“Wei.” Karisma hulur satu cawan kertas pada Humaira. “Kau okay tak?” Soalnya sesudah melabuhkan punggung di tepi sang sahabat.
Ambil huluran tersebut, aku hirup sikit air teh bunga yang diberi. “Okay je. Kenapa kau tanya macam tu? Muka aku nampak macam biul sangat ke?”
“Yelah. Walaupun hal tu dah berbulan lamanya berlaku, tapi kau terpaksa juga datang hari ni ke Janda Baik. Semata nak jaga hati madam. Nampak sangat muka terpaksa kau.” Jawab Karisma juga menghirup air teh bunga yang diambil tadi.
“Nampak sangat eh?” Aku sengih, tayang gigi.
Karisma angguk.
“Nak buat macam mana lagi? Memang muka aku spesies ketat macam ni. Terpaksa ke...sukarela ke... daripada kecik aku hidup dengan muka yang ini. Yang kau ni, kenapa tercegat dekat sini duduk sebelah aku? Pergilah sembang-sembang dengan yang dekat sana tu. Makan ke... apa ke... kan sana lagi meriah.”
Juih bibir ke satu sudut sambil mata melihat pada mereka yang sedang bergelak ketawa dengan beberapa pekerja yang datang dari Ilson Fund. Ilhan pun ada sekali dekat sana. Sejak kejadian itu berlaku, belum pernah lagi aku bertentang muka dengan Ilhan. Datang sini pun hanya sekadar mahu jaga hati madam.
Kalau boleh letak perkataan terpaksa dekat dahi, nescaya aku tulis dah. Biar semua orang tahu yang aku memang terpaksa datang ke sini. Hanya sekadar mahu memenuhi jemputan dan menjaga hati madam.
“Itu hari, kau meeting apa dengan madam? Lama bebenor. Jealous aku tengok.” Karisma muncungkan bibir. Acah merajuk.
“Jealous lah sangat. Nampak sangat yang kau gembira sebab aku kena hadap madam dengan sangat lama. Pirahhh..”
Giliran Karisma pula sengih tayang gigi. “Madam cakap apa dengan kau?”
“Madam cakap, lain kali nak buat sesuatu keputusan jangan bertindak terburu-buru. Fikir dulu dengan baik. Susun dulu ayat supaya nampak elok walaupun tengah marah. Bukan hempas sana hempas sini. Siap baling duit kat wajah orang. Itu bukan perangai seorang cikgu.” Aku ulang semula kata-kata nasihat yang Puan Bariyah nasihatkan tempoh hari. Walaupun dah berbulan berlalu, bahang sentap tu masih melekat dalam hati.
“Maksudnya kau kena ceramah kaw-kaw lah kan??”
Aku kulum lidah. “Kenapalah kau takde sekali kan waktu hari tu. Boleh kita kena ceramah berjemaah. Baru elok sikit perangai kau gamaknya...” Sindir aku pedas. Dengan Karisma tak pernah tak bergurau kasar. Kesan berkawan terlalu lama atau terlalu rapat. Entah. Mungkin dua-dua.
“Kah Kah Kah!!” Meletus tawa Karisma memenuhi ruang camping ini. Mujur kami tengah duduk dekat dengan kawasan perkhemahan mengelilingi unggun api yang belum nak siap. Tunggu malam satgi baru nak nyalakan. Kalau dengar dek orang yang sana, mahu kena ceramah lagi sekali agaknya.
Sebelum kena ceramah dari madam, kata madam, dia pun rasa serba salah sebab dah sorok perkara yang sebenar dari pengetahuan aku. Lepas itu menyesal sebab bukan dia yang cuba untuk selesaikan kemelut antara dirinya dengan Aswi. Jadinya nak balas budi aku sebab dah kena maki dengan Aswi, dia suruh aku datang ke sini. Walaupun dia dah kenakan penalti pada aku itu hari. Disebabkan aku ni memang baik hati, aku turutkan ajelah permintaan dari madam. Sekurangnya, takdelah tepu sangat kepala otak aku nak menghadap Nahlan setiap hari.
Ouh ya. Nahlan. Sejak beberapa minggu yang lalu, perangai lelaki itu ada perubahan sikit. Takdelah nak suruh aku buat macam-macam. Panggil bila yang perlu sahaja. Itu pun pada waktu malam. Sebab siang, Raiqal ada. Dan aku pun dah lama juga tak bercakap dengan Nahlan. Sebab kadang aku balik, Nahlan dah tidur. Kalau tak tidur, dia hadap laptop lepas balik dari terapi dia. Jalan pun dah pakai tongkat sekarang.
Itu hari aku tanya dia, nak makan apa? Dia jawab dah makan.
Tengah hari waktu nak mandikan dia, Nahlan cakap dah tak perlu. Sebab dia dah pakai tongkat. Banyak yang dia dah boleh buat sendiri.
Malam pula aku tanya, nak air tak? Dia geleng kepala je. Jawab pun tak. Lepas tu aku tanya, kut dia marah aku ke? Dia kata tak. Tak marah pun. Siap pesan suruh aku pergi tidur awal lagi.
Esoknya aku tanya, nak sarapan apa? Aku buatkan. Nahlan cakap, buat je apa-apa yang simple. Lempeng bodoh pun dia okay.
Kadang-kadang mamat sorang tu baik macam putera yang diturunkan dari kayangan pakej sekali dengan kuda putih. Kadang-kadang zalim mengalahkan makhluk yang ada ekor dengan yang bertanduk dua. Semalam aku tanya dia nak datang sini, macam-macam soalan yang dia ajukan. Naik pening kepala aku nak jawab. Bila aku cakap, takpe je kalau tak bagi. Tup tup dia bagi pulak. Dengan sangat lembut pulak tu. Sumpah aku tak boleh nak brain langsung dengan si perangai Wan Ahmad Nahlan.
Konfius jadinya sis.
“WOI!?” Sergah Karisma kuat.
“Woi.” Jawab aku spontan. “Kau ni kan?? Tak sah kalau tak terkejutkan aku... Aku debik kau karang...”
“Dah tu?? Siapa suruh kau simpan penyakit mengelamun kau tu lama-lama?? Inilah padahnya. Aku tanya tak dengar. Asyik aku tanya, kepala kau dok fikir fasal perkara lain. Apa yang kau fikir sampai suara aku yang kat sebelah ni kau tak dengar?”
“Ouhhh... Kau ada tanya eh tadi? Acer tanya sekali lagi? Aku rasa sebab dah lama aku tak basuh telinga aku. Itu yang dah berkarat tu...” Aku tekan-tekan telinga aku yang berlapik tudung. Kantoi sudah yang aku memang mengelamun teruk tadi sambil teringat pada Nahlan.
Eh? Wau. Tak sangka aku boleh berfikir fasal Nahlan sampai mengelamun. Ada apa pada lelaki itu sampai aku boleh mengelamun fikir fasal dia? Tak masuk akal sungguh.
“Aku cakap, Ilson Fund tawarkan aku kerja dengan diorang.”
“Ha??!” Ternganga mulut aku dengar apa yang Karisma katakan. “Kau cakap apa?” Aku salah dengar ke? Ke Karisma salah sebut? Ke tak?
“Aku cakap...” Karisma rapatkan tubuhnya ke Humaira. “Ilson Fund...Encik Ilhan tu tawarkan aku kerja dengan dia. Tadi dia cakap.” Sebut Karisma akan perihal yang sudah dia katakan tadi. Tentang yang menawarkan dia kerja pakej dengan nama sekali.
“Kerja apa?” Aku kerut dahi. Sekejap, aku pandang Ilhan yang tengah tersenyum bergembira apabila disapa dengan beberapa orang guru perempuan yang cantik.
“Dia nak buka sekolah. Sekolah untuk budak-budak istimewa. Lepas tu tadi, dia tawarkan aku kerja jadi guru dekat sana lepas semuanya dah siap.” Terang Karisma tentang apa yang Ilhan terangkan pada dia perihal mengenai kewujudan sekolah baru dan jawatan yang bakal dia sandang.
“Lepas tu? Kau setuju ke macam mana??” Lagi berkerut dahi aku jadinya. Jadi berrlapis-lapis dengan apa sedang aku dengar. Dah kenapa tiba-tiba Ilson Fund nak buka sekolah? Sekolah khas lagi. Lepas itu tawarkan kerja pada Karisma? Dalam banyak-banyak orang? Peliknya. So weird.
“Aku tak fikir lagi. Tapi kalau gaji macam okay, aku ingat mungkinlah nak terima tawaran dia.”
“Dia tanya kau sorang je?” Tak puas hati, aku perlukan penjelasan yang lebih tepat dan bernas.
“Aah. Dia kata, tawaran ni terhad untuk beberapa orang sahaja. Dia kata aku orang pertama yang dia tawarkan untuk kerja dengan dia. Untuk orang lain, dia tanya lagi. Lepas tu dia cakap...kalau kau nak...”
“Kejap, kejap.” Aku tarik nafas dalam-dalam langsung mencantas apa sahaja yang mahu Karisma lontarkan. Apa benda ni? Apa yang berlaku? Kenapa tiba-tiba Ilson Fund nak tubuhkan sekolah? On top of that, nak ambil Karisma sebagai pekerja? Apa benda pulak agenda Ilson Fund kali ni? Hish. Tak boleh percaya langsung weh.
“Tak. sabar dulu. Kau dengar dulu cakap aku. Encik Ilhan kata, proses nak buat sekolah tu paling lama akan siap dalam enam bulan. Bukannya boleh pindah sekarang. Ada prosuder nak kena ikut. Lepas tu dia cakap lagi, kita ni kira macam orang yang terawal lah untuk jadi pekerja dekat sana bila dah siap sepenuhnya.” Terang Karisma.
“Kita??” Ah sudah. Apesal aku macam tak sedap hati ek bila da perkataan kita dalam banyak-banyak ayat yang Karisma terangkan tadi?
“Aah. Yelah. Kita. Aku. Kau. Kau nak tak kalau kita kerja sekali?”
“Maksudnya?” Aku angkat kening.
“Encik Ilhan tu kata, kalau nak ajak kau sekali pun takpe. Kira macam dia tawarkan kerja untuk kita berdua lah. Encik Ilhan cakap, kalau nak ajak kau pun boleh. Takde masalah untuk yang itu. Lagipun dia cakap lagi, kau dah banyak kali datang Ilson Fund. Buat itu, buat ini. Performance kau pun macam superb. Reti nak handle banyak perkara. Itu yang dia suruh ajak kau sekali.”
“Kau tanya tak kenapa dia nak tubuhkan sekolah khas?”
“Ermm...takdelah pulak aku tanya. Tapi baguslah kan... Sekurangnya dia buat perkara yang baik. Lebih baik dari ayah dia.” Karisma gerakkan keningnya atas bawah. Terus memuji pada insan itu atas kebaikan yang diberi.
“Kau ada masalah ke kerja dekat sekolah kita sekarang? Okay je kan? Kenapa perlu sampai fikir nak tukar? Kau tak takut ke kut-kut jumpa dengan Tuan Aswi nanti? Aku rasa...”
Karisma pegang tangan Humaira. “Dah ada peluang yang lain, takkanlah aku nak lepaskan. Kau pun tahu yang lambat laun madam akan step down dari jawatan guru besar dia. Kalau dia tak teruskan, nanti kita macam mana?”
“Yelah. Kalau madam step down pun, tempat tu akan diganti dengan orang lain. Kau nak risau apa?”
“Taklah wei. Itu hari aku dengar madam cakap dalam telefon. Kalau dia step down dari jawatan dia, kemungkinan sekolah tu akan serah bulat-bulat pada Ilson Fund untuk manage. Ataupun sekolah kita akan tutup.” Balas Karisma berwajah serius. Tegang tanpa sebarang garis.
“WHAT?!”
Karisma angguk kepala laju-laju.
“Iyer. Aku tak tipu.”
“Habis tu...pelajar kita macam mana? Pekerja yang lain macam mana?” Fikiran aku mula menerawang memikirkan kesudahan yang bakal terjadi. Ramai kut kalau nak dikira pada semua pekerja yang ada di sekolah. Pelajar je dah beratus-ratus. Pekerja pun beratus juga. Lepas tu dengan pembinaan yang sedang berjalan. Takkan nak hentikan macam itu aje?
“Mungkin Ilson Fund akan ambil alih atau diorang pindahkan ke sekolah diorang yang nak buka tulah. Kalau itu jadi, aku memang takde pilihan yang lain selain kerja bawah organisasi tu. Nak buat macam mana lagi? Orang macam kita ni kena ambil jelah peluang yang ada. Kira dah baik sangat Encik Ilhan tawarkan ke kita berdua dulu. Aku rasa sebab dia kenal kau kut. Itu yang dia tawarkan kerja kat kita dulu.” Kata Karisma dengan yakin.
Aku kemam bibir. Berfikir mengenai hal yang Karisma katakan. Apa benda yang tak kena dekat sini? Macam ada benda lain. Dan-dan semua ni berlaku bila kes tempoh hari. Tutup sekolah? Ilson Fund buka sekolah baru? Sekolah tak siap lagi tapi dah tawarkan kerja dekat aku dan Karisma? Game apakah ini??
“Kau pun tahukan... Kalau aku tak ambil peluang ni dan andai kata madam betul-betul lepaskan jawatan dia...akhirnya sekolah tutup, dekat mana lagi aku nak kerja? Mak ayah aku dua-dua dah pencen. Adik aku tengah belajar lagi. Aku anak sulung. Bawah aku ada lima lagi adik. Semuanya perempuan. Takkan aku nak tolak...” Tunduk wajah, Karisma pandang kosong pada tanah.
Aku pandang wajah Karisma. Iya. Aku tak lupa yang itu. Sekejam mana pun takdir yang telah terjadi pada diri sendiri, ujian pada setiap manusia itu berbeza. Aku yang bergelut dengan masa lepas aku. Karisma pula sedang bergelut dengan masalah kewangan dari keluarga. Aku takde keluarga tapi untuk isu kewangan, alhamdulillah tiada masalah untuk