“Sini abang lapkan.” Nahlan ambil tuala yang ada sebelum tangannya mula mengelap rambut Humaira yang basah dengan perlahan-lahan. Bermula dari atas kepala hinggalah hujung rambut yang panjang ke paras bahu. Lap dan terus lap rambut sang isteri dengan sebegitu lembut.
Aku tengok aje mata Nahlan. Sekejap, mata itu akan bergerak ke atas. Sekejap, mata itu akan bergerak ke bawah. Lepas itu, tak tengok pun mata dia.
“Humaira... Jangan tenung abang macam nak tembus. Kita baru aje lepas habis mandi. Takkanlah nak mandi lagi sekali kut...” Baru aje api gelora dipadamkan dalam beberapa minit yang lalu. Ini, dok tengok dia semacam mahu terkam. Karang ribut cinta datang membawa sekali dengan angin sayang yang membuak-buak, mahu jenuh dia nak berperang dengan hati sendiri lagi sekali.
“Kenapa abang tak tanya pun?” Soal aku menarik tangan Nahlan lembut langsung menghentikan usapan tuala itu pada rambutnya yang masih basah. Tak peduli dengan apa yang Nahlan cuba untuk sampaikan tadi.
“Hm? Tanya apa? Mai nak abang tanya apa?” Nahlan kerut dahi. Tak faham dengan apa yang sedang Humaira perkatakan. Mahu dia tanya soalan apa pada sang isteri? Nak tanya erti cinta? Sudah jelas sangat maksud cinta yang dihulurkan Humaira tadi. Takkan nak tanya perkara berkaitan sayang? Rasanya, mulut itu dari tadi tak henti ucap kata sayang pada dirinya. Dah tu? Perihal apa yang perlu dia tanya pada sang isteri?
“Tanyalah. Tanya apa pun tentang Mai. Abang sendiri tahu apa yang abang perlu tanya? Ya. Mai tahu yang ma ada cerita dekat abang tentang diri Mai dan apa yang dah jadi pada Mai waktu Mai kecil. Tapi abang tak marah ke?” Sejujurnya, aku takut. Takut andai Nahlan tak boleh nak terima diri aku dengan keadaan aku takde apa pun yang nak diberikan pada dia. Tapi semua yang berlaku tadi, semuanya aku buat dengan ikhlas. Takde sikit pun rasa terpaksa. Semuanya aku dah bagi. Sayang dan cinta itu menjadi satu. Dan Nahlan balas pun dengan perkara yang sama.
Tapi...
“Marah? Kenapa pulak nak marah? Dan apa yang dah jadi pada Mai waktu kecil dulu, pun abang tak berniat langsung nak jadikan sebab untuk abang marahkan Mai. Yang penting adalah diri Mai sekarang ni. Bukannya diri abang.” Balas Nahlan tenang.
“Tapi takkanlah abang tak nak tanya langsung fasal diri Mai yang banyak kekurangan ni...” Tipulah kalau Nahlan tak nak tanya langsung. Mesti ada juga yang terlintas dalam fikiran dia bila mana melihat cadar itu hanya putih tanpa sebarang calitan. Aku perempuan kut. Dan dia itu lelaki. Takkan rasa pelik dan marah sikit pun tak menyinggah di hati?
“Mai nak abang tanya apa sebenarnya ni?? Hm??” Seboleh daya tak nak utarakan isu yang dia tahu perkara itu bermain hebat dalam fikiran sang isteri. Sudah dia kata yang rasa sayang dia pada sang isteri melebihi segalanya. Apa yang kurang? Dia tak tahu. Tapi satu perkara yang dia pasti, diri dia yang banyak kekurangan dekat sini.
Aku tundukkan wajah ke bawah dengan mimik muka yang muram. Sedih mula menguasai hati, jiwa dan kalbu. “Maaf. Mai dah takde apa yang abang nak. Mai rasa macam tak adil pula untuk abang dapat isteri macam Mai sedangkan dekat luar sana banyak lagi perempuan yang lebih layak... Mai rasa serba salah sebab jadi isteri tak sempurna untuk abang... Andai abang nak marahkan Mai, Mai akan terima semuanya “
“Humaira.” Panggil Nahlan lembut.
