Bab 38

Romance Series 23565

“Sedap tak bubur tu? Abang masak. Tapi ikut resepi dari fac.” Nahlan kesat peluh yang mengalir di dahi setelah selesai berperang di dapur. Susah rupanya nak masak. Ingatkan senang aje. Campak sana sampak sini, dah siap. Tapi bila dia buat, berpeluh satu badan dia hanya nak masak bubur nasi. Itu belum lagi nak masak masakan yang lain. Penat seh!

“Hangit.” Jawab aku sepatah. Aku tak nak menipu, tapi memang bubur nasi depan aku ada rasa hangit. Karang aku tipu, Nahlan suruh habiskan satu periuk pula. Buat naya aje. Kesian dekat perut aku nanti. 

“Eh. Alamak.” Dengan segera Nahlan tarik sudu yang Humaira pegang sebelum disuakan satu sudu bubur ke dalam mulutnya. Erk. Aah. Hangit. Pahit dan masin sekali kut. Adus. Terus Nahlan angkat wajah memandang Humaira. “Sorry. Abang pergi buat lagi sekali.” Tuturnya dengan nada yang sangat serba salah.

“Takpe. Tak payah. Ini saya boleh makan.” Aku tarik mangkuk berisi bubur yang Nahlan dah tarik. Nak jaga hati punya fasal, aku tahan jelah. Kesian pulak aku tengok Nahlan yang dari tadi bertungkus-lumus masakkan untuk aku. Ini bukan cubaan yang pertama. Dah masuk kali ketiga Nahlan masak bubur hangit untuk hari ini sahaja. Pun masih hangit, pahit dan terlebih garam. Kadang tu aku rasa, macam sanggup tidur dengan keadaan lapar daripada makan bubur dari air tangan Nahlan.

“Janganlah macam tu. Tunggu kejap. Abang pergi masak lain.” Baru berkira-kira nak angkat tubuh, tangannya ditarik lembut oleh Humaira. Terus dia pandang Humaira tanpa berkelip.

“Tak payah, Nahlan. Saya makan yang ini aje.” Aku tuang air masak yang ada di tepi ke dalam mangkuk berisi bubur. Lepas itu, aku suap mulut dengan bubur yang hangit. Tapi kali ini rasa masin dah kurang sikit. “See?? Dah tak masin sangat. Tak payah nak buat yang lain dah. Membazir kut. Nanti nak buang lagi. Lepas tu masak yang lain lagi. Bukannya tak boleh nak makan langsung. Okay je. Tak beracun pun. Boleh je nak penuhkan perut dengan bubur awak.” Tutur aku sambil menyuap bubur ke dalam mulut.

Nahlan diam. Mata hanya merenung melihat Humaira makan. Terharu rasa di hati melihat Humaira hanya makan tanpa banyak bicara. Dia nak masak yang terbaik untuk Humaira. Tapi dia tak reti. Dah belajar dari video masakan pun masih tak sama dengan rasa yang dia inginkan. Rugi betul tak belajar masak waktu dulu-dulu. Kalaulah dia pandai nak masak itu ini, mesti dah bermacam-macam jenis lauk yang ada depan Humaira. Tak payah disuruh, dia akan masak dengan relanya.

“Kenapa awak tak guna bubur instant je?” Soal aku memecahkan hening yang tercipta. Nampak tak? Aku memang baik hati orangnya. Disebabkan kau dah gigih macam itu sekali hanya untuk semangkuk bubur, aku hadam jelah tanpa banyak soal. Atau sebab aku dah tak boleh tahan dah dengan rasa lapar di dalam perut. Jadinya, makan dan terima seadanya sahaja.

“Itu bubur instant, Mai.” Jawab Nahlan mengendurkan suaranya.

Aku pandang wajah Nahlan. Lama. Lepas itu, aku ukir senyuman nipis. 

“Tak payah nak sorok sangat. Kalau nak gelak, gelak jelah.”

“HAHAHAHA!!!” Meletus tawa aku dengan kuat. Sumpah kelakar. Bubur instant pun boleh hangit?? Manusia ke bukan manusia yang masak??  “Hihihihi... Awak ni... Hihihihi...” Aku tahan tawa kejap. Tapi sesaat aje. Lepas itu, aku sambung ketawa semula. “Sorry saya gelakkan awak. Tapi awak memang kelakar. Jenis kelakar awak ni, memang tak boleh nak bawa bincang langsung.” Kata aku menyapu air yang keluar sedikit di birai mata akibat gelak dengan melampau tadi. Tapi memang tak tahan weh?

Benda instant pun boleh hangit!! Dasyat!! 

Nahlan pasrah bila kena gelak dengan isteri sendiri atas sebab tak pandai nak masak bubur instant. Tapi nak buat macam mana? Dia dah tengok semua arahan yang ada dekat belakang peket. Tapi masih, hangit juga. Salah pada arahan atau salah pada tangan yang memasak? Ke salah pada dua-dua sekali?

“Apa teruk sangat skil masakan awak? Bubur instant pun boleh jadi hangit. Ish ish... “ Aku geleng kepala tanda melawan rasa lucu di hati. Ini kalau aku gelak lagi dan lagi, boleh terbuka semua jahitan yang ada dekat perut. Lebih baik aku tahan aje. Bahaya kalau gelak lebih-lebih macam tadi walaupun rasa lucu itu masih ada. Kikiki...

Nahlan usap belakang tengkuknya sekali.  Aduyai... Tak tahu nak jawab macam mana? Tapi memang dia tak reti nak masak. Dulu waktu pergi training dalam hutan, hanya bakar makanan yang ditangkap guna garam aje. Orang kata, asal boleh makan. Itu dah memadai. Kalau nak lebih-lebih, memang dia pas dekat Raiqal aje bab masak-masak. Lelaki itu memang tip top. Tapi kalau diri dia, memang tak jalan. 

“Mai nak makan apa lagi tengah hari nanti? Abang boleh...”

“Cop cop!” Aku hentikan kata-kata Nahlan sambil tangan diangkat tinggi ke udara.. “Saya tak nak makan kalau awak kata awak nak masak.” Aku jeling tajam pada Nahlan. Cukup-cukuplah tu dera aku untuk makan semua masakan dia. Aku dah tak nak! Dan dah tak mampu nak jaga hati dia kalau Nahlan nak masakkan untuk aku lagi. Lebih baik mencegah dari merawat kalau kau nak tahu. 

Nahlan senyum. “Abang boleh order dekat luar...” Sambung Nahlan polos. Semenjak tiga hari bawa Humaira pulang ke rumah, semuanya dia buat. Rumah, dia yang kemas. Makanan, dia yang masakkan. Baju, dia yang masuk dalam mesin basuh dan dia yang sidaikan hingga kering memandangkan Humaira tidak lagi bebas untuk berjalan macam biasa. Semua keperluan yang perlu disediakan untuk Humaira, telah dia sediakan dengan baik. Serasanya, takde satu pun yang dia tertinggal. Tapi bab masak, memang fail. Jahanam teruk. Padahal bubur aje pun.

“Baguslah macam tu. Saya bukan apa tau... Saya rasa adalah lebih baik pesan dekat luar sebab nanti awak pun takkan makan makanan yang awak masak sendiri.” Aku balas tanpa lapik. 

“Hm...” Nahlan jawab tanpa nada. “Mai nak makan apa tengah hari nanti?”

“Ermm... Nak makan tom yam.”

“Okay... Anything for you...”

Aku cebirkan bibir. Ek eleh lelaki ini. Nak memanis mulut pulak dengan aku. Sorry. Aku tak makan sangat dengan benda manis macam itu. Langsung tak hadap.

“Nahlan.” Panggil aku.

“Ha?”

“Kalau saya tanya sesuatu, awak jangan marah boleh?” Aku cuba nasib. Kut kalau dia nak marah, aku tanya waktu lain ajelah.

“Marah? Kenapa pulak nak marah?”

“Yelah. Awak kan memang tak suka orang ganggu privasi awak. Karang saya tanya benda yang awak tak suka, awak melenting tak tentu fasal. Jenuh nak berbalah mulut.”

Nahlan tundukkan wajah sejenak. Mengimbau kembali perilakunya terhadap Humaira dalam beberapa bulan yang lepas. Serasa mahu sahaja menyumpah diri sendiri atas tindakannya yang sering berada di luar kawalan. Kadang tu, dia sendiri tak tahu kenapa dia nak marah pada Humaira sedangkan tiada apa pun yang salah dia mata dia. Harus dia akui yang kebanyakan masanya, memang dia bertindak dengan tindakan yang kurang cerdik. Atau dia sendiri yang tak reti nak kawal emosi marah dia. Akhirnya, Humaira jadi tepat untuk dia lepaskan rasa marah yang ada dalam hati.

“Sorry...” Nahlan angkat wajah. “Tapi itu abang yang dulu. Sekarang abang dah tak macam tu. Like honestly, abang sebenarnya bukan macam itu pun. Cuma abang rasa macam...” Nahlan hela nafas berat. Bodoh betul dia. Bertindak macam manusia yang tak matang langsung. walhal umur sudah ada di pertengahan 30 an. Apalah teruk sangat dengan diri dia? 

“...rasa macam...”

“So, boleh ke tak saya tanya ni?” Soal aku mencantas apa yang Nahlan mahu katakan. 

“Ya. Sure. Apa dia?” 

“Kenapa pindah rumah?” Dari hari pertama lagi aku jejakkan kaki ke dalam rumah ini, soalan itu aku pendam memandangkan Nahlan tak utarakan langsung tentang hal rumah. Tapi aku masih tak boleh lari dengan rasa pelik. Serasa aku, rumah yang sebelum ini, dah lengkap dengan semua fasiliti. Tapi tiba-tiba Nahlan bawa aku ke rumah yang lain pula. Yang jauh dari tempat kerja aku. Yang jauh dari rumah mak dan ayah. Yang jauh dari kenalan aku. Sekurangnya rumah sebelum ini takdelah jauh sangat dengan sekolah tempat aku bekerja. Ini dekat satu jam kut kalau ikut jarak yang diberi untuk pergi kerja. 

Aku nak kena bangun pukul berapa nanti hanya semata nak pergi kerja?? Giler!

Nahlan pandang ke tempat lain. Tak mahu bersengkang mata dengan Humaira bila mana perihal rumah diutarakan. Jujur dia cakap yang sakit itu masih terasa. Yang pedih itu masih berbekas. Itu sebab dia bawa Humaira pergi duduk ke sini. Jauh dari orang lain. Dia tahu dia takkan boleh lari dengan soalan macam ini. Tapi selagi mana boleh dia pendam, lebih baik pendam seorang diri. Itu lebih afdal serasanya.

“Awak dah jual ke rumah yang sebelum ni?” Soal aku lagi. Diam aje Nahlan ni. Aku salah tanya ke? Tadi cakap, boleh nak tanya apa sahaja. Ini bila dah tanya, macam tak nak jawab pula. Apa yang tak kena dengan dia ni oi!

“Aah. Jual. Kenapa Mai tanya?” Dengan perlahan, Nahlan beri kata jawapan.

“Bukan apa. Saya cuma pelik sebab awak pindah rumah. Berapa banyak rumah yang awak ada sebenarnya? Kalau ikutkan, rumah yang sebelum ni kan dah okay. Kenapa sampai nak pindah rumah lain?” Tanya aku. Selagi boleh tanya, aku tanya. Satu perkara yang aku belajar mengenai lelaki di hadapan, Nahlan ini jenis yang susah benar nak bercerita buka mulut. Benda kecil pun nak simpan dalam hati. Aku bukan paksa, cuma nak tahu. Penangan dah lama hidup sendiri atau jenis yang suka pendam sorang-sorang ek?

“Mai nak cakap apa sebenarnya??” Dia faham dengan semua yang Humaira katakan. Sudah dia cakap tadi yang lambat-laun semua ini akan mula dibahaskan juga. Hanya tunggu untuk masa itu tiba sahaja.

“Saya tak nak awak buat keputusan hanya disebabkan saya.”

Nahlan tarik nafas. Beratnya rasa di hati tatkala melihat Humaira yang belum sembuh gara-gara diri dia.

“Ini semua hanya permulaan.” Kata aku.

“Ha?” Nahlan kerut dahi.

“Sebelum saya pengsan sebab kena tikam, itu ayat terakhir yang saya dengar. Bagitahu Nahlan, ini semua hanya permulaan. Itulah yang dia cakap dekat telinga saya sebelum saya rebah dan tutup mata. Obvious sangat yang 'dia' yang saya tak tahu siapa memang bagi amaran dekat awak. Menggunakan saya semestinya.” Sambung aku akan perkara yang sebenar pada Nahlan.

Mata Nahlan bergetar. Makin menggunung rasa serba salah dalam dirinya.

“Walaupun kita berdua tahu dalang di sebalik semua ini siapa? Tapi takde bukti nak bawa ke muka pengadilan dan tunjuk pada semua orang yang diorang tu salah. Tapi saya tak nak awak buat keputusan hanya berdasarkan emosi awak yang bercelaru sahaja. Awak seorang yang ada integriti dalam hidup. You decision must not based on the emotional only. You are train to be such a man.”

Nahlan hela nafas kuat-kuat. 

“What should I do Mai? Mai sendiri tahu yang serang Mai tu hanya sebab abang. Dan Mai tahu siapa dalang di sebalik semua ini. Masakan abang nak balik ke rumah itu semula bila abang sendiri yang nampak depan mata keadaan Mai macam mana? Doktor kata Mai kena tikam dekat lima kali. Chances untuk hidup tak sampai lima puluh peratus sahaja. Dan setiap kali abang balik rumah yang dulu, hanya nampak keadaan Mai yang penuh dengan darah. Then abang decide nak tinggalkan rumah tu. Tak nak dah duduk dekat sana. Tak sanggup.” Nahlan geleng kepalanya halus dengan penuh rasa kesal di dada.

Aku pandang wajah Nahlan yang sedang menunduk itu. Riak wajah itu hanya penuh dengan kata kesal sahaja. Kesal dengan apa yang telah terjadi pada aku.

“Habis tu awak ingat kalau sedih macam ni, boleh tangkap ke penjenayah tu?” Soal aku dengan nada yang sengaja disiniskan.

Eh?? Nahlan angkat muka. Berkerut dahinya dengan nada yang Humaira lontarkan.

“Mai ejek abang ke macam mana?”

Aku tolak mangkuk bubur ke tepi. “Bukan ejek. Tapi saya bagi satu fakta. Masalah takkan selesai kalau awak asyik nak salahkan diri sendiri. Awak juga yang cakap dengan saya... Macam mana marah saya sekalipun dengan diorang tu, Ilson Fund itu masih satu organisasi dan semestinya mereka takkan terkesan langsung waima sekelumit kuman dengan apa yang dah jadi pada saya. Pada awak. Awak rasa dengan perletakan jawatan awak akan buat diorang terkesan ke? They won't I bet.”

“Macam mana Mai tahu abang letak jawatan?”

“Saya tak nampak dah lencana awak yang selalu awak agung-agungkan sangat tu. Kalau itu bukan letak jawatan, mesti kena buang kerja.” Tebak aku. Sampai hari ini aku takde nampak langsung lencana yang melekat pada tubuh Nahlan. Selalu selit dekat tepi pinggang. Tapi tiga hari berlalu, tak nampak langsung apa-apa barang yang Nahlan selalu angkut macam angkut nyawa. Lagi satu sebab lelaki itu asyik benar melekat dekat rumah. Tak ke mana. Dengan alasan nak jaga aku. 

“Urm... betul lah tu. Betul apa yang Mai cakap.” Iya Nahlan dengan wajah yang muram. Dah kalau Humaira kata macam itu, dia nak elak macam mana lagi? Memang betul pun yang dia dah takde apa-apa jawatan di bawah badan perisikan. Gara-gara letak jawatan tempoh hari. Sekali dengan Raiqal pergi letak jawatan. Jenuh arahkan Raiqal tarik balik perletakan jawatan dia. Tapi lelaki itu tetap tak nak. Sahabat dunia akhirat katanya.

Aku kaget. Alahai. Kenapalah lelaki ini tayang wajah muram dia pada aku? Kesian pulak aku tengok. Sejahat-jahat aku, takdelah aku nak kibar jalur gemilang tanda suka sebab Nahlan dah letak jawatan sebagai seorang perisik. Dan-dan lepas kaki dia sembuh. Aduhai.

“Awak kata nak jadi perisik sampai akhir hayat. Bukan itu cita-cita seorang Wan Ahmad Nahlan ke?” Soal aku perlahan. Sembunyikan rasa hiba di belakang. Sedihnya lahai kena letak jawatan hanya semata pertahankan prinsip hidup sendiri. Depan manusia yang tolol pula itu. Lepas tu, takde siapa nak back up. Kebangangan apakah ini?

Nahlan mengeluh tanda kesal. Sejujurnya dia pun terkesan dengan apa yang dah berlaku tempoh hari. Kalau apa yang dia buat itu salah di mata yang melihat, dia akur dengan kehendak tuhan. Tapi apa yang dia pertahankan adalah satu keadilan yang telus. Bukan hanya perlu menjilat pada kuasa wang ringgit mahupun tunduk menyembah pada manusia yang bongkak mengalahkan firaun.

“Oh ya...” Nahlan angkat wajah.

“Uh?” Aku kerut dahi.

“Alang-alang kita dah cakap tentang hal ini, abang nak Mai tahu yang dia pun ada dekat sana tau...” Tutur Nahlan senada.

“Uh??” Dahi aku jadi lebih berkerut. “Dia?? Siapa?? Tak faham.” Aku geleng kepala sambil kerlip mata beberapa kali.

“Dialah. Lelaki yang Mai pernah suka tu...”

Aku pandang kiri, aku pandang kanan. Fikir dan terus fikir mengenai apa yang Nahlan katakan. Dia cakap fasal siapa? Lelaki yang mana? Jangan kata yang Nahlan tengah cakap tentang... “Awak tengah cakap tentang Ilhan ke?” Soal aku dengan mulut yang dibuka sedikit.

“Hm.” Nahlan angguk. “He was there. Dengan ayah dia sekali. Nak ambil alih badan perisikan dan tak sangka bos abang pun bersesongkol dengan Ilson Fund hanya sebab bukti yang ada dekat tangan abang. And that's really, really make me sad.”

“Why?” Soal aku pelik.

“Sebab...” Nahlan kerut dahi memandang pada Humaira. “...sebab dalam video yang ada dekat tangan abang ada sekali bukti yang menunjukkan bos abang terlibat dalam penyeludupan wang haram. Ingatkan nak bawa hal ini secara senyap ke pihak atasan, tapi tak sangka pula bos abang nak rasuah abang supaya diamkan diri.”

“Ouh...” Aku angguk tanda memahami apa yang Nahlan ceritakan.

“Tapi...”

“Ouh. Ada tapi. Tapi apa??” Menarik pulak nak tahu apa yang Nahlan sedang katakan. Yelah. Hal ini pun sedikit sebanyak melibatkan keselamatan aku. Kalau tidak, sampai nyawa aku dicabut Ilahi aku takkan tanya perihal yang berkaitan dengan Nahlan.

“Tapi abang nak tanya tentang Ilhan dekat Mai. Bukan nak cerita tentang Ilson Fund.”

“Ouh...” Oh aku lagi. Lepas itu, aku pandang wajah Nahlan tanpa berkelip. Satu saat, dua saat, tiga saat... “Apa eh yang awak tanya fasal Ilhan tadi tu? Saya dah lupa lah...” Aku korek lubang telinga aku guna hujung jari kelingking. Sekali. Dua kali. Lepas tu, aku tiup. Gatal pula telinga aku dok dengar nama hamba tuhan yang seorang itu. Hurm...

“Mai masih...” Nahlan telan air liur. Tak tahu nak tanya macam mana? Tapi dia nak tahu dan dia berhak tahu. Kutlah isteri dia ada hati lagi dengan Ilhan. Kalau ada hati, dia nak tawan hati Humaira supaya sukakan diri dia. Kalau kata Humaira dah takde hati dengan Ilhan, memang dia buat sujud syukur je lepas ni.

“Mai masih suka dia ke?” Eh! Macam budak-budak sangat ke soalan dia? Gaya Humaira tanya tadi, macam malas nak ambil tahu. Ke dia patut tanya soalan yang lain pula?

Aku geleng kepala.

“Itu aje?”

Aku angguk kepala.

Nahlan tarik nafas. Wau. Yakinnya Humaira jawab. Betul ke? Ish.

“Jawablah betul-betul.” Gesa Nahlan memegang kuat tangan itu.

“Betul-betul.” Balas aku sepatah.

“Mai.” Nahlan tayang wajah bengkek.

“Awak nak saya jawab macam mana lagi? Nak saya cerita apa jadi antara saya dengan dia? Macam itu ke baru awak puas hati??”

Nahlan angguk kepala laju-laju.

“Well...” Aku kembungkan pipi. Lepas tu aku kempiskan semula. Berfikir macam mana cara nak mula cerita perihal Ilhan pada Nahlan. Perlu ke untuk aku cerita benda yang dah lepas. Benda dah lepas kut. Aduyai. “Erm... Saya dengan Ilhan kenal waktu belajar sekali. Fakulti lain. Kelas pun lain. Tapi jumpa waktu ada program dengan golongan OKU yang ada dekat gelandangan. Tolong gelandangan yang ada dengan team universiti sekali. Takde apa yang menarik pun. Jumpa. Borak. Kenal-kenal. Pergi makan. Pergi jalan. Gelak sana ketawa sini. Gaduh. Lepas tu berbaik semula. Lepas tu gaduh balik. Macam orang lain.”

“Lepas tu?”

“Lepas tu apa?”

“Yelah. Macam mana Mai dengan dia boleh berpisah? Takkanlah takde langsung perasaan istimewa tu pada dia. Mestilah ada... Kan??”

Aku angguk. “Ada. Mestilah ada.” Jawab aku telus. Menipu kalau aku cakap takde. Aku manusia kut. Mana nak lari dari rasa semua itu. Normal lagi.

Nahlan diam. Rasa cemburu dah mula menjalar dalam hati. Menyesal pula tanya soalan bodoh ni pada Humaira. Akhirnya, dia sendiri yang terjerat dengan soalan tersebut.

“Tapi benda dah lama kut. Kitorang pun berpisah secara baik. Waktu tu Ilhan nak kena pergi luar negara. Sambung study dekat sana. Saya pula nak terus cari kerja. Jadinya, memang kitorang berpisah cara baik. Takdelah nak berpisah sampai nak tayang dalam medsos. Biar semua orang tahu. Ataupun letak dalam Tik Tok biar dapat banyak view. Lepas tu baca komen dari semua orang yang komen. Kita dah besarlah awak. Benda yang perlu diselesaikan, buatlah cara baik-baik dan matang. Tak perlu kut nak tayang pada umum. Biasalah tu... Nama pun kehidupan. Ada masa gembira. Ada masa, sedih. Itu normal. Kalau awak tanya lima atau enam tahun yang lepas, mungkin saya akan bersedih. Tapi macam saya cakap tadi, benda dah berlalu. Terima jelah. Hidup atas dunia ni tak lama. Payah juga kalau nak hidup dengan rasa sedih aje. Penat kut.” Balas aku bersahaja.

Nahlan tarik bibir. Lega dengar apa yang Humaira katakan. Saat ini dia yakin yang Humaira tidak lagi menaruh harapan pada Ilhan.

“Kalau macam itu, Mai suka lah dekat abang?”

Aku kerlip mata. “Awak rasa, saya suka ke kat awak?”

“Jahatnya jawapan Mai.” Nahlan muncungkan mulut. Merajuk dengar apa yang Humaira jawabkan tanpa berfikir dengan banyak. Kalau tak suka pun, sekurangnya fikirlah dulu. Ini tidak. Suka hati aje nak tembak dia dengan ayat yang menyakitkan hati.

“Maksudnya...” Alamak. Ish. Merajuk pulak lelaki yang seorang ini. Jenuhnya nak hadap perangai rajuk dari makhluk bernama lelaki. Rimas. “... saya tak cakap pun yang saya benci kat awak.” Ambil jalan selamat, aku jawab jelah apa pun. Asalkan tak perlu hadap dah dengan muka merauk dia tu.

“Habis tu? Mai suka?”

Aku jongket bahu.

“Jangan dok jawab macam tu boleh tak??”

“Betul lah. Saya tak tahu kenapa saya boleh bersembang lama soal ni dengan awak. Dulu kemain payah lagi. Tapi betul. Saya tak pernah benci awak. Setakat menyampah tu, memang adalah. Tapi takdela sampai nak membenci. I'm not that kind of person.” Balas aku dengan lebih yakin. Mana mungkin aku nak membenci pada manusia yang ada di hadapan. Sejahat dia pun, belum pernah lagi dia berkasar dengan aku selain dari marah tak bertempat. “Lagipun...” Aku hentikan kata sejenak.

“Lagipun??”

“Urm...” Aku ramas selimut yang ada dengan perlahan. Nak cakap ke tak ek? Karang aku cakap, ada yang kembang semangkuk. Tapi kalau tak cakap, macam ada benda tak terlerai dalam hati. Tapi kalau mengundang pergaduhan macam mana?

“I know. Abang tak jaga Mai dengan baik kan...”

“Tak.” Jerit aku sedikit kuat. “Maksud saya... lepas saya bangun dari koma, awak macam terlalu baik dengan saya. Tak macam dulu. Suka cari gaduh. Macam... different. Saya...urm... Saya tak tahu kenapa awak buat semua ni? Is it because of the guilty? Or because the feeling of insecure to overcome your trauma because see me in the death state? Atau sebab awak memang dah takde kerja lain??” Kata aku perlahan dengan pelbagai soalan bermain di kepala.

“You really wanna know those answer?” Nahlan senyum.

Aku kaget. Uish. Berdebar pulak tengok senyuman kacak yang meniti di bibir kepunyaan Nahlan. Aku rasa aku setuju kut bila dia cakap yang diri dia memang termasuk dalam kategori lelaki kacak. Dengan bibir merah yang semacam tak pernah langsung sentuh asap rokok. Kalau dulu aku boleh mandikan sambil usha body dia. Tapi sekarang, tengok muka aje dah berdebar semacam. Apesal eh?

“Depends. Nak jawab, silakan jawab. Tak nak jawab, sudah. I'm just fine.” Jawab aku bersahaja. Lepas itu, aku tarik cawan yang berisi dengan air dan meneguknya sekali. Kenapa? Sebab nak hilangkan rasa debar yang datang mengetuk dengan sebegitu hebat. 

“Well...” Nahlan rapatkan wajahnya ke hadapan sekali. 

Aku gerakkan kepala aku ke belakang sekali.

“You can guess...” Cabar Nahlan dengan mata yang galak memandang apa sahaja keindahan di depan matanya 

Aku kerlipkan mata laju-laju. “I think...” Aku tolak bahu Nahlan perlahan supaya tubuh itu menjauhi wajah aku. “...awak simpan jelah jawapan awak tu. Saya tak berminat nak tahu dah.” Sambung aku tanpa melihat wajah Nahlan.

“Heh. Mujur Mai tak sihat lagi. Kalau tak, memang kena ciumlah dengan abang.” Ugut Nahlan dengan mimik muka yang garang.

Aku cemikkan mulut.

“Eigh!! Jangan nak cakap benda mengarut dengan saya eh! Kira baik sangatlah saya habiskan makanan awak yang pahit ni.” Aku pukul tangan Nahlan sekali.

“Hehe... Mana ada mengarut. Betul kut.” Nahlan gerakkan keningnya ke atas dan ke bawah. Nak tunjukkan kenakalan dia pada Humaira.

“Dahlah. Malas nak layan awak. Ini saya nak cakap sikit. Saya tak nak tanggung kehidupan awak kalau awak tak bekerja. Kalau awak letak jawatan melulu macam itu, awak nak kerja apa sekarang? Jangan minta duit dengan saya. Saya memang takkan bagi.” Aku bagi amaran. Saja je nak ubah perbualan ke arah yang lain pula. Geram tengok wajah Nahlan yang penuh dengan kata nakal sahaja di muka itu.

“Excuse me, darling. Abang dah dapat kerja lain okay.”

“Kerja apa? Dengan siapa? Polis juga? Ke kerja lain?”

“Lebih kurang lah...”

“Lebih kurang tu macam mana?”

“Dengan Interpol. Diorang contact abang.”

“Interpol tu apa pulak?” Aku kerut dahi.

“Sebab itulah abang malas nak cerita. Bukannya Mai faham pun. Cukup Mai tahu yang Interpol tu kerja dia bukan jual burger kat tepi jalan.”

Pap. Aku pukul peha Nahlan kuat. Terus tergerak tubuh Nahlan sedikit dengan bahunya terhinggut kuat menahan tawa.

“Saya tanya betul-betul, Wan Ahmad Nahlan. Boleh pula buat main-main benda macam ini!”

“Abang pun ada benda nak tanya dekat Mai.”

“Tak nak jawab.”

“Susah sangat ke mulut tu nak sebut 'abang'?” Tak peduli dengan kata tak nak dari mulut Humaira, Nahlan ajukan terus soalan yang dah lama dia nak tanya.

Terus aku angkat sudu yang diletakkan tadi dan menarik mangkuk rapat ke tubuh. Buat tak tahu dengan pandangan Nahlan yang semakin tajam. Dan buat dek aje dengan apa yang Nahlan cuba sampaikan.

“Mai...”

Haish. Ini yang aku tak suka bila Nahlan panggil aku dengan sangat lembut. 

“Oh Humaira...” Lembut panggilan dia kali ini. Lebih lembut dari yang tadi.

“Dahlah. Saya dah mengantuk. Nak makan ubat, lepas tu nak tidur.” Aku letak mangkuk bubur bersama cawan ke atas meja di tepi katil usai menelan ubat, lepas itu aku tarik selimut sampai ke paras dada. Muka, aku palingkan dari melihat wajah Nahlan.

Seminit, dua minit, tiga minit berlalu. Takde tanda pun yang Nahlan pergi dari bilik. Bunyi derapan kaki tak dengar. Bunyi pintu dibuka dan ditutup pun aku tak dengar.

“Sebab sayang, Mai. Abang buat semua ni sebab abang sayang Mai.”

Kus semangat dibuatnya aku. Terus aku buka mata. Tapi tubuh masih begitu. Tak pusing pun menghadap Nahlan.

“Abang tahu Mai dengar. So, listen properly sayang. Abang sayang dan abang cinta isteri abang. Mungkin Mai tak rasa apa yang abang rasa sekarang ni. Dan mungkin Mai rasa apa yang abang buat semua ni sebab hanya rasa serba salah abang pada Mai atas kejadian yang dah menimpa diri Mai. Tapi...” Nahlan bangun dari duduknya dan bongkokkan tubuh sebelum mengucup kepala itu dengan lama.

“Abang tak main-main bila abang cakap yang kalau abang nak bagi, Mai kena terima. Sebab bila abang bagi, abang akan bagi semuanya sekali. And when it's happen, there is no turning back, my darling.” Kata Nahlan tepat pada pipi Humaira sekaligus mengakhiri perbualan mereka.

Gulp. Aku telan air liur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience