Bab 30

Romance Series 23565

Pap. Aku pukul lengan aku tatkala ada nyamuk yang hinggap menghisap darah di kulit. Lepas itu, aku lap pula kepala aku akibat berpeluh sebelum mengelap kesan darah yang hampir kering dari celah leher. Mujur telinga aku masih ada di tempatnya yang asal.

Kurang asam punya Nahlan. Gigit sampai tercabut kulit aku. Keturunan zombie ke vampire dia ni eh? Berdarah kut leher aku. Sakit jangan cakaplah. Mengundang makian aje. Lepas tu tak bagi aku masuk rumah. Terpaksalah bertapa dekat luar ni. Dah dekat dua jam berdiri di depan pintu masuk rumah. Lenguh berdiri, aku duduk pula. Bosan duduk, aku bangun semula. Baring je belum lagi.

Bedebum!

Aish!!! Yang ini memang aku tak suka. Cukup tak suka. Bila datang bunyi ni, automatik akan hujan tak lama lagi. Bila dah hujan, confirm hidup aku takkan tenteram.

Bedebum!!

Alamak! Alamak! Macam mana ni? Patut ke aku ketuk pintu? Ah. Tak naklah. Apa pun jadi aku takkan ketuk pintu minta simpati. Tapi macam mana kalau hujan yang turun tu tersangatlah lebat?? Mampu ke aku bertahan seorang diri dekat luar ni? Mampu ke?

Ini semua salah Nahlan. Bukan nak dengar aku cakap apa. Dia dengan kepala otak dia je yang betul. Lepas tu ganas macam apa. Tumbuk sana tumbuk sini. Ini kalau dia cakap dia tu pengganas pun, orang lain boleh percaya.

Tit, tit, tit...

Alaaa haiii... Kenapalah boleh hujan pulak waktu ni? Pandang ke langit, aku kecilkan mata.

“Hailah yang di atas sana. Tak ke Kau kesian dengan aku yang dekat bawah sini? Itu hari Kau hadirkan hujan waktu kejadian hitam menimpa diri aku. Sampai sekarang aku tak boleh nak lupa kejadian yang sama acap kali Kau turunkan hujan. Hari ini Kau juga yang turunkan hujan tatkala aku kena kurung di luar rumah. Dengan suami sendiri. Ujian apa pula yang Kau hadirkan pada aku. Tak pernah aku minta untuk berkahwin dengan orang gila macam dia. Dan tak pernah aku minta untuk jadi segila ini. Atau ini balasan pada aku sebab aku murka pada Kau tatkala berniat mahu membunuh diri sendiri?” Pejam mata, aku angkat tangan. Merasai sendiri air yang turun menyembah bumi.

Beberapa saat kemudian, aku tundukkan wajah. Rapatkan tubuh ke dinding, aku duduk mencangkung. Dengan kedua tangan melekap ke telinga, lidah pula tak henti ucap kata zikir. Ubat penenang bagi semua masalah jiwa. Supaya tenteram dengan segala hal yang berlaku. Sekaligus memohon keampunan pada setiap khilaf yang telah aku lakukan sebagai seorang hamba.

'Semua ini akan berlalu.'
'Semua ini akan berlalu.'
'Semua ini akan berlalu.'

Ucap aku pada diri sendiri. Kalau tak cakap macam tu, mana mungkin aku akan bertahan seorang diri di sini. Tanpa bantuan dari sesiapa.

Krek. Nahlan buka pintu. Dilihat Humaira sedang duduk di hadapan rumah dengan keadaan yang menyayat hati. Dari tadi lagi sebenarnya nak buka pintu bila teringatkan yang Humaira tak suka langsung pada hujan. Tapi sekali pun telinganya tak dengar ketukan dari luar pintu. Ego tahap apalah perempuan yang seorang ini?

“Masuk Humaira.”

Aku diam.

“Janganlah nak buat perangai waktu hujan macam ni. Tak penat ke kau? Bila aku suruh masuk tu, masuk jelah.”

Aku bangun. Terus masukkan tubuh ke dalam rumah. Boleh bernanah telinga aku dok dengar suara jantan tu berleter tak sudah. Baru nak pasung kaki meniti anak tangga, terasa badan diselimut dengan sehelai tuala yang tebal. Aku angkat kepala.

Tanpa suara, Nahlan bukakan tudung Humaira. Dan tanpa suara juga, dia lap rambut Humaira yang dah basah. Seminit. dua minit. “Kenapa main hujan? Aku suruh kau berdiri je kan kat luar tu? Kata takut hujan. Tapi pergi main hujan pulak.”

“Mungkin sebab bumbung rumah awak ni tak cukup panjang. Yelah. Nak buat macam mana? Mesti ikut akal pemilik rumah ni lah kut. Akal pendek.” Balas aku menarik tuala di atas kepala.

Nahlan ketap bibir. Terus dia tolak kepala Humaira. Sekali.

“Adui! Sakitlah. Tak payahlah. Biar saya buat sendiri.”

Nahlan tepis tangan itu. “Seminit tak cari gaduh memang tak boleh ke? Asal dengan aku je kau nak bergaduh. Asal tengok muka aku je mula nak mengutuk dalam hati. Mulut tu suka sangat melawan cakap aku. Dengan ex kau tu takdelah pulak kau nak marah-marah macam ni.

Aku jegilkan mata tika mana perihal ex diutarakan. “Sebab dia takdelah buat perangai macam awak. Suka dera saya sana sini. Kurung luar rumah tak bagi masuk!”

“Kau nak cakap yang dia tu lebih baik dari aku kan.”

“Obvious sangat kut. Menipulah kalau awak tak perasan.” Rentap tuala yang Nahlan pegang, aku lap sendiri baju aku yang basah.

“Hei Humaira. Jangan nak cabar aku boleh tak??!” Ditolak tubuh itu rapat ke dinding. Ditekan dada itu dengan dada dia. “Dah kira baik sangat aku tak bunuh je dia tadi. Apesal kau tak bagitahu dia yang kau tu dah kahwin? Malu? Ke memang tak nak bagitahu sesiapa tentang status kau?”

Aku tarik nafas laju-laju. Sakit dada aku kena himpit dengan dada Nahlan. Nak tolak, memang tersekat kedua tangan aku tak boleh nak angkat tinggi. “Sejak bila pula awak kisah dengan status semua ni. Awak tu pun bukannya ada bagitahu orang lain yang awak tu dah kahwin.”

“Tapi itu tak bermakna kau boleh keluar berdua-duaan dengan dia.”

“Mana ada berdua. Saya dengan dia tadi ada hal yang...”

“Entah-entah nombor telefon dia pun kau simpan buat kenangan.”

“Macamlah awak ada bagi nombor telefon awak dekat saya.” Malas aku nak terangkan apa yang aku balahkan dengan Ilhan. Sebab gaya Nahlan macam tak nak dengar. Dah kalau tak nak dengar, buat apa aku nak bercerita? Bazir air liur aje.

Nahlan terdiam. Aah ya. Sekali pun dia tak pernah beri nombor telefon dia pada Humaira. Kalau balik rumah mak dia sekali pun, Humaira tak pernah telefon. Itu hari maknya yang maklumkan pada dia. Sungguh. Dia lupa betul hal yang itu.

“Dahlah. Saya penatlah nak hadap muka awak. Dengan baju yang basah lagi. Dengan perangai awak yang tak semengah langsung. Kan bagus kalau kita tak kahwin. Tak perlulah nak hadap masing-masing punya perangai.”

“Habis tu? Kau nak kahwin dengan dia?”

“Apa lagi awak ni?”

“Kalau kau tak kahwin dengan aku, kau akan kahwin dengan dia? Macam tu?”

“Mungkin?” Aku jongket bahu.

Nahlan rapatkan bibir. Maksudnya memang isteri dia ada hati lagi pada lelaki bernama Ilhan. Kalau tak, takdelah selamba aje jawab macam itu dengan dia.

“Boleh. Aku izinkan. Tapi dengan satu syarat.”

“Ouh ya? Baiknya awak izinkan isteri sendiri pergi kahwin lain. Siap bagi syarat lagi. Kalau macam itu, apa salahnya kalau awak kongsi syarat awak dengan saya. Mana tahu saya boleh praktikkan terus lepas ni. Benda baik kan... Tak elok buat simpan sorang diri.” Lailahaillallah lelaki ini. Tak habis lagi dengan perangai mangkuk hayun dia.

Nahlan angkat lima jarinya ke atas. “Lima.” Ucapnya sepatah.

Aku kerut dahi. “Apa yang lima?” Soal aku berwajah cemberut.

“Bagi aku lima anak dulu. Baru kau boleh pergi kahwin lain.”

Aku terdiam. Terbuntang luas mata aku mendengar apa yang Nahlan katakan. Tidak semena mata Nahlan bertukar menjadi hitam. Dan pekat. Menampakkan satu perkara sahaja di situ. Meremang terus bulu roma aku. “GILA!!” Pusing tubuh, aku larikan diri naik ke bilik. Tapi belum sempat tangan nak tolak pintu, tubuh aku diangkat tinggi.

“Nahlan lepas.” Bam. Nahlan campak badan aku atas katil. “Hei Nahlan. Jangan buat kerja gila. Saya cakap jangan!!” Aku baling semua bantal yang ada atas katil ke Nahlan. Tapi semua itu Nahlan sempat elak dengan baiknya.

“Lima Humaira. Li ma. Tak cukup lima, jangan harap nak lari dari aku.” Tarik baju ke atas, dia buka bajunya sehingga semua kulit terserlah depan mata si isteri.

“Jangan jadi gilalah!!” Jerit aku kuat mengesot tubuh ke belakang. Terketar-ketar tubuh aku menahan rasa takut yang kian bermukim di hati. “Awak sentuh saya, saya...” Terus aku turun dari katil tatkala melihat tubuh Nahlan sudah mula memanjat katil.

Baru nak tarik pintu, tubuh aku diangkat lagi sekali. Bam. Tercampak terus atas katil. Terus badan dihempap dengan tubuh sasa Nahlan.

“Nahlan. Berhenti. Tolonglah jangan buat macam ni...” Rayu aku dalam esak tangis. Ke kanan ke kiri aku tolak wajah itu. Atas bawah aku tendang tubuh itu. “Nahlan. Saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf pada awak.” Pinta aku saat merasakan bibir Nahlan sudah merayap ke bahagian leher. Sumpah aku takut.

Nahlan angkat wajah. “Baru sekarang nak pandai minta maaf. Pergi mampus dengan maaf kau. Rasakan sendiri akibatnya kalau buat aku marah.” Dimasukkan tangannya yang satu itu ke dalam baju Humaira. Pergi ke mana sahaja yang dia suka.

“Nahlan. Saya takut. Saya betul-betul takut. Tolonglah jangan buat saya macam ni. Nahlan please...” Rayu aku semacam orang gila. Terus bayangan hitam itu muncul lagi dan lagi. Mambuatkan darah aku mengalir dengan sangat laju.

Nahlan tak peduli. Dia nak juga apa yang ada depan mata dia sekarang. Dia tak kira. Sakit betul hati dia bila mana Humaira pertahankan lelaki bernama Ilhan. Ego dia tercabar. Maruah dia sebagai seorang suami rasa dipijak-pijak. Lagi-lagi bila teringat kejadian tadi di mana Ilhan dengan selamba tarik tangan Humaira. Dengan sangat kuat pula itu.

Beberapa saat berlalu, Nahlan angkat wajah. Pelik tatkala tiada lagi rontaan dan cubaan mahu melepaskan diri. Bunyi tangisan dan rayuan pun tidak lagi kedengaran di cuping telinga.

“Humaira.” Dipukul ringan pipi itu beberapa kali. “Humaira.” Panggilnya untuk kali kedua. Damn. Pengsan ke apa dia ni? Terus dia angkat tubuhnya menjauhi tubuh sang isteri.

Shit. Humaira pengsan. Hish. Apa aku dah buat ni?????

******************8
“Kelakar ke??” Soal aku bengang.

“Huh?”

“Kelakar ke dengan apa yang saya cakap??” Soal aku lagi sekali dengan mata yang masih berair. Geram pulak tengok mulut Nahlan yang macam nak tersengih tapi ditahan-tahan. Aku rasa aku takdelah pulak buat lawak dekat sini. Menganjing aku ke macam mana?

“Apa?? Oh. Fasal kau kahwin dua?? Tak. Mana ada kelakar. Tak kelakar langsung.” Balas Nahlan mengusap belakang tengkuknya.

Aku tolak tubuh aku ke tepi sebelum letakkan kedua kaki ke atas lantai. Berdiri dengan gah walaupun kepala masih terasa pening. Kesan akibat pengsan dengan keadaan semua baju basah lencun. “Terima kasih sebab tukarkan baju saya dan pinjamkan baju awak.”

“Kau nak pergi mana?” Pegang tangan itu, Nahlan aju soalan pada Humaira.

Aku tarik tangan aku lekas-lekas. “Pergi mana lagi? Pergi bilik sayalah. Buat apa saya nak duduk sini lagi...” Takkan nak menghadap muka kau lagi dan lagi. Hati aku masih ada bara yang panas kalau kau nak tahu kesan dari perangai kau yang sememangnya menyakitkan hati, menyusahkan jiwa.

“Kenapa nak pergi bilik kau? Tidur jelah kat sini. Mandi apa semua kat sini. Aku tak kisah pun kalau nak kongsi katil ni dengan kau.”

Aku jegilkan mata sekeras-kerasnya. “Awak ingat saya nak tidur sini lepas semuanya berlaku tadi?! Memang taklah!!” Panas pulak hati aku dengan apa yang keluar dari bibir Nahlan. Gila apa?? Menempah maut namanya kalau aku pilih untuk tidur dekat sini lagi.

“Ouh... Ya tak ya juga. Make sense.” Nahlan mengiyakan apa yang dia katakan tadi sambil menganggukkan kepala beberapa kali.

“Huh!” Jalan aku dan keluar terus dari bilik Nahlan. Bam. Aku hempas pintu.

Nahlan garu hujung keningnya. Adus. Habis tu aku macam mana? Baru berniat nak tidur dengan Humaira malam ni. Dan semua rancangannya yang sudah dirancang dengan Raiqal siang tadi, satu pun tak terbuat. Apa yang dirancang, semuanya jadi lain. Sangat lain.

Haih. Sia-sia aku beli bunga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience