Bab 12

Romance Series 23565

Baju kurung berwarna ungu yang tersarung di tubuh, aku betulkan sedikit. Jam yang dililit di pergelangan tangan, aku kerling sekejap. Seketika, aku tarik nafas. Lepas itu, aku pandang pula fail yang ada di atas riba. Yang penuh dengan kertas kerja untuk permohonan dana bagi sekolah. Kalau ikutkan hati, memang tak nak buat benda ni lagi. Tapi aku tabahkan hati juga bila mana aku teringat pada pelajar aku yang semuanya tuhan telah golongkan mereka dalam golongan yang istimewa. Yang mungkin dah tertulis kata syurga pada diri mereka.

“Oi. Dah dekat dua jam kita tunggu. Nak tunggu berapa lama lagi? Kita nak jumpa dengan pengarah syarikat je kan? Bukan nak jumpa dengan Perdana Menteri. Apehal lama sangat? Buasir teruk ke apa dia tu?” Karisma dah mula hilang sabar. Bengang bila dia dan Humaira disuruh datang ke sini pada pukul 9.30 pagi. Tapi dah dekat pukul 12 tengah hari kut. Tak masuk lagi dalam bilik pejabat pengarah Ilson Fund.
“Kira okay lagi lah ni weh. Itu hari aku tunggu sampai pukul 1 petang kut. Sampai orang keluar dari pejabat nak pergi lunch semua dok pelik tengok aku tak ubah macam tunggul kayu. Kira kau bertuah lah dapat rasa dua jam lebih macam ni jer....” Aku sengih tayang wajah sinis.

“Hish. Aku tak sukalah datang sini. Kan aku dah cakap yang aku tak nak pergi sini. Kenapa kau suruh madam letak nama aku juga?” Tak puas hati sebab semalam dapat mesej last minit mengatakan yang dia harus pergi ke Ilson Fund untuk berbincang mengenai dana bersama dengan si Humaira.
Ilson Fund. Sebuah pertubuhan badan kerajaan yang memberikan dana untuk memenuhi kebajikan masyarakat. Dulu tak terlibat sangat dengan pihak kerajaan dan hanya bekerja untuk kepentingan bagi pihak yang memerlukan. Tapi lepas pengarah syarikat Ilson Fund terjebak dalam dunia politik, semuanya dah jadi lain macam. Hundred percent totally different.

“Mana adalah. Madam yang sebut nama kau dulu. Lepas tu dia suruh ajar kau macam mana cara yang betul untuk uruskan dana dengan Ilson Fund. Hahaha. Kesian kau. Tapi sumpah tau. Aku tak sebut pun nama kau. Ek eleh kau. Gaya cakap macam kau pernah datang sini jer... Apesal kau tak suka dengan syarikat ni?” Soal aku pelik.

“Eh takdelah. Aku tak pernah pun datang sini. Cuma aku tak suka dengan vibe yang ada dekat sini. Apa orang kata tu... Aaaaa....” Mata Karisma meliar atas dan bawah. “...negative vibe. Alamat buruk. Malang menunggu di hadapan. Ha. Macam tulah.” Balas Karisma dengan mata meliar melihat pada pintu masuk pejabat yang besar di hadapan mata.

“Wau. Kau ada sixth sense ke apa?” Tekup mulut, aku gelak halus.

“Mana ada. Hish.” Karisma lagakan bahunya dengan bahu Humaira. “Apa step pertama sebelum kita nak masuk jumpa dengan pengarah yang ada buasir teruk dekat dalam tu? Kata nak ajar aku. Nanti aku report dekat madam yang kau ajar aku main-main.”

“Okay, okay. Janganlah report. Tacod lah sis kalau macam ni... Hihihi...” Aku pusingkan sikit badan aku dan menghadap Karisma “Step pertama kau kena sabar. Jujur aku cakap, yang dekat dalam tu...” Sambil jari telunjuk aku dihalakan rendah pada pintu bilik pejabat yang masih lagi tertutup dengan rapat. “...separuh manusia separuh bukan manusia. Kalau ada apa-apa yang kau tak suka, madam suruh kita tutup mata je. Buat-buat tak nampak.”

Karisma kerutkan dahi seribu. “Apa maksud kau separuh manusia separuh bukan manusia? Explain dengan lebih banyak part yang tu, please.” Tayang wajah serius, Karisma dekatkan lagi wajahnya dengan Humaira. Mahu dengar dengan lebih teliti dan peka.

“Cik. Boleh masuk ya.” Kata kerani yang ada.

Terus kami berdua bangun dari duduk di kerusi menunggu. Lepas itu jalan memasuki ruang pejabat yang besar gedabak.

“Takpe. Apa-apa, aku ada. Kau chill-chill sudah.” Bisik aku pada telinga Karisma sebelum kami berdua sedar yang seluruh tubuh sudah berada di dalam bilik pejabat yang besar. Uih! Sejuk.

IR Aswi Latip.

“Ha. Datang dah korang berdua? Siapa ni? Dari mana?” Tanya Aswi sambil memegang kayu golf dengan keadaan tali tie yang dilonggarkan. Macam sengaja dilonggarkan pun ya.

“Ya tuan. Kami dari sekolah...”

“Orang sekarang memang kerja asyik nak mengemis je kan? Dah takde kerja lain gamaknya...” Zap. Aswi tolak bola golf hingga masuk ke lubang. Jenis orang kaya berlagak. Memang suka main golf dalam pejabat sendiri walaupun tak padan dengan tempat. Nak show off yang dia ada duit atau nak show off yang dia ada set golf yang harga berjuta di dalam pejabatnya.

Aku ketap bibir. Karisma termangu.

Sebab itu aku tak suka nak datang sini. Sebab inilah. SEBAB INI!!

“Eh. You dari sekolah budak-budak cacat tu kan!” Aswi bergerak ke satu sudut dan tukar kayu golfnya.

“Istimewa.” Balas aku sepatah. Perlahan. Aku cukup pantang kalau ada yang gelar pelajar aku tu cacat. Mohon guna perkataan elok sikit. Kalau kau tu bukan VVIP, memang aku campak kau masuk dalam lubang golf. Lepas tu aku ketuk kepala kau kasi penyet.

“Heh. Samalah tu. Cacat equal dengan istimewa.” Zap. Sekali lagi bola masuk ke dalam lubang golf yang kecil. Jelas riak bangga terpanjar pada seluruh wajahnya.

Aku kepal tangan erat-erat. Sejenak, aku kerling pada Karisma di sebelah. Dan aku tahu dia pun tengah tahan sabar. Tengah tahan marah. Kerana mata itu sedang bergetar. Mujur aku sempat suruh dia bersabar tadi. Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi.

“Kan?” Aswi ambil air yang dihulurkan oleh pembantunya yang sedia berdiri di satu sudut sedari tadi. Macam robot.

Aku diam.

“Heh. Apalah. Itu pun nak marah. Rileklah. Macam tak biasa mengemis dengan I dekat sini. Well nak buat macam mana? Orang kaya macam I je mampu nak bagi duit untuk golongan yang tak mampu macam you. Tak gitu? Rileklah cikgu... Apa nama you?” Aswi teguk air itu sehingga habis.

“Humaira.” Balas aku sepatah.

“Ya. Ya. Humaira. Dulu I ada anak perempuan nama Humaira juga. Tapi lahir cacat. Lepas tu I ceraikan isteri I sebab lahirkan anak yang cacat untuk I. Bodoh kan? I ni ada anak cacat? Tolonglah... Entah-entah bukan anak I pun.” Aswi labuhkan punggungnya di hujung meja yang ada. Melihat Humaira atas bawah.

“Anak you kut??” Aswi pandang ke sebelah sana. Dihujung pejabatnya.

Serentak itu kami berdua palingkan muka. Aku gamam. Mulut melopong sedikit. Terkaku aku sekejap melihat figura yang ada di hujung sana. Yang sedang duduk dengan matanya tak lepas pandang ke arah aku.

Nahlan??

Wan Ahmad Nahlan?

Suami aku tu kan?? Ke aku silap tengok? Eh tak. Memang suami aku. Wau. Kebetulan apakah ini? Apa yang lelaki ni buat dekat sini? Nak mengemis macam aku juga ke ek? Hish. Macam tak kena lah pulak.

“Ouh. You tak kahwin lagi.” Aswi bergerak pergi mendekati Nahlan dan Raiqal. “Korang datang nak minta duit kan? Meh sini. Duduk sekali. Diorang berdua ni polis. Datang nak siasat I. Buat temu ramah kejap tadi. Kata I ada buat perkara tak senonoh sejak I libatkan diri dalam dunia politik. Alang-alang you dah ada dekat sini, Cikgu Humaira...” Aswi ambil sesuatu dalam peti besinya dan...

BAP. BAP.

Dia campak beberapa ketul duit kertas bernot RM100 yang diikat tebal ke atas meja.

“Why not you cerita dekat polis negara kita yang bertauliah ni, berapa banyak I bagi duit dekat sekolah you? Dan berapa banyak duit yang I dah laburkan untuk kepentingan bersama?” Dan terus melabuhkan punggungnya ke atas sofa dengan mata tak lepas memandang kepada Nahlan dan Raiqal silih berganti.

Perut aku dah mula memulas kuat. Takut punya fasal. Aku tak expect hari ni akan jadi benda yang macam ini. Selalunya aku datang dan cakap benda yang patut aje. Lepas kena maki hamun, dia akan bagi aku duit atau tanda tangan cek. Lepas tu aku blah. Takdelah sampai nak jadi macam hari ini. Aduyaii!!
Jumpa dengan suami sendiri pulak tu. Mak aih. Nak buat apa ni?

“Come. Duduk sini. Polis ni banyak masa nak cerita dari you girls.” Panggil Aswi dengan riak muka yang garang.

Aku kerling pada wajah Karisma di sebelah. Jika tadi mata itu bergetar dalam ketakutan, sekarang mata itu sudah berair akibat rasa gerun yang melampau. Perlahan-lahan aku tarik tangan Karisma yang sememangnya sejuk itu ke bahagian sofa yang ada. Duduk kami berdua dengan aku yang menghadap Nahlan manakala Karisma menghadap lelaki yang lagi satu.

“Erm. Ini portfolio dari sekolah kami.” Aku tabahkan hati dengan mulakan bicara walau air liur sudah terasa pahit sepahit rasa hempedu. Ah gasaklah. “Macam yang kami maklumkan dalam email yang dihantar, tujuan permohonan derma pada kali ini adalah untuk membina satu kemudahan pejalan bagi pelajar yang berkerusi roda dan sumbangan pada beberapa buah katil memandangkan kemasukan pelajar ke sekolah itu secara asrama semakin meningkat.” Aku pandang Nahlan. Tapi satu saat je. Lepas tu aku pandang pada Tuan Aswi pula.

Aswi angguk kepala. Bibirnya disengih sengaja.

“Lepas itu, pihak sekolah ada menjemput pihak tuan untuk meraikan...”

“Berapa?” Soal Aswi dengan mata tak lepas memandang kepada Nahlan.

“Ha?” Aku angkat kening.

“Berapa yang you nak? Sejuta? Dua juta? Atau...” Aswi menyilangkan kakinya sambil sebelah tangan diletakkan di atas kepala sofa dengan tubuh yang dirapatkan ke sofa. “...sepuluh juta?” Sambungnya dengan lagak yang cukup bersahaja. Mahu menunjukkan yang dia takde masalah untuk hulurkan berapa banyak pun yang diminta.

Nahlan tarik nafas. Raiqal buat muka. Dia tahu insan itu sedang mentertawakan diri mereka berdua.

“Er...” Aku pandang wajah kedua jejaka yang ada depan mata. Apa benda yang tak kena ni? Aku tahulah lelaki berdua ini berpangkat polis. Dan aku tahulah manusia bernama Aswi itu tidaklah sebaik mana. Tapi sampai jadi kes polis? Apa benda doe?
“Apa nama you?” Tanya Aswi memandang pada wajah Karisma.

Aku toleh pandang wajah Karisma. Karisma kepal tangan kuat-kuat sebelum diangkat kepalanya melihat pada wajah Aswi.

“Ka...risma.” Jawab Karisma gugup.

Aswi anggukkan kepalanya beberapa kali. “Cikgu Karisma tahu tak kenapa dalam dunia ni wujudnya orang yang macam saya?”

Karisma diam. Tak angguk. Tak geleng. Hanya mampu menelan air liur sahaja.

“Sebab wujud orang macam engkau oranglah. Yang suka minta duit instead of cari sendiri. Hei. Tell you semua yang ada dekat sini. Benda alah yang kita panggil duit ni, bukan datang macam tu je tau. Kita yang kena cari. Bukan datang bawa beberapa fail lepas itu expect nak dapat macam tu je... Tapi korang kena tahu kenapa saya bagi semua ni... Sebab apa cikgu? Cuba cikgu teka? Kenapa saya sanggup bagi duit saya tu dekat manusia yang cacat, yang tak bagi manfaat kat saya pun walau sikit?” Riak wajah Aswi bertukar serius.

Dengan senyap aku pegang tangan Karisma. Menyalur kekuatan pada sekeping hati yang sedang dilanda dengan rasa rusuh.

“Sebab saya orang baik. Amalan menderma tu kan dapat pahala. PAHALA!” Serentak itu Aswi lempar semua wang kertas yang ada atas meja tadi ke udara. Bertebaran tanpa angin yang meniup sebelum jatuh satu persatu ke bawah.

“I told you cikgu about a fact...” Diambil beberapa helai duit itu dan menggenggamnya erat. “...money is a power. When you have money, you hold the entire world in your hand. Without money...” Zrap. Dikoyakkan helaian duit itu sehingga menjadi cebisan kecil sebelum dilempar kuat pada wajah Nahlan dan Raiqal.

“You are nothing.” Sudah Aswi dengan wajah yang tegang.

Aku teguk air liur dengan mata tak lepas memandang wajah yang ada di hadapan. Aku tahu mereka berdua tengah tahan marah sebab warna di wajah masing-masing tengah warna merah. Atau mungkin tengah tahan malu macam aku. Mungkin sebab tak terlintas dalam fikiran mereka untuk dimalukan sebegitu rupa macam aku malu pada diri sendiri sebab tak berani nak menyangkal apa yang manusia kenamaan ini lakukan.

“That's your money. Kalau nak, pergi kutip. Tak cukup, nanti I suruh my setiausaha bank in pula. Dan korang berdua boleh berambus dari sini. Ada hati nak tangkap aku konon. Hei. Ini Aswi lah. Aswi. Tengok kiri kananlah kalau nak buat serbuan pun. Tak sedar diri betul. Entahkan gaji korang pun aku yang bayar. Huh.” Bangun Aswi dari situ dan terus menapak ke meja kerjanya dengan muka yang maha garang.

“Berambuslah! Tunggu apa lagi? Kau nak kutip duit jugak!!” Halau Aswi untuk kali kedua.

Nahlan dan Raiqal bangkit serentak. Bengang punya fasal Nahlan berjalan terus ke arah pintu. Sebelum itu sempat dia tolehkan wajahnya pada Aswi. “Tiga bulan. Tiga bulan dari sekarang. Boleh letak terus tarikh tu dalam kalender kau. Aku janji. Kau akan meringkuk dalam penjara.” Bam! Dihempas pintu itu sekuat mungkin.

Aku mengap.

“Argh!!!” Bengang Nahlan menumbuk dinding yang ada. Raiqal yang setia di sisi hanya mampu melihat sahaja kawannya ini melepaskan amarah di dada. Mujur takde siapa di dalam bilik air ini. Kalau ada, memang tak lama hidup orang tu.

“Rileklah bro. Macam kau tak biasa buat semua ini. Memang setiap kali kita tentang mata dengan manusia yang spesies macam itu, memang inilah pengakhiran dia.” Raiqal cuba pujuk. Tapi setahu dia, insan bernama Nahlan susah nak makan pujukan kalau tengah marah.

“Bodoh! Bodoh betul. Dia minta waran siap. Bengong apa. Kenapa pihak pendakwa tak nak keluarkan waran untuk dia? Takut? Dah sebulan kut kita minta.”

“Kau sendiri tahu kan siapa yang pegang diorang? Aswi tu bagi duit kut. Takkan kau tak tahu!” Raiqal pun bengang juga. Gigih nak dapatkan bukti yang melibatkan hal rasuah. Tapi akhirnya, waran tak dapat. Dengan alasan, bukti tak tally dengan kejadian yang berlaku. Kebangangan apakah ini?

“Tak. Masalahnya benda ni kita dah usul dekat atasan kut. Kes ni dah berapa lama? Apa guna datang sini kalau kau balik sebab kena maki. Sial lah!” Pap. Nahlan tumbuk lagi sekali dinding yang ada. Mujur dia tak tumbuk cermin kaca tu. Kalau tak, mesti dah bersepai jatuh ke atas lantai.

“Sial tak sial. Tak boleh buat apa. Malam ni kita on. Cari bukti. Aku tak kira.” Kepal penumbuk, Raiqal tarik nafas sedalamnya beberapa kali. Walaupun hati sedang dimamah dengan rasa marah yang melampau.

“Hish!” Nahlan keluar dari situ dengan muka yang menyinga. Bukan hanya semalaman sahaja yang dia dok cari bukti. Dah dekat seminggu lebih dia cari bukti yang boleh melibatkan jenayah rasuah pada pemilik Ilson Fund ini. Boleh kira dengan jari berapa jam je dia tidur. Tapi datang sini kena halau pulak dengan kata makian. Duduk dalam tu dekat 2 jam, sepatah apa pun tak dapat.

“Bodoh betullah!! Aku janji aku akan sumbat dia dalam penjara dengan semua duit dia. Money is a power konon. Dia ingat kita ni apa?!!”

“Wei. Perempuan tadi.” Kata Raiqal melihat pada dua tubuh yang bergerak pergi ke kawasan tangga tanpa peduli apa yang Nahlan katakan. Pelik kenapa tak naik lif macam diorang.

Oh. Hati Nahlan tersentak. Perempuan tadi, perempuan bernama Humaira. Isteri dia. Sungguh dia lupa yang datang tadi memakai baju kurung adalah isteri dia. Dengan perlahan-lahan, Nahlan dan Raiqal tolak pintu yang menghubungkan kepada tangga kecemasan.

“Kau okay tak?” Soal aku pada Karisma. Dah tak tahu nak bawa ke mana tadi. Aku tarik tangan Karisma ke bahagian tangga ini sahaja. Duduk sekejap bagi kurangkan rasa yang berkecamuk dalam dada Karisma.

“Isk...” Tangis Karisma dengan mata yang memerah. Terhiggut-hinggut bahunya menahan rasa di dalam hati. Celaru. Kusut. Takut. Gerun. Terkejut. Semualah.

“Janganlah nangis.” Pujuk aku menepuk perlahan belakang tubuh Karisma. “Dia memang macam tu lah. Ini bukan kali pertama kut dia campak duit macam tu je. Memang dia selalu lempar duit kat orang yang datang. Bukan dekat aku je.” Pujuk aku lagi dan lagi. Tapi ini kali pertama dia koyakkan duit depan aku. Hurm... Ada improvement. Mungkin lepas ni, dia akan bakar pulak duit tu. Mungkin? Sambung aku dalam hati.

“Tak...aku bukan apa...” Karisma kesat air matanya. “...apesal dia buat macam tu? Aku rasa macam aku ni pengemis tahu tak? Kau dengar tak apa yang dia cakap tadi? Dia kata kita ni manusia yang tak sedar diuntung. Lepas itu dia maki pelajar kita cakap yang diorang cacat. Aku tahulah bukan aku yang cacat, tapi aku sedih bila orang macam dia boleh keluarkan kata-kata kesat macam itu... isk...”

“Aku pun sedih juga...” Aku tarik nafas dalam-dalam. “Tapi dia memang macam tu. Dekat luar je orang dok tengok dia baik semua tu. Tapi aku tak tahu nak cakap macam mana lagi kalau orang tanya fasal dia. Itu hari aku pergi, siap dia baling kut duit tu kat muka aku.” Cerita aku. Malas sebenarnya nak cerita perihal orang yang buruk ni. Kalau buat baik, takpe lah. Ini jahat mengalahkan firaun.

“Dia buat macam tu?!” Terkejut, Karisma angkat wajah.

Aku angguk.

“Macam mana kau boleh tahan wei? Madam tak tahu ke fasal hal ni?”

“Tak. Aku tak cerita.” Geleng aku menidakkan.

“Kenapa kau tak cerita? Ini dah melampau tau. Kau dengar tak apa dia cakap waktu kita nak keluar tadi? Dia cakap macam lah kita ni perempuan murahan. Suruh jual apa yang kita ada lepas ni untuk dapatkan duit. Kurang ajar tahu tak!” Masih tak boleh lupa dengan apa yang keluar dari mulut lelaki durjana bernama Aswi sebelum mereka berdua keluar meninggalkan bilik pejabat itu.

“Ya. Aku tahu. Tapi dia itu manusia yang ada pangkat. Aku tahan sebab aku ingat kat semua pelajar yang memang aku sayang. Kalau aku tak ingat wajah diorang yang memang perlukan bantuan, memang aku takkan jejak dah kaki aku dekat sini. Aku pun geram juga.” Aku kepal tangan seerat mungkin, sambil hidung tak henti tarik nafas beberapa kali.

“Aku dah tak nak datang dah sini. Sumpah aku tak nak datang dah. Mampuslah madam suruh ke, tak suruh ke... Aku dah tak nak campur benda bodoh ni. Aku tak tahu macam mana kau boleh tahan dengan semua yang dia cakap tadi? Memang patut pun dia tu kena siasat. Aku harap satu hari nanti dia kena sumbat masuk dalam penjara dan bankrup. Isk...” Karisma kesat air matanya yang tumpah sekali lagi.

“Wei. Selalunya nyawa orang yang macam ni, liat sikit. Selalu memang akan terlepas. Aku tak tipu tau. Tapi aku rasa tuhan tak nak ambil nyawa dia awal sebab nak bagi dia masa untuk bertaubat.” Entah apalah yang aku cakap, aku dah tak tahu. Dalam kepala macam nak hambur kata makian juga. Tapi entah kenapa aku tak buat. Mungkin perkara tu macam buang masa aku lah kut. Atau pun aku malas nak maki macam sebelum-sebelum ni. Sebab nanti yang jadi bercelarunya, kepala otak aku. Bukan orang yang dimaki.

“Ah! Itulah masalah kau, Humaira oi. Kau tu baik sangat. Orang buat apa kau terima je. Kau telan je bulat-bulat. Bila madam suruh kau stay sampai malam atau ganti jadi warden dekat asrama, kau angguk je tanda boleh. Bila madam suruh kau datang sini walaupun kau tahu dia akan layan kau macam tu, kau turutkan juga kata madam tu. Agaknya nanti kau kahwin, kalau suami kau suruh terjun bangunan ke... pergi minum racun tikus ke... kau pun akan buat semua tu tanpa banyak soal!” Tak jadi nak teruskan tangisan lepas dengar apa yang Humaira cakap.

Aku simpul senyum.

“Gelak. Gelak. Aku cakap betul lah. Ini kalau kena dengan mak aku, memang dia rendam satu badan dengan air kunyit kau tahu tak!” Sambung Karisma geram dengan melihat mulut Humaira yang hanya senyum macam tak terkesan dengan apa yang dah berlaku.

“Hahahaha... Kelakarlah kau ni. Agak-agaklah sampai nak terjun bangunan...minum racun tikus... Kut ye pun nak dengar dan taat, takkanlah aku nak tamatkan riwayat aku dengan bunuh diri semata-mata nak jadi isteri mithali. Aduhaiii... Karisma oi.” Aku tekup mulut aku sambil habiskan sisa tawa yang masih ada.

“Yelah. Walaupun kita ini lain bangsa lain agama, aku sayang kau tau as my friend. Kau jangan kahwin dengan lelaki macam tu. Tak kisahlah kalau kau kahwin umur 30 tahun sekali pun. Kau jangan kahwin dengan lelaki yang macam tu. Aku bagi amaran ni!!” Karisma beri amaran.

“Oi. Melalut dah kau ni. Sampai bab kahwin kau cerita ek. Takde kaitan langsung dengan apa yang kita alami hari ini.” Aku bangkit dari duduk. “Umur aku 30 dah wei. Ops silap. Umur KITA dah 30 dah. Jadinya, kahwin jelah kalau ada orang nak kahwin dengan kita. Jangan nak memilih sangat. Kita bukannya genetik kayangan.” Aku hulurkan tangan aku pada Karisma.

“Shuh.” Karisma sambut huluran tangan sang kawan dengan mulut yang tak henti menyuruh Humaira untuk perlahankan suara. “Kau cakap perlahan sikit. Nanti orang dok dengar fasal umur tu.” Karisma simpul senyum.

“Kau cakap tadi kau nak belanja aku makan kan?” Pancing Karisma dengan kening yang tergerak-gerak ke atas dan ke bawah.

“Eh?? Aku ada cakap eh?”

Laju Karisma anggukkan kepalanya.

“Ye ye kau ni...?”

“Alahhh... Kira ada lah tu...”

Aku geleng kepala.

Nahlan dan Raiqal berpandangan sesama sendiri. Dan kemudian, mereka berdua meninggalkan kawasan itu.

'Sumpah aku lupa aku dah kahwin.' Tutur hati Nahlan.

“Oi.” Sergah Raiqal kuat.

“Apa?”

“Mengelamun teruk lah kau ni. Aku tanya, malam ni kau nak pergi buat undercover pukul berapa? Aku nak pergi dengan kau.”

“Rumah.”

“Eh?”

“Aku nak balik rumah.”

“Kau tadi cakap nak pergi cari bukti. Apehal tiba-tiba nak balik rumah?” Pandang wajah Nahlan, Raiqal tayang wajah blur.

“Kita buat esok jelah.”

“Kenapa?”

“Sebab aku nak balik rumah.” Sudah Nahlan membawa kedua kakinya masuk ke dalam perut lif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience