Splash!! Splash!!
Aku bersihkan muka aku lepas keluar dari dewan tadi dan terus pergi ke bilik air. Jujur aku cakap yang aku terkesan dengan kehadiran Ilhan di hadapan mata. Mata itu. Suara itu. Dan pandangan itu. Semuanya terkesan pada jiwa aku dan pada hati aku. Mana mungkin aku nak lupa bila mana aku pernah menaruh hati dan angan-angan untuk menjadi suri di hatinya. Banyak sungguh kenangan aku dengan insan bernama Ilhan. Tapi aku juga yang memilih untuk tinggalkan dia. Kami pun masing-masing berpisah dengan cara yang baik.
Tapi kenapa??
“Isk...” Tapi kenapa aku menangis? “Kenapa kau menangis, Humaira? Kenapa?” Dalam esak tangis, aku bermonolog pada diri sendiri. Lepas itu aku duduk mencangkung di tepi dinding. Tangan yang satu, aku letakkan ke atas kepala. Tak peduli dah dengan mekap atau lilitan tudung, kerana yang penting adalah hati aku sekarang.
Kenapa kau menangis, Humaira? Kenapa rasa di hati masih sakit dan pedih? Kenapa tak kau simpan sahaja yang sakit itu ke belakang dan teruskan macam kau buat sebelum ini? Kau juga bukan yang minta semua ini berakhir? Kau juga yang tamatkan dengan sebaik-baik penamat? Dan kehadiran insan itu tadi hanyalah kebetulan. Mahu menguji keadaan hati kau sebenarnya. Ya kebetulan. Ini semua kebetulan.
“Jangan menangis, Humaira. Kau juga yang minta untuk semua itu berakhir. Kau juga yang pujuk hati kau untuk terima semuanya yang dah berlaku. Jangan menangis. Tangisan kau takkan bawa ke mana. Hanya masa sahaja yang bakal berlalu. Dan antara yang berlalu itu, sesekali takkan bawa kau pada dia semula.” Kata aku pada diri sendiri.
Ya. Aku tak patut menangis. Aku tak patut menangis dengan benda yang dah jadi. Benda takkan berputar ke belakang semula. Diri aku pun sudah diikat dengan tanggungjawab yang lain walaupun rasa macam takde suami. Dan insan itu pun sudah ada kehidupan dia dengan orang lain. Kesedihan ini pun tak perlu untuk orang yang sudah ada kehidupan yang lain. Tak berbaloi untuk ditangisi. Tak perlu.
Tarik nafas. Tarik nafas. Tenangkan diri.
Tidak semena terdengar derapan tapak kaki dari luar. Terus aku bangkit dari mencangkung dan masuk ke dalam salah satu pintu tandas yang ada. Tak mahulah ada orang lain tengok aku menangis macam ini. Boleh bikin malu kut. Umur macam ni pun nak menangis dalam bilik air. Macam budak-budak pun ya. Macam buruk sangat pun ya. Confirm hodoh yang amat muka aku kalau ada sesiapa yang lihat.
“Kau ni boleh sabar tak? Yang kau pergi masuk sini buat apa?”
“Sebab toilet ni paling hujung dan paling malas orang nak masuk menapak ke sini. Sebab tu aku tolak kau masuk sini.”
“Ini ladies, sengal.”
“Sebab male tengah 'on-duty', bro.”
Aku kerut dahi. Lelaki? What the...?
“Habis tu kau ingat, masuk sini security tu takkan masuk sini ke?”
“Yang kau tak buat plan awal-awal kenapa? Kan aku dah cakap. Hari ni diorang ada event dekat dewan. Kau nak juga datang siang ni. Macam tak menyempat langsung malam nanti.”
“Lagi cerah, lagi senang kerja aku. Takdelah nak masuk dengan pakaian hitam memanjang. Panas baju tu kalau kau nak tahu.”
Pap. Aku tolak pintu bilik air kuat. Baru nak menjerkah lantang, mulut aku terkunci rapat saat melihat dua figura yang lengkap berpakaian seperti seorang pekerja di Ilson Fund dengan raut wajah yang sangat aku kenal.
