“Hai. Can we talk??”
Aku angkat wajah. Sekaligus menghentikan mulut aku yang sedang sedap menjilat ais-krim. “Yuh. Sure.” Balas aku mengangkat punggung dan berlalu meninggalkan beberapa pelajar yang tengah seronok bergelak sakan.
“Mai sihat??” Soal Ilhan ketika kami berjalan beriringan ke tempat duduk yang disediakan di satu sudut.
Aku angguk. “Yes. Sihat. Sangat sihat. Awak macam mana? Sihat??” Soal aku usai menjawab pertanyaan yang Ilhan tanyakan. Ais krim di tangan aku letakkan ke atas meja.
Ilhan ambil tempat di sebelah Humaira. Wajahnya ditundukkan ke bawah melihat tanah yang dilapik dengan kehijauan rumput. “I'm really sorry Mai. Minta maaf sangat sebab dah buat Mai macam ni. Menyesal sangat tak buat apa yang Mai katakan dulu. Dan tak sangka daddy saya adalah dalang disebalik semua yang berlaku.” Tutur Ilhan dengan wajah yang berkerut-kerut.
Aku diam.
“Saya memang nak jumpa awak lepas awak sedar dari koma itu hari. Tapi saya tak bersedia nak hadap muka awak. Sungguh saya takut kalau-kalau awak bencikan saya. Maafkan saya, Mai. Deeply from my heart.” Pinta Ilhan bersungguh.
“Takde apalah. Benda dah jadi kan? Bukannya boleh patah balik pun. Saya pun dah sihat dan dapat bekerja dengan baik macam dulu. Cuma sedih sikit sebab sekolah ni nak kena tutup esok.” Kata aku sambil mata melihat pada keadaan sekeliling yang penuh dengan gelak tawa. Sengaja pihak pengurusan dan cikgu yang ada bersepakat untuk adakan sedikit program bersama dengan semua pelajar demi meraikan semua pelajar dan kakitangan yang ada. Sebab nanti, aku akan berpisah dengan mereka dalam jangka masa yang lama. Dan mungkin takkan berjumpa lagi dengan sesetengah daripada mereka andai sekolah ditutup dalam tempoh setahun atau dua tahun.
“Jangan risau Mai. Nanti saya tolong apa yang patut. Dan saya tengok apa yang boleh buat.” Ilhan beri kata janji. Masakan dia nak biarkan sahaja apa yang telah berlaku depan mata akibat ketamakan dari ayahnya sendiri? Tak. Takkan. Dia akan bantu dari segala aspek yang boleh.
“Yes of course. You should.” Aku pandang wajah Ilhan.
Ilhan ketawa kecil. “Mai memang takkan berubah kan?? Memang kalau bab menjawab, takde chances langsung untuk saya balas balik.”
“Aah.” Aku angguk. Haha.
“Jadinya, Mai tak benci saya kan??”
“Nope.” Aku geleng. Lepas itu, aku pandang pada langit yang berwarna biru. “Did you hate him??” Soal aku tanpa melihat pada muka Ilhan.
“Huhhhhh...” Ilhan jatuhkan bahunya lemah ke bawah. Dia tahu siapa yang sedang Humaira maksudkan. “I want to. But I can't.” Jawab Ilhan setelah beberapa minit mendiamkan diri.
Aku kerlip mata. Kemudian, aku alihkan kepala memandang ke sisi.
“Saya ingat lagi waktu saya kecil. Pertama kali naik basikal. Daddy yang tolong pegangkan. Daddy yang tolong ajar saya sampai saya reti main sendiri. Waktu umur saya lima belas tahun, daddy belikan motor untuk saya. Hari pertama naik, daddy juga yang naik dengan saya dan ajarkan saya nak start motor macam mana. Ajar saya nak balancekan diri waktu bawa motor. Semua daddy ajarkan. Lepas itu, ada sekali waktu saya rasa macam dah boleh bawa, daddy naik dengan saya. Disebabkan terlebih confident, kami berdua jatuh dengan keadaan daddy peluk saya. Betapa sayangnya daddy pada saya. Sampailah saya besar. Tak sangka betul daddy yang sayang saya dulu adalah daddy yang buat ramai orang benci dan berdendam dengan dia. Dan yang paling teruknya, daddy yang sayang saya dari dulu, terlibat dalam banyak jenayah termasuklah jenayah membunuh...”
Aku diam. Aku tahu hati di sebelah sedang berperang dengan hebatnya rasa kasih dan sayang pada ayah kandung sendiri. Tapi dalam masa sama, tak boleh lari dengan tali kekeluargaan yang mengikatnya walau tubuh sudah dimamah tanah.
“Macam mana saya nak benci sedangkan dialah sebab wujudnya saya di dunia?” Soal Ilhan pada diri sendiri.
“Then, don't.”
“Uh??”
“If you can't manage the word of hate, don't ever try to do it. It will bring you down in a very worst condition.” Kata aku memandang tepat pada mata Ilhan. “Hidup dalam keadaan benci ini, sebenarnya kita hidup dalam keadaan kita benci pada diri sendiri. Nak salahkan orang lain terhadap semua yang dah jadi tapi sebenarnya, kita sendiri yang lambat bertindak. Same goes to you, Ilhan. Apa yang awak boleh buat adalah fix the situations instead of bersedih dengan semua yang dah berlaku.”
Mata Ilhan memberat dengan takungan air mata. Ya. Dia tahu air mata takkan membantu dirinya dengan apa pun yang dah berlaku. Dan betul kata Humaira. Dia perlu betulkan kembali semuanya ke yang asal. Dan itu, sangat-sangat memerlukan kudrat dan tenaganya sepenuh hati. Dia sayang pada Ilson Fund.
“Mai...” Panggil Ilhan perlahan.
“Hm??” Aku jongket kening.
“We're still friends right?”
“Yes. Of course. We are friends.” Aku senyum. Cukup dengan semua yang dah berlaku. Aku hanya mampu hulur tangan tanda persahabatan yang sudah lama terjalin sahaja. Kalau dia nak lebih, memang aku tak boleh nak beri. Kerana keutamaan aku sekarang adalah pada Nahlan, sang suami. Lelaki yang dah takluk segenap ruang dalam hati aku. Hanya pada insan itu huluran kasih dan cinta aku.
“Kalau macam tu...” Ilhan sengetkan sedikit tubuhnya menghadap pada Humaira. “Boleh kan kalau saya tanya satu perkara aje lagi pada Mai?”
Aku kerut dahi. “Ilhan. Kalau awak nak tanya fasal privasi saya dan antara kita, jawapan saya awak dah boleh agak. Saya dah kahwin Ilhan. You need to accept that.” Tegur aku garang.
“No, no. Saya bukan minta awak tinggalkan suami awak or some kind of that stuff yang ada dalam TV hanya semata diri saya. I'm not that kind of person, okay. Dulu sebab saya tak tahu awak dah kahwin. Sebab itu saya try hard. Dan sekarang bila saya dah tahu, saya hormat awak sebagai seorang kawan. Tak lebih dari itu pun.” Balas Ilhan.
Fuh, lega! “Okay. Tanyalah. Awak boleh je nak tanya apa pun.”
“Kenapa awak pilih untuk kita akhirkan hubungan kita sedangkan awak tahu kita berdua tak nak?? I need some explanation, at least.” Pinta Ilhan bersungguh. Dia betul-betul nak tahu. Dulu diorang berpisah sebab dia kena pergi belajar luar negara dan Mai kata dia tak nak tunggu atas alasan terlalu lama. Ya. Dia faham. Semua orang ada impian masing-masing. Cuma dia pelik dengan alasan yang Humaira berikan.
Aku kemam bibir. Fikir dan terus berfikir. “Macam ni lah Ilhan.” Aku tarik nafas. “Saya pilih untuk akhirkan hubungan kita bukan sebab awak. Tapi sebab diri saya.” Aku pandang wajah Ilhan.
“Maksudnya??” Ilhan kerutkan dahinya berlapis-lapis.
“Awak layak dan sangat layak dengan orang lain. Percayalah cakap saya Ilhan. Saya tak mampu nak bagi apa yang awak nak kalau kita teruskan hubungan itu sekali pun. Bukan sebab dari mana datangnya awak dan berapa banyak duit yang ada dalam poket awak. Saya tak nilaikan orang hanya berdasarkan dua perkara sahaja. Tapi Ilhan, untuk orang macam awak... awak perlukan seseorang yang boleh support dan ada di sisi awak dengan sebaik-baik manusia. Dan saya, bukan orangnya. Tapi... saya tak pernah nak benci pun atau nak lupakan kenangan manis antara saya dengan awak. You really take care of me... And I really happy for that.” Jawab aku dengan selembut bicara. Mana mungkin aku nak cerita aib aku pada orang luar. Cukup Nahlan tahu, sudah. Itu dah memadai sangat-sangat.
Ilhan senyum sambil mengangguk kepalanya. Tanda dia puas dengan jawapan yang Humaira berikan. “Okay. Kalau macam itu, lega hati saya dengar apa yang awak jawabkan. Saya ingatkan saya layan awak teruk sangat.”
“Hehe... Takdelah. You're very kind. And so sweet. But sorry, I'm taken.” Gurau aku sengaja.
Ilhan lebarkan senyumannya. “Hurm... Jadinya saya kena cari isteri lah ni. Kut awak ada kawan yang nak kenalkan dengan saya, roger tau.” Ilhan mencuba nasib.
“Ada. Sorang.”
“Iya? Siapa?”
“Cikgu Karisma.” Jawab aku memandang pada Karisma yang sedang bergelak ketawa dengan beberapa pelajar yang lain.
Terus Ilhan kalihkan wajahnya melihat pada wajah yang dia kenal.
“Are you serious?” Soal Ilhan buat wajah bengang.
“Cantik apa kawan saya tu. Cuma beza agama. Kalau awak tengok dengan lebih rapat, mata dia warna coklat tau. Hidung mancung gila. Kalah pelakon bollywood. Dengan rambut lebat. Gigi pun cantik. Sopan aje pakai. Mana ada nak dedah sana dedah sini. Masak pun sedap. Itu belum lagi dia tunjuk sifat caring dia. Kalau dia tunjuk, confirm awak cair terus sampai tak boleh tidur malam.” Puji aku melambung tentang sifat Karisma pada Ilhan.
Terus mengundang ketawa dari mulut Ilhan.
“Hahaha!! Okay. I will try and do my best. Thank you my friend.”
“It's okay. No worries. My pleasure.” Balas aku juga tertawa senang.
Share this novel