“Mai...”
Aku dongakkan kepala. Lepas tu aku jeling tajam pada suara yang memanggil.
“Kan saya dah cakap panggil saya dengan panggilan cikgu. Macam Encik Ilhan panggil orang lain. Saya ulang lagi sekali. Tolong panggil saya dengan panggilan cikgu.” Tak faham bahasa atau tak boleh nak dengar macam biasa? Aku cakap macam itu karang, nampak sangat kurang ajarnya. Hish.
“Bukannya ada orang lain dekat sini. Nanti kalau ada orang lain, saya panggil lah awak dengan panggilan cikgu.” Ambil tempat di sisi Humaira, Ilhan hulurkan satu marshmallow yang baru dipanggang.
Aku diam. Tak sambut huluran yang dihulurkan. Jauh sekali nak senyum bagai. Sumpah aku menyampah weh tengok muka Ilhan sekarang. Benda mudah pun lelaki ni tak boleh nak faham. Aku minta dia panggil aku dengan panggilan yang macam orang lain panggil aku. Tapi tak nak juga ikut. Spesies tak dengar kata betul lah dia ni.
“Dulu kalau Mai merajuk, saya selalu beli marsmallow bagi kat Mai. Sekarang awak dah tak suka dengan marshmallow ke macam mana?”
Aku jegilkan mata melihat Ilhan. Ya ampun. Tahap annoying aku dah sampai ke dada dah. Sikit lagi boleh sampai ke otak. Aku takut nanti akan keluar ikut celah telinga. Baru boleh terbakar satu campsite ni nanti.
“Apa yang Encik Ilhan cakap kat Karisma?”
“Cakap apa?”
“Jangan tayang muka bodoh depan saya boleh tak?!” Kan aku dah marah. Mohon jangan main-main bila aku tanya perkara yang betul-betul. Silap haribulan, memang kenalah kau macam yang aku marah dekat pejabat dia tempoh hari.
Riak Ilhan berubah. Nampak sangat yang Humaira tengah marahkan dia. Tapi apa yang dia buat, semuanya untuk dapatkan hati Humaira kembali. Salah ke?
“Mai dah banyak berubah.” Tunjuk wajah sedih, Ilhan mahu kembalikan Humaira. yang dulu. Yang cakap pun lembut. Tak cepat marah. Sejuk je mata memandang.
Berubah? Aku berubah? Ye kut. Mana taknya? Sesiapa yang duduk dengan Nahlan dalam tempoh jangka masa yang lama, memang akan bertukar jadi singa. Kalau bukan singa, harimau. Tak pun lnyx. Sebab Nahlan lah penyebab aku jadi cepat marah. Ini semua salah Nahlan.
Eh apehal?? Nahlan lagi. Adus. Gawat kalau asyik teringat fasal lelaki yang sorang tu. Huh.
“Jangan nak tukar topik.”
Sekali lagi Ilhan tundukkan wajah melihat akan apa sahaja yang ada di celah kasutnya. Entah apa yang ada. Mungkin hanya ada Humaira di situ. “Humaira nak tak kerja sekali...”
“Saya tanya sekali lagi, apa yang Encik Ilhan cakap dengan Karisma? Kalau tak reti dan tak boleh nak jawab, sila beredar dari sini.” Aku naikkan volume suara aku.
“Saya hanya tawarkan dia bekerja bawah Ilson Fund. Itu aje. Kenapa Mai nak marah-marah??”
“Marah?? Ya. Saya tengah marah. Speaking of that, sejak bila Ilson Fund jebakkan diri dalam pembinaan sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa? Apa yang Ilson Fund nak sebenarnya? Sebab kejadian yang sebelum ni ke? Atau ada agenda yang lain?” Satu demi satu soalan yang aku lontarkan pada wajah di hadapan.
“Mai. Mai ni cepat sangat salah faham dengan saya. Saya cuma nak tolong apa yang saya boleh tolong untuk golongan yang memerlukan bantuan. Kenapa semua benda nak kaitkan dengan Ilson Fund. Lagi-lagi dengan perkara yang buruk? Mungkin pada mata Mai, ayah saya memang tak elok. Tapi tak semestinya semua perkara yang dia buat tu, tak elok. Ada baiknya juga.” Pertahankan si ayah, Ilhan cuba untuk berkompromi dengan Humaira.
“Kalau macam tu, kenapa tiba-tiba nak bina sekolah yang sama dengan yang dah ada? Bukan Ilson Fund tu terarah kepada bisnes yang lain? Atau sengaja nak tubuhkan sekolah untuk golongan khas hanya semata tak nak menjadi sumbangan utama untuk sekolah-sekolah yang lain? Ke sebab nak jadi tunjuk kejayaan untuk sekolah yang lain supaya ikut semua sistem yang Ilson Fund dah tetapkan? Yang mana satu tu ya Encik Ilhan?” Dah geram sangat, aku kasi basuh jelah otak Ilhan ni dengan dakwaan-dakwaan aku. Tak tahan langsung dengan perangai tarik tali dari Ilhan. Cakap jelah benda yang jujur. Apa masalahnya dekat sini.
“None of it is true.”
“So? Which one is your preference?”
Riak Ilhan bertukar. “What did you mean by that?”
“Orang macam awak atau ayah awak boleh create apa sahaja, right? Jadinya, cerita yang mana satu yang boleh ikut justifikasi dan preference awak, Encik Ilhan?”
Tubuh Ilhan ditegakkan. Mata pula, tak lepas menikam pandang dengan mata Humaira. “Choose your word properly Humaira. You should treat a human like a person. Jangan ingat awak marah-marah ayah saya itu hari bermaksud awak tu betul. Dan jangan ingat sebab saya hantar surat mohon maaf pada awak, awak boleh sesuka hati cakap ikut sedap mulut. Saya masih seorang yang berjawatan tinggi dalam Ilson Fund.” Tegas suara yang Ilhan lontarkan. Nak maki, sila maki dia sahaja. Jangan babitkan ayah dia yang tak bersalah.
“Oh... That's great. So awak nak beli apa dari saya? Pride? Dignity? Or some humanity?” Sorry. Aku tak takut langsung dengan ugutan kau.
“Kenapa awak benci sangat dengan ayah saya?”
“Saya tak benci pada dia. Saya hanya benci pada perangai dia. Sebelum awak suruh saya treat a human like a person, pergi cakap dengan ayah awak dulu cara nak muliakan manusia di sekeliling dia. Jadinya sekarang, saya perlu tahu kenapa Ilson Fund tubuhkan sesuatu yang di luar bidang kiasa dia? Nak apa sebenarnya? Nak jatuhkan siapa pulak kali ni? Nak tarik perhatian dari pihak mana pula?” Cabar aku dengan mata yang berapi-rapi.
“Tak perlu kut saya bagitahu Mai. Ini antara saya dengan Ilson Fund.” Balah Ilhan. Entah kenapa benci sungguh Humaira pada sang ayahnya. Dia tahulah ayahnya bukan malaikat yang ada sayap yang mampu memaungi satu bumi. Tapi takkan satu pertolongan yang ayah dia hulurkan tidak terkesan pada hati Humaira?
“Oh. Maksudnya ini idea dari Encik Ilhan? Atau Encik Ilhan dipaksa untuk buat semua ni hanya sebab nak tutup kesalahan yang ayah Encik Ilhan lakukan?”
“Mai. Benda ni takde kaitan dengan ayah saya. Saya hanya usulkan untuk bina sekolah yang baru bagi gantikan sekolah yang lama.”
“Dengan pecat madam saya?”
“Look. Bukan pecat. Kita bagi pilihan untuk madam Mai sama ada join our venture atau berdiri atas kaki sendiri. Tapi madam awak pilih untuk berdiri atas kaki sendiri dan tolak semua tawaran yang telah kami berikan. What choice can we make here other than build the new one. Yang lebih baik dari segalanya? Mula daripada penempatan, pergi kepada fasiliti dan akhirnya pergi kepada semuanya... Kalau...”
“Termasuk ambil semua pekerja dari sekolah saya dan transfer ke tempat yang baru tu?” Cantas aku laju.
Ilhan terdiam. Ya. Humaira bukan sembarangan perempuan. Kalau tak, takkan dapat dua tajaan dari pihak yang ingin menaja perempuan ini belajar. Ada tu sanggup taja perempuan ini hanya mahukan kecerdikan yang keluar dari kepala otak tu.
“Nampak sangat memang Ilson Fund nak jatuhkan madam. Apa? Sebab dia pernah kahwin dengan ayah awak dan mengandungkan anak yang cacat sampai ayah awak sendiri tak mengaku tu anak dia? Sebab itu awak nak balas dendam? On behalf of your father? Macam tu?” Aku geleng kepala.
“Kenapa semua orang tak puas hati dengan madam? Selama dia tubuhkan sekolah khas, saya antara pekerja terawal yang mohon bekerja di situ. Banyak perkara kut yang madam saya lakukan. Mungkin ya. Banyak bantuan yang dia dapat dari pihak Ilson Fund. Tapi jangan cakap yang Ilson Fund tak dapat langsung untung dengan apa yang ayah awak dah beri. Hanya sebab satu kejadian yang tempoh hari, korang nak balas sampai hancurkan madam. Like seriously?? How can you manage do that?”
“I'm trying to save your life, Mai.”
“Dengan ambil semua apa yang saya ada? Itu awak cakap nak selamatkan saya? Jangan mengarut boleh tak?”
“Kalau saya tak buat macam ni, nanti lagi teruk ayah saya kerjakan awak.”
Aku gamam. Ayat Ilhan betul-betul membuatkan jiwa aku jadi sentap. Penasaran dalam bait kata yang tak mampu untuk aku ungkapkan. Sesaat, kepala otak aku mula berfikir mengenai sesuatu. Dan akhirnya, wayang itu semakin lama semakin jelas dipertontonkan dalam bingkisan minda. “Oh...maksudnya, pilihan yang diberi pada madam saya sama ada tinggalkan sekolah tu atau pecat saya? Am I right, Mister Ilhan?” Tak percaya dengan apa yang terluah di bibir sendiri. Tapi kenyataan yang datang dari hati, tak mampu lagi umtuk aku sangkal.
Ilhan diam. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Kepala pula mengimbau kembali apa yang telah ayahnya katakan kepada dia. Atau lebih tepat, amaran semacam ribut taufan itu sebelum dia usulkan untuk penubuhan sekolah baru. Dia tak mahu Humaira kena pecat gara-gara ayah dia yang tak puas hati sebab kejadian yang sebelum ini. Tapi dalam masa sama, dia tak mahu jadi anak yang derhaka kepada sang ayah hanya semata-mata perempuan bernama Humaira. Jadinya, apa yang dia buat dengan meminta supaya Puan Bariyah untuk melepaskan jawatan atau dia tubuhkan sekolah yang baharu. Buntu.
“Wau.” Pap. Pap. Aku tepuk tangan dua kali. “Hebat permainan Encik Ilhan kan? Sekarang baru semuanya dah jelas dekat mata saya. Baru saya faham maksud penalti yang dikenakan terhadap saya. Ingatkan madam denda saya atas sebab kejadian yang berlaku tempoh hari dekat pejabat Ilson Fund. Tapi tempoh tu digunakan oleh Encik Ilhan untuk pastikan madam letak jawatan dalam masa yang terdekat ini. Brilliant. You are so brilliant. It's me here who are so stupid.” Aku angkat tubuh sebelum berlalu pergi dari situ.
“Mai.” Panggil Ilhan. Diletakkan marshmallow yang dipegang dari tadi ke satu sudut sebelum berlari mendapatkan Humaira yang telah jauh ke depan.
Bodoh. Bodohnya lah aku ni. Tak boleh nak cerna dengan situasi. Patutlah. Patutlah madam suruh aku cuti tanpa gaji dan sepanjang tempoh itu, satu panggilan pun aku tak dapat dari madam. Rupanya madam kena ugut. Sebab apa? Sebab pergaduhan yang aku cipta dengan si Aswi. Lepas itu, Karisma pulak kata yang dia nak pindah tempat kerja. Nampak sangat ugutan yang diberikan adalah pada masa depan pekerja yang ada dekat sekolah tu. Mesti madam kena pilih untuk lepaskan jawatan dia atau buang semua pekerja yang ada.
Argh!!!!
Kurang ajar punya Aswi. Lepas tu tekan pulak anak kau yang sememangnya tak tahu menahu tentang hal ini. Yang si Ilhan pun dok ikut menonong aje. Macam lembu kena cucuk hidung. Eeeirghh!!! Bongoknya aku!!!
“Mai.” Ilhan tarik tangan itu kuat.
Terpusing tubuh aku menghadap Ilhan. “Takpe Ilhan. Saya faham.” Aku tarik lengan aku dari dicengkam oleh tangan Ilhan. “Awak tak perlu nak cakap apa pun sebab saya faham dengan semuanya yang terjadi. Awak balik nanti, boleh cakap dengan ayah awak yang saya takde masalah untuk lepaskan kerja saya. Asalkan takde orang lain yang susah sebabkan saya.” Laju aku naik entah ke mana. Sebabkan dekat sini banyak jalan yang berbukit, aku jalan ke arah yang paling tinggi.
“Tak Mai. Dengarlah dulu apa yang saya nak cakap.”
“Dengar apa lagi?” Aku pusingkan tubuh dengan kedua tangan mencekak pinggang rapat. “Dah terang kut yang bermusuh dengan ayah awak adalah saya. Bukan orang lain. Saya kut. Humaira. Bukannya Bariyah atau Karisma. Dan jelas sangat yang ayah awak tengah bagi amaran pada saya. Well... ayah awak orang yang berpengaruh kut. Setakat manusia yang biasa macam saya ni, takde hal langsung dia nak buat apa pun. Ibarat cantas rumput sahaja. Tak memberi kesan walau sikit pun pada dia.”
“Sebab itulah saya nak awak kerja dengan saya. Kalau awak kerja dengan saya...semua ini akan berakhir. Saya akan jaga awak dan pastikan awak selamat dengan saya. Lagi pun awak rasa kenapa madam awak setuju untuk lepaskan jawatan dia? Sebab dia pun fikir benda yang sama. Nak pastikan semua pekerja dia takkan dibuang kerja.” Terang Ilhan lagi.
“Macamlah perkara tu akan selesaikan masalah? Apa? Awak ingat saya kerja dengan awak akan selesaikan semuanya sekali? Ilhan. Memang taklah saya nak kerja dengan awak. Mengarut apanya? Dah jelas sangat ayah awak suruh rasuah saya in silent. Dia nak tunjuk kat satu dunia yang dia boleh buang orang sesuka hati dia dan dia juga boleh bagi orang tu kehidupan melalui duit dia. Kenapa awak tak nampak semua ni? Jelas sangat kut yang ayah awak gunakan awak untuk buat semua benda.”
“Okay. Fine. Saya mengaku yang ayah saya memang macam tu. Tapi awak kena ingat Mai, sekali awak kena dengan ayah saya, sampai bila-bila pun awak takkan boleh cari kerja dah. Macam yang awak cakap, ayah saya boleh hancurkan hidup orang lain macam dia petik dua jari dia. Tapi sekarang saya tengah nak tolong awak. Melainkan awak nak sujud kat kaki dia!” Ilhan dah hilang sabar. Akhirnya ditengking juga Humaira.
Aku sengih. “Then, tell him. Sampai saya jadi mayat pun, saya takkan sujud dekat kaki dia. Dan awak...” Aku tarik nafas sedalam habis. “...boleh pergi dari hidup saya. Sebab saya... saya dah mula nak benci tengok muka awak, Ilhan. Dulu saya ingat awak akan buat perkara yang baik. Sekurang-kurangnya, satu benda baik yang boleh buatkan saya hormat pada awak dan yang pastinya berbeza dengan ayah awak. Tapi sekarang, saya tak rasa saya nak buat macam itu lagi. Awak tak buat untuk saya Ilhan. Dan awak tak buat untuk orang lain pun. Tapi awak buat untuk diri sendiri. Hanya pada diri sendiri awak semua ni dan jadikan saya sebagai satu alasan sahaja. Sebab awak takut nak cakap benda yang betul pada ayah awak. Dan kalau Aswi tu bukan ayah awak sekali pun, awak takkan berani nak buat. Sebab itulah diri awak. Hanya berdiri di belakang bayang-bayang sendiri.”
Ilhan mengap. Pedih jiwanya mendengar kata-kata yang Humaira hamburkan. Jelas terpancar riak kekecewaan pada wajah Humaira. Buatkan hatinya dirudum dengan perasaan serba salah. Tersepit dengan perasaan sendiri sedangkan apa yang dia buat hanyalah untuk kebaikan perempuan yang dia sayang.
“Kalau macam itu...” Ilhan bergerak selangkah ke hadapan. “...kalau saya lepaskan semuanya sekali...nak tak awak hidup dengan saya?” Berkaca matanya saat menghamburkan semuanya yang dia tahan sejak beberapa tahun sudah. Mengharapkan yang perempuan ini dapat terima dirinya, hatinya dan jiwanya.
Aku kerut dahi. Mata dikerlipkan sekali.
“Apa yang awak mengarutkan, Ilhan?”
“Saya tanya awak serius, Humaira. Jujur saya katakan yang saya masih lagi tak boleh move on dengan semuanya. Bukannya kemahuan saya nak tinggalkan awak dekat sini waktu kita belajar. Tapi saya terpaksa. Ayah saya tekan saya. Mak saya tekan saya. Semua orang hanya mampu nak suruh saya buat itu dan ini. hanya awak sahaja faham apa yang saya nakkan. Dan saya tahu, kita berdua dah akhirkan yang dulu itu dengan perkara yang baik. Tapi entah kenapa saya tak boleh lupakan awak, Humaira. Katalah saya yang step down dalam situasi ni dan tinggalkan semuanya kebelakang, nak tak awak hidup dengan saya? Jadi isteri saya... jadi seorang...”
“Ilhan. You should stop this.”
“No Mai. You need to listen to me first.” Pinta Ilhan bersungguh.
“I'm done listening and I'm not going to listen for anything right now.” Bentak aku kasar. Serabut sungguh kepala aku. Celaru. Apa yang aku mahukan hanya sebuah penjelasan atas ketidakadilan dari seorang manusia. Tapi kenapa hal hati dan perasaan juga dibicarakan?
“Mai. Please. Sekurangnya...”
“HUMAIRA.”
Terus mata aku dikalihkan ke kanan tatkala nama diseru dengan suara yang sememangnya tak asing lagi kedengaran pada peluput telinga.
“Nahlan???” Terketar-ketar suara yang aku lontarkan saat menyebut nama sang suami. Atas bawah aku tengok Nahlan yang sedang berdiri depan aku.
Eh? Nahlan dah boleh berdiri? Wan Ahmad Nahlan dah boleh berdiri? Tanpa tongkat. Tanpa bantuan. Macam dulu? Apakah??
Seketika, Ilhan dan Nahlan bersabung mata.
Gulp. Mampus. Mampus kau wahai Humaira.
Share this novel