“Ha?” Dahi aku berkerut. Pandangan paling pelik aku tayang pada wajah Karisma. “Sekali lagi?” Soal aku antara percaya dengan tak percaya.
“Kita dapat jemputan dari Ilson Fund untuk pergi ke Janda Baik. Rumah Hutan Janda Baik.” Terang Karisma sekaligus menunjukkan skrin telefonnya pada Humaira.
“Buat apa pergi sana?” Soal aku dengan mata tak lepas membaca email yang dihantar oleh pihak sekolah ke email cikgu-cikgu yang terlibat.
“Ilson Fund kata nak raikan cikgu-cikgu yang dah bertungkus-lumus dalam menjayakan acara sukan hari tu. Lepas tu ada acara pemberian sagu hati lagi. Bukan sekolah kita je. Sekolah yang lain pun ada yang terlibat sekali. Ada dalam sepuluh buah sekolah yang terlibat untuk program ni. Dua hari satu malam. Maksudnya, kita tidur dekat sana.” Terang Karisma meneguk air dari botol yang dibawa dari rumah.
“Tak nak lah aku. Malas nak hadap dengan muka tu lagi dan lagi. Eeeeiiii... Tak kuasa. Aku rela tengok sinetron yang tak pernah nak habis tu dari hadap muka dia tau.” Pen yang terhenti dari menulis atas sticky note, aku sambung menulis akan perkara yang mahu dilakukan untuk kelas akan datang. Dah jadi rutin harian untuk tulis apa yang perlu dilakukan sebelum masuk ke bilik darjah. Nanti lupa, mula aku nak kepoh sorang diri.
“Hey!! Ini kita takkan jumpa dengan pengarah Ilson Fund. Dia tak ada. Dia takkan ada. Percayalah cakap aku.”
“Macam mana kau tahu?”
“Sebab itu hari... Aku sembang dengan anak dia.” Karisma gerak-gerakkan keningnya ke atas dan ke bawah sambil mengukir satu senyuman yang cukup manis.
Aku angkat wajah. “Anak dia?” Soal aku dah boleh agak siapa yang sedang Karisma katakan.
Karisma angguk. “Iya. Anak dia. Ilhan namanya. Rupanya...” Karisma tarik kerusinya rapat ke Humaira. “...anak dia yang kacak dan maskulin tu jemput sekolah kita dulu tau. Waktu hari event yang tiba-tiba kau lesap, dia datang kat aku tanya nak tak kita join program dia dekat Janda Baik? Aku jawablah, why not kan? Apa salahnya pergi untuk eratkan hubungan antara cikgu-cikgu dari sekolah yang lain juga. Lepas tu, dia kenalkan diri dia sebagai orang yang uruskan dana kat aku. Siap dia pesan lagi, lepas ni kalau datang Ilson Fund, pergi terus jumpa dia. Tak payah jumpa dah dengan orang lain. Kesimpulannya... hal-hal yang berkaitan dengan dana atau apa sahaja kita dah boleh direct terus dengan dia. Tak perlu jumpa ayah dia yang kita berdua memang tak suka tu. Eh. Lepas ni, aku nak ikut tau kalau kau pergi ke Ilson Fund lagi. Hehehe...” Senyum lebar Karisma mengatakan hasratnya yang satu itu.
Aku diam. Ilhan. Ilhan. Ilhan. Aduhai. Kenapalah dunia ni kecil sangat? Tak boleh ke putaran dunia ini tak temukan aku dengan Ilhan lagi dan lagi? Kenapa perlu untuk kami bertemu dalam keadaan yang macam ini? Kan lagi bagus kalau semua ini tak berlaku? Memang sengaja menguji iman aku atau sengaja nak cabar tahap keimanan aku ek?
“Aku tak nak pergi.” Kata aku setelah berfikir beberapa kali.
“Apesal?” Tak puas hati dengan apa yang Humaira katakan, Karisma tarik pen itu dari tangan sang kawan. Geram punya fasal.
'Sebab kalau aku pergi, mesti kena jumpa dengan Ilhan. Dan kalau jumpa Ilhan, nanti aku asyik teringat tentang memori silam kami. Ish. Mencegah itu memang lebih baik dari merawat. Jangan cari bala Humaira oi. Jangan cari bala. Dan sebab yang lagi satu aku tak nak pergi, sebab lelaki yang ikat aku dua minggu lepas. Sumpah aku ingat dia main-main hantar aku balik waktu subuh. Rupanya betul-betul. Meluat mana pun aku dengan lelaki tu, aku kena juga minta izin dengan dia. Jadah apa nak minta izin dengan Nahlan? Tuih!!'
“Sebab...Kau tengoklah tarikh dia. Hujung minggu ni kot. Esok lusa je nak kena pergi. Aku ada hal nak kena buat hujung minggu. Malaslah nak reschedule jadual aku semula. Payah.” Bagi alasan, aku tarik semula pen aku yang tengah Karisma genggam.
“Apa masalahnya kalau hujung minggu ni pun? Kau bukannya buat apa-apa dekat rumah kau? Pergi have fun je pun. Satu malam jelah. Semuanya disediakan. Kita bawa diri je. Jomlah pergi... Jomlah...” Tolak bahu Humaira, Karisma pujuk sang kawan tanpa henti.
“Tak naklah. Serius aku tak nak.”
“JOM!”
“TAK NAK!”
“Kenapa kau tak nak? Bagi alasan yang bernas sampai aku rasa aku puas hati.”
“Tak wajib pun kan benda alah tu...?” Ya tuhan. Tolonglah hamba Mu ini. Kerana aku memang tak nak pergi. Cukup-cukuplah kena hadap dengan semua masalah yang ada. Tak nak tambah masalah yang lain lagi dalam hidup aku.
“Memanglah tak wajib. Tapi kan yang ajak kita tu orang atasan. Encik Ilhan tu kira macam orang atasan jugaklah. Sampai hati kau nak kecewakan insan yang handsome macam tu... Tak baik tau. Kan dia ada sembang dengan kau itu hari?? Kira macam kau dah kenal jugaklah dengan dia...”
Erk. Nampak rupanya aku bersembang dengan Ilhan itu hari. Aku ingat takde siapa yang nampak? Eh. Takkanlah takde siapa yang nampak. Tempat terbuka macam tu. Mesti ada je mata-mata yang melihat.
“Aku terserempak sebab dia nak ambil makanan juga. Itu yang aku tegur. Tak tahu lah pulak yang dia tu anak kepada Tuan Aswi. Kalau aku tahu dia VVIP, takdelah aku nak tegur berborak sakan macam dah kenal lama.” Jawab aku menyembunyikan hakikat sebenar.
“Dia baiklah. Aku rasa, Encik Ilhan tu langsung tak sama dengan ayah dia.”
Aah betul. Sangat baik pulak tu. Bukan setakat baik. Sangat berwawasan pun ya. Jauh panggang dari api kut kalau nak bezakan perangai Tuan Aswi dengan Ilhan.
“Jomlahhh... Kita pergi eh?”
“Tengoklah dulu.” Balas aku acuh tak acuh.
“Janji??”
“Aku tak janji. Tapi tengoklah dulu...”
Karisma senyum. “Sayang kau.”
Aku cebirkan mulut. Hish. Lepas satu masalah, masalah yang lain pulak datang. Yang Ilson Fund ni pun satu. Pehal pulak nak buat program jalinan mesra antara cikgu sekolah yang ada? Tak pernah nak buat pun sebelum ni? Aduyaii!!! Serabut kepala sis.
'Cancel.'
Aku baca pada satu mesej yang Karisma hantarkan. Kening aku tergerak saat membaca perkataan cancel itu.
'Kenapa?' Send.
'Entah. Encik Ilhan kata nak ubah tarikh. Aku baru excited nak pergi kut.'
'Kenapa nak ubah tarikh?' Send.
'Kau ingat aku SU dia?'
Aku buat muka. Bengong kepala otak dapat kawan macam Karisma. Kalau mengejek, tak ikut tempat dan masa langsung.
'Choiii. Bila dia bagitahu kau?' Send.
“Humaira.” Panggil Anita menolak pintu bilik.
“Ya ma?” Terus aku matikan telefon dan sembunyikan terus gajet itu di bawah bantal. Kenapa bawah bantal? Entah? Tindakan refleks orang kata.
“Mai masakkan mak bubur jagung boleh? Mak teringin makan. Itu hari Mai masak sedap sangat. Tapi asyik berebut dengan ayah je ha. Tak sempat mak nak simpan untuk mak.” Pinta Anita dengan mata yang bercahaya.
