“HUMAIRA.”
Aku pusing.
“Nahlan?? Awak dah boleh berdiri? Kaki awak dah elok ke?” Mara setapak ke hadapan, aku soal dengan wajah yang cukup terkejut tatkala melihat Nahlan berdiri secara normal. Macam sebelum-sebelum ini. Tapi dengan lekas Ilhan menghalang menggunakan tubuhnya.
“What are you doing here, man?” Tanya Ilhan berkerut dahi. “Rasanya takdelah pula Ilson Fund jemput mana-mana inspektor mahupun polis datang ke sini. Ke Janda Baik. Dan setahu aku, aktiviti yang dijalankan dekat sini semuanya masih halal. Bersih lagi. Ke memang kerja polis sekarang asyik nak buat serbuan tanpa siasat dulu. Banyak sangat masa terluang ke macam mana?” Tayang wajah garang, Ilhan berdiri sama tinggi dengan Nahlan.
“Apa yang aku buat kat sini?” Angkat kening tinggi, Nahlan lontar semula soalan berbaur sinis pada wajah di hadapan. “Kau tanya aku apa yang aku buat dekat sini? Let me tell you... Pertama sekali, ini bukan hal kau. Yang kedua, aku takkan sesekali jadikan hal ini hal kau. Yang ketiganya...” Disengetkan sedikit kepalanya melihat wajah yang ada di belakang tubuh Ilhan.
“...you girl.” Diangkat kedua jarinya ke atas dan gerakkan sekali ke arahnya. “This is between us.”
Gulp. Aku telan air liur. Meremang bulu roma aku bila bertembung mata dengan mata Nahlan. Tak tipu. Memang aku nampak percikan api yang sedang membara di dalamnya. Sikit lagi, memang meletup lelaki yang seorang ini.
“Nak tercegat sampai kiamat dekat situ ke, cik kak?”
“Errr...” Aku kepal tangan kuat-kuat. Hish. Kenapalah aku boleh tersepit dengan masalah yang macam ini? Dengan dua orang lelaki pulak tu? Tak pernah terfikir dek akal langsung nak bergaduh di antara dua makhluk bernama lelaki. Kira dah masuk kategori baik aku datang sini hanya demi madam. Tup tup kena hadap dengan makhluk dua ekor yang hanya tahu berbalah mulut sahaja. Dah macam takde kerja lain nak buat.
“Ke nak tunggu aku gali kubur dulu baru kau nak datang ke aku?”
Terus aku bergerak merapati Nahlan dengan mata tak lepas pandang pada kaki dia. Betul ke dah sihat? Jalan tak payah pakai tongkat? Minggu lepas aku tengok macam tak boleh jalan lagi. Tiba-tiba hari ini boleh berdiri macam tak pernah sakit. Lagi beberapa langkah nak sampai ke Nahlan, terus hujung lengan aku ditarik kuat oleh tangan Ilhan.
“Aduh.” Aduh aku sakit bila mana jemari Ilhan menggenggam kuat tangan aku.
“I'm here. Dia takkan apa-apakan Mai.” Kata Ilhan separuh berbisik. “Tak tahulah apa masalah kau. Tapi Humaira ni bakal jadi pekerja aku. Tak boleh sesuka hati kau nak arahkan orang ikut kau hanya sebab kau ada pangkat polis. Aku rasa, pilihan yang kau boleh buat adalah dengan berambus sahaja dari sini.” Sambung Ilhan sekaligus menghalau supaya Nahlan pergi dari sini.
Nahlan genggam kuat kedua tangannya. “Aku rasa lebih baik kalau kau lepaskan tangan dia.” Sekali dia beri arahan dengan mata galak menikam mata Ilhan.
“Ilhan. Lepaskan lah tangan saya.” Aku tarik tangan aku dari pegangan Ilhan.
“Nope. Dulu saya pernah lepas. Tapi sekarang saya takkan lepaskan awak, Mai.”
“Sekali lagi aku cakap. Kalau kau nak umur kau panjang, adalah lebih baik kau lepaskan dia.” Kali ini, amaran yang lebih tegas Nahkan lontarkan pada Ilhan.
“Ilhan. Lebih baik awak lepaskan saya.”
“No Humaira. Awak jangan takut. Polis ni takkan berani nak...”
BUK! Tersembam seluruh tubuhnya ke atas tanah saat menerima tumbukan dari tangan yang menumbuk. Buk. Buk. Belum sempat nak bangun, kolar bajunya ditarik oleh Nahlan dan tanpa menunggu walau sesaat lagi, bertubi-tubi tumbukan dikenakan pada kedua pipinya tanpa sempat dia elak.
“Nahlan. Cukup.” Aku tarik tangan Nahlan. Tapi bukan setakat kena tepis, kena tolak siap. Sampai terduduk aku atas tanah.
“Nahlan. Cukup!” Aku tarik lagi sekali tangan itu. Mahu mati Ilhan dikerjakan oleh tangan Nahlan saat melihat ada percikan darah yang keluar dari mulut tersebut. Tapi apakan daya. Lagi sekali, aku kena tolak dan jatuh terduduk terus atas tanah. Sakit? Usah dikata.
“WAN AHMAD NAHLAN! I SAID ENOUGH!!” Jerit aku sekuat hati.
“ARGHH!!!!” Balas Nahlan menjerit pada wajah Ilhan. “ARGH!!!!! ARGHH!!!!!” Dihentak-hentakkan kakinya ke atas tanah. Tanda dia sedang tahan amarah yang melampau.
“Awak ni kenapa?!” Aku tarik tubuh itu supaya menjauhi Ilhan. Elok takde kes dekat sini, nanti jadi kes bunuh pulak kalau-kalau Nahlan tak nak berhenti langsung untuk menumbuk. “Tak perlu kut sampai nak membunuh dekat sini. Cuba kawal sikit baran awak tu!”
“SHUT UP HUMAIRA!! YOU SHUT UP!!”
Aku sepetkan mata. “Apa masalah awak ni? Datang sini nak tumbuk orang?”
“Masalah?? Aku yang bermasalah? Bukan lelaki ni yang bermasalah? Ha!” Tolak bahu Humaira sekali, Nahlan hambur kata marah pada wajah di hadapan.
Aku tarik nafas. “Benda boleh bincang kan!!”
“Tapi dia pegang tangan kau!!”
Aku mengap. Nahlan ni kenapa? Sungguh aku tak faham dengan kelakuan Nahlan sekarang. “Yelah. Memang dia pegang tangan saya. Tapi kan boleh bincang baik-baik. Tak perlulah sampai nak...” Kata-kata aku terhenti ssat Nahlan berdiri tegak di hadapan aku dengan dadanya yang turun naik sebegitu laju.
“Lebih baik kita balik sebelum aku bunuh dia betul-betul.”
Terus aku pasungkan langkah turun dari bukit. Sempat kerling pada Ilhan di belakang kut dia masih hidup. Dan alhamdulillah insan itu masih hidup. Ambil jalan selamat, aku turun terus ke arah tempat parkir kereta. Nanti bertembung dengan Karisma dan yang lain, jadi payah pulak.
“Tak payahlah nak tolak. Saya boleh masuk sendiri.” Bang! Aku hempas pintu kereta kuat-kuat. Mata terbeliak melihat satu jambak bunga yang dihiasi dengan coklat di dalam kereta. Elok didudukkan di seat belakang kereta. Cantik.
Tapi aku buat tak nampak aje bila Nahlan dah mula hidupkan kereta. Sepuluh minit berlalu, badan aku tergerak ke sana ke sini. Melelong entah ke mana.
“Boleh bawa slow sikit kut. Nak mati berjemaah ke macam mana?” Gerun tengok kaki Nahlan yang menekan pedal minyak dengan sebegitu kuat sekali. Trauma aku jadinya. Tak ubah yang macam aku buat itu hari. Sampai boleh kemalangan. Tolonglah jangan jadi sekali lagi perkara yang sama beberapa bulan sudah. Tak sanggup aku.
“Nahlan. Laju sangat awak bawak ni!” Marah aku membentak keras.
“DIAM. Kalau kau tak nak mati berjemaah dengan aku, lebih baik kau diam.”
Aku ketap bibir, aku pejam mata erat. Serius aku cuak. Gerun dan gentar. Sebab aku tahu apa akibatnya kalau memandu dalam keadaan marah. Sikit pun hati aku tak lekang mengucap kata zikir silih berganti.