“Nahlan???” Jerit aku terkejut.
“Humaira???” Sama macam Humaira, Nahlan tayang juga wajah terkejut.
Raiqal berpandangan kedua makhluk itu silih berganti.
“Korang berdua ni penceroboh ke apa?” Soal aku dengan mata yang membulat. Rugi betul aku tak keluarkan fon tadi. Kalau tak, aku terus tangkap gambar diorang berdua. Sekurangnya, boleh jadikan bahan bukti kalau ada apa-apa yang jadi pada aku.
Baru Nahlan nak buka mulut menjawab tuduhan yang tak berasas itu, masuk dua orang lelaki memakai pakaian putih dengan topi cop security di atas kepala.
Aku gamam. Nak buat apa ni?
“Encik. Ada penceroboh masuk dalam bilik air ni...” Yes. Ambil kau. Padan muka.
Nahlan yang bengang dengan Humaira, terus ditendangnya pengawal keselamatan yang satu itu sehingga tubuh itu jatuh tersungkur ke bawah. Dengan sekali tendangan, terus lelaki itu rebah tak sedarkan diri. Raiqal pula mengambil kesempatan dengan menumbuk pipi lelaki yang lagi satu sebelum memukul belakangnya. Dengan sekali pukulan, lelaki kedua rebah ke lantai tanpa sedarkan diri.
Dan sekali lagi, aku gamam. Siapa yang padan muka dekat sini? Aku ke? Si Nahlan ni?
“Kereta kau park mana?” Soal Nahlan pada aku.
“Ha??” Aku tayang wajah yang maha terkejut. Gosh. Kenapa aku tak lari dari tadi? Ah sudah. Kena hadap pula dengan dua orang penceroboh ni. Bodoh betul kau ni Humaira. Bodoh sungguh. Apesal boleh tercegat je dekat sini jadi tunggul kayu? Ada masa kau boleh lari kut tadi.
“Kereta. Kereta kau parking dekat mana? Hish perempuan ni. Apa benda lah yang pekak sangat.” Terus dia rentap beg tangan yang Humaira pegang dan meraba semua isi yang ada dalam beg tangan sehingga jumpa akan satu kunci.
“Aku pinjam. Nanti kau balik dengan...”
“TAK BOLEH!!” Terus aku rampas kunci kereta aku yang Nahlan pegang. Ini memang bikin panas. Aku dah mula hilang sabar dengan perangai Nahlan ni tau! Kau ingat kau siapa nak ambil-ambil barang aku! Cukup kau ambil kehidupan aku sudah! Aku dah tak tahan dah!
Nahlan gamam. Tak sangka Humaira boleh jerit kuat dekat dia macam itu sekali. Pertama kali lihat wajah Humaira yang betul-betul tengah marah. Marahkan dia lebih tepatnya.
“Cik. Kitorang ni polis. Janganlah takut. Cik takkan apa-apa. Kitorang takkan apa-apakan cik.” Kali ini Raiqal mula bersuara. Dia lagi takut dengan suara nyaring dari perempuan yang menjerit dari berlawan dengan lelaki yang bakal datang. Sebab suara perempuan yang nyaring macam ini, kesan bahaya yang menanti di hadapan tidak terkata dahsyatnya.
“Aku tak kira. Aku nak juga kunci kereta tu. Bak sini.” Nahlan tarik tangan Humaira kuat.
“TAK BOLEH!! INI SAYA PUNYA!!!” Aku sembunyikan terus kunci kereta tu ke belakang tubuh aku. Kau tak tahukan macam mana rupanya kalau aku marah? Macam inilah rupanya kalau aku marah. Sikit masa lagi, aku boleh bertukar jadi makhluk bertanduk dua dan ada ekor.
“Weh. Tak payahlah. Kita lari sampai motor aku je. Nanti ramai pulak yang datang. Jenuh nak hadap satu demi satu.” Raiqal tarik tangan Nahlan.
“Nak bagi ke tak nak bagi??” Cekak pinggang, Nahlan tayang wajah bengis depan Humaira. Tak peduli dengan amaran dari mulut Raiqal.
“TAK NAK!!!” Aku jelir lidah aku depan Nahlan. Peduli apa dengan siapa aku bercakap. Yang penting, aku tak nak bagi kunci kereta aku pada Nahlan.
“Tak nak sudah! Aku angkut tuan dia sekali.” Terus Nahlan angkat tubuh Humaira tinggi ke atas sebelum meletakkan tubuh genit itu atas bahu dia. Dah serupa macam angkat tong gas.
“Eigh!! Lepas lah!!! LEPAS!! LEPAS!!!” Terhuyung-hayang badan aku tatkala merasakan yang perut aku hanya ada atas bahu Nahlan. Ke sana, ke sini tubuh aku tergerak. Hanya ada dua sahaja yang akan berlaku. Sama ada aku jatuh ke belakang, atau aku jatuh ke tersembam ke hadapan.
Buk. Buk. Buk. Sebab aku geram sangat, aku tumbuk je tubuh Nahlan kuat-kuat. “Lepaslah!!! Eeeiirghh!!! Lepas!!”
“Weh!! Kau kenapa bro? Janganlah buat macam tu kat dia? Dia kan perempuan yang kita jumpa dekat dalam bilik pejabat lelaki durjana tu. Cikgu lagi. Kau jangan sakitkan orang lain Nahlan. Kesian dia.” Simpati tengok perempuan itu terhuyung-hayang macam orang tak betul. Lepas itu tumbuk sana tumbuk sini. Macam tumbuk angin pun ya. Sumpah dia kesian.
”Degil sungguh perempuan ni. Kasi ajar sikit.” Nahlan pegang kedua pinggang Humaira sebelum angkat tubuh itu tinggi ke udara. Dengan sekali angkat, tubuh Humaira sudah ada di udara dan dengan lekas Nahlan dudukkan atas ruangan sinki yang ada.
Pap bunyi yang terhasil.
“Aku minta elok-elok kan! Degil sungguh kau ni.”
Turun naik dada aku tatkala diperlakukan sebegitu rupa. Habis teruk tudung aku sama teruk dengan perangai Nahlan. Buk. Buk. Aku tumbuk dada Nahlan kuat. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Nak tunjuk yang aku tengah marah sangat-sangat. Sakit kalau kau nak tahu punggung aku sekarang ni. Dengan rasa takut diangkat tinggi tadi. Kurang ajar punya lelaki.
Nahlan pegang tangan Humaira yang tak henti nak pukul dia. “Macamlah sakit. Tak sakit langsung kau tumbuk tau. Rasa semut gigit lagi sakit dari rasa kau tumbuk.” Ejek Nahlan pakej sekali dengan muka yang menganjing.
Kali ini aku angkat kaki pula. Nak tendang manusia yang ada di depan ni. Tapi dengan lekas pergerakan kaki aku terhenti saat tangan sasa itu cengkam peha aku dengan kuat.
“Sakitlah!!” Lenting aku sakit.
“Sekarang ni...” Nahlan dekatkan wajahnya dengan wajah Humaira. Melihat mata itu sedalam mungkin. Memanah mata itu setajam yang dia boleh. Dan tak peduli langsung dengan suara yang melenting kata sakit. “...aku tanya sekali lagi. Dekat mana kereta kau?”
Aku diam.
“DEKAT MANA?!!!” Jerkah Nahlan kuat mengalahkan bunyi guruh yang berdetum.
“Basement.” Balas aku menahan rasa getar. Sakit di punggung masih terasa. Ditambah pula dengan rasa sakit di peha saat tangan itu mencengkam dengan sekuat hati dia. Lepas itu kena jerkah depan-depan macam ini.
“Bawa aku.”
“TAK NAK!!”
“Hsssppp!” Nahlan dekatkan wajahnya lagi dengan wajah Humaira. Memberi amaran yang dia betul-betul tengah marah. “Kau jangan sampai aku cium kau dekat sini. Aku boleh buat Humaira. Aku boleh buat.”
Aku ketap bibir. Melihat betapa bengisnya wajah Nahlan sekarang ini, aku tak rasa dia tengah main-main dengan apa yang dia cakapkan. Terus aku pandang ke tempat yang lain. Tak nak hadap pandangan mata Nahlan yang kian membunuh. Khuatir rasa takut akan menyelubungi hati.
Raiqal picit dahi. Serabut kepala otaknya dengan perangai Nahlan. Aduy!!! Masak.
“CEPAT!” Nahlan tarik tubuh Humaira untuk turun dari duduk di atas sinki sebelum menolak tubuh itu kuat keluar dari ruangan bilik air.
Hish. Aku lempang kau nanti Nahlan. Memang aku lempang.
Argh!!!
“Penceroboh. Perompak. Penipu. Pencuri. Pengganas. Apa lagi agak-agaknya title yang sesuai dengan korang berdua ni?” Tangan silang rapat ke dada, aku hambur kata makian aku pada dua makhluk yang berada dalam kereta. Nahlan di sebelah sedang memandu. Lelaki bernama Raiqal di belakang dan aku di sebelah Nahlan. Jelingan paling maut aku tayang pada insan di sebelah lepas aku habis maki.
Nahlan buat muka.
“Cik. Cik salah faham. Sebenarnya kami ni polis. Tengah buat undercover dekat tempat tadi. Tapi kantoi pula sebab ada orang lupa nak buat plan B.” Terang Raiqal akan situasi yang sebenarnya sambil dalam hati menyumpah pada Nahlan sebab dah menarik dia dalam masalah yang satu ini. Nak mengharap yang depan tu dok terang pada yang bertanya? Sampai ke bulan takkan buka mulut.
“Salah faham sangat! Apa benda yang salah faham dekat sini. Jangan sampai saya report awak berdua eh! Polis konon. Apa barang polis macam ni? Dok curi kereta orang.” Aku pusingkan badan aku menghadap Nahlan. Mulut tu kan!!! Eigh!! Asyik diam dari tadi. Naik geram aku. Rasa macam nak cilikan jelah! Biar terbakar sampai ke sudah.
“Pin. Jam. Bukan cu. Ri. Pekak betul lah kau ni aku rasa.” Bagi signal belah kiri, Nahlan belokkan kereta usai mengerling sekilas ke arah cermin pandang belakang. Lega rasa di hati bila mana dia dah pastikan tiada siapa yang mengikut dari arah belakang.
“Saya tak pekak lah!!” Aku tekan punat hon dua kali. Cukup membuatkan wajah Nahlan terpinga-pinga sebelum dia tayang wajah marah dia.
“Kau dah kenapa, perempuan! Duduk diam tak boleh ke?! Aku tengah memandu kan!! Tak nampak?!” Nahlan tolak tangan Humaira ke sana. Dah gila agaknya perempuan ni dok tekan hon tengah-tengah jalan raya macam ni. Mengundang bala betul. Mujur takde polis. Kus semangat dibuatnya dengan perangai perempuan inilah.
“Saya nak bagitahu yang saya tak pekak. Saya boleh dengar hon tu!” Jerit aku sekuat hati pada tepi telinga Nahlan.
Nahlan kepal penumbuk. Ada yang kena dengan dia nanti. “Duduk diam. Aku cakap duduk diam. Raiqal. Kau pegang tangan dia.” Arah Nahlan pada Raiqal.
Terus Raiqal pegang kedua lengan Humaira yang berlapik baju itu dari arah belakang. “Cik. Kami minta maaf banyak-banyak. Saya tahu cik tengah marah. Tapi percayalah. Ini kali pertama juga kitorang buat macam ni. Tak pernah terjadi sebelum ni kalau cik nak tahu. Tarik nafas cik. Cik kena tarik nafas. Kita bincang sama-sama.”
Aku tarik nafas. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Empat kali. Lima kali. Sampai sepuluh kali.
“Okay. Dah. Saya dah tarik nafas. Saya dah tenang.” Tutur aku dengan hati yang tenang.
“Good.” Terus Raiqal lepaskan cengkaman tangannya pada lengan Humaira.
Tak sampai sesaat, aku tolak bahu Nahlan. Aku tarik tangan dia dari pegang stereng kereta. Tergerak sana sini jadinya kereta itu. Habis kena hon dari kereta di belakang dua kali.
“Ya Allah perempuan ni!!” Jerit Nahlan terus bawa kereta ke bahu jalan. Ditekan pedal brek dengan sangat kuat sehingga tergerak tubuh semua yang ada di dalam kereta ke hadapan. Hukum inertia. Tak boleh buat apa.
“APA MASALAH KAU NAK MARAH-MARAH MACAM ORANG GILA?!!” Tengking Nahlan kuat sehingga timbul urat lehernya.
“Masalah? Awak tanya apa masalah saya? Awaklah yang bermasalah dekat sini!” Aku pukul lengan Nahlan sekali.
“Sabar boleh tak? Kau kalau nak mampus, mampus sorang jelah. Tak payah kut nak babitkan diri aku dengan kawan aku!” Nahlan balas dengan menampar lengan Humaira sekali. Sebiji macam yang Humaira lakukan pada dia tadi.
“Sabar? Hei! Dari pertama kali jumpa dengan awak, dah berapa banyak kali saya sabar dengan awak tahu tak! Gila?? Perghh!!! Siapa yang gila dekat sini?” Aku tengok Nahlan atas bawah. “Awak tu yang gila sebab perangai tak ubah macam orang gila!” Nak lawan suara dengan aku? Jom. Takde hal. Aku boleh buat sampai pagi esok.
“Yang kau nak marah sangat ni kenapa? Aku cakap aku pinjam kereta ni kejap kan?? Pinjam. Bukannya aku nak jual ke apa kereta buruk kau ni? Kalau jual pun, takde siapa pun nak beli. Marah tak bertempat betul lah perempuan ni. Entah apa-apa punya perangai. Aku sekeh kepala kau karang.” Ugut Nahlan menahan rasa geram.
“Memanglah saya marah. Ada ke orang lain yang tak marah kalau dia ada dekat tempat saya sekarang. Ada ke? Kalau ada, itu bukan manusia. Itu malaikat. Masalahnya, saya manusia. Memang patutlah saya marah!”
Nahlan pejam mata sesaat. Rahangnya diketap kuat. Urat yang timbul tadi, kelihatan lebih tertonjol keluar. Mata pun macam dah merah semacam mengalahkan mata pontianak.
“Kan dah cakap kat kau tadi yang...”
“Kenapa nak babitkan saya!”
“Siapa suruh kau ada dalam bilik air tu?!”
“Heh.” Aku tarik nafas. “Alasan. Huh. Awak ni kan...ego tak bertempat tau. Cakap jelah yang awak dah buat salah. Kenapa? Rasa hina sangat ke diri tu kalau nak mengaku memang ada buat salah. Ha?” Sambil maki, sambil hujung jari aku dihalakan tepat pada bahagian dada Nahlan. Biar lelaki ini tahu yang dia dah buat silap. Pada aku. Pada isteri dia.
Nahlan terbisu sendiri.
“Kalau salah, mengaku jelah salah. Jangan nak tunding jari dekat orang lain pulak? Apa? Sebab awak lahir sebagai seorang lelaki ke? Itu yang sebab ego tu dok letak sama tinggi dengan pokok kelapa? Hei Wan Ahmad Nahlan. Nanti dalam kubur tu, tuhan tak tanya berapa tinggi ego kita letak lah!! Tak payahlah nak koyak sangat dengan perkataan maaf tu. Buat kenyang dengan dosa je.” Kembang kepis hidung aku dok marahkan lelaki yang bajet bagus depan aku ni. Ek eleh kau. Nak triggered sangat dengan perkataan ego apehal?
“Ewah-ewah kau. Sedapnya mulut...Mengata aku sana sini. Apa masalahnya kalau aku letak ego aku tinggi macam pokok kelapa? Lebih tinggi dari pokok kelapa pun takde masalah untuk aku. Kenapa? Kau ada masalah? Ha? Ada masalah?!” Nahlan tolak bahu Humaira sekali. “Kau ingat kau terlepas ke daripada kena soal dalam kubur nanti. Ni ni... Mulut kau ni pun nanti, tuhan tanya juga apa yang kau dok cakap tak elok semua tu dekat suami kau!”
“Suami?” Soal Raiqal hairan. Tidak berkelip dia pandang wajah si Nahlan.
“Ha. Baguslah. Bagus. Memang bagus. Tapi awak jangan lupa tanggungjawab sebagai seorang suami pulak. Semua benda nak salahkan isteri. Nanti tuhan tanya, kenapa tak balik rumah? Kenapa tak jalankan tanggungjawab macam orang lain? Kenapa asyik lesap lepas tu biarkan isteri terpinga-pinga seorang diri lepas kena tinggal tepi jalan. Ha! Ada lagi satu awak kena jawab. Kenapa rumah sendiri tak nak balik? Takut bini ke takut diri sendiri? Mental apa??!” Aku simbah berbakul-bakul minyak petrol pada maraan api yang tengah menyala depan aku. Baru kau tahu dengan siapa kau tengah bercakap. Harap kerja je bagus. Tapi perangai. Haktuih!
“Isteri?” Soal Raiqal sekali lagi dengan wajah yang dikerunyutkan. Kali ini, dia pandang pada sisi wajah perempuan bernama Humaira pula.
“Takut apende? Setakat kau ni... Apa benda yang perlu ditakutkan. Dah lah rendah. Kecik macam semut. Ringan macam kertas. Aku tibai karang. Boleh lebam biji mata kau tahu tak!! Silap haribulan, boleh buta.” Nahlan dah kepal penumbuk.
“Wau. Hebat. Hebat suami zaman sekarang. Dasyat. Dasyat sangat. Boleh naik tangan sesuka hati. Boleh ugut isteri dengan mulut dia selamba badak. Tak takut dengan dosa gamaknya manusia yang ni! Ke sebab kubur dah asyik panggil nama awak, sampai tak boleh nak bezakan mana dosa mana pahala?!” Hambik kau. Jangan nak cabar kemarahan aku ya meluap-luap ni.
“Cop! Cop! Korang ni, suami isteri ke?” Soal Raiqal kuat.
“Dah tu? Ada nampak macam kitorang ni hamba dengan tuan hamba ke??” Aku balas soalan dengan soalan.
Raiqal terdiam. Terus dia pandang wajah Nahlan. Meminta satu kepastian. Mahukan satu penjelasan. Apa yang jadi ni bro? Bila kau kahwin? Kenapa aku tak tahu pun? Like seriously. What happen dude?
Nahlan berdehem. Sungguh dia lupa tentang hal yang satu itu.
“Keluar. Keluar dari kereta ni. Sekarang. Keluar sekarang.” Aku tolak tubuh Nahlan kuat. Sekuat hati aku yang nak halau dia pergi keluar dari kereta aku. Aku tak kira. Aku nak juga dia keluar. Keluar. Keluar.
KELUAR!
PAP. Nahlan pukul belakang leher Humaira.
Terus pandangan aku jadi gelap.
“Kau gila!!! Bini engkaulah woi.” Jerit Raiqal kuat saat melihat tubuh itu semakin layu dan semakin layu menjunam ke bawah.
“Setel. Bising sangat. Rimas aku. Boleh hancur gegendang telinga aku dengan suara dia yang tak pernah nak berhenti dari tadi.” Tolak tubuh Humaira ke bangku, Nahlan pakaikan tubuh itu dengan tali pinggang. Patut pun beriya sakan gerak sana sini. Tak pakai tali pinggang rupanya. Apa nak jadilah dengan rakyat Malaysia sekarang?
“Wohoiii... Gila la kau Nahlan oi. Gila lah kau...Gila punya ini orang...” Raiqal geleng kepala tidak percaya dengan fiil Nahlan. Isteri sendiri kut. Sampainya hati dok pengsankan isteri sendiri. Gamaknya betul apa yang perempuan ini katakan tentang 'gila' itu. Sebab dia rasa Wan Ahmad Nahlan sudah jadi gila.
Ya. Aku memang gila. Sambut hati Nahlan bersuara sendiri.
Share this novel