Aku angguk. “Boleh mak. Mai turun sekarang.” Aku angkat tubuh. Disebabkan aku takde alasan nak bagi dekat Karisma tempoh hari untuk tak pergi ke Janda Baik, aku cipta alasan sendiri untuk datang ke rumah mertua aku. Kenapa dekat sini? Sebab bila telefon ma dan babah, diorang tengah holiday dekat Langkawi. Semestinya dengan Kayla. Jadinya, aku buat keputusan untuk datang sini sahaja. Mak mertua aku pun ajak aku datang sini. Ke rumah dia. Dah cun sangat dah tu aturannya.
Dengan siapa? Mestilah seorang diri. Tanpa peneman. Macam biasa. Kan aku dah cakap yang aku kahwin dengan angin.
“Pandai Mai masak. Siapa ajar Mai?” Soal Anita usai mereka berdua sudah sampai ke dapur.
“Eh takdelah mak. Biase je Mai masak. Mai kadang-kadang tu, tengok video dekat youtube. Ataupun dalam group yang ada diorang kongsi resepi masakan. Lepas itu Mai cuba buat. Ada masa memang jadi. Tapi ada masa, banyak juga yang tak jadi.” Seloroh aku mula mengeluarkan peket jagung dari dalam peti ais.
Anita angguk. “Mai kalau nak datang sini setiap minggu pun takpe. Mak lagi suka. Kakak Nahlan si Anisah tu, kadang-kadang kena kerja hujung minggu. Biasalah kerja dalam mall kan... Cuti susah dapat hari minggu. Si abang Nahlan yang Naufal tu, hujung minggu kadang-kadang teman anak dia pergi berenang lah. Pergi memanah lah... Pergi sana. Pergi sini. Duduk pun jauh. Mujur ada Mai yang duduk dekat sikit. Takdelah mak sunyi sangat. Dah tua-tua ni Mai... Cepat betul rasa sunyi...” Cerita Anita pada si menantunya.
Erk. Alamak. Aku nak jawab apa ni? Gaya mak cerita macam tengah sedih. Tapi bibir dia tengah dok senyum? Apakah?
“Lepas tu dapat pulak la anak yang tak reti nak balik rumah!! Kalau balik pun melekat je depan TV tu... Bukan nak tolong ke apa ke dekat dapur ni haa... Itu pun jenuh nak suruh dia balik. Kalau tak kena ugut, baru nak balik!!”
Bahu aku terhinggut kuat. Kus semangat dibuatnya aku dengan volume suara yang tiba-tiba mencanak naik. Tengah cakap dengan aku ke? Atau tengah cakap dengan orang lain? Apa bendanya ni?
“Err...” Aku pandang wajah mak. Sumpah aku tak faham.
“Gamaknya silap lah kut kan dapat anak lelaki yang kerja polis. Huh. Bukan reti nak tolong sana, tolong sini. Reti nak tolong negara je... Tapi balik rumah, perangai tak ubah macam...”
Nahlan masuk dapur.
Aku gamam.
“Apa mak ni? Nahlan dah balik kan? Dok kalut sana, kalut sini... Bukannya Nahlan tak balik. Orang dah balik pun nak bising.” Sejenak, dia melihat pada wajah Humaira yang jelas terkejut dengan kehadiran dia dekat sini.
Terus aku larikan pandangan aku melihat pada barang untuk masak. Sejak bila lelaki ni ada dekat sini? Setahu aku pagi tadi aku sampai, sampailah aku naik ke bilik dia untuk letak beg dan sampailah aku turun ke dapur... Langsung tak nampak bayang si Nahlan ni. Tup tup, ini dah ada dekat dapur. Jelmaan realiti atau bayangan fantasi?
“Kan elok kalau kamu masuk dapur ni ha... Tolong apa yang patut. Isteri ni Nahlan...”
Aku teguk air liur. Dah mula dah... Aku pejam mata jelah dengar bebelan mak mertua aku.
“...kena layan baik-baik. Isteri ni jadi pembuka pintu rezeki tau pada suami. Ringankan kerja dia, malaikat tak henti catit pahala kamu. Kalau kamu gembirakan hati isteri sendiri, lagilah tuhan buka rezeki kamu seluas langit.”
Nahlan diam. Diambilnya buah limau yang ada atas meja dan mula mengupas kulitnya. Mata pula, sekejap melihat pada Humaira, sekejap melihat pada wajah maknya.
“Makan pula dia. Dengar ke tidak?!”
Nahlan angguk. Tapi tangan dok masukkan dua ulas limau ke dalam mulut.
“Dah tu? Tengok apa lagi? Pergilah tolong apa yang patut. Kalau dah jahil sangat bab masak, sekurangnya tuangkanlah air ke... bagi sikit limau tu kat dia ke... apa ke... Ini tidak. Makan sorang dia je. Humaira tu makan pun belum dok tunggu kamu.” Dicuit tangan si anak melepas geram tatkala melihat wajah itu menayang riak selamba.
Nahlan tersentak. Cepat-cepat dia pandang wajah Humaira. Mahukan kepastian tentang apa yang maknya katakan sebentar tadi.
Aku hanya mampu tarik bibir sahaja. Dahsyat juga mak Nahlan ni. Macam mana dia tahu aku tak makan lagi wei? Tapi aku tak makan bukan sebab aku tunggu lelaki selenga ni eh. Aku tak makan lagi sebab aku aku bangun lewat pagi tadi. Janji dengan mak nak sampai rumah jam sepuluh pagi. Bangun pun pukul sembilan, memang lewatlah jawabnya kan. Kesan hari kedua datang bulan. Macam inilah jawabnya.
Anita senyum. Menjadi sungguh plannya. Niat di hati nak ajak Humaira datang dengan Nahlan. Tapi kalau ajak Humaira je, mesti Nahlan takkan datang. Jadinya, dia ajak asing-asing. Senang. Tak boleh datang bersama, jumpa sekali jelah. Macamlah tak tahu kediginan anak lelakinya yang seorang ini lepas Nahlan berkahwin. Kalau tak, takdelah tak balik rumah bersama. Dia tak kira. Dia nak juga si Nahlan ni jatuh suka pada Humaira.
Anita tolak kerusi. PAP. Dia pukul belakang tubuh sang anak.
Nahlan menyeringai kesakitan.
“Mak nak pergi tolong ayah kamu bercucuk-tanam dekat luar kejap. Nanti Mai dah siap masakkan bubur jagung tu, panggil mak ya...” PAP. Sekali lagi, dia pukul belakang tubuh Nahlan dengan sangat kuat.
Dan sekali lagi tubuh Nahlan tergerak tanda dia sakit dengan pukulan yang kuat itu.
“Kamu tinggal Humaira sorang-sorang dekat sini, jangan harap boleh jejak kaki dekat rumah ni lagi... Kalau ada hati nak tahu apa kesan untuk jadi anak derhaka, cubalah buat. Mak okay je kalau tak jumpa kamu dekat ahirat nanti...” Bisik Anita pada tepi telinga Nahlan sebelum keluar dari ruangan dapur.
Gulp. Nahlan telan air liur. Takut bercampur gerun dengar ayat ugutan yang keluar dari mulut maknya tadi. Seketika, suasana jadi hening. Humaira diam. Nahlan pun diam.
“Kau tunggu aku ke?” Tanya Nahlan berdiri di sebelah sang isteri. Nak juga dia tahu kut betul Humaira tunggu dia hanya semata untuk makan sekali. Boleh kembang semangkuk kalau betul dengan apa yang maknya katakan.
Aku pusingkan badan ke kanan sebelum kepala diangkat tinggi. Melihat Nahlan atas bawah. Erm. Tinggi teruk laki aku ni rupanya. Sebab aku hanya pada paras dada dia sahaja. Ke sebab aku yang terlebih rendah ek? “Awak nak jawapan jujur ke tak?”
Nahlan jongket bahu.
“Tak. Saya tak tunggu awak. Jangan perasan.” Balas aku takde lapik. Biarlah. Nak sangat kan jawapan jujur aku... Ha. Hambik kau.
“Habis tu, kenapa tak makan lagi?”
“Suka hatilah nak makan bila pun.”
Ktik.
Aku bulatkan mata. “Apa masalah sampai nak jentik kepala orang ni?” Pegang dahi, aku tunjuk wajah marah aku pada Nahlan. Ewah kau. Suka hati je nak jentik aku? Undangan secara rasmi untuk mulakan pergaduhan ke macam mana?
“Kau loyar buruk sangat. Itu padahnya...” Nahlan ambil cuka, dan tuang dalam periuk.
“Mana ada orang letak cuka dalam bubur.” Tarik botol cuka, aku tolak tubuh Nahlan.
“Ops. Sorry. Aku kan jahil bab memasak.”
“Dah tahu jahil, pergilah duduk sana. Hidup dengan kejahilan awak tu. Biar jahil sampai bila-bila.” Halau aku menolak tubuh Nahlan sekali lagi.
“Tak dengar ke apa mak cakap tadi? Kalau suami tolong ringankan beban isteri, rezeki akan datang melimpah-ruah. Kena buat isteri aku gembira. Baru terbuka langit rezeki untuk aku. Ah. Baru aku sedar kenapa aku belum jadi manusia kayangan. Mungkin sebab aku belum praktikkan apa yang mak dah ajarkan tadi. Jadinya, aku dah bertekad nak buat kau gembira dan bahagia.” Ambil jag air, Nahlan tuang air ke dalam periuk bubur.
“Eigh!!! Tak payahlah kacau saya masak!!” Membentak geram, aku tahan tangan Nahlan. “Awak ni kenapa? Tiba-tiba je nak cari gaduh? Itu malaikat tengah catit tu tahu tak!” Aku ambil jag air dari tangan Nahlan dan tutupkan api dapur. Bergerak setapak ke belakang, aku cekak pinggang aku kemas.
“Jangan nak cari fasal dengan saya hari ni! Saya takde mood nak gaduh dengan awak!” Nada aku naik satu oktaf. Ini bukan membahagiakan. Jauh sekali nak gembirakan hati aku. Menyusahkan hidup aku lagi, adalah. Ergh!!! Aku rendam muka kau dalam periuk tu karang!
“Aku tanya elok-elok kan tadi? Yang kau loyar buruk sangat dengan aku kenapa?” Mara setapak ke hadapan, Nahlan tayang wajah paling garang.
Aku bergerak setapak ke belakang. “Mana ada saya loyar buruk. Saya jawab benda yang betul.” Balas aku tak nak kalah.
“Tang mana yang betul sangat tu? Nampak sangat yang kau memang nak cari fasal dengan aku.” Nahlan mara lagi setapak menghampiri Humaira.
Dan aku pun bergerak setapak ke belakang saat tubuh itu makin mendekat. “Excuse me?? Cakap elok sikit. Takde masa saya nak cari fasal dengan awak. Awak balik rumah ni pun saya tak tahu. Apatah lagi nak cari fasal dengan manusia yang spesies macam awak. Cakap tak serupa bikin. Lepas tu suka dok tuduh orang lain semacam. Itu belum lagi isu bajet bagus. Kira baik sangat dah saya tak buat laporan polis sebab culik saya itu hari.” Sambil balas tuduhan dari Nahlan, sambil aku bergerak ke belakang melihat kaki itu asyik benar jalan rapat ke aku.
Nahlan kulum lidah. Diangkat tangannya tinggi.
Aku tutup mata. Mampus aku. Kena lempang dah ni. Padan muka kau Humaira. Menjawab tak sudah-sudah. Kan dah kena. Apa lagi? Hadaplah!
Pap. Kepala aku terhantuk. Aku buka mata. Melihat pada wajah Nahlan yang kini dekat dengan wajah aku sehingga terasa deruan nafas itu lembut menyapa pipi. Sebelah tangannya pula diletakkan di belakang kepala aku dengan keadaan tubuhnya dibongkokkan sedikit ke bawah.
Aku telan air liur.
“Sakit tak?” Soal Nahlan dua patah.
Aku diam. Hanya bersabung mata dengan panahan mata yang tajam itu sahaja. Jujur aku kata yang hati aku dah mula terbit dengan bunyi paluan yang lain macam saat kami berdua bersabung mata dengan jarak yang sangat hampir sebegini.
“Sakit ke tidak kepala kau Humaira?”
Aku geleng kepala. Macam mana nak sakit kalau kau letak tangan kau dekat belakang kepala aku? Dah terang lagi bersuluh kut yang kepala aku bukan terhantuk dekat kabinet yang dipasang tinggi di dinding.
“Kalau macam tu...” Nahlan sepetkan matanya sikit dengan mata tak lepas memandang keseluruhan wajah di hadapan. Pergi ke bibir, naik ke mata. “...boleh jawab baik-baik tak soalan aku? Kau memang tunggu aku untuk makan sekali ke tak sebenarnya?”
“Tak.” Balas aku sepatah. Gosh... Jangan rapat sangat dengan aku wahai lelaki. Mampus aku kalau ada orang lain yang masuk dapur ni nanti. Boleh berlapik dengan warna merah tanda malu kat muka aku nanti kalau ada sesiapa yang nampak.
“Habis tu? Kenapa tak makan lagi?”
“Saya bangun lambat pagi tadi. Tak sempat nak makan. Terus datang sini.” Jawab aku menundukkan kepala. Boleh tepi tak? Tak perlu rasanya nak tanya soalan dekat-dekat macam ni. Aku seganlah. Segan.
Nahlan angguk. Tanda memahami. Kemudian, dia tarik tangan Humaira rapat kepadanya. Tangan yang diletakkan di belakang kepala Humaira dijatuhkan serta-merta. “Kan bagus kalau jawab elok macam tu. Takdelah aku sakit hati sangat walaupun aku tahu kau memang sengaja nak sakitkan hati aku.” Nahlan selitkan beberapa juntaian rambut ke belakang telinga sang isteri. Sekali. Dua kali.
Aku kerlip mata. Apehal mamat ni baik semacam? Betul ke depan aku ni Wan Ahmad Nahlan? Ke jasad dia sahaja yang sedang berdiri depan aku? Roh dia mungkin dah tercampak ke langit untuk dibasuh oleh beberapa makhluk yang lain? Gitu ke ek?
“Aku suka rambut kau kat bahagian depan ni...” Kali ini Nahlan usap pula anak rambut Humaira yang ada di hujung dahi. “Dengan dekat sini...” Diturunkan tangannya betul-betul rapat ke bahagian telinga sebelum mengusap beberapa helai anak rambut yang ada di situ beberapa kali.
Bap. Aku tepis tangan Nahlan. “Err... Saya nak masak. Pergilah duduk dekat tempat lain.” Halau aku pada Nahlan dan terus hidupkan kembali suis api yang aku padam. Malas nak ambil pusing dengan tindakan Nahlan yang di luar jangkaan tadi. Atau lebih tepatnya, aku malas nak ambil peduli dengan hati aku yang tengah berdegup pantas. Rancak membuat kerjanya tanpa henti.
“Humaira. We need to talk.” Sandar diri pada kabinet dapur, Nahlan silangkan tangannya rapat ke dada dengan mata tak lepas melihat sisi Humaira yang asyik menghadap pada bekas periuk. Macam nak larikan diri dari dia pun ya.
“About what?” Soal aku tak angkat wajah. Shit. Kenapa aku boleh berdebar dengan benda yang entah apa-apa macam tu? Bencinya aku dengan kelembutan yang ada dalam diri sendiri.
“About us of course.”
Prang. Terus terjatuh sudip yang aku genggam di tangan ke atas lantai. Dah kenapa dengan aku ni? Terkejut sangat ke dengan apa yang Nahlan katakan? Eh takdelah. Aku rasa tangan aku licin. Ya. Ya. Licin.
Paut sebelah tangan pada table top, aku tarik tubuh aku ke atas. Tak sedar, tangan aku terpegang periuk yang tengah panas dan terus ditolak periuk itu kuat.
“Humaira.” Dengan lekas Nahlan tolak tubuh sang isteri ke tepi. Akhirnya lengan dia menjadi mangsa amukan bubur yang jatuh.
“Ya tuhan Nahlan. Maaf. Maaf.” Aku tarik lengan Nahlan sebelum buka pili air paip di sinki.
“Ini kenapa ni?” Anita masuk dengan Musa di sebelah. “Ya Allah. Ini dah kenapa ni? Macam mana boleh jadi macam ni???” Soal Anita melihat keadaan dapur yang bersepah.
“Maaf mak. Mai tak perasan tadi. Mai nak...” Aku telan air liur. “...Mai nak...” Mata aku dah jadi hangat. Ish. Kenapa aku gugup sangat ni?
“Takpe, takpe. Pergi naik atas. Letak minyak kat tangan tu. Ini ayah bersihkan.” Kata Musa mengambil sehelai kain lap yang digantung berhampiran.
“Takpe. Mai bersihkan. Mai tak perasan sangat...”
“Mai pergi naik atas. Pergi sapu minyak dulu dekat lengan Nahlan. Yang kat dapur ni takpe. Nanti mak dengan ayah bersihkan.”
“Tapi...”
“Takperr.... Pergi je... Ambil minyak dalam laci meja TV dekat depan. Dah. Pergi pergi.” Anita tolak tubuh Humaira dan Nahlan silih berganti.
Nak tak nak, aku turutkan juga permintaan dari mak.
Sampai dalam bilik, aku suruh Nahlan duduk atas katil. Dan yang peliknya, lelaki itu hanya menurut tanpa bertanya. “Meh sini saya letak minyak.” Aku tuangkan sikit minyak gamat dekat tangan aku sebelum aku gosok perlahan atas lengan Nahlan usai ambil tempat di sebelah Nahlan.
“Maaf Nahlan. Saya betul-betul tak perasan tadi.” Pinta aku melihat keadaan lengan sasa ini yang sudah bertukar ke warna merah. Dah macam warna udang goreng. Lagilah rasa serba salah kut. Ish. Apalah kau ni Humaira. Suka sangat menyusahkan orang lain.
“Again Nahlan. I am so sorry. That was so stupid of me.” Gigit bibir, aku tayang wajah serba salah aku dengan mulut tak henti ucap kata maaf.
“Hm.” Balas Nahlan hanya berdehem.
“Awak nak saya letak ubat gigi ke macam mana?” Soal aku serius.
“Tak payah. Urut je lah. Bukannya terbakar kulit aku.” Balas Nahlan senada. Tak nak lah letak ubat gigi. Nanti dah tak boleh urut macam ni. Hehehe...
Aku angguk. “Saya ni... memang selalu menyusahkan orang. Dari saya kecil sampailah besar, tak habis-habis nak menyusahkan orang.” Bila rasa minyak dah kering sikit, aku tuang lagi sikit minyak atas tangan aku sebelum kembali mengurut perlahan lengan Nahlan.
“Saya rasa...sebab tulah keluarga saya macam tak suka sangat dengan saya...” Luah aku tak sedar. Rasa macam tengah berhadapan dengan kebodohan sendiri kut. Entah berapa banyak kali dah aku tayang bodoh aku depan Nahlan.
Nahlan mengap. Entah kenapa dia tak mencelah langsung dengan apa yang sedang Humaira katakan. Mahu dia dengar lagi, adalah. Kalau boleh, ceritakan semuanya pada dia supaya dia dapat kenal dengan lebih rapat siapa Humaira ini.
“Awak tahu... Saya rasa saya macam kesian sangat dengan awak sebab terpaksa kahwin dengan saya. Like, seriously kut. Saya tak terfikir pula nak kahwin dan ada keluarga sendiri lepas apa dah berlaku pada saya waktu kecil. Dan saya rasa, macam sangat-sangat tak adil bila awak terpaksa cipta kehidupan dengan saya yang takde apa nak beri pada awak.” Kata aku menahan nafas. Sebak.
Nahlan kerlipkan mata.
“Saya cemburu sangat tengok awak, Nahlan.” Aku angkat wajah. Pandang pada mata suami.
“Kenapa?”
“Because you got everything.”
“Everything?”
“Uh-um.”
“Such as?”
“Family.”
Kepala Nahlan tergerak sedikit.
“Saya takde benda tu semua.” Aku jarakkan tubuh aku sedikit ke belakang. Kemudian, aku tutup botol minyak dan letakkan di sebelah kaki. Kemudian, aku pandang Nahlan sekali lagi. “Saya ada ma. Saya ada babah. Saya ada Kayla. Tapi saya tak rasa pun yang saya ni adalah sebahagian dari hidup diorang sepanjang saya hidup dekat sana. Tapi bila saya jumpa mak awak, ayah awak dengan adik-beradik awak yang lain... Saya rasa macam...” Aku ukir senyuman tipis. Betul orang kata. Rasa ada keluarga itu sangatlah manis. “...macam ada keluarga walaupun hanya baru beberapa bulan saya jadi isteri awak.”
Nahlan kalihkan matanya ke tempat lain.
Aku tundukkan wajah sikit ke bawah. Lepas tu, aku gelengkan kepala. “Tapi janganlah risau. Saya takkan rampas semua tu dari awak.” Aku tepuk bahu Nahlan sekali. “Chill lah Nahlan. Toksah lah nak risau sangat. Awak masih anak mak awak dan saya masih seorang Humaira. No one can change that.” Angkat tubuh, aku berdiri jauh dari Nahlan. Menghadap ke tingkap sambil melihat apa sahaja yang ada pada bayangan memori yang lepas.
I'm jealous though.
“Humaira. Aku nak kau tahu yang aku tak pernah rasa terpaksa pun kahwin dengan kau.”
Zap. Terus aku pusingkan tubuh aku melihat Nahlan. “Kenapa macam tu?” Soal aku hairan.
“Kenapa macam tu, apa?” Tak faham betul dengan perangai Humaira. Pelik sangat ke kalau dia cakap yang dia tak pernah rasa pun terpaksa dengan semua yang telah terjadi? Dia juga kan yang ucap kata setuju tu. Takde siapa paksa dia.
“Yelah. Kenapa tiba-tiba awak rasa tak terpaksa? Sepatutnya, awak kena rasa terpaksa.”
Nahlan kerunyutkan dahi. “Kenapa pula aku nak kena rasa terpaksa? Aku cuma marah je sebab semua perkara antara kita cepat sangat berlaku. Tapi aku tak cakap pun yang aku rasa terpaksa dengan semua ni...” Terang Nahlan bersungguh. Tipu lah kalau dia cakap yang dia dah suka pada isteri sendiri. Memang tak lah. Tak langsung. Tapi dia tak pernah nak tanam benih benci pada perempuan bernama Humaira.
“Ehhhh!!! Tak bolehlah macam tu...” Aku geleng kepala tanda tidak setuju langsung dengan apa yang Nahlan sedang katakan. “Sepatutnya awak kena rasa terpaksa dengan semua ni. Awak kena rasa yang semua ni adalah salah. Awak kena rasa yang perkahwinan kita ni adalah satu kesalahan.” Aku cuba yakinkan Nahlan.
“Kenapa pula?”
“Sebab saya tak nak semua ni.” Balas aku jujur.
Terus Nahlan kaku di tempatnya. Dan entah mengapa hatinya disapa dengan derusan angin yang kuat dan langsung membuatkan hatinya gundah. Perit. Dan sakit saat mendengar balasan jujur dari mulut si isteri.
“Ke...na...pa...” Nahlan telan air liur. Kalau tadi dia kata pada dirinya yang hati dan jiwa tidak ada walau sekelumit perasaan pun pada Humaira. Tapi kenapa dia rasa macam dia tipu pada diri sendiri saat melihat mata Humaira yang jelas mahukan semua ini berakhir? “...kenapa tak nak?” Dengan gugup, Nahlan lontar soalan cemas pada Humaira.
“Buat apa saya nak semua ni?” Aku balas dengan melontar juga satu soalan.
Nahlan terdiam.
“Ini semua... awak yang punya, Nahlan. Awak. Yang. Punya. Takde satu pun yang awak punya, kepunyaan saya. Dan saya tak berniat pun nak ambil semua ni dari awak walau satu benda. Saya faham dan terlalu faham apa bakal jadi kalau kita ambil hak orang lain dan jadikan sebagai hak kita. Saya pernah lalui semua tu. Dan kesan buruknya, bukan sahaja pada diri saya, tapi pada diri orang lain juga. Tak perlulah risau dengan rasa saya pada awak. Benda tu takkan ada. Takkan wujud. Jadinya, awak bolehlah fikir baik-baik cara untuk selesaikan apa sahaja antara kita. Dan semestinya, saya terima semuanya dengan berlapang dada.”
“Selesaikan semua? Apa maksud kau dengan...”
“Yup. Whatever you think it is, Nahlan. Kita dah besar. We both are matured adult. Boleh fikir dengan sangat baik. And supposely we should think for our own happiness and of course for our future. Kalau tak, fikirkan untuk keluarga awak pun takpe...” Sebab aku rasa, ma dan babah macam dah tak nak ambil tahu fasal aku. Sebab itu aku rasa, adalah lebih baik fikir tentang keluarga Nahlan sahaja. Sebab mak dan ayah Nahlan ni, baik orangnya.
“You're mad, Humaira.”
“This is real, Nahlan.”
Nahlan tarik nafas. Dicekak tangannya ke pinggang dan berjalan mundar-mandir dalam ruang bilik. Rasa panas dah mula menjalar dalam tubuh badan saat isu ini diutarakan secara membabi buta oleh Humaira. Terasa egonya sebagai seorang lelaki dicabar. Ke sebab dia memang dah ada perasaan dengan Humaira? Itu sebab dia rasa macam nak marah? Atau sebab dia yang sepatutnya timbulkan isu yang ini sebelum Humaira bahaskan? Gitu? Ke sebab semua yang Humaira katakan, satu pun takde yang tak betul. Semuanya betul dan benar sama sekali.
“We should talk about this later.”
“Tak payah. Saya rasa apa yang saya cakap tu dah cukup jelas untuk awak fa...”
“I said LATER!!”
Bahu aku terhinggut spontan. Terus aku kalihkan wajah ke tempat yang lain apabila bertentang mata dengan pandangan yang membunuh dari Nahlan. “Okay. As you said.” Sudah aku berjalan terus memasuki bilik air sebelum aku dengar pintu bilik tidur dihempas kuat.
“Huh.” Keluh aku berat.
Share this novel