Hampir satu jam perjalanan pulang ke rumah, Nahlan tarik handbrake. Dekat sejam aku tahan debaran yang menggila di dada. Perjalanan balik rumah macam berdepan dengan malaikat maut. Macam berada atas tali sakaratul maut pun ya. Syukur sangat takde apa yang berlaku.
BANG!!
Terkejut aku. Kus semangat dibuatnya.
“Kalau awak nak bergaduh, boleh kut kalau nak gaduh dalam rumah. Nak cerita pada satu taman ke yang kita ni tengah gaduh?” Angkat kepala, aku cekak pinggang dengan mata tak lepas pandang kepada Nahlan.
“Apa kau buat tadi?”
“Buat apa?”
“Huh. Lagi sekali Humaira. Aku tanya. Apa kau buat tadi?”
“BUAT APA?” Lelah sungguh aku dengan Nahlan. Apa benda yang dia tanya?
“Kau buat apa dengan lelaki tadi??! Jangan ingat aku tak nampak!”
“Buat apa? Mana ada buat apa-apa pun! Kitorang hanya bercakap. Itu aje.”
“Itu je? Ouhh... Bercakap sampai dia ajak kau kahwin. Itu kau kata hanya bercakap sahaja. HA?!” Dah geram sangat, dia tolak bahu kanan Humaira sekali sampai tubuh itu tergerak ke belakang.
“Itu dia yang cakap. Saya tak cakap apa pun fasal kahwin dengan dia!” Tahan tubuh, aku balas pada Nahlan dengan penuh kesabaran.
“Kau cakap kau pergi Janda Baik?”
“Memang saya pergi sana pun.”
“Bila aku tanya kau pergi dengan siapa. Kau pergi dengan kawan kau. Kenapa tiba-tiba dia ada dekat sana? Aku benci betul perempuan yang suka menipu. Jangan berani nak tipu aku. Sekali kau tipu, memang siap kau aku kerjakan.” Dia tolak bahu Humaira lagi sekali. Kali ini bahu yang belah kiri pulak.
“Saya tak menipu. Dan saya cakap perkara yang betul. Awak yang problem dekat sini sampai tak boleh nak faham. Kepala otak awak yang tak betul. Fikir benda yang entah apa-apa.” Bergerak ke pintu dengan niat nak masuk ke rumah, pintu pula ditahan oleh tangan Nahlan.
“Ada aku suruh kau masuk?”
Aku mengap. “Awak ni kenapa?” Aku tolak kedua bahu Nahlan sekali. Dengan kuat. Tapi tubuh itu, sekali pun tak tergerak. Sikit pun tak. Macam tak terkesan langsung.
“Kenapa? Kau tanya aku kenapa? Fine.” Diselak tudung yang Humaira pakai sebelum didekatkan hujung mulutnya dengan leher sang isteri.
“Ark!!! Nahlan. Sakitlah!!” Aku tolak wajah itu kuat. Tapi lebih kuat Nahlan gigit lehernya sebelum pergi menggigit telinganya pula. “SAKIT. Sakitlah!!!” Aku tendang kaki Nahlan. “SAYA CAKAP SAKIT!!!” Jerit aku kuat.
“Itu warning aku yang pertama.”
“Awak gila!!” Aku tumbuk dada dia kuat-kuat. “Eeeighhh!!!” Giliran aku pula gigit Nahlan. Tapi bukan dekat leher. Dekat lengan Nahlan. Kuat dan semakin kuat. Puas gigit, aku angkat wajah. Tapi nyataya gigitan aku tak beri kesan langsung pada Nahlan. Walaupun ada bekas di situ.
“Kau jangan masuk rumah. Berdiri kau dekat sini macam yang kau tengah berdiri sekarang. Kau pergi mana-mana tanpa keizinan aku, bersiap sedia nak hidup dalam neraka. Sekali lagi Humaira. Jangan masuk rumah sampai aku izinkan untuk kau masuk. Huh.” Tolak tubuh itu ke tepi, terus Nahlan angkat kaki menarik pintu.
BAM! Pintu rumah dihempas kasar.
Melorot aku jatuh di situ. “Isk...” Aku menangis.
Share this novel