“Hm??” Aku angkat wajah. Membalas pandangan dari Nahlan juga dengan sangat lembut. Tapi kepala masih tak boleh lari lagi dengan rasa serba salah yang wujud dalam diri. Pada lelaki ini. Pada Wan Ahmad Nahlan. Alangkah bagusnya kalau lelaki sebaik ini mendapat sesuatu yang baik juga dalam hidup dia. Rasa macam tak adil pula untuk aku ada rasa cinta dan sayang pada lelaki di hadapan.
“Siapa kita nak tentukan siapa yang sempurna atau siapa yang tidak sempurna?” Nahlan tarik nafas dalam-dalam. “Apa yang dah diberi, itulah yang terbaik untuk abang. Syukur pada tuhan sebab dah hadirkan Mai dalam hidup abang dan adanya seorang Humaira, dah buatkan abang rasa sempurna. Dekat dalam ni...” Nahlan lekapkan tapak tangannya di dada. “...Mai dah jadikan abang seorang lelaki yang sempurna. Hanya Humaira seorang aje yang dapatkan padamkan gelora api dalam jiwa abang. Keinginan abang, semuanya untuk insan bernama Humaira. Takkan ada orang lain. Jadinya, kenapa nak bangkitkan isu sempurna atau tak sempurna?”
Aku gigit bawah bibir. Menyoroti apa yang Nahlan katakan. Atau lebih tepat, insan itu sedang menegur aku dengan cara yang sangat halus. Seboleh mungkin tak mahu mengguriskan perasaan aku sebagai seorang isteri. Sekaligus menjaga maruah aku dan menghormati aku dengan selayaknya pada status isteri pada dirinya yang aku pegang. Jelas ternampak pada kelakuannya tadi. Tidak langsung menyakitkan aku. Bahkan, sangat lembut.
“Tapi Mai tetap rasa tak adil untuk abang. Mai tetap rasa yang abang sepatutnya dapat manusia yang lebih baik dari Mai.” Luah aku menahan rasa berkecamuk dalam hati. Berperang dengan jiwa sendiri atas sebab diri aku yang banyak kekurangan. Ya. Aku tahu. Macam mana baik pun seorang Wan Ahmad Nahlan, insan itu masih seorang makhluk bernama lelaki. Yang punya satu nafsu sahaja.
“Mai tahu tak? Kenapa abang nak sangat jadi perisik??” Soal Nahlan tanpa peduli dengan apa yang Humaira cuba sampaikan. Dia faham dan sangat faham akan apa yang Humaira mahu katakan. Tapi dia nak Humaira tahu apa sebenarnya yang dah jadi. Dan semua yang jadi itu, membuatkan dia dapat duduk di hadapan Humaira saat ini sambil berpegangan tangan menyulam jari.
“Ha?? Abang. Mai tengah cakap fasal benda lain.” Aku lapiskan dahi. Kan dah terang lagi bersuluh yang aku tengah bicarakan hal yang lain. Tiba-tiba Nahlan buka mulut tentang perkara yang lain pula. Jauh tersimpang langsung dari apa yang aku cuba aku sampaikan. Dan seratus peratus takde langsung perkaitannya dengan apa yang aku cakapkan tadi.
“Alah... Teka ajelah...”
Aku jongket bahu. “Manalah Mai tahu. Mungkin sebab dari abang kecil banyak tengok cerita fasal perisikan.” Duga aku akan apa sahaja yang terlintas di minda. Manalah aku nak tahu. Tanya pulak dalam masa yang aku tak boleh nak jangka. Lagilah bertambah blur kepala otak aku dibuatnya.
Nahlan senyum. Dicuit manja hidung Humaira sebelum memegang tangan itu dengan sangat erat. “Waktu kecil, abang pernah hilang dari rumah. Kena culik.” Nahlan mulakan dengan ceritanya yang singkat. Mahu melihat reaksi dari sang isteri.
Aku bulatkan mata. “Main-main ke apa abang ni??” Aku tampar lembut tangan yang sedang memegang tangan aku. Gaya cakap macam main-main aje. Boleh percaya ke dia ni?
“Mana ada orang nak main-main benda macam ini.” Dan ternyata reaksi dari wajah Humaira jelas menunjukkan muka itu tidak percaya dengan apa yang bakal dia ceritakan selepas ini. Tapi masih, dia nak cerita.
Aku tekup mulut aku guna satu tangan. “Betul-betul ke? Bukan main-main?” Soal aku terkejut.
Nahlan angguk.
Aku bulatkan lagi mata yang sedia bulat. “Kenapa boleh jadi macam tu? Eh, eh. Bukan. Kenapa tiba-tiba abang buka cerita fasal kena culik? Mai jadi blur kejap.” Yelah. Nama pun kena culik. Bukannya perkara yang seronok untuk bercerita macam pergi bercuti ke luar negara.
“Sebab abang nak Mai tahu apa yang abang dah lalui.” Jawab Nahlan perlahan.
Aku tarik nafas. “Kalau macam itu, abang ceritalah. Mai akan dengar.”
“Tiga hari. Tiga hari Mai. Abang rasa macam abang ada dekat neraka. Neraka jadian ciptaan manusia.” Nahlan tarik nafas. Mengimbau kembali untuk saat itu. Saat di mana dunianya menjadi kelam seperti gelapnya langit di malam hari.
“Abang ingat lagi Mai kejadian tu. Kena tarik masuk dalam van waktu perjalanan pulang dari main bola dengan kawan-kawan. Lepas tu mata, mulut dan tangan kena ikat. Dibawa ke satu tempat. Dekat gudang lama. Bila ikatan mata dilepaskan, ramai yang budak-budak baya abang ada tengah duduk dengan keadaan semuanya menggigil ketakutan. Ada yang terbaring lesu tak bermaya. Ada yang duduk menekur melihat lantai dengan mata yang memerah. Ada yang menangis dengan satu badan terhinggut-hinggut. Lepas itu, abang nampak ada budak lelaki yang kena tarik masuk ke dalam satu bilik. Lepas lima atau sepuluh minit, diorang dibawa keluar. Sampailah giliran abang kena tarik masuk bilik.” Nahlan hentikan cerita. Bergetar satu tubuhnya bila mana kepala asyik benar teringat pada memori hitam tersebut.
Memori yang dia mahu lupakan.
Ingatan yang dia mahu hapuskan.
Bayangan hitam yang dia mahu bunuhkan.
“Dalam bilik tu Mai... rupanya diorang...” Mata Nahlan dah mula hangat. Berkaca mengingatkan saat dia diperlakukan seperti seekor binatang. Daripada manusia yang dewasa kepada dia yang masih kecil. Dia ingat lagi jeritan yang keluar dari anak tekaknya dengan sangat kuat bergema memenuhi ruang bilik. Tapi tak mampu menghalang tubuhnya diperlakukan dengan sangat ganas oleh mereka yang kejam.
Terus aku peluk tubuh Nahlan kuat-kuat. “Tak payah cerita lah abang. Takpe... Tak payah cerita. Mai sedih lah tengok abang macam ni...” Pujuk aku mengusap tubuh itu supaya dapat menyalurkan sedikit kekuatan. Walaupun aku tahu takkan membantu Nahlan terhadap perkara yang telah terjadi.
“Tak Mai. Penting untuk Mai tahu. Sangat penting untuk abang dan Mai.” Nahlan tolak bahu itu. “Rupanya kami yang kena culik ni terpaksa melayan nafsu diorang yang bersifat binatang. Bukan abang sorang yang kena. Semua di situ kena perkara yang sama. Jijik Mai. Jijik sangat abang rasa dengan semua yang dah berlaku. Rasa diri abang seorang pendosa walaupun abang seorang mangsa. Rasa macam terlalu hina diri abang walaupun bukan abang yang lakukan.” Sambung Nahlan dengan keadaan kedua tangannya dikepal erat.
Bukan senang dia nak buka mulut menceritakan perihal ini kepada orang lain. Aib kepada dirinya dan aib kepada satu keluarganya. Tapi dia mahu Humaira tahu. Dan dia rasa, Humaira layak untuk tahu.
Aku pejam mata. Ya tuhan... Itu sebenarnya yang berlaku. Tak ubah macam apa yang dah berlaku pada diri aku. Seksanya untuk teruskan kehidupan tatkala perlu melalui saat yang getir macam itu. Aku faham perasaan Nahlan. Sangat faham. Bukan senang nak teruskan hidup macam orang lain hidup. Terasa macam satu dunia ini adalah palsu. Tiada apa yang benar melainkan yang wujud itu adalah sebuah kesakitan.
“Macam mana abang teruskan hidup? Mak dengan ayah macam mana pulak?” Teringat aku pada wajah dan ayah Nahlan. Insan paling baik pernah aku jumpa selama aku hidup. Layan aku tak ubah macam layan anak sendiri. Kadang tu, aku rasa berdosa pada dua insan itu kerana berikan seorang Wan Ahmad Nahlan kepada aku.
Nahlan geleng. “Abang tak cerita. Tapi abang tahu yang mak dan ayah tahu sebab abang dibawa terus ke hospital lepas abang dijumpai.”
“Macam mana abang larikan diri?” Soal aku lemah. Kalau jiwa itu sakit, jiwa aku turut berduka cita. Kalau hati itu tidak tenteram, hati aku turut jadi galau. Alangkah baiknya kalau semua ini tak terjadi pada kami berdua. Pada siapa untuk aku salahkan? Pada siapa selayaknya untuk aku tunding jari? Pada manusia yang perlakukan aku dan Nahlan sebegini? Yang sedang bebas berjalan di luar mencari mangsa lain? Atau pada manusia yang sepatutnya menjadikan dunia ini lebih baik? Atau pada dunia yang sememangnya tidak adil?
Pada siapa wahai bumi yang mendengar? Pada siapa??
“Sehari sebelum kami dihantar untuk dijual pada penjual, gudang tu kena sabotaj. Meletup dan setiap dari kitorang larikan diri. Berlari entah ke mana. Masing-masing nak selamatkan diri sahaja. Sama juga macam abang. Berlari sebab hanya nak selamatkan diri sahaja. Tak fikir apa dah. Dalam kepala otak abang hanya nak balik rumah sahaja. Jumpa mak. Jumpa ayah. Sampailah abang lari ke suatu tempat untuk sorokkan diri. Takut kalau-kalau ada yang mengejar abang dari belakang...” Nahlan pandang mata sang isteri dalam-dalam. Cukup. Cukuplah setakat ini. Dia tak nak sorok apa dah dari Humaira. Tak sanggup. Tak mampu dah nak tanggung beban yang menyesakkan jiwa dan raga.
“Dan waktu itu... abang nampak Mai...” Luah Nahlan akhirnya.
Aku tersentak. Nampak aku? Nahlan nampak aku?? Apakah??
“Apa yang abang cakap ni?? Mai tak fahamlah...” Aku kerut dahi. Sumpah aku tak faham dengan apa yang Nahlan sedang perkatakan. Kenapa dalam cerita Nahlan terselit dengan nama aku sekali? Celah mana pulak dunia pertemukan kami berdua??
Nahlan genggam tangan itu kuat-kuat. “Maafkan abang Mai... Maafkan abang. Abang betul-betul minta maaf. Andai abang boleh putarkan kembali untuk saat itu... andai abang boleh putarkan semula dunia ini untuk pulang ke masa dan detik yang lalu, nescaya abang akan pastikan Mai selamat dan sentiasa selamat.” Pinta Nahlan sambil mengucup kedua tangan sang isteri dengan mata yang basah.
Aku tarik wajah itu melihat aku. “Apa yang abang cakap ni? Mai sungguh-sungguh tak faham. Langsung tak faham.” Kalau tadi aku kerutkan dahi, sekarang satu muka aku kerunyutkan menandakan yang aku memang tak faham tentang semua bicara yang Nahlan tuturkan. Apakah??
“Abang nampak apa yang berlaku. Satu. Demi. Satu... Abang nampak dengan mata abang sendiri akan apa yang Mai lalui. Dengan apa yang orang jahat tu dah buat pada Mai. Disebabkan abang tak berani dan tak boleh nak fikir dengan baik waktu tu, abang hanya pejamkan mata sahaja. Abang takut dengan semuanya. Abang takut Mai... Sungguh abang takut sangat-sangat.” Terhinggut-hinggut kedua bahu Nahlan menceritakan apa yang telah dia nampak semasa berpuluh-puluh tahun yang lalu. Yang dia simpan sendiri dalam hati dia. Takde siapa yang tahu melainkan diri dia dan tuhan yang menciptakan.
Aku tekup mulut aku dengan telapak tangan. Terkejut dengan apa yang telinga aku dengar. Mata aku bergetar sambil fikiran menerawang pada kejadian yang berlaku beberapa puluh tahun yang lepas. Semasa Kayla tinggalkan aku berseorangan. Maksudnya, waktu kejadian aku diculik sebelum dihumban dalam tong sampah, ada saksi yang melihat tatkala aku diperlakukan dengan sangat ganas oleh manusia durjana. Sehinggalah tubuh aku lunyai dibelasah sebelum dihumban ke dalam tong sampah yang besar. Ketika mana nyawa aku berada di atas satu tali yang halus.
“Mai... Abang minta maaf.” Terus dipeluk tubuh sang isteri dengan kuat bila mana melihat mata Humaira sudah penuh ditakungi dengan air mata yang bila-bila masa sahaja akan gugur menyembah ke bumi.
Aku pejam mata. Tak mampu nak tahan dah rasa sakit di hati, aku cengkam belakang Nahlan. Memikirkan tentang kejdian yang menimpa sewaktu kecil. Yang menghimpit jiwa aku sampai ke hari ini. Pedih tak terkata.
“Kalaulah abang jadi berani waktu... kalaulah abang berani untuk bertindak... kalaulah abang berani nak halang... Mai takkan hidup macam ni... Mai takkan membesar dengan perkara yang menyakitkan jiwa Mai. Dihantui dengan masa silam... Maafkan abang Mai... Abang betul-betul tak sangka yang Mai adalah perempuan tu. Sebab itu abang nak jadi perisik. Abang dah bertekad nak cari Mai. Kalau kata Mai dah tiada dalam dunia pun, abang nak tengok sendiri buktinya depan mata abang. Tapi lagi sekali tuhan dengar doa dan rayuan abang. Baru abang faham akan mengapa tuhan gerakkan hati abang untuk ada atas rumah Mai waktu pertama kali abang jumpa Mai...”
“Isk...isk...” Tangisan aku jadi makin kuat.
“Abang nak jadi perisik. Abang nak hapuskan semua penjenayah yang buat Mai dan abang macam itu. Dan abang nak cari Mai guna semua akses yang abang ada. Mai sebab abang nak jadi perisik. Dan Mai juga yang jadikan abang sampai tahap macam ini. Sebab abang dah janji pada diri sendiri untuk cari Mai.” Kata Nahlan lagi dan lagi.
Lepas kejadian itu, dia dah bertekad nak hapuskan semua penjenayah yang melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan remaja bawah umur. Dia ingat lagi. Lepas kejadian itu, tak boleh langsung nak lelapkan mata untuk tidur macam biasa. Asal tutup mata aje, bayangan Humaira yang diperlakukan dengan kejam akan bermain di mindanya. Menggigil teruk setiap kali malam menjelma. Sehinggalah mak dan ayahnya memilih untuk pindah ke rumah lain.
Beberapa ketika berlalu, aku tolak tubuh Nahlan perlahan dengan mata yang memerah. “Abang cari Mai?” Soal aku tersedu-sedan menahan sebak di dada.
Nahlan angguk.
“Kenapa abang nak cari Mai??” Soal aku pelik.
“Sebab abang dah janji pada diri abang untuk jaga Mai sampai abang mati. Abang rasa apa yang berlaku pada Mai, semuanya salah abang. Makin abang dewasa, makin abang tekad nak cari Mai untuk abang minta maaf. Sebab abang tahu, bukan senang nak hidup dalam keadaan kita yang pernah melalui benda pahit dalam hidup. Orang tak faham. Mereka hanya mampu mendengar. Itu sebab abang rasa abang perlu bertanggungjawab untuk hapuskan semua penjenayah yang macam diorang.” Tutur Nahlan. Jujur dia katakan yang diri dia juga susah untuk bangkit menjadi seorang manusia yang macam sekarang. Siapa yang pernah melaluinya sahaja tahu dan faham betapa peritnya nilai sengsara yang dia dan Humaira lalui. Pada waktu kecil pula itu.
“Macam mana abang tahu yang Mai...”
“Ma. Ma yang bagitahu semuanya sekali dekat abang.” Balas Nahlan laju.
Mata aku bergetar dengan lebih hebat saat mulut Nahlan menyebut perkataan ma. Terus kepala aku menerawang memikirkan hanya pada satu wajah sahaja.
“Waktu Mai koma, ma ada datang jumpa Mai.”
“Ma dengan babah ke?”
Nahlan geleng kepala. “Bukan. Ma sorang aje. Ma menangis tengok keadaan Mai. Ma kata tak tahu bila akan jumpa Mai lagi lepas ini sebab diorang nak pindah duduk luar negara.”
Ya. Aku tahu yang ma, babah dan Kayla akan berpindah ke luar negara dan menetap di sana. Ingatkan nak jumpa mereka lepas sihat, tapi ma kata mereka sudah berangkat pergi sebelum sempat aku berjabat tangan.
“Ma nangis??” Tanya aku mengesat saki baki air mata yang masih ada. Insan itu bersedih atas apa yang dah berlaku pada diri aku?? Bukankah layanan mereka selama ini hanya atas dasar harta dan kesenangan semata? Tapi mengapa insan itu mengalirkan air matanya untuk aku? Serasanya, Kayla sahaja yang istimewa di mata ma mahupun babah. Aku ni, ibarat tak wujud langsung dalam dunia mereka.
“Ma suruh abang jaga Mai elok-elok. Ma minta maaf sebab selama ni buat Mai macam itu. Lepas tu ma cerita apa jadi pada Mai waktu Mai kecil.” Teringat kembali apa yang telah ibu mertuanya ceritakan pada dia sewaktu Humaira disahkan koma selama berbulan-bulan. Lepas ma cerita pada dia, terus dia minta akses pada Interpol akan fail-fail yang sudah lama dan kes yang telah dibekukan. Tekaan dia tak salah bila mana fail berkaitan dengan Humaira adalah sama dengan apa yang dia cari selama ini.
“Habis tu, sebelum kita kahwin ma bagitahu tentang apa pulak?” Aku rasa aku ada tanya perihal ini pada ma dulu. Dan ma hanya jawab, semuanya sudah diselesaikan. Apa yang selesai?
“Ma hanya bagitahu yang Mai bukan anak kandung diorang.” Jawab Nahlan mengenai lagi satu fakta.
“Habis tu? Abang terima Mai seadanya? Walaupun Mai takde apa nak bagi pada abang? Walaupun Mai macam ni... Walaupun Mai tak tahu boleh mengandung ke tidak? Walaupun Mai pernah ada sejarah penyakit mental. Kena jumpa psikiatri. Abang terima??” Aku kesat hidung aku yang sudah basah. Hingus pun dah meleleh macam apa.
Terus Nahlan labuhkan bibirnya pada dahi sang isteri. Kemudian dia tarik tubuh itu dan masukkan ke dalam pelukannya semula. Membelai tubuh itu dengan sangat lembut. Mengusir apa sahaja yang tidak tenteram di dalam hati sang isteri. “Mai terima abang?” Dia tanya pada Humaira tanpa jawab soalan yang Humaira tanyakan.
Aku angguk.
“Kalau macam tu... seribu kali abang sudi untuk hidup dengan Mai.”
Terus aku ketatkan lagi tautan aku pada tubuh Nahlan. Terharu mendengar yang ada manusia lain sudi untuk hidup dengan aku. Menerima aku seadanya. Jujur aku katakan yang aku juga mahu hidup bersama lelaki ini. Hingga hujung nyawa. Pedulilah apa yang orang lain mahu katakan. Yang penting, aku mahu kegembiraan itu wujud setiap kali aku bersama dengan Nahlan.
Eh kejap.
“Tapi Mai tak tahu Mai boleh bagi abang anak ke tak?” Tolak tubuh Nahlan, aku ucap akan satu perkara yang sering mengganggu fikiran aku dari dulu lagi sampailah saat ini. Salah satu sebab kenapa aku tak nak kahwin. Dan sebab yang sama aku tak boleh teruskan hubungan dengan Ilhan. Atas sebab ini. Doktor pun dah sahkan akan perkara yang sama.
“Anak tu rezeki. Kalau tuhan nak bagi, DIA bagi. Rezeki depan mata abang ni pun dah cukup banyak buat diri abang. Kenapa nak persoalkan perkara yang tak tahu akan dapat ke tidak? Apa yang Mai nak risaukan?” Pegang pipi Humaira, Nahlan titip kata syukur dengan hati tak henti memuji pada Ilahi.
“Kalau nanti abang tinggalkan Mai sebab perkara ni, macam mana?”
“Kenapa Mai cakap macam tu? Janganlah cakap macam tu.”
“Yelah. Siapa je dalam dunia ni tak nak anak? Tak nak zuriat sendiri? Cuba abang cakap dengan Mai?” Betul tak? Nak sangkal apa tentang fakta yang satu itu. Cuba cakap dengan aku siapa yang tak nak anak lepas berumah tangga. Zuriat itu kan pengikat kasih. Penyambung waris. Nanti siapa lagi nak doakan diri kita kalau bukan anak sendiri??
“Mestilah abang nak. Tapi kalau takde rezeki dalam dunia ni, insya Allah dekat akhirat akan ada. Gaya Mai cakap macam nak halau abang je. Kita baru aje cuba buat anak tadi, Mai. Banyak lagi kut masa lepas ni kalau nak buat anak dengan Mai. Bila-bila pun takpe. Mai minta jelah. Nanti abang bagi.” Geram dia. Baru aje menyulam cinta dengan isterinya. Dah ni, nak gaduh pulak ke macam mana??
“Yelah. Tapi dokor cakap Mai tak boleh mengandung sebab kejadian yang dulu. Kalau nanti abang dah tak suka dengan Mai dan abang nak zuriat sendiri, abang akan tinggalkan Mai juga kan?” Hambur aku sedikit kuat. Perkara yang semua orang takut akan berlaku. Rasa ditinggalkan oleh orang yang tersayang.
“Hssssppp!! Jangan cakap macam itu dah. Kalau takde, takdelah. Kalau ada, abang bersyukur. Jumpa dan hidup dengan Mai dah jadi satu kebaikan untuk diri abang. Kalau Mai nak sangat, nanti kita buatlah anak tu hari-hari.” Nahkan cubit pipi itu kuat-kuat. Bertambah geram dengan ayat yang Humaira hamburkan dengan selamba badak. Karang, ada juga yang kena cium dengan dia tanpa henti. Jenuh nak kena mandi lagi sekali.
“Mai cakap benda betul.” Nada aku naik lagi satu oktaf.
“Mai...” Nahlan pegang bahu itu. “...rezeki ni tuhan dah tetapkan. Jangan nak marah kalau tuhan tak bagi. Cuba tengok sekeliling Mai. Banyak lagi yang tuhan dah beri dan gantikan dengan yang lebih baik. Kalau takde, kita akan lalui benda ni sama-sama. Kalau ada, pun kita akan lalui perkara ni sama-sama juga. Kalau satu hari nanti abang akan tinggalkan Mai, abang doa hanya sebab nyawa abang ditarik oleh Ilahi. Bukan atas sebab yang lain.”
“Betul ni?? Abang tak menyesal cakap macam ni? Mai semat dalam kepala otak Mai apa yang abang cakapkan tadi. Kalau abang ungkit benda ni satu hari nanti, Mai takkan maafkan abang langsung.” Ugut aku dengan mata yang memerah.
Nahlan senyum.
“Senyum pulak. Mai cakap betul-betul ni.”
“Mai sayang sangat ke dengan abang? Hm?”
“Dah tu? Abang nak Mai sayang orang lain? Gitu?”
“Eh jangan!! Jangan nak buat hal. Dan jangan nak cari gaduh dengan abang lepas ni. Kita hidup baik-baik aje. Abang dah tak boleh nak marah Mai macam dulu-dulu lagi. Tak sampai hati. Tapi kalau Mai berkeras juga nak ada hati dengan orang lain, abang takde pilihan selain marahkan Mai. Ini amaran ya Mai. Kalau Mai ada walau sekelumit kuman niat nak sayang orang lain, memang habislah Mai abang kerjakan. Sampai Mai nak buka mata pun tak larat.” Ugut Nahlan dengan waah yang tegang.
Giliran aku pula untuk senyum kali ni. Geli hati dengar pengakuan yang berbaur cemburu dari mulut Nahlan. Lupa dah yang aku baru sahaja menangis tadi.
“Ha sengih lah! Sengih. Abang tolak Mai atas katil nanti.” Ugut Nahlan kali kedua.
Aku lebarkan senyuman.
“Memang nak kena tolak ke macam mana?”
Aku geleng kepala. “Tak. Tak nak. Tapi Mai suka bila tengok abang cemburu macam itu. Hehe..”
Nahlan leretkan bibir. Memang nak kena isteri aku ni!
“Hei listen.” Nahlan tarik wajah itu supaya mendekatinya. “Jangan buat macam itu lagi. Abang tak suka Mai cakap fasal lelaki lain. Jangan sayang orang lain dan jangan sesekali fikir untuk tinggalkan abang. Abang tak benarkan. Tau??”
Aku angguk.
“Abang sayang Mai dan abang tahu Mai pun sayangkan abang. Jadi please... Hidup dengan abang. Kita lupakan apa yang dah jadi waktu dulu. Abang jaga Mai. Mai jaga abang. Penuhi kehendak abang dan abang akan penuhkan apa sahaja yang kosong dalam hati Mai. Fikir tentang abang sahaja. Setiap detik. Setiap saat. Siang dan malam. Faham tak??”
“Ai ai sir.” Aku angkat tabik sambil kenyit sebelah mata.
Nahlan hela nafas. Disengihkan bibirnya sekejap dengan kepala yang digeleng halus. Comel teruk isteri dia bila mengenyit mata macam itu. Terus, dia tolak tuala yang ada ke bawah sebelum rebahkan dirinya ke atas badan sang isteri.
“Mai baru aje mandi!” Ronta aku cuba untuk meloloskan diri dari pelukan yang hangat itu.
“Takpe. Kita mandi sekali lagi nanti.”
Hai. Ada sikit lagi bab untuk akhiri kisah ini. Stay tuned ya. Terima kasih sudi baca.
Share this novel