Bab 19

Romance Series 23565

“It's just a withdrawal by us to provide for some school who's needed in it. The proof that you had there, cannot drag us to the court. We got the whole thing that comply with the audit firm. Plus...” Ilhan selak satu demi satu bukti yang sedang ditunjukkan di hadapannya. “...our finance dah distribute that money to the school which already confirm with the school also. This can't be accepted. Totally can't.” Angkat kepala, Ilhan pandang wajah Nahlan dan Raiqal silih berganti.

“I know... Of course I know bila company macam saya memutuskan untuk keluarkan duit dengan sebegitu banyak dalam satu hari akan timbulkan masalah yang besar bagi sesetengah pihak yang lain. Tapi sepatutnya, yang datang dan siasat adalah dari pihak audit ataupun dari pihak yang tak puas hati. Saya tak jangkakan langsung kedatangan polis seperti awak berdua. Dan my dad told me... yang ini bukan kali pertama korang berdua datang ke sini. Buat kacau...”

Raiqal dan Nahlan kepal penumbuk.

“No. Sorry. My mistake.” Berdehem sekali, Ilhan bertulkan duduknya sedikit dan mula berbicara semula. “I mean, buat kerja. Saya sebolehnya tak nak ada apa-apa masalah dengan pihak polis. But the truth, you guys can check the proof melalui butiran yang saya lampirkan di sini. Atau saya sendiri boleh beri apa sahaja bukti yang berkaitan dengan wang keluar masuk untuk beberapa bulan yang lepas. As long as it concern both of you... I'm willing to sacrifice anything selagi mana benda ni tak menyalahi undang-undang...”

“Dan Encik Ilhan rasa, encik takde buat salah dekat sini?” Tanya Raiqal dengan jari tak henti bermain dengan pen yang dipegang.

“Nope. Totally nope.” Jawab Ilhan laju.

“How about your father? Do you really think yang dia tak terlibat dalam kegiatan rasuah semua ni? Tak terlibat langsung dalam penyeludupan wang haram ke sesetengah rantau Asia?”

“That's an accusation towards my father.”

“No. It is not. That was a question, mister Ilhan.”

Mereka berdua bersabung mata.

“You got no proof.”

Nahlan keluarkan telefonnya. Lalu dihalakan tepat pada wajah Ilhan. Sejenak, mata Ilhan terbeliak besar tatkala melihat ayahnya dan beberapa manusia yang dia kenal sedang berada di satu kawasan pelabuhan dengan sebuah kontena yang penuh dengan duit. Sama ada duit palsu atau tidak, itu dia tak tahu. Yang pastinya, itu memang gambar ayah dia. Baru nak tarik telefon itu, Nahlan letak kembali telefonnya ke dalam poket.

“Kita ada bukti Encik Ilhan.” Kata Nahlan berwajah serius.

Pap. Pintu ditolak.

Masuk Aswi dengan Humaira di sebelahnya.

'Ak alah lelaki ni lagi. Menyampah pulak aku tengok muka Nahlan. Dah takde tempat lain ke yang kau nak buat kerja? Dekat sini juga yang kau datang.'

Raiqal berbisik seuatu pada telinga Nahlan. Tentang apa? Semestinya tentang aku. Fasal apa? Entah. Mungkin dia pun terkejut atas sebab kehadiran aku di sini... Hello! Kalau aku tahu korang berdua ada dekat sini, kau ingat aku nak datang? Huh.

“Daddy.” Ilhan bangun dari duduknya. “Polis ni kata ada video...”

“Well... nama pun Ilson Fund. Menderma memang tugas kita kan... Setakat satu video boleh buktikan apa je? Apalah masalah korang... Tak puas hati dengan aku, pergi serang anak aku? Polis sekarang cepat koyak ke macam mana?” Aswi iring Humaira ke sofa yang ada sebelum menyuruh perempuan itu duduk di situ.
Aku pandang Nahlan. Nahlan pandang aku.

“Alang-alang semua dah ada ni... saya kenalkan cikgu ni...” Aswi pusing menghadap Humaira. “Ini Cikgu Humaira. Dulu cikgu ni datang untuk mendapatkan derma ataupun bantuan untuk sekolah dia. Tapi hari ini dia datang adalah untuk dapatkan pingat dari pihak Ilson Fund sebab sekolahnya dah terpilih sebagai salah satu sekolah yang baik dari segala aspek dengan secara rasminya.”

Aku kerut dahi. Eh kejap. Pingat? Secara rasmi? Madam takde cakap yang hal tu pun. Aku salah dengar apa madam cakap semalam atau benda ni madam tak bagitahu aku? Semalam madam cakap, datang Ilson Fund hanya untuk bertemu dengan penolong pengarah yang baru which is Ilhan sebagai tanda terima kasih kerana semalam dia dah dermakan sepuluh ribu ringgit hanya untuk membaik pulih padang yang dah rosak. Kenapa kena ucap terima kasih? Sebab yang ini dia derma atas pihak dia sendiri tanpa melibatkan Ilson Fund. Kenapa aku yang kena datang? Sebab Ilhan telefon madam dan suruh aku yang datang? Kenapa aku setuju? Sebab Ilhan kata dengan aku, kalau aku tak datang, dia akan bagitahu madam tentang hal kami berdua.

Makanya, terpacaklah aku dekat sini, dalam bilik pejabat Ilhan sambil menghadap suami sendiri. Suami yang...

“MAI.”

“Ha?”

Nahlan kecilkan matanya saat mendengar Ilhan memanggil isterinya dengan panggilan Mai. Wau. Ini dah lain macam. Kenal rapat ke apa mereka berdua ni sampai panggil isteri aku dengan panggilan Mai? Kemain lagi! Getus hati Nahlan.

“Kenapa boleh berangan pulak ni?” Bisik Ilhan rapat pada telinga Humaira. “My dad tanya, why not Mai cerita pada polis berdua ni, apa sumbangan yang telah Mai dengan pihak sekolah dapat dan macam mana layanan dari pihak Ilson Fund terhadap Mai dan pihak sekolah? Ada tak yang tak kena pada mata Mai? Lagipun Mai dah lama kan terlibat dengan Ilson Fund? Just give us some positive value that concern you...”
Ilhan rapatkan lagi wajahnya ke telinga Humaira.

“I hope you will side with me. My dad is watching.” Pinta Ilhan sambil tersenyum sedikit.

Aku pandang muka Ilhan. Aku kerlipkan mata sekali. Apa maksud dia dengan 'side' tu? Maksudnya dia nak aku cakap benda baik tentang Ilson Fund? Atau dia nak aku cakap baik fasal ayah dia? Atau sebenarnya... dia nak mulut aku cipta kebohongan demi kebohongan hanya semata untuk menjaga imej dia sebagai orang kenamaan bagi Ilson Fund disebabkan aku dah kenal lama dengan dia? Gitu? Lepas tu, aku pandang pula wajah Nahlan.

Gulp. Apesal muka dia macam nak marah aku?

“Armmm... Saya rasa...” Aku hentikan kata sejenak. Memikirkan tentang apa yang boleh aku katakan sekarang ini demi kemeselehatan sekolah aku dan juga Ilson Fund. Tapi dalam masa yang sama, aku tak nak timbulkan sebarang isu pada masa akan datang. Nanti kesian pulak dengan madam sebab dah letakkan kepercayaan dia pada aku untuk datang hari ini. Nanti nama sekolah akan terjejas. Kalau itu yang jadi, hancurlah masa depan aku.

“...setakat hari ini, apa yang Ilson Fund beri pada sekolah kami digunapakai untuk tujuan yang baik. Tambahan pula, aktiviti yang menglibatkan sekolah saya semuanya berada di atas landasan yang betul. Sepanjang penerimaan bantuan dari Ilson Fund, semuanya adalah berbentuk tunai ataupun hadiah yang berupa cendermata. Saya lihat, pelajar yang menerima pun gembira dan tiada masalah untuk menjadi penerima tetap pada masa akan datang. Memang saya takde bukti nak tunjuk itu semua pada pihak encik berdua...tapi kalau tak keberatan, encik boleh datang ke sekolah kami untuk mendapatkan semua fail yang berkaitan. Saya akan bantu apa sahaja yang encik mahukan. Saya rasa, guru besar sekolah pun akan berbesar hati dengan kedatangan encik berdua.” Entah betul entah tidak dengan apa yang aku katakan. Tapi sebab nak ambil jalan selamat, aku cubalah untuk tak keruhkan lagi keadaan yang sedia keruh.

Macamlah Nahlan tak tahu dengan perangai manusia dari Ilson Fund. Bukan sepatutnya dia lagi tahu kan? Ke mamat ni jenis buat don't know jer?

Aswi senyum. “Cikgu.”

Aku angkat kening.

“Cikgu rasa, apa tugas utama polis negara kita?”

Ah masak. Mampus aku. Hish. Ini tak lain tak bukan, mesti nak kenakan dua makhluk depan aku ni dengan memalukan mereka. Aduh!! Kenapalah ada je yang tak kena acapkali aku datang ke sini? Tak boleh ke kalau tak terserempak dengan Nahlan dekat sini? Jumpa dekat rumah pun aku dah rasa tak best. Ini kan pulak jumpa macam ni. Kata jadi perisik. Tapi macam bukan perisik je gaya Nahlan sekarang?? Kena lucut jawatan ke macam mana dia ni?

“Takpe cikgu. Meh saya jawab.” Aswi keluarkan sesuatu dalam kocek seluarnya dan keluarkan beberapa not duit berwarna ungu sebelum diletakkan di atas meja. “Tugas diorang adalah untuk pastikan yang negara kita tak diancam dengan bahaya. Pastikan yang rakyat kita senantiasa selamat. But I think... some people...memang tak boleh nak faham langsung dengan skop kerja diorang.” Ditolak duit itu kehadapan dengan senyuman yang penuh dengan rasa bangga.

“Mungkin kena bagi hadiah baru diorang akan faham kut... Baru diorang faham apa tugas mereka yang sebenarnya...”

Aku gamam. Terus aku pandang wajah Nahlan. Nyata wajah di sana tengah tahan marah.

“Well... what you said, cops? Nak hadiah? Atau nak pergi dari sini lagi sekali dengan tangan yang kosong. Selama I hidup, I tak pernah nak benci dengan polis. Sebab I faham yang you all tengah buat kerja untuk pastikan negara kita aman dari apa jua bentuk jenayah. But for me... this too much lah... Datang bawa satu video. Claim yang tu bukti. Before doing that, I advice both of you to look at yourself first. Kalau bos you pun I kenal... yang lain you rasa macam mana? Tak gitu cikgu?”

Aku tundukkan wajah. Tak angguk tak geleng. Gosh... Kenapa aku rasa muka aku yang berbahang dengan kata malu bila mana Tuan Aswi cakap macam tu? Sedangkan dia tengah cakap pada Nahlan dan Raiqal bukan? Dan kenapa aku yang tak sanggup nak tengok wajah Nahlan sedangkan dia yang dimalukan. Nampak sangat Tuan Aswi nak beli Nahlan dan Raiqal guna duit tu. Teruknya perangai kau... Atau mungkin ini tujuan Nahlan dan Raiqal datang ke sini? Untuk duit tu ke?

Eh. Takkan kut??

“Maaf tuan. Duit ni bukan...”

“How much your value?” Cantas Aswi menyilangkan kedua tangan rapat ke dada.

“Sorry?” Nahlan angkat kening.

“I believe that, everyone has their own value.”

Nahlan kulum lidah. Bara di hati, dia tahan dulu. Kalau bukan sebab dia datang sini atas urusan rasmi, memang dia lempang dah wajah riak Aswi samai tercabut gigi.

“If you nak... you can take as much as your own value. Nak ambil lebih dari itu pun takpe. Takde siapa akan tahu. Dan I yakin, dekat sini kita semua dah macam saudara...”

Aku pandang wajah Ilhan. Dan wajah itu, hanya menunduk sahaja sambil merapatkan bibir. Kenapa dengan kau wahai Ilhan? Kenapa kau hanya mampu untuk tundukkan wajah tanpa berkata apa pun? Bukan kau juga ke yang punya pangkat di sini? Sekurangnya, katalah sesuatu untuk pertahankan mereka yang sedang melakukan tugas? Tak nampak ke kau yang ayah kau sendiri tengah jalankan aktiviti rasuah secara terang-terangan? Tapi kenapa hanya mampu diam? Kenapa Ilhan? Kenapa?

“Saudara?” Nahlan bersuara.

“Yup. Saudara se-Islam. I tolong you hari ni... Mana tahu, satu hari nanti you boleh tolong I pula. Orang muda macam you ni... I faham. Takkan cepat mengalah. Jangan risau. I pun pernah jadi muda dulu dan I sangat faham dengan apa yang you lakukan. Tapi ini semua antara kita sahaja. Lagi pula... let's say one day you kena buang kerja... You boleh kerja dengan I. Aggap jelah ini hadiah dari I sebab dah tawarkan you kerja awal-awal.”

Shit. Maki aku dalam hati. Biadapnya lelaki yang seorang ni! Biadap sungguh engkau ya wahai Aswi. Jujur aku katakan, yang tangan aku dah mula ringan untuk lempang muka itu. Biar lempang sampai aku puas hati.

Nahlan kepal penumbuk. Wajahnya yang tegang bertambah tegang. Raiqal di sebelah pun dah bertukar riak. Sikit sahaja lagi, akan berlaku aksi tumbuk menumbuk di sini.

“Chill lah... Takkan you guys tak biasa dengan semua ni... I rasa kerja you all ni boleh dapat banyak duit sampingan. Bukan pada I je you guys datang... tapi pada orang lain juga... Macam cikgu ni...” Aswi pandang pada Humaira pula. “Dia sanggup datang sini sebab dia rasa dia seorang je boleh tahan dengan semua ni. Tapi hakikatnya, cikgu ni datang sebab duit juga. Siapa lagi yang boleh beri sekolah you dengan sejumlah wang yang sangat banyak? Takde siapalah. Takkan ada yang boleh beri you banyak macam I beri. If you pun nak juga, cikgu... You can take it. Tapi ambil sikit jelah. Nanti terjejas pula kerja you as a cikgu...”

“Daddy.” Ilhan angkat wajah. Kali ni Ilhan berang. Berang tatkala Humaira jadi bahan untuk ayahnya menghambur kata kesat. Dia rasa, cukup kalau ayahnya nak kenakan dua orang polis yang datang. Tapi pada Humaira, memang tak patut langsung.

“What? I speak only the truth.” Angkat kedua tangan tinggi, bahu dijongket sesaat. “They should know their place.”

“The truth?” Soal aku angkat kening sebelah. Tinggi.

“Yes. The truth. Tak percaya? Cikgu boleh tanya pada guru besar sekolah you. I kenal dia dah lama kut. Dari zaman belajar lagi. Dia pun tahu apa yang I buat. But still, dia merangkak cari I hanya semata nak bangunkan sekolah untuk budak-budak yang cacat. Ouh... cikgu tak pernah tanya dia ke? Mana dia dapat semua duit untuk bangunkan sekolah tu? Come on cikgu... takkanlah you tak boleh nak fikir dengan cerdik? I tell you something...” Aswi kerlipkan mata sekali dengan bebola matanyaa tak lepas memandang Humaira.

“The Humaira yang I pernah bagitahu you tu...was our daughter.”

Aku besarkan mata. Anak dia? Eh bukan. Anak mereka?

“Yes. We once married. Tapi dia lahirkan anak cacat untuk I. That's why I ceraikan dia. Disebabkan I tak nak orang tahu, I bagi dia duit. Tapi tak sangka sampai sekarang dia gunakan alasan yang sama untuk ugut I. Lepas tu hantar you yang nama sama dengan our daughter ke sini. Heh. Dia ingat I akan terima semua ni balik. Tapi yelah. I setuju je... Sebab this is all about bussiness. Yes. Bussiness.”

Aku pandang wajah Ilhan. Jelas yang wajah itu juga terkejut dengan apa sahaja yang baru keluar dari mulut Aswi. Nampak sangat yang Ilhan pun tak tahu tentang hakikat itu.

“Hurm... Sadis kan you punya guru besar tu? Eh. You patut tengok muka dia waktu I tak ngaku yang dia mengandungkan anak I. Giler sedih kut. Itu belum lagi muka madam you waktu dia melutut mina duit dari I. Tapi itulah.... Nak buat macam mana? Cacat masih lagi seorang cacat. Tak boleh nak ubah dah. Tapi I tak boleh terima dengan semua tu... I rasa itu bukan anak I. Hello. I ni normal lah. Dari kecil normal. Sampai besar normal. Takkan boleh dapat anak ca...”

“SHUT UP!!!” Tengking aku kuat.

Dan semua di situ terdiam melihat wajah Humaira yang sudah bertukar warna ke warna merah.
“STUPID. SO STUPID!!!” Tengking aku kali kedua. Sumpah aku dah tak tahan. Aku memang dah tak boleh nak sabar dengan semua ni! Biadap satu hal. Kurang ajar nak mampus satu hal yang lain pulak. Kau memang mengundang bala. Siap kau Aswi. Kau tunggu.

“Pale hotak kau!” Maki aku pandang Tuan Aswi.

“HUMAIRA.”

“You shut up Nahlan. Just shut up and keep your mouth quiet. Kalaulah orang yang ada pangkat macam awak buat kerja dengan baik, takdelah rakayat biasa macam saya serabut dan fikir benda yang memang menyemakkan kepala otak saya!” Bentak aku dengan wajah yang garang memandang Nahlan.

Gulp. Nahlan telan air liur.

“Excuse me!”

Aku angkat tangan tinggi. “Let me talk okay! Just. Let. Me. Talk.” Aku pandang Aswi. Dah lama sangat aku tahan benda alah ni. Tapi hari ini, saat ini memang aku dah tak boleh nak tahan. Dah tak boleh nak simpan dalam hati. Aku nak cakap semua yang aku rasa. Biar dia sedar yang aku pun ada hak untuk bercakap. Huh.

“Tuan...” Aku hentikan kata. Get lost dengan tuan. Takde makna aku nak panggil manusia mulut longkang ni dengan panggilan tuan dah. Pergi mampus kau. Erghh!!!!

“This is totally disgusting. Jijik dan memalukan.” Aku mulakan kata.

“Mai.”

Aku pandang wajah Ilhan. “And you also... shut up and listen man.” Aku pandang pada wajah Aswi semula.
“Look at you Encik Aswi. Just. Look. At. You. Ada apa pada encik sampai encik boleh cakap semua orang tak guna? Sogok manusia yang jelas tengah berkhidmat untuk negara dengan duit? Depan saya pulak tu? Like seriously? How can you do that? Eh! Orang nak buat maksiat pun diorang pergi tempah bilik tau. Ini kan manusia yang macam encik. Saya...” Aku hempas fail aku ke atas meja.

Bap. Kuat bunyi yang terhasil.

“Penat nak dengar semua benda busuk yang keluar dari mulut tu. Cakap macam awak tu tuhan. Sedar tak yang awak tu manusia? Ada dua kaki. Ada dua tangan. Akan bangkit dekat padang mahsyar nanti dengan orang yang lain juga? Amalan encik tu pun malaikat tengah catit lagi. Walaupun madam saya macam tu, tapi sekurangnya dia fight untuk anak dia yang lahir cacat walaupun anak dia dah takde. Tahu tak kenapa dia boleh datang ke encik minta sumbangan? Sebab dia kesian dengan encik. Mungkin madam saya fikir, kalau dia tak buat macam tu, takkan ada langsung amalan yang dicatit dekat belah kanan bahu encik.”

“Behave, cikgu. You speak to me. Aswi. So speak, properly.”

“NO. Saya takkan bercakap baik dengan manusia yang tak reti nak bercakap baik dengan orang lain. Kenapa? Sebab encik, tak layak. Encik ingat semua benda akan selesai dengan duit ke? Do you really think others respect you? No. No sir. You know why? Because they always, always come for your money first. Because the value. Encik rasa, duit ni ada nilai tak? Ha? Duit yang beratus-ratus, berjuta-juta depan mata ni...” Aku angkat tinggi satu not RM100. “...ada nilai ke? How much you put your value toward yourself? Your son? How much? This much?” Aku baling sehelai duit kertas ke bawah sekali. “...or this much?” Kali ini aku baling beberapa helai kertas yang sama dua kali ke bawah. “Or perhaps, this much??” Dan aku baling semua duit yang ada atas meja tu ke bawah.

Lepas itu aku keluarkan purse aku dari beg tangan dan keluarkan duit syiling bernilai lima sen. “But I think, your value only this much.” Pap. Aku baling duit syling lima sen itu ke wajah Aswi. “Kalau duit satu sen masih wujud, nescaya itulah nilai manusia yang bernama Aswi.” Sambung aku dengan mengepal kedua tangan dengan sebegitu erat.

“Kurang ajar betul kau perempuan!” Wajah Aswi dah bertukar riak. Marah sudah menguasai seluruh dirinya saat duit syiling itu tepat kena pada wajahnya.

Semua disitu tergamam. Tapi masing-masing hanya mengunci mulut. Terkejut melihat kemarahan yang sedang seorang Humaira tunjukkan.

“Hurt right? Sakit kan? Rasa malu tak? Ke rasa bangga sebab ada orang boleh baling duit dekat muka sendiri? Macam tulah orang lain rasa bila mana tangan encik tu dok baling duit dekat muka orang lain sesuka hati kau je. Congratulations Encik Aswi. You a part of us right now!” Bap, bap. Aku tepuk tangan aku dua kali. Tanda aku tengah ejek apa yang sedang Aswi rasakan.

Crazy? No. I am, extremely mad.

“Pity right? Such a pity. Sebab manusia lain does not respect you. They just respect your money. Curious how much they love money? Sama macam encik letak value pada diri encik. Setinggi itulah diorang akan respect you. Some advice for you... Cuba beli manusia guna duit syiling pulak lepas ni. Kita tengok masih ada lagi tak yang sudi nak terima duit tu semua. Huh!” Aku ambil semua fail yang aku baling tadi ke atas meja satu demi satu.

“I'm done. Pergi mampus dengan semua dana ni! Apa? Ingat oang yang berdiam diri macam saya tak boleh nak fikir dengan baik. I will show to the whole world what exactly person are you. Not even human I suppose.” Aku bangun dari duduk dan melangkah pergi dari situ. Beberapa langkah berlalu aku toleh semula menghadap Aswi.

“Lain kali, kalau tak reti nak beza apa itu cacat dan apa itu istimewa....mohon masuk sekolah dari darjah satu balik. Rugi belajar tinggi sampai ke langit, tapi nak beza yang mana satu tahi lembu dengan tahi kucing pun tak reti. Menyedihkan betul orang macam ni!” Bang! Aku hempas pintu. Kasi gegar satu bangunan ni lagi bagus.

Aku tekan punat lif beberapa kali dengan dada yang turun naik dengan laju. Bodoh punya manusia. Bangang tak bertempat. Nak sangat tunjuk bodoh dengan aku. Pergi mampus lah kau. Ingat aku takut sangat dengan manusia yang macam tu? Aku rasa, firaun tu dah kejam dan zalim. Tapi tak sangka ada manusia yang lagi teruk dari makhluk bernama firaun.

Hish. Yang lif ni pun, apehal lembap sangat nak buka?

“Mai. Kejap.” Halang Ilhan.

Aku buat tak dengar.

“Mai.” Ilhan tarik lengan baju itu.

“Apa?” Aku dongak kepala.

“I'm sorry... Please janganlah marah macam ni. Hari ni saya nak jumpa awak. Bukannya nak pengakhiran macam ni.”

“Oh ya? Ada apa nak jumpa saya sebenarnya?” Tarik nafas, aku cuba untuk tak marah Ilhan. Tapi tengok wajah ni, makin lama makin meluat. Entah kenapa? Ke sebab dia ada iras-iras Aswi eh?

“Saya nak tahu kenapa Mai tak pergi ke Janda Baik? Terpaksa saya cancel program tu...”

“Awak cancel sebab saya tak datang?”

Ilhan angguk.

“Can you please be more matured.” Ops. Aku marah jelah. Peduli apa aku siapa si Ilhan ni. Sebab aku rasa, tak boleh nak go dengan perangai Ilhan sekarang.

“Tak. Macam ni. Dengar dulu cakap saya. Saya nak Mai datang... saya nak ubah apa sahaja antara kita. Saya nak kita macam dulu-dulu... Mai tak...” Ilhan hentikan kata saat melihat tangan Humaira sudah melekat di dahi dan memicit dahi itu sekejap.

“Can we please... stop this?” Pinta aku memejam mata sesaat. Kemudian, aku dongakkan kepala aku semula melihat kepada Ilhan. “Saya nak tanya, kenapa awak tak cakap apa pun tadi? Kenapa awak diam je waktu ayah awak malukan polis tu? Kenapa awak macam invisible tadi? Awak sendiri nampak kan apa yang ayah awak buat? Ke awak buat-buat tak nampak?” Aku cekak pinggang. Wajah paling serius aku tayang pada Ilhan.

“Awak tahukan daddy saya tu macam mana? I can't do nothing. Jujurnya memang saya pun malu kut bila ayah saya cuba rasuh polis yang datang. Depan mata saya. Tapi, ayah saya hanya uji. Nak tengok diorang ambil ke tak duit tu? Mai. Semua orang tahu kut korupsi yang berlaku dalam negara kita kebanyakannya datang dari badan beruniform. Fakta kut benda alah tu. Dan lagi satu, why you concern about this matter? Ini fasal diorang. Bukan fasal Mai.”

“Okay. Kalau macam tu, tell me... Kenapa awak diam waktu ayah awak cakap macam tu dengan saya? Saya rasa, dia pun macam nak rasuah saya tadi? Dan dia burukkan madam saya. Kenapa awak tak cakap apa-apa pun? Ke memang macam tu cara awak buat kerja? Macam tu eh?” Soal aku lagi dan lagi.

“I got nothing to say.”

“Seriously? Gosh...” Aku gelengkan kepala. Tanda tak percaya dengan alasan yang sedang Ilhan katakan.
“I can't change him. You know that.”

“Then, don't.” Balas aku kecewa. Ya. Aku kecewa. Kecewa yang amat.

“Mai.” Panggil Ilhan lagi.

“BOLEH TAK JANGAN PANGGIL SAYA MAI?? I'm sick of it!” Hambur aku dengan wajah yang menyinga.

Ilhan tergamam.

“Look Ilhan. Awak baik. Sangat baik. Sangat berbeza dengan ayah awak. Yes. I admit that. Daripada saya kenal awak waktu study dulu, sampailah sekarang... Saya tak rasa yang awak berubah langsung. Masih teguh berdiri dengan prinsip yang sama. Masih lagi ada hati yang lembut. Jiwa yang telus. Saya harap awak akan jadi Ilhan yang macam sekarang. Tapi...” Aku tarik nafas. Sekali. Dua kali.

“Awak cakap dengan saya, awak nak bantu semua orang yang boleh satu hari nanti. Awak cakap, awak nak dahulukan manusia yang perlukan bantuan tak kira apa status mereka. Tak kira mereka tergolong dalam golongan apa. Those things, make me wanna respect you more and more. And yet, Here you are. Standing like an Ilhan and achieve your big dream. And congratulation. You already be... Tapi saya...” Mata aku bergetar. Hangat dalam rasa yang sesungguhnya, dalam hati terdapat rasa sakit. Pilu. Dan perit.

“...saya nak berdiri sama kaki dengan mereka yang sangat istimewa tu. Saya nak daki tangga dengan diorang sambil melaung mengatakan yang diri diorang masih ada value. Masih ada dignity. Masih ada pride. Bukan tinggalkan diorang dan naik ke atas seorang diri. Hanya berani untuk hulur tali tapi takut nak berdiri sama kaki dengan mereka. And seem... our goal is different. So much different.”

Ilhan imun. Sejenak, matanya terasa hangat melihat Humaira di depan mata. Sungguh. Dia tak terjangka jawapan itu yang bakal keluar dari mulut Humaira.

“I'm sorry...” Tundukkan wajah, Ilhan pinta sebuah kemaafan.

“Tak Ilhan. Tak. Tak perlu untuk minta maaf bagi sesuatu yang berbeza. Mungkin saya tak boleh nak faham dengan apa yang awak cuba sampaikan. Atau mungkin saya yang tak nak faham langsung dengan apa yang awak cuba perjuangkan. Jadinya... I really hope you will become a very successful man someday... At least, better than your father.” Aku masuk dalam perut lif, aku pandang wajah Ilhan.

“Lepas ni boleh panggil saya dengan panggilan 'cikgu' dekat depan. Dan saya pun akan panggil awak dengan panggilan encik. Itu aje. Dan saya harap, Encik Ilhan boleh hormat dengan apa yang saya mahukan. That's so much better.” Pintu lif tertutup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience