PAP. Nahlan tolak pintu.
Terkedu dibuatnya aku dengan bunyi pintu yang ditolak dengan sangat kuat. Boleh kut kalau kau tolak perlahan-lahan. Kus semangat dibuatnya aku. Dengan sergahan Karisma pun aku tak boleh nak elak. Ini kan pula bunyi rempuhan dari tubuh yang sasa macam Nahlan.
Nahlan kaku. Berdiri keras melihat apa yang terpampang di depan mata. Terkejut tak habis lagi dengan berita dari emaknya menghantar mesej mengatakan yang Humaira dah sedar. Terus dia tinggalkan semua kerja dia kebelakang dan memecut kereta dengan sangat laju. Sampai kena saman kut dengan polis trafik. Tapi mana dia peduli. Siap suruh polis tu tulis saman cepat-cepat lagi. Hanya semata nak sampai sini.
Gulp. Aku telan air liur. Kau dah kenapa tengok aku macam tu? Pelik sangat ke muka aku sekarang ni? Rasanya yang berbalut adalah bahagian perut. Dan yang dibedah juga dekat bahagian perut. Muka aku masih sama macam dulu. Elok lagi. Tak berubah pun serasa aku. Tapi kenapa muka Nahlan macam terkejut sangat tengok aku? Apa yang tak kena?
Dengan perlahan-lahan, Nahlan gerakkan kakinya ke depan. Nak pecah dada dia tengok Humaira sedang mengerlipkan mata di hadapannya. Kerlipan mata yang dia rindu. Pandangan mata yang dia rindu. Wajah yang sangat, sangat dia rindu. Wajah sang isteri yang menjadi penyejuk mata, pendamai hati. Wajah kecintaan hati dia. Wajah Humaira. Wajah isteri dia.
Terus aku kalihkan mata aku melihat pada tempat lain. Meremang bulu roma aku sebab kena tenung dengan Nahlan dengan sebegitu dalam. Depan orang lain pulak tu. Kena sampuk apa lah dengan si Nahlan ini sampai pandang aku macam itu? Naik segan jadinya aku.
Anita tepuk belakang Nahlan. “Pergilah peluk. Tunggu apa lagi?”
Nahlan tarik nafas. Tak menunggu walau sesaat lagi, terus diterpa pada Humaira dan memeluk tubuh itu kuat.
Aku imun. Mata dibesarkan spontan saat dipeluk oleh Nahlan. Kaku jadinya satu tubuh dengan kelakuan Nahlan yang memeluk aku tanpa segan dan silu.
“M...” Bergetar bibirnya mahu menyebut satu nama itu. Nama yang dah dipakukan di dinding hatinya setelah sekian lama memendam rindu. Tidak semena, matanya hangat dalam kesedihan. Dibawa tangannya yang satu itu menyentuh kepala sang isteri dan dibelai kepala berlapik tudung itu dengan sangat lembut.
“M...” Tidak. Dia tak boleh nak sebut nama itu. Sungguh dia tak kuat. Bergetar satu badannya apabila mahu menyeru satu nama itu. Antara percaya atau tidak bahawa insan yang sedang dia peluk ini adalah isterinya. Tapi dalam masa sama, dia yakin yang ini bukan suatu mimpi. Kerana dari pelukan ini, dapat dia dengar deruan nafas yang terbit dari insan bernama Humaira.
“Ya tuhan...Mai... Ini Humaira kan??” Sebut Nahlan akhirnya.
Dada aku berkocak ganas. Lebih tidak keruan bila mana telinga aku mampu dengar detak jantung Nahlan yang mengepam dengan laju tatkala dia menyebut sebaris nama aku. Aku boleh rasa getaran dari seluruh tubuh Nahlan tatkala tangan itu memeluk erat badan aku. Dan hangatnya pelukan ini juga dapat aku rasa alirannya menusuk setiap inci kulit yang ada.
“Humaira...” Sebut Nahlan akan nama Humaira lagi sekali.
Mata aku bergetar. Hangat dalam sebak yang datang menyapa. Mengapa suara itu membuatkan aku rasa sedih? Mengapa alunan suara yang sedang bergetar menahan sesuatu di dadanya membuatkan aku sebak? Mungkinkah aku rindu untuk mendengar suara ini? Atau mungkin perasaan aku adalah sama sahaja dengan perasaan Nahlan?
“Nahlan...” Panggil aku perlahan. Ya. Aku rindu. Sungguh, aku rindu pada lelaki bernama Nahlan. Mungkin mulut aku boleh menipu, tapi hati? Takkan sesekali aku boleh tipu pada diri sendiri. Andai tiada rindu, kenapa hati aku terasa sakit saat dipeluk oleh sang suami sendiri? Tapi...
Nahlan ketatkan lagi tautannya pada tubuh Humaira. Nak-nak bila mana Humaira menyebut namanya. Seperti membangkitkan semua yang sudah dia pendam di dalam diri. Tak peduli langsung dengan semua mata yang sedang memandang. Yang penting, rasa rindu yang dia tanggung setiap hari, setiap detik yang berlalu tanpa Humaira di sisi, tanpa mengenal siang dan malam harus dileraikan terlebih dahulu.
“Er... Nah...”
“Encik. Jangan peluk kuat sangat. Luka Humaira ni belum baik sepenuhnya.” Tegur jururawat yang dari tadi mendiamkan diri sambil berdiri di satu sudut.
“Oh.” Terus Nahlan tolak tubuh Humaira. Mencipta jarak antara mereka berdua saat ditegur dengan suara yang menegur. Sungguh dia lupa perihal yang satu itu.
Aku tundukkan wajah. Dari tadi lagi aku nak cakap yang perut aku sakit bila kena tekan macam itu dengan Nahlan. Kuat satu hal. Makin kuat pulak tu bila aku cuba loloskan tubuh aku dari tautan Nahlan. Sakit tahu tak. Kut ya pun kau ada rasa rindu, berpada-padalah pun nak peluk aku. Sampai lupa yang aku kena bedah. Ada apa hal?
“Sorry...” Nahlan pegang tangan Humaira.
Anita dan Musa tergelak kecil.
“Entah si Nahlan ni. Orang tu baru aje bangun dari koma. Sembuh pun belum. Jangan nak menambah luka pada yang dah sakit tu. Peluk sampai tak ingat dunia. Kita yang dekat sini pun dia dah tak ingat. Apelah Nahlan ni.” Usik Anita sengaja.
Nahlan usap belakang tengkuknya sekali. Manakala aku hanya mampu untuk tundukkan wajah sahaja. Melihat pada tangan Nahlan yang ada atas tangan aku.
Gosh... Apa pelik bebenor rasanya bila Nahlan pegang aku macam itu? Tak pegang tak boleh ke ek? Seganlah. Tahu tak yang aku segan bila mana tangan jantan kau dok pegang tangan aku dengan sangat erat. Mak dengan ayah kan ada tengah tengok. Tak malu ke?
“Maaf Mai. Abang tak sengaja. Terpeluk kuat sangat tadi.” Tutur Nahlan mengemaskan lagi tautannya pada tangan sang isteri. Kalau dulu, tak terasa langsung dan pegang tangan ini. Tapi sekarang, seperti ada arus elektirk yang mengalir saat menggenggam erat tangan yang halus dan kecil milik sang isteri.
Zap. Aku angkat wajah. Memandang pada Nahlan tidak berkelip. Eh??!!!! Abang?!!! Nahlan panggil diri dia abang? Pada aku?? Nahlan bahasakan diri dia sebagai abang dekat aku?? Biar betul?? Ke aku salah dengar?? Telinga aku jadi pekak ke eh sebab dah tidur lama sangat?? Ke sepanjang aku koma, telinga aku yang kena bedah. Sampai semua yang aku dengar, semuanya jadi pelik dan semakin pelik. Apakah?? Atau lelaki ini yang kurang sihat?
Someone please! Explain to me.
“Mai sakit ya? Abang tekan kuat sangat ke tadi? Abang peluk Mai kuat sangat ya? Hm??” Melihat bibir Humaira yang hanya diam seribu bahasa, buatkan jiwanya jadi galau pula. Lagi tak tentu arah bila mana mata Humaira asyik benar lari daripada pandangan matanya. Kalau tak sudi nak pandang pun, sekurangnya balaslah apa pun. Sudah lah dia rindu nak dengar suara isteri sendiri kut. Ini tidak. Macam buat tak tahu aje.
“Dekat mana? Dekat sini?” Dia letak tangan dia pada perut Humaira yang berlapik dengan baju brand hospital usai tanyakan lebih banyak soalan. Berharap supaya Humaira melontarkan suara dan menjawab pertanyaan dia.
Aku imun. Wau! Hebat. Sangat hebat. Tadi dia bahasakan diri dia sebagai abang pada aku. Sekarang, Nahlan dah boleh pegang aku dekat mana-mana anggota badan yang dia suka. On top of that, depan ramai orang pulak tu. Apa yang tak kena dengan si Nahlan ni ek??
“Kenapa Mai diam aje??” Tak puas hati selagi tak dengar suara dari sang isteri, dia tanya lagi dan lagi. Biar sampai hati dia puas.
“Err...” Aku tarik tangan Nahlan sebelum menggeleng kepala. “...tak. Tadi je. Sekarang dah okay...” Balas aku mengetap bibir dengan sangat kuat. Sumpah aku rasa janggal. Janggal gila kut!!! Rasa macam nak lari dari semua orang dan sorokkan diri di mana sahaja yang boleh. Atau pun, minta untuk semuanya tinggalkan aku seorang diri di sini. Tolonglah tinggalkan aku sendirian. Boleh tak??
Terus Nahlan lekapkan bibirnya pada dahi sang isteri. Menyalurkan rasa rindu yang tiada henti sekaligus memberikan rasa hangatnya kasih dan sayang kepada Humaira. Tak tahu nak cakap macam mana lagi tatkala semua doanya telah dijawab dengan baik oleh Sang Mendengar. Sungguh dia bersyukur. Sangat-sangat dia bersyukur atas kenikmatan yang diberikan.
Kus semangat dibuatnya aku dengan tindakan dari Wan Ahmad Nahlan. Mengucup dahi aku tanpa rasa kekok. Walaupun kucupan itu hangat terasa di dahi dan ada sedikit dengan kata selamat, tapi rasa pelik itu masih lagi wujud dihati. Nak tak nak, aku terima aje kucupan dari Nahlan. Sebab ada mak dan ayah dekat sini. Takkan aku nak elak pulak kan?? Nampak sangat biadapnya nanti.
Anita dan Musa tersenyum. “Orang nak lepas rindu memang macam tu Mai. Itu mujur Mai tak sihat sangat. Kalau sihat, mahu kena lipatlah badan Mai gamaknya tujuh hari tujuh malam...” Terus mengundang ketawa sang suaminya. Pakej sekali dengan ketawa yang keluar dari mulut jururawat yang melihat.
Aku telan air liur. Wajah yang tunduk ke bawah, aku tundukkan lagi. Tangan pula, aku ramas dengan sangat kuat. Malu siot. Kut nak berjenaka pun, agak-agaklah weh. Aku tengah tahan malu kut. Yang si Nahlan ni pun satu. Pergi cium dahi aku buat apa? Nice sangat timingnya. Aku sepak kang.
Nahlan garu kepala. Sekali. Dua kali. Mata pula hanya dilekatkan ke arah Humaira sahaja. Bahang rindu masih ada. Tak puas lagi nak tatap wajah itu lagi dan lagi. Kalau boleh, semua tempat dia nak cium. Mujur dia waras lagi dan mujur sangat ada orang lain dekat sini. Kalau tak, memang sasaran kucupan dia bukan pada dahi. Tapi pada tempat yang lain.
“Ha jomlah kita keluar. Macam kita ni dah tak diperlukan langsung dekat sini kan maknya...” Kata Musa menepuk perlahan bahu sang isteri. Mengajak keluar dari bilik itu. Tak mahu dah nak ganggu pasangan yang tengah digamit dengan rasa rindu.
Aku kerut dahi. Eh. Tak payah lah nak keluar dari sini. Teman jelah aku. Aku tarik balik kata-kata aku tadi meminta untuk ditinggalkan keseorangan. Sebab aku rela mak dan ayah ada di sini jikalau nak dibandingkan dengan kena tinggal berduaan bersama dengan Nahlan.
“Iyalah. Nampak sangat Nahlan ni nak halau kita senyap-senyap. Cakap jelah nak kita berdua ni tunggu kat luar kan...” Balas Anita menayang gigi.
“Eh tak mak. Ayah. Mai seronok je kalau mak dan ayah ada di sini.” Balas aku laju.
“Tapi ada orang lain yang tak seronok...”
Terus aku pandang wajah Nahlan. Nyata pandangan Nahlan menjadi lebih tajam dari yang tadi.
Gila. Gila punya lelaki. Agak-agaklah nak tenung aku pun. Macam nak tembus mata kau tengok aku. Nampak sangat yang kau setuju dengan kata halau yang mak dan ayah utarakan. Hish.
“Jom, jom keluar. Karang tak fasal, kena marah pulak...” Terus Musa dan Anita keluar dari bilik itu meninggalkan Nahlan dan Humaira beserta jururawat yang ada.
Gulp. Aku telan air liur. Eh? Apehal aku ni? Berdebar tak tentu fasal?? Nahlan je pun. Macamlah tak pernah berdua-duaan dengan Nahlan. Hish. Yang jantung ni pun satu. Tak reti nak duduk diam ke macam mana ek? Dari tadi asyik gedegung gedegang mengalahkan bunyi paluan kompang yang kuat. Aiyo!
“Encik Nahlan. Saya letak baju baru di sini. Macam biasalah. Kena lap dulu badan Humaira. Lepas tu letak ubat dekat luka isteri encik. Baru pakaikan dia dengan baju yang baru.” Kata jururawat sambil meletakkan barang-barang keperluan kepada pesakit di hujung katil.
Aku mengap. Eh?? Apa yang sedang aku dengar ni??
“Kejap. Miss...” Panggil aku. Tapi macam tak diendahkan langsung sebab tubuh yang sedang memakai baju putih itu terus pergi tinggalkan aku terpinga-pinga dekat sini.
Pintu ditutup. Aku pandang Nahlan.
“Saya tak faham apa yang miss jururawat tu cakap.” Nak hilangkan rasa janggal, aku cakaplah apa pun dengan Nahlan. Nanti jadi lagi janggal, buat naya aje.
Nahlan senyum. Pandangannya mula bertukar redup sebelum pergi mengambil baju yang diletakkan di hujung katil. Kemudian dia rapatkan tubuhnya ke arah Humaira dan menarik tubuh itu supaya duduk dengan tegak usai memastikan katil itu dinaikkan tinggi. Sejurus selepas itu, Nahlan tarik tudung Humaira dan letakkan ke tepi dan cuba untuk buka ikatan di belakang tubuh Humaira dengan perlahan-lahan.
“Eh Nahlan.” Aku tepis tangan Nahlan kuat saat merasakan kulit tangan itu sudah menyentuh kulit tubuh aku di belakang.
“Awak buat apa ni?!” Soal aku dengan nada yang serius.
“Tukar baju Mai. Abang nak tukar baju Mai. Kan tadi akak jururawat tu cakap, baju Mai kena tukar. Sebelum tukar kena lap dulu badan Mai.” Terang Nahlan dengan wajah yang polos.
“Apehal pulak awak nak tukar baju saya?!” Sikit lagi memang aku jerit kuat-kuat. Mengundang pergaduhan lah lelaki yang seorang ini. Baru kejap tadi hati aku semacam dah terkesan dengan kelembutan yang Nahlan hulurkan. Tapi sekarang, membuak-buak pula rasa marah aku terhadap insan yang sama.
Nahlan hela nafas. Diluruskan kembali tubuhnya dengan tangan dicekak dengan sangat lembut di pinggang selembut pandangannya yang sedang dihalakan pada mata sang isteri.
“Dah tu?? Nak tukar baju Mai macam mana kalau abang tak buka baju Mai yang sekarang ni?? Takkan nak sarung sampai jadi dua lapis??”
“Tak. Bukan isunya dengan baju sekarang ni. Isunya kenapa awak yang tukar baju saya??” Tanya aku tak puas hati.
“Well... mungkin sebab Wan Ahmad Nahlan ni suami kepada Humaira. That's why abang boleh tukarkan baju Humaira.” Balas Nahlan menjongket bahu.
“Eeeiiii... Tak mahulah. Saya boleh buat sendiri. Saya bukannya cacat anggota badan sampai baju pun nak kena awak tukarkan. Tak pun suruh jelah miss jururawat tu buat. Apesal pulak awak yang kena buat???” Aku tarik selimut kuat-kuat dan rapatkan ke dada. Belakang tubuh yang terdedah, aku sembunyikan daripada penglihatan Nahlan.
“Lah?? Mai ni dah kenapa? Dah terang lagi jelas kut yang akak jururawat tu suruh abang yang tolong tukarkan baju Mai. Siap minta lap lagi. This is not my first time, Mai.” Balas Nahlan jujur.
Mata aku terbeliak besar saat mendengar ayat Nahlan yang terakhir itu.
“Awak jangan main-main dengan kata-kata awak Nahlan. Mentang-mentanglah saya terduduk macam ni dan pergerakan saya terbatas, awak boleh cakap benda tak elok depan saya. Dah lama tak kena terajang dengan saya ke macam mana??” Amboi kau! Cakap tak berlapik langsung. Bangga atau riak sebab ada peluang nak buat benda tak senonoh dengan aku ha!?
“Main-main?? Tang mana pulak yang main-main tu Mai? I'm serious though.” Tayang wajah paling serius, Nahlan pandang Humaira tanpa berkelip.
Aku kerlipkan mata sekali. “Jangan main-main boleh tak!!” Lenting aku geram. Ha! Ambil kau. Jangan ingat sebab aku dah lama tidur, aku tak boleh nak naikkan volume suara aku. Excuse me! Ini Humaira tau! Pantang dicabar.
Nahlan kemam bibir. Lepas itu dia gelengkan kepala. “I'm not, honey. Why should I?”
Terus berdiri semua bulu yang melekat di badan saat perkataan honey itu meluncur laju keluar dari bibir Nahlan dengan sewenang-wenangnya.
“Apa kena dengan awak ni Nahlan??” Soal aku tak faham. Sumpah aku tak faham langsung dengan kelakuan Nahlan sekarang ini.
“Apa yang tak kena dengan abang?” Nahlan balas dengan soalan.
“Semua. Semuanya sekali tak kena. Tiba-tiba awak bahasakan diri awak dengan panggilan abang. Lepas tu cakap kemain lembut dengan saya. Depan mak ayah pulak awak pergi cium dahi saya. Lepas tu tolong saya nak salin baju. Dan awak cakap ini bukan kali pertama awak buat semua ini. Siap panggil saya honey lagi. Like seriously...” Aku angkat bahu aku ke atas dengan mata menilik tubuh Nahlan atas dan bawah. “What is seriously happen to you?? This is not Wan Ahmad Nahlan that I've known before.”
Nahlan diam. Bibirnya dikunci dengan sebegitu rapat. Wajahnya ditundukkan ke bawah melihat lantai jubin yang berwarna putih. Menampakkan wajahnya sendiri yang kelihatan kabur.
“Sebab Mai tak sihat. Abang nak tolong. Abang nak tolong isteri abang kembali pulih macam dulu. Kalau Mai boleh jaga abang waktu kaki abang patah, abang pun nak jaga Mai sampai Mai sembuh. Apa yang jadi pada Mai, semuanya salah abang. Abang penyebab utama Mai jadi macam ni.” Kata Nahlan akan hal yang sebenar. Ya. Dia akan tanggung segalanya sendiri. Kerana semua yang berlaku terhadap Humaira adalah kerana dirinya. Bukan orang lain.
“Tak perlulah kut rasa serba salah. Bukannya saya mati...”
Pap. Nahlan tumbuk katil itu kuat. Terus terdiam kata-kata aku melihat perubahan drastik yang Nahlan tunjukkan.
“Won't you dare speak about a death, Humaira. Not in front of me, AT LEAST!!” Garau suara yang Nahlan lontarkan. Kembang kempis dadanya marahkan mulut Humaira tika mana suara itu dengan membabi buta menyebut tentang kematian di hadapannya.
Aku ketap bibir. Alamak. Salah cakap. Kan dah kena marah. Padan muka pada diri sendiri.
“Er... Sorry...” Pinta aku sambil tayang wajah sedih. Aku baru je bangun dari koma. Dah kena marah. Huk. Sedihnya rasa. Kalau aku tahu kena marah macam ni, aku tak nak bangun. Huh.
Riak muka Nahlan berubah saat melihat wajah Humaira yang sedang dilanda kemurungan dan kesedihan. Terus dia capai tangan itu dan menggenggamnya erat.
“No... It's my fault. I'm really sorry...”
“Hisk...” Mata aku mula berair. Sedihlah. Kenapa entah aku sedih sampai rasa macam nak menangis? Padahal kena tengking je pun dengan Nahlan. Macam tak biasa kena macam itu dengan dia. Dulu, siap berbalah mulut dekat setengah jam kut dengan lelaki yang sama. Tapi kenapa hari ini aku rasa lain macam sangat??
Sedih weh!
“Mai... Mai... Abang minta maaf termarah Mai tadi...”
“Awak ni kenapa??? Nak marah-marah saya?!” Aku tarik nafas yang tersekat. “Awak siapa nak marah saya macam itu?? Perangai tak berubah langsung. Saya benci tahu tak dengan awak...hiskk...hiskk...” Tersedu-sedan aku hamburkan semuanya.
“Mai... Maaf. Abang minta maaf. I'm so stupid. Bodohnya lah abang ni dok marahkan Mai. Dah lah Mai tak sembuh sepenuhnya lagi...” Dikucup terus dahi itu sekali. Kemudian, dia kucup pula kepala si isterinya sekali sebelum memasukkan tubuh Humaira ke dalam pelukannya.
“Suka-suka hati aje nak marah saya...” Aku tolak tubuh Nahlan kuat dengan rasa sedu yang kian memuncak. Kurang ajar punya lelaki. “Saya paling benci kalau saya kena marah tanpa sebab. Apa? Salah ke saya cakap tadi? Saya cakap benda betul kut.” Aku tumbuk dada Nahlan sekali.
Nahlan pejam mata sesaat. Kesal dengan tindakannya sendiri.
“Eeeei!!! Eeeeiiii!!” Aku tumbuk dada Nahlan berkali-kali pula melepaskan rasa marah yang ada di hati. “Dah kalau ini semua berlaku sebab awak, buatlah gaya macam awak tu pesalah. Ini tak! Nak marah saya pulak. Tak suka tahu tak!” Kali ini aku tolak bahu Nahlan pula.
Nahlan tarik nafas dalam-dalam. Kuat juga penumbuk Humaira. Mana datang tenaga sebanyak itu? Sebab dah tidur lama sangat ke macam mana ek?
“Ya... Abang salah...” Nahlan usap dadanya perlahan.
“Tak payahlah nak abang sangatlah. Menyampah tahu tak.”
Nahlan sengih.
Aku jeling tajam melihat sengihan yang terukir di bibir Nahlan. Terus tangisan aku terhenti saat melihat wajah Nahlan dengan selamba sahaja menyengih macam minta penampar.
“Ada rupanya suara isteri abang ni... Ingatkan dah tenggelam dalam anak tekak. Tadi tanya, kemain lagi tak nak jawab. Kalau jawab, perlahan aje macam bunyi nyamuk. Tapi sekarang, bukan main lagi kuat dia. Tak payah bagi mikrofon. Boleh dengar satu hospital.”
Pap. Aku pukul bahu Nahlan.
Nahlan lebarkan senyuman. Kemudian, dia tarik baju Humaira ke atas.
“Saya cakap tak payah kan?” Aku tahan tangan Nahlan.
“Dah tu? Tak nak mandi? Biar busuk sampai esok? Gitu?” Nahlan angkat kening.
“Kalau saya nak mandi, saya panggil jururawat nanti. Saya tak nak awak tukar baju saya.”
“Habis tu? Nak abang tengok aje? Macam tu? Okay je. Takde masalah kalau Mai nak yang macam tu. Abang lagi suka.”
Aku angkat tangan nak tumbuk Nahlan lagi. Tapi dengan lekas Nahlan jauhkan diri dari Humaira. Boleh berbekas tubuhnya nanti kalau setiap saat kena hempuk dengan tangan isterinya.
“Tak payah! Pergi keluar. Pandai-pandailah nanti saya buat sendiri.” Halau aku pada Nahlan. Geram sungguh dengan lelaki yang seorang ini. Ada sahaja perkara yang dia nak buat aku sakit hati dengan dia. Hish.
“Betul ni...??” Sengaja dia lirikkan nada dia dengan menggigit manja bawah bibir. Lepas itu pandang Humaira atas bawah sambil menggerak-gerakkan kening.
Aku tayang wajah bengang. “Sebelum semua bantal ni melayang ke arah awak, adalah lebih baik kalau awak keluar dari sini.... Tahap sabar saya dah sampai ke telinga tau. Sikit lagi memang teruk saya kerjakan awak kalau tahap sabar tu dah sampai ke bahagian kep...” Terdiam aku saat Nahlan labuhkan bibirnya ke bahagian pipi. Satu saat, dua saat, tiga saat. Cukup membuatkan satu wajah aku berona kemerahan.
“Abang tunggu dekat luar tau. Nanti abang panggil akak jururawat tu untuk tolong Mai. Dan terima kasih sangat Mai...” Nahlan bongkokkan wajahnya dan melihat wajah Humaira dengan lebih dekat.
Aku telan air liur.
“...terima kasih sebab kembali ke abang semula. Mai bangun dari tidur yang panjang macam itu, cukup dah buat abang rasa bersyukur sangat. Dan terima kasih sebab tunjukkan pada abang, akan apa yang abang perlu buat lepas ini. I promise these things, won't be happen again. I'll be protecting you after this Humaira. With all my heart.” Dia kucup dahi Humaira sesaat sebelum berpusing dan bergerak ke arah pintu.
Pintu wad ditutup, Nahlan bersandar lemah pada sisi dinding. Ditundukkan wajahnya ke bawah menahan air matanya supaya tidak gugur ke pipi. Dari tadi lagi dok tahan tangis sebenarnya. Dia dah berjanji pada diri dia sendiri, walau apa pun jadi dia takkan sesekali menangis di hadapan Humaira. Bukan sebab tak nak nampak lemah. Tapi sebab dia tak mahu Humaira melihat dia dalam keadaan yang tak kuat. Oleh itu, dia harus kuat.
Kemudian, Nahlan tarik nafas. Sekali. Dua kali.
'Terima kasih tuhan. Aku bersyukur sangat.'
Share this novel