“Awak dah ke?” Soal aku mengetuk pintu. Lamanya duduk dalam bilik air tu?? Buat apa si Nahlan ni? “Oooo Nahlan oi...” Aku ketuk pintu bilik air sekali lagi.
Tak berjawab.
Hish. Naik angin aku dengan perangai Nahlan. Ah gasaklah. Masuk je lagi bagus. Tolak pintu, aku lihat Nahlan dah ada atas kerusi roda.
“Kenapa tak panggil saya? Jenuh saya tunggu awak dekat luar tu tahu tak?” Cekak pinggang, aku tolak kerusi roda sebelum suara Nahlan menghalang.
“Aku nak mandi. Kau bolehlah teruskan kehidupan kau macam biasa kau buat.” Kata Nahlan sekaligus menghalau tubuh itu untuk pergi menjauh.
“Meh saya mandikan awak.” Kata aku penuh semangat.
Nahlan bulatkan mata. Tak percaya dengan apa yang dia dengar. “Kau cakap apa Humaira?”
“Saya cakap, meh sini saya mandikan awak. Lagipun awak mana boleh berdiri macam biasa. Bilik air ni bukannya ada tab mandi. Saya boleh tolong awak mandi...” Jawab aku dengan intonasi yang lebih bersemangat dari tadi. Aku tak kira. Aku nak juga tolong Nahlan walau macam mana cara sekali pun.
“TAK PAYAH!” Tengking Nahlan. Kan dah mendapat. Apa benda perempuan ni? Sewel gamaknya?
“Kenapa pulak? Macam mana awak nak mandi kalau duduk macam tu? Meh sini saya bukakan baju awak.” Baru berkira-kira nak tarik baju Nahlan ke atas, tangan aku kena tepis kuat. “Auch. Sakitlah...” Adu aku buat muka.
“Kan aku cakap tak payah! Tak payahlah maksudnya tu. Apa yang kau tak faham sangat dekat sini? Sekarang ni kaki aku je kan yang tak boleh nak gerak. Tangan aku elok je nak gerak sana sini. Kalau aku nak tumbuk orang pun boleh sangat. Saja bagitahu kalau nak rasa kena tumbuk dengan aku.” Tayang wajah bengang, Nahlan bagi amaran.
Aku hela nafas sekuat yang boleh. “Apa masalah awak sebenarnya eh? Saya tak fahamlah manusia yang macam awak. Iyalah. Saya faham. Awak lelaki. Ada ego. Tapi kan saya dah cakap dengan itu hari. Kalau nak tayang ego pun, sila tayang di tempat yang sebetulnya dan pada waktu yang tepat. Bukan waktu yang macam sekarang ni.”
“Keluar.” Takde cakap lapik dah. Terus dihalau perempuan itu terus.
“Tak nak.” Balas aku dua patah.
“Aku cakap keluar.” Nalan jegilkan matanya keras.
Aku jelir lidah. Tanda aku tengah protes.
Nahlan tarik nafas dalam-dalam. Tangannya dikepal dengan sangat erat.
“Bodoh ke bangang kau ni? IQ rendah sangat ek? Aku cakap aku nak mandi. Yang kau tercegat dekat depan aku ni dah kenapa?”
“IQ awak tinggi sangat ke? Sampai susah nak terima pertolongan dari orang lain? Lagipun, saya hanya tanya soalan bodoh pada manusia yang asyik sangat tayang wajah bodoh dia depan saya. Dan tak sangka, awak orang pertama yang mampu untuk saya tanya soalan yang macam tu.” Balas aku sarkastik.
“KELUARLAH!!”
Pap. Aku campak botol sabun jauh keluar dari bilik air. Pap. Aku campak semua barang mandi juga keluar dari bilik air. Mujur pintu tu tak tutup dari tadi. Kalau tak, kirim salam dekat semua barang yang aku campak dengan kuat. Huhu.
Nahlan picit dahi. Ya tuhan. Kenapalah aku kena hadap dengan perangai perempuan ni? Dan-dan pulak tu waktu kaki dia tak boleh nak gerak macam biasa. Hish. Ujian oh ujian.
“Fine. Tak payah mandi. Aku tak nak mandi.” Tolak kerusi, Nahlan bergerak ke arah pintu.
Bam!! Aku tolak pintu bilik air sampai tertutup rapat. Kepala melihat ke atas sambil tangan disilang rapat ke dada.
“Kau dah kenapa perempuan? Sewel? Tak betul? Kepala gila? HA??”
“Sama ada saya mandikan awak, atau awak takkan keluar dari sini sampai bila-bila.” Pandang wajah Nahlan, aku bagi dia dua pilihan. Cepat pilih. Dah kira baik sangat dah aku bagi pilihan dekat dia.
Nahlan ketap bibir. Meradang dadanya mendengar apa yang Humaira katakan. Mujur sangat dia tak boleh berdiri. Kalau tidak, memang habis si Humaira ni dia kerjakan. Akhirnya, dia diamkan diri. Mogok selama beberapa minit. Tapi cukup lima belas minit, Nahlan mengalah. Takkan nak duduk dalam bilik air lama macam ini tanpa buat apa pun? Badan pun dah rasa semacam. Dari semalam tak mandi lagi.
“Fine.” Tunduk wajah, Nahlan jawab dengan keadaan yang sangat pasrah.
Aku ukir senyuman. “Okay. Saya buka baju awak dulu.” Dah tak tunggu apa dah, terus aku berjalan menghampiri Nahlan sebelum menarik baju yang Nahlan pakai ke atas. Hingga terserlah kulit jantan insan bernama Wan Ahmad Nahlan. “Wau... hebat teruk badan awak...” Puji aku melambung tatkala melihat keindahan yang terpampang di depan mata.
“Hssspppp!! Kau nak buat kerja, pastikan mulut kau senyap. Kalau tak, siap kau aku kerjakan.” Jegil mata, Nahlan tayang wajah cemberut depan sang isteri. Boleh pula cakap macam tu dengan aku? Perangai tak semengah langsung.
“Okay. Yup. Sorry. But you really...” Aku cucuk perut Nahlan dengan hujung jari aku sekali. “...have a very good body, man.” Hot and sexy... Sambung aku dalam hati. Dah ketulan ni ada depan mata, takkan aku nak buat tak nampak? Lagipun Nahlan ni kan halal untuk aku tengok dan pegang. Bukan selalu dapat peluang besar macam ini kut. Aku pun macam perempuan lain. Suka tengok yang sado. Hik.
Nahlan tepis tangan sang isteri. “Sekali lagi kau buat macam tu, aku tak teragak-agak nak tumbuk kau eh.” Kali ini, Nahlan tayang wajah bengis pula.
Tak peduli dengan apa yang Nahlan ugutkan, aku sentuh pula lengan Nahlan guna hujung jari. Sekali. Dua kali.
“I SAID STOP IT!!” Jerkah Nahlan lantang menolak tubuh itu kuat.
Aku mengap. Nampak urat Nahlan yang timbul dekat leher dia, aku tahu yang dia tengah tahan marah. Marah yang amat pulak tu. Semestinya pada aku.
“Okay, okay... I seal my lips and I swear I will control my hand.” Rapatkan bibir, aku bawa tangan aku membuka lilitan kain pelekat pada pinggang Nahlan pula.
“Tak perlu kut nak buka yang tu.”
“Habis tu, awak nak mandi macam mana?” Soal aku blur.
“Mandi jelah macam ni. Tak perlu sampai nak buka semua. Kau dah kenapa? Gila betul dia ni.” Tolak tangan itu, Nahlan tundukkan wajahnya sedikit.
Aku tahan senyum. Malulah tu. Ek eleh. Macam lah aku hadap sangat apa yang ada dekat tubuh dia. Kalau dia tayang percuma pun, belum tentu aku nak tengok. “Okay. Whatever you insist, Nahlan. Saya pergi ambil sabun dengan shampoo yang saya dah tercampak dekat luar tadi.” Keluar dari bilik air, aku ambil semua barang mandi yang aku dah campak tadi dengan sengaja.
Lepas itu, aku ambil kepala shower dan lalukan air ke tangan Nahlan. “Okay tak? Sejuk sangat ke? Panas sangat ke?”
“Panas sangat.” Balas Nahlan dua patah.
Terus aku turunkan suhu. “Sekarang? Panas lagi? Ke macam mana?” Tanya aku serius. Karang salah pusing suhu, boleh terbakar kulit Nahlan yang superb dan sexy ni.
“Okay je.” Balas Nahlan tatkala kulitnya merasakan yang suhu air yang dilalukan pada tangannya itu, tidak terlalu panas dan tidak terlampau sejuk.
“Awak memang mandi suam macam ni ke? Waktu tengah hari pun?” Soal aku dan mula membasahkan tubuh Nahlan bermula dari atas kepala.
“Hm.” Balas Nahlan memejam mata tatkala air sudah mula turun dari atas kepala.
"Kenapa?"
"Suka hati aku lah."
Aku cebirkan mulut. Poyo! Lepas pastikan satu badan Nahlan sudah basah, aku ambil shampoo yang ada sebelum mula mengurut kepala Nahlan. Sekejap aku urut ke kanan. Sekejap aku urut pula ke kiri. Errmmm... Wangi juga bau shampoo ni. Boleh tahan dengan Nahlan punya taste. Shampoo aku pun beli dekat Watson je. Mana dia beli shampoo jenama pelik macam ni ek?
“Ark. Sakit.” Adu Nahlan spontan.
“Ha? Kenapa? Kenapa?” Duduk mencangkung, aku lihat tepat pada muka Nahlan. “Alamak. Sorry Nahlan. Saya tak perasan pula tershampoo sekali dengan mata awak.” Apa lagi? Terus aku jirus kepala Nahlan dengan air dari shower.
“Uhuk. Uhuk.” Batuk Nahlan kuat.
“Eh!!! Alamak. Sorry sekali lagi.” Terus aku perlahankan air dan mula bersihkan semua kawasan yang terkena dengan buih-buih shampoo.
“Kau...uhuk.” Nahlan tarik nafas panjang-panjang. “...kau sengaja kan?” Pejam celik, pejam celik mata dia melihat figura di hadapan. Nak buka, masih sakit. Tak buka, hati dia pula akan jadi lagi sakit. Hish. Pokoknya, dua-dua menyakitkan.
“Tak. Tak. Saya tak sengaja. Betul-betul tak sengaja. Awak okay tak?” Letak kepala shower ke bawah, aku apit kedua pipi Nahlan dengan lembut. Lepas tu, aku tiup nipis pada mata yang sedang cuba untuk dibuka itu. Sekali. Dua kali. Kemudian, aku kesat saki baki air yang ada pada wajah Nahlan pula.
Nahlan mengap. Hish. Tang ini dia tak boleh nak lawan rasa yang bertandang dalam hati. Walaupun ada sisa marah di situ, tapi harus dia akui bahawa hati dia sudah terpaut pada kelembutan yang sedang Humaira hulurkan. Bergelora rasa di dalam hati tatkala sentuhan di pipinya itu dirasakan sangat ikhlas. Membuatkan dia terdiam sendirian.
“Look at me, Nahlan. Are you okay?” Soal aku dengan mata tak lepas memandang pada mata Nahlan.
“Hm...” Balas Nahlan menundukkan wajahnya ke bawah. Hish. Apa dah jadi dengan hati aku ni? Apesal berdegup semacam ada yang tak kena?
“Betul?”
“Iya. Betul.” Balas Nahlan menarik tangan sang isteri ke bawah. Boleh jadi kod merah kalau lebih lama tangan Humaira diletakkan di situ. Sungguh dia tak biasa dengan sentuhan lembut macam ini. Selama dia hidup, maknya sahaja pernah dok berlembut dengan dia. Dengan Anisah sang kakak pun banyak gaduh mulut je. Tapi yang ini... Lain bebenor rasanya...
Rasa macam apa eh?? Macam... Dup dap dup dap...
“Orait. Saya sabun badan awak pulak tau.” Kata aku meletakkan cecair sabun di tangan sebelum aku sapu pada seluruh badan Nahlan.
Nahlan ketap bibir. Tunduk menekur melihat ke bawah sejenak. Dia malu. Sumpah dia malu. Berbahang seluruh mukanya tatkala tangan Humaira dengan selamba menggosok tubuhnya dengan menggunakan kedua tangannya sendiri. Pada celah leher, celah tangan dan semua celah jari Humaira sabunkan satu demi satu. Mujur kain pelekat ni, Humaira tak tarik. Kalau tidak, tak tahu nak letak mana wajah dia. Mungkin akan melekat pada dinding jelah kut. Tak pun tanam bawah tanah.
“Okay. Siap.” Kata aku menutup air. “Errmmm... awak nak...” Aku hentikan kata sejenak. Macam mana nak cakap eh? Takkan aku nak cakap takde lapik pulak? Macam mengundang bala je. Dah lah lelaki ni angin dia lagi teruk dari angin monsun. Macam mana eh? “...saya tunggu kat luar. Kalau awak dah siap sabun satu badan awak, panggil saya tau. Saya pergi ambil kain pelekat awak yang lain, tuala dan siapkan baju awak kejap.” Berlalu pergi dari situ, aku tolak pintu bilik air sebelum pergi ke arah almari baju Nahlan.
Selang beberapa minit, aku hulurkan kain pelekat yang baru pada Nahlan. Lepas tu, aku tunggu dia lagi. Bila dengar bunyi pintu dibuka, aku tengok Nahlan dah ada dekat depan pintu. Terus aku tolong dia untuk tolakkan kerusi roda. Tuala di tangan, aku sangkut atas leher Nahlan. Sampai ke tepi katil, aku tarik tuala yang sedang Nahlan pegang.
“Yang ini pun biar saya yang buat.” Kata aku laju.
“Tak payah. Aku ada wudhuk. Jenuh nanti nak ambil semula.” Tegah Nahlan.
“Takpe. Saya takkan sentuh awak pun...”
Tak dan Nahlan nak buka mulut untuk membalas kata-kata dari Humaira, terasa kepalanya tergerak-gerak sendiri saat Humaira mula mengelap rambutnya yang basah. Lepas itu, Humaira lap badannya pula sampai kering. Tapi sikitpun tak sentuh kulit dia. Macam jaga jarak pun ya.
“Baju awak yang bersih ada tinggal beberapa helai je lagi. Nanti saya basuh yang lain.” Kata aku memakaikan Nahlan t-shirt berwarna hitam. Kemudian, aku rapatkan wajah aku ke wajah Nahlan, aku tarik nafas dalam-dalam. “Wau... Dah wangi...” Ujar aku sambil mengukir senyuman yang lebar.
Nahlan jadi mengap. Rapatnya wajah Humaira dengan wajah dia. Ini kalau dia bergerak ke depan sikit, mahu tercium mana-mana anggota badan yang ada depan mata. Tak nak lama-lama sangat menghayati kemanisan depan mata, terus dia berdehem kuat. “Kau ingat aku budak kecil?” Soal Nahlan bengkek.
“Sort of.” Balas aku dengan pandangan yang redup.
“Aku dah besar ya cik kak. Kau tu yang masih kecil lagi. Marah tak ingat dunia. Bawa kereta tak ingat langsung nyawa orang lain sampaikan aku boleh jadi macam ni disebabkan kau. Jangan buat-buat lupa pula.” Sindir Nahlan pedas.
Mati senyuman aku. Terus aku jarakkan tubuh aku ke belakang sebelum merasakan yang dada aku dihimpit dengan sesuatu yang berat. Sangat berat. Habis hilang rasa seronok aku dapat berbakti pada suami sendiri beberapa minit tadi. Last-last, kena sindir juga.
Padan muka. Hati Nahlan bersorak riang.
“Dah. Tepi. Aku nak solat.” Tolak kerusi roda, Nahlan ambil tempat menghadap ke kiblat. Diangkat tangannya sebelum mulutnya mengucap takbir.
Aku? Halau diri sendiri jelah. Angkut semua baju Nahlan dan bawa turun ke mesin basuh. Tapi dalam hati tak henti ucap kata geram bercampur sabar. Ada sikit rasa sedih. Hish. Kurang asam punya Nahlan. Boleh pula dok lambung jiwa aku macam itu? Sedih kut kena macam tu dengan suami sendiri. Memanglah salah aku! Tapi aku tolong dia kan tadi? Bukannya aku gelakkan dia dan bersenang-lenang atas apa yang dah menimpa diri dia.
Memang menguji kesabaran betul lah.
Hish. Aku clorox kan semua baju Nahlan ni karang, baru padan dengan muka dia. Ah. Pedulilah. Tak payah nak fikir sangat dengan manusia yang dekat atas sana. Biarlah dia nak buat apa pun. Jatuh ke? Tersembam ke? Aku dah tak nak peduli. Huh.
Usai baju selamat masuk ke dalam mesin, aku pasung langkah ke atas. Nak merajuk. Aku nak kurung diri dalam bilik. Lepas tu nak sumbat telinga dengan earphone. Biar apa yang jadi dekat Nahlan, aku tak dengar dan takkan dengar. Aman sikit hidup aku.
Buk.
Langkah aku terhenti. Terus aku masuk bilik Nahlan. “Awak kenapa?” Soal aku pelik melihat tubuh itu dah terduduk atas lantai beralaskan karpet nipis.
“Takde apa. Tak payah nak menyibuk.” Nahlan cuba bangun dari terduduk di atas lantai. Dia nak alihkan tubuh dia untuk duduk di atas katil. Tapi kudrat yang ada tak sekuat mana. Dengan kaki yang tak boleh nak digerakkan langsung, akhirnya terduduk dia di atas lantai.
Aku diam.
Buk. Sekali lagi Nahlan jatuh ke atas lantai. Sakit tulang punggungnya saat bersabung dengan lantai yang beralas karpet nipis. Dua kali pulak tu dia jatuh. Dekat tempat yang sama. Sakit tahu tak.
“Ini semua kau punya fasal.” Dah tak tahu nak cakap apa, Nahlan mula salahkan manusia yang tengah berdiri di pintu bilik dengan mata tak lepas memandang ke arah diri dia.
Aku cemikkan muka. “Aah. Semua yang berlaku dekat awak, memang salah saya pun. Awak baru tahu ke macam mana?” Balas aku mengiyakan apa yang Nahlan katakan. Kat hujung ayat, sengaja aku letak tanda soal.
Nahlan kulum lidah. Malas nak bertekak panjang dengan si Humaira. Tapi dia nak bangun dari sini. Takkan nak suruh Humaira angkat dia pulak? Baru je lepas habis salahkan perempuan tu. Ish. Tak nak lah.
Aku kerlip mata. Tunggu dan terus menunggu dengan penuh sabar supaya lelaki di sana akan minta tolong dari aku. Tapi seminit berlalu, mulut Nahlan masih membisu. Gosh... Egonya kau!! Minta tolong jelah dengan aku kut. Apa benda lelaki ni weh??
“Awak takde apa-apa nak cakap dengan saya?”
Nahlan diam.
“Fine. Bai. Good luck.”
“Humaira, kejap.” Tahan Nahlan menyebut nama itu sekali.
Aku ukir senyuman jahat. Tahu pun kau nak panggil aku. Perlahan-lahan, aku pusingkan tubuh dan melihat Nahlan. “Ya? Ada apa panggil saya?”
“Angkat aku jap.” Arah Nahlan mengetap bibir. Ish. Benci betul dia nak minta dari Humaira untuk membantu dia duduk di atas katil.
“Apa dia? Tak dengar?” Soal aku acah tak dengar.
Nahlan angkat kepala. “Kau nak cari gaduh ke macam mana?”
Aku jongket bahu.
Pejam mata, Nahlan tarik nafas sedalam yang boleh. “Boleh tak angkat aku?”
“Oh...angkat awak. Hurmm... Tulah kan. Saya pun terfikir juga tadi nak buat macam tu. Tapi saya rasa lebih cun kalau awak letak 'tolong' dekat ayat awak.” Hambik kau sedas. Karma itu wujud kalau kau nak tahu ya wahai Wan Ahmad Nahlan.
Kurang asam punya perempuan. Boleh dia guna ayat aku? Bengong betul lah. Memang minta kena maki. Getus hati Nahlan.
“To...” Huh. Nahlan hembus nafas kuat-kuat. Ini memang mencabar ego dia dan mencabar kewarasan kepala otak dia. Siap kau Humaira. Kau tunggu bila aku dah sihat nanti. “...long angkat aku boleh tak? Aku nak duduk dekat atas katil.”
“Lahai... Kenapalah tak cakap dari tadi lagi? Ish, ish, ish... Itulah... Awak ni kan... Panggil jelah saya kalau awak nak minta tolong apa-apa. Kan dah jatuh macam ni... Tak sedar lagi ke kaki awak tu dalam keadaan macam mana? Meh sini meh, saya tolong.” Laju aku pegang tubuh Nahlan sebelum memeluk tubuh itu erat. Langsung tubuh Nahlan terangkat dan akhirnya selamat landing atas katil.
Pap. Tubuh Nahlan sudah ada atas katil. Mengesot ke belakang, Nahlan tolak tubuhnya berdekatan bantal dan rebahkan kepala di situ. Kesan ambil ubat, memang mengantuklah jawabnya. Dari tadi sebenarnya dok tahan mata.
Baru nak terlelap, terasa kakinya disentuh. Terus mata dibuka laju.
“Kau buat apa, Humaira?” Tak punya tenaga nak tanya secara keras. Malas nak bertekak lebih tepatnya, dia tanya jelah dengan lembut. Hanya sekadar nak tahu.
“Saya nak urut kaki awak kejap. Kejap je. Kalau awak nak tidur, tidur jelah. Nanti dah habis urut, saya pergilah keluar dari bilik awak. Jangan risau. Belum lagi saya urutkan kaki orang sampai berdarah.” Kata aku dengan tangan tak henti mengurut kedua kaki Nahlan. Kejap aku urut kaki kanan. Beberapa saat kemudian, aku urut pula kaki belah kiri.
Melihat kejujuran yang Humaira sedang pamerkan, sedikit sebanyak terubat hatinya. Tapi dalam masa sama, baki sakit itu masih ada. Dia manuisa biasa kut. Takkan lari dari semua ini. Sebulan yang lalu, boleh dia kata setiap hari emosi dia terganggu gara-gara kakinya tidak dapat digerakkan seperti biasa. Lepas itu dicutikan untuk berapa lama pun dia tak tahu. Boleh jadi macam dulu kala atau pun tidak? Pun dia tak tahu. Macam kena campak dekat office je lepas ni? Tak boleh nak turun site dah buat kerja perisik bagai.
“Kau kena pecat ek?” Tak tahu nak tanya apa pada Humaira, dia soal je apa yang terlintas dalam kepala. Dah jadi canggung pulak kalau asyik diam macam itu sahaja. Atau mungkin dah terbiasa dengan kebisingan dari mulut Humaira yang tidak reti nak henti bercakap.
“Ha? Mana ada.” Geleng aku menidakkan dakwaan Nahlan.
“Kenapa tak pergi kerja semalam?” Soal Nahlan ingin tahu. Bukan semalam je minah ni ada dekat rumah. Dah dekat seminggu dia perasan yang Humaira tak pergi kerja. Ada dekat rumah. Raiqal pun cakap macam tu. Kalau itu tanda kena pecat, apa lagi? Takkan dinaikkan pangkat pula?
“Saya cuti...” Balas aku perlahan.
“Cuti sekejap ke cuti sampai bila-bila?”
“Betul lah. Saya cuti. Tanpa gaji. Madam suruh saya cuti tanpa gaji sebab...” Aku hentikan kata sejenak. Berfikir dan terus berfikir sama ada nak teruskan bicara ataupun tidak. Nanti sudah pasti Nahlan akan ketawakan dirinya. Atau menjadikan apa yang telah berlaku kepada dirinya sebagai bahan gurauan. Lelaki ini bukannya boleh percaya sangat.
“Kesian...” Ejek Nahlan sepatah. Baru dia faham kenapa Humaira asyik duduk rumah sahaja sepanjang seminggu ini. Kena suruh cuti rupanya. Dia pun disuruh cuti jugak. Tapi gaji masih berjalan. Berbeza sungguh dengan Humaira.
Aku cebirkan mulut. Kan aku dah cakap. Ada sahaja benda yang menyakitkan hati aku. Itu aku malas nak cerita lebih-lebih pada Nahlan. Inilah jawabnya.
“Kena ugut sekali dengan surat amaran ke macam mana?”
Aku diam. Tak mahu jawab pertanyaan dari Nahlan yang jelas memang sengaja nak sakitkan hati aku. Mana ada aku kena ugut. Aku cuma kena penalti sahaja. Denda. Itu pun nak kecoh.
Disebabkan diam, Nahlan tanya soalan lain pula. “Kereta engkau? Dah selamat jalan ke? Atau tengah nazak tunggu dihancurkan?”
Aku jeling Nahlan tajam. Lepas tu, aku urut kuat sikit kaki Nahlan. Memang jenis lelaki depan aku ni tak reti nak cakap elok sikit ke ek depan aku? Boleh kut kalau kau tanya dengan nada yang lebih baik. Dari tadi asyik sangat nak kenakan aku. Amboi kau! Mentang-mentang aku yang salah dekat sini, kau ambil semua kesempatan yang ada untuk kenakan aku. Bengong betul.
“Double kesian untuk kau. Itu padahnya buat kerja dalam keadaan marah.” Sambung Nahlan berterusan mendera jiwa Humaira tanpa henti.
Pap. Aku tampar kaki Nahlan kuat.
“Sakitlah.” Jegil mata, diangkat sedikit tubuhnya ke atas. Kalau boleh dia angkat kaki dia, nescaya dia tendang terus tubuh Humaira. Biar jatuh terjelopok atas lantai. Memang nasib Humaira baik sebab dia tengah sakit sekarang ini. Memang mujur sangat-sangat.
“Macamlah awak tu tak pernah nak marah-marah. Gaya cakap macam awak tu malaikat. Padahal manusia je pun. Normal lah saya marah bila ada orang buat saya marah. Takkan saya nak gelak ketawa ucap terima kasih sebab dah buat saya marah. Dan saya kena penalti sahaja okay. Hanya penalti. Bukannya sampai kena buang kerja. Sekolah tu masih perlukan orang macam saya untuk bekerja dekat situ. Lagipun Ilson Fund pun dah hantar surat permohonan maaf pada saya sebagai tanda diorang kecewa dengan sikap diorang sendiri. Huh.” Terang aku berjela. Lepas kejadian aku masuk hospital, terus dapat surat permohonan maaf dari Ilson Fund. Siap ada tanda tangan Ilhan lagi.
Nahlan cemikkan muka. “Maaflah sangat...”
Aku jeling Nahlan tajam. Lebih tajam dari tadi.
“Dia tak hantar pun kat aku.”
“Mungkin sebab awak tak layak kut dapat surat dari dia...” Hambik kau. Geram aku. Kau ingat aku boleh sangat nak bersabar dengan semua perkara yang keluar dari mulut kau? Sebodoh-bodoh aku pun, takdelah sampai aku takde perasaan. Hanya angguk membabi buta pada setiap tomahan yang kau lemparkan?
Excuse me!! That's not me.
“Wuhuuuu... Sejak bila kau mengagung-agungkan Ilson Fund? Haritu kemain marah lagi? Baru satu surat maaf dia bagi, kau dah lembut hati cair bagai? Boleh percaya ke tak dengan prinsip hidup kau...?? Macam tak boleh je...”
“Mana ada saya agungkan Ilson Fund. Cakap tu elok sikit. Jangan nak puaka sangat mulut tu eh. Saya dapat permohonan maaf dari Encik Ilhan. Bukannya dari Tuan Aswi. Dan saya masih berdiri teguh dengan prinsip hidup saya ya. Huh.” Rengus aku kasar.
Kening Nahlan diangkat tinggi. “Speaking of Ilhan, dah lama rupanya kau kenal dengan dia.” Nasib Humaira sebut nama lelaki yang satu itu. Dari hari tu lagi dia nak tanya apa kaitan Humaira dengan lelaki bernama Ilhan. Sebab utama dia masuk kereta Humaira, adalah kerana mahu bertanyakan mengenai lelaki itu. Panas pula hati dia bila teringat kembali apa yang berlaku sebulan sudah.
Aku tayang wajah terkejut. Lepas itu, aku pandang Nahlan lama. “Kali ni awak memang bijak. Aah. Memang saya dah kenal lama dengan Ilhan.” Jawab aku usai berfikir cara yang paling baik untuk menjawab pertanyaan dari Nahlan. Aku kalau boleh... tak nak langsung nak sebut tentang Ilhan sekarang ini. Malas satu hal. Serabut satu hal yang lain pulak. Tak boleh ke tanya benda yang lain je? Fasal Ilhan juga si Nahlan nak ambil tahu.
'Amboi. Dah Ilhan dah. Tadi sebut encik.' Kata hati Nahlan.
“Tapi, macam mana awak tahu yang saya dah lama kenal dengan dia?” Pelik. Itu sebab aku tanya. Kut si Nahlan ni dok stalk aku ke kan... Manalah tahu...
“Sebab dia panggil kau Mai.”
“Urmmm...Make sense.” Aku angguk-anggukkan kepala tanda aku faham. Dengar rupanya panggilan Ilhan pada aku semasa dalam pejabat tempoh hari. Aku rasa, Ilhan cakap dah guna volume suara dia paling rendah. Tapi boleh juga Nahlan dengar ek? Brand telinga apa agak-agaknya yang Nahlan pakai ya?
“Bila kenal dengan dia?” Tanya Nahlan.
“Lama dah.” Balas aku.
“Belajar sekali?” Tebak Nahlan.
“A'a.”
“Belajar ke bercinta?”
“Belajar sambil bercinta.” Jawab aku padu.
Nahlan kulum lidah. “Kenapa kau tak kahwin je dengan dia lepas kau belajar sambil bercinta dengan dia?” Entah kenapa hati dia panas bila Humaira jawab macam acuh tak acuh. Dia tanya betul-betul kut. Sumpah dia nak tahu siapa Ilhan pada hati Humaira. Istimewa ke? Atau biasa-biasa sahaja? Tapi gaya diorang bertekak itu hari, macam ada perkara luar biasa yang berlaku antara mereka berdua.
Giliran aku pula untuk kulum lidah. “Kenapa awak tak kahwin je dengan Zahidah lepas awak suka dia dengan sangat lama?” Tak jawab, aku balas dengan soalan pula.
Oh. Kenal rupanya Humaira dengan Zahidah. “Aku tak pernah cakap pun yang aku suka dia.” Ups. Jujur. Jujur sungguh jawapan yang dia berikan pada Humaira. Ini orang kedua dia bagitahu perihal hati dia. Selama ni, hanya pada Raiqal sahaja nak berkongsi soal hati mahupun perasaan. Pada mak sendiri pun tak pernah nak cakap yang dia tak suka dengan Zahidah. Tapi dengan Humaira, boleh pula jawab dengan selamba sahaja. Dengan sangat yakin pulak itu.
“Then, saya pun tak cakap yang saya bercinta dengan dia.”
“Habis? Tadi tu apa?!” Memang cari fasal lah perempuan ni. Dah cukup baik aku tanya tu.
“Awak dah pekak eh? Saya cakap yang saya belajar sambil bercinta. Boleh jadi saya bercinta dengan dia. Boleh jadi saya bercinta dengan orang lain. Dekat universiti, banyak lagi benda yang saya belajar selain belajar bercinta. Lain kali kasi fokus sikit telinga tu. Ini tak. Tahu nak buat kesimpulan sendiri aje. Huh.”
Nahlan gigit bibir bawahnya kuat-kuat. Dalam hidup dia, pertama kali jumpa manusia yang ada sahaja dalam kepala otak tu nak menjawab dengan dia. Kalau tak jawab yang macam itu, mesti jawab yang macam ini. Kalau tak simpang ke arah sana, mesti akan simpang ke arah yang lain pula. Aku cili mulut tu karang. Baru padan dengan muka kau.
“It's the same things to me. Dah suka, cakap jelah suka. Seronok tak jumpa lepas sekian lama tak jumpa? Siap panggil kau Mai lagi.” Cemburu. Ya. Aku cemburu. Cemburu bila ada lelaki asing yang panggil isteri sendiri dengan panggilan Mai. Lembut pun ya. Sedap untuk telinga mendengar pun ya juga. Aku suami dia kut. Bangang apa nak dengar orang lain panggil isteri sendiri macam itu sekali? Memang mengundang kecaman nampak gayanya.
“Nama je pun. Tak perlulah nak kecoh sangat. Propa apanya? Itu pun nak buat isu.” Balah aku tak setuju dengan apa yang Nahlan utarakan. Entah apa-apa betul perangai.
“Nak jadi bangang sangat, jangan tunjuk depan aku.”
“Apa awak ni? Nak marah tiba-tiba? Tak faham betul saya dengan awak.”
Nahlan diam. Hanya biarkan soalan itu sepi tanpa sebarang jawapan. Tengok Nahlan diam, aku pun jadi diam sekali. Masing-masing diam lepas berbalah mulut bergaduh perkara yang entah apa-apa.
“Kenapa kau buat baik dengan aku Humaira?”
“Sebab saya kan dah buat dosa dengan awak. Ni tengah nak kutip pahala lah ni.”
“Lain kali jangan biar orang asing macam dia panggil kau dengan panggilan Mai dah.”
“Kenapa pula?”
“Sebab aku tak suka.”
“Kenapa awak tak suka? Itu nama saya kut.”
“Sebab aku tak suka.”
“Yelah. Tapi kenapa?”
“Aku tengah nak bagi kau pahala. Alang-alang aku tengah baik ni, eloklah kau buat je. Jangan banyak tanya. Cukup kau dah buat kaki aku macam ni, ada hati lagi nak tanya kenapa dan kenapa. Buat jelah kalau dah tahu kau tu banyak dosa dengan suami sendiri. Tak reti nak ucap terima kasih ke macam mana? Ke tak sabar nak jadi ahli neraka? Tak sedar lagi syurga kau memang bawah tapak kaki aku? Kerja cikgu. Tapi dosa dengan pahala tak reti nak bezakan.”
Bibir aku bergetar. Ya tuhan. Sentap kut. Sumpah aku sentap dengan apa yang Nahlan katakan. Macam menghina pun ada. Macam mencaci pun ya juga. Apa kaitan kerja aku dengan apa yang telah terjadi? Kenapa nak sabitkan pekerjaan aku dengan sikap aku pada dia? Aku tengah layan dia dengan baik bukan?
Nahlan pejam mata. Tak kuasa nak hadap wajah yang dah basah dengan air mata. Dia tahu dia dah terlanjur kata tadi. Tapi dia bengang betul bila terimbau kembali apa yang dia dengar di luar pejabat Ilson Fund tempoh hari. Ya. Dia tahu Humaira dengan lelaki bernama Ilhan tu dah tak sebulu. Entah apa yang jadi pun dia tak tahu. Tapi gaya Humaira cakap tentang cinta tadi, nampak sangat hati Humaira masih ada yang terpaut pada Ilhan. Kalau tak, takdelah nak jawab sesenang macam itu sahaja kan?
“Dah. Tak payah nak acah baik sangat dengan aku. Mohon beredar dari...” Nahlan buka mata. Terkejut tatkala merasakan tubuh Humaira sudah ada atas badan dia. Memeluk dia erat dengan bahu yang terhinggut-hinggut menahan tangis.
Gulp. Air liurnya ditelan.
“Hisk...” Tangis aku memeluk badan Nahlan kuat. “Maaf Nahlan. Saya minta maaf. Sebabkan saya, awak jadi macam ni. Saya betul-betul tak sangka akan jadi macam ni. Saya nak awak sembuh. Jadi macam dulu semula. Kerja macam biasa. Saya...” Aku ketatkan pelukan aku pada tubuh Nahlan.
Nahlan jadi kejung. Berdegup pantas jantungnya saat dada dihimpit rapat dengan dada sang isteri. Tak tahu nak buat apa, dia genggam aje tangan dia kuat-kuat.
“…isk, isk...saya janji saya akan jaga awak. Sampai awak sembuh macam dulu-dulu” Angkat tubuh, terus aku keluar dari situ. Tak nak dah tengok muka Nahlan. Nanti yang sedih, bertambah sedih jadinya.
Nahlan tarik nafas. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Empat kali. Cukup hembusan yang kelima, dibawa tangan kanannya menyentuh ke bahagian kiri dada. Mendengar sendiri alunan yang sedang dipalu dengan sebegitu kuat. Lepas itu digeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. Mahu mengusir paluan yang sampai sekarang tidak mahu berhenti.
“Gosh... Dah peluk aku, blah macam tu je... Ada apa hal?” Tutup mata semula, Nahlan cuba lelapkan mata kembali. Seketika, bibirnya menguntum senyuman yang nipis.
Hurmmm... Seronok rupanya kena peluk. Hihi...
Share this novel