It's hurt. Why can't you hear me. It's hurt. I am hurting...”
“Isk...” Aku kesat air mata. Sakit dekat belakang badan masih terasa sengatnya. Habis satu badan kena sebat dengan tali pinggang babah gara-gara kejadian malam semalam. Bukan tak biasa kena sebat dengan babah kalau buat salah. Tapi itu dulu. Waktu kecil. Dah besar macam ni, babah sebat juga guna tali pinggang. Macam aku ini seorang penjenayah pada mata babah. Ya. Aku bukan anak kemahuan dia. Hanya berteduh menumpang kasih. Tapi, perlu ke sampai sebat aku atas insiden yang bukan aku cipta?
Bukan ke pada anak perempuan itu, tak boleh nak sebat atau cederakan mana-mana bahagian bila dah capai tahap umur yang sepatutnya. Ke sebab aku bukan anak dia? Ye lah kut. Sebab aku bukan anak dia, itu sebab aku dilayan macam ini.
Ya. Aku faham. Aku tahu mengapa babah marah sangat. Tapi aku dah cerita kut fasal kejadian yang semalam tu. Bukan salah lelaki tu. Tapi salah aku yang main dan berdiri atas beranda. Disebabkan itu, babah jadi marah sangat. Habis disebatnya aku siang tadi. Lepas tu, aku kurung diri dalam bilik sampai malam ni. Bilik pun tak kemas lagi. Barang dengan meja yang pecah pun masih ada atas lantai tu. Tingkap pun dah kena mangga. Babah yang manggakan. Takut aku buat perkara yang sama sekali lagi.
Okay. Jujurnya aku panjat palang beranda tu hanya sebab nak ambil angin. Bukan sebab nak bunuh diri atau nak larikan diri. Kalau aku nak buat pun, hanya sekadar niat sahaja. Mana nak buat betul-betul. Biasalah. Kepala tengah serabut dengan bermacam-macam perkara. Lagi-lagi aku yang ada mild depression. Kadang tu, memang tak sedar apa yang aku buat.
Tok tok.
Pintu diketuk dari luar.
Khadijah masuk bawa dulang yang ada makanan dengan air.
“Nah. Makan. Humaira tak makan dari siang tadi.” Simpati melihat keadaan anaknya yang satu ini. Itu sebab dia bawa makanan naik ke atas. Ke bilik Humaira.
Aku kesat air mata. “Babah marah lagi ke ma?” Soal aku memandang pada wajah sang emak. Walaupun aku tahu mak pun macam tengah marah aku lagi. Tapi tak nak keruhkan keadaan yang sedia keruh, aku tanya jelah. Lagi pula, aku tak nak lah marah babah tu berpanjangan tidak sudah. Nanti boleh kena darah tinggi pula.
“Babah kamu memang macam tu. Macamlah kamu tak kenal perangai babah kamu tu. Dia sayang kat kamu. Tapi dia marah bila dapat tahu kamu buat perkara tak senonoh. Siapa dalam dunia ni yang suka kalau anak dia buat perangai macam kamu, Humaira.” Kata Khadijah. Jenuh nak hadap perangai sang suami yang asyik melenting tak tentu fasal kalau semuanya berkaitan dengan Humaira. Walaupun banyak kali juga dia malas nak ambil peduli dengan Humaira.
“Tapi kan Mai dah cerita tadi yang semua ni bukan salah lelaki nama Nahlan tu. Ini semua salah Mai. Mai yang panjat meja pastu keluar dari tingkap. Mai yang berdiri atas beranda tu. Semua ni salah Mai, ma. Memang salah Mai.” Kata aku dengan wajah yang sugul. Mana mungkin nak salahkan lelaki yang bernama Nahlan walaupun aku tak tahu apa tujuan dia berdiri atas bumbung rumah. Tapi kalau bukan lelaki itu ambil inisiatif untuk selamatkan aku, nescaya seluruh tubuh ni sudah berada di atas katil hospital berperang dengan pedihnya maut.
“Iya. Mak tahu. Mai dah cerita tadi kan. Takpelah. Benda dah nak jadi. Bukan boleh patah balik pun. Mai nak mak letak ubat dekat belakang badan Mai tak? Meh sini ma letakkan ubat. Macam mana lah kamu mandi tadi?” Malas nak ambil pusing dah dengan apa yang dah jadi. Tapi jiwanya terasa sangat lega. Lega kerana Humaira bakal tinggalkan rumah ini tak lama lagi. Bersyukur sangat bila dapat tahu yang lelaki itu mahu jadikan Humaira sebagai isterinya.
Tak. Takpe. Mai okay. Mai dah tak rasa sakit sangat dah. Mai cuma nak babah tak marah Mai dah. Mai minta maaf ye ma.” Pinta aku mencium tangan mak. Walaupun insan bernama Khadijah ini tidak melahirkan aku, tapi aku berhutang budi dengannya. Jaga aku macam jaga anak sendiri. Tak lebih. Tak kurang.
“Iya. Ma maafkan. Takpelah. Nanti lama-lama baiklah babah kamu tu. Sudahlah Mai. Pergi tidur. Esok kamu kerja. Kena bangun awal pagi lagi. Toksah fikir sangat lah benda yang bukan-bukan. Fikir yang elok-elok je. Makanan ni kamu makan dulu. Lepas tu baru tidur. Jangan tidur dengan perut yang kosong. Nanti masuk angin. Jadi susah pula.” Pesan Khadijah sebelum berlalu pergi dari bilik Humaira.
Aku angguk.
Khadijah masuk ke dalam bilik. Dilabuhkan punggungnya ke atas katil membelakangkan tubuhnya dari menghadap tubuh sang suami.
“Yang awak pergi sebat dia kenapa?” Soal Khadijah sedikit kecewa. Walaupun dia tak berapa nak suka dengan kehadiran Humaira dari dulu, tapi dia tak sampai hati melihat anak dewasa itu disebat bertalu-talu tanpa sedikit pun rasa bersalah dari hati sang suami. Nak-nak bila Humaira tu hanya mengetap bibir melawan rasa sakit sahaja. Sungguh dia simpati.
Yusuf diam. Jarinya masih ligat menari di atas skrin telefon. Entah game apa pula yang dia main pada malam ini.
“Dia tu dah besar, abang. Kenapa sampai nak sebat guna tali pinggang? Kan dah berparut badan budak tu, macam mana pula nanti? Awak tu lelaki. Saya ni perempuan. Saya tahulah perempuan ni macam mana?” Bertambah kecewa bila melihat mulut sang suami hanya mendiamkan diri sahaja. Geram pun ya. Macam tak dengar langsung apa yang sedang dia cakapkan.
“Ah sudahlah awak. Tak payah banyak cakap. Dibuatnya budak tu betul-betul bunuh diri, kita nanti macam mana? Kayla tu macam mana? Siapa nak bayar duit pengajian dia dekat sana nanti? Ni rumah ni? Awak mampu ke nak bayar? Kita ni duduk menumpang tau. Itu sebab saya buat macam tu. Supaya budak tu tak buat perangai. Kita ni sama jelah Dijah oi. Tak payah nak berlagak baik pula.”
“Abang juga kan yang setuju nak jaga budak tu sampai besar macam ni. Abang dah lupa? Abang dulu tu macam mana? Orang suruh kerja, tak nak. Pilih sana, pilih sini. Last-last, dok guna budak tu juga. Mujur duit insurans dia tu banyak sampai abang boleh buka bisnes sendiri. Kalau ikutkan, rumah ni... duit makan kita... itu semua hak si Humaira. Kita bukan ada apa. Abang pun tumpang senang dengan si Humaira.”
“Awak dah kenapa? Kira baik dah tu saya guna duit tu untuk kegunaan sendiri. Kalau awak tak desak saya untuk guna duit lebihan insurans tu untuk buka bisnes saya sendiri, awak ingat kita boleh hidup senang sampai macam ini?! Awak tu orang susah. Orang kampung. Beruntunglah awak kahwin dengan saya. Semua benda boleh dapat. Nak itulah. Nak inilah. Bila dah kaya macam ni, awak nak marah saya pulak. Apa lagi yang awak tak puas hatinya??”
“Bukan masalah puas atau tak puas hati. Masalahnya apa yang awak buat dekat Humaira tu salah. Dia tu bukan budak kecil. Dibuatnya dia pergi report polis, Macam mana? Kalau bukan sebab dia tu anak saudara abang, abang ingat Dijah nak ke bela dia sampai sekarang? Ikutkan hati, Dijah pun tak mahu. Tapi abang jangan lupa yang sebab dialah kita dapat duduk dekat rumah ni.” Entah berapa kali sudah dia ingatkan sang suami tentang hal yang satu itu. Tapi suaminya ini memang tak makan saman betul. Muak nak kena cakap benda sama ulang kali.
“Yang awak nak lepas marah kat saya, dah kenapa pulak? Pergilah marah budak tu. Dia kan yang buat perangai entah apa-apa dengan budak laki tu. Ye doh sangat tu dok panjat bumbung rumah kita sebab kerja. Polis apa macam tu dok panjat sana sini macam penjenayah. Takde beza pun perompak dengan dia. Entah betul entah tidak dia tu kerja polis? Ha elok sangat lah tu budak tu nak kahwin dengan si Humaira. Kita pun memang nak hantar Humaira jauh dari sini sebelum Kayla tu balik. Awak pun tahu perangai anak awak yang sorang tu macam mana? Kalau bukan saya yang sebat si Humaira, Kayla pula yang belasah dia. Huh.” Yusuf balas dengan hamburan dan sindiran yang tidak kurang juga pedasnya.
“Apa awak ni? Sampai ke situ pula. Anak kita si Kayla tu dok ikut perangai awak. Awak lah dok ajar dia perangai macam tu. Awak jangan cakap benda bukan-bukan depan Humaira. Fasal kahwin tu, biar saya yang bagitahu dia. Karang dia lari rumah, jenuh pula kita nak cari dia. Dahlah tak sihat. Kalau dia mati sebelum tahun depan, sesen pun kita tak dapat. Buat rugi jelah nak bela anak orang.” Lancang mulut Khadijah menghamburkan kata-katanya.
“Sudahlah. Malas saya nak cakap fasal benda ni. Dok cakap fasal dia macam kita ni mak bapak dia. Lagi bagus dok video call dengan si Kayla. Huh.” Paling wajah ke tempat lain, tangan Yususf mula lincah mneari di atas skrin telefonnya sekali lagi.
Khadijah tarik nafas. Dalam.
“Ikut awaklah. Saya cakap ni sebab kita dah tua. Dan budak tu nanti lepas kahwin tak duduk sini dah. Tapi tak bermaksud dia tak tahu selama ni dengan apa yang kita dah buat. Humaira tu bukan budak kecil lagi. Silap haribulan, kita kena tidur lokap pula.” Tutup lampu, Khadijah ambil tempat di sisi suami sebelum menutup kedua matanya rapat.
Share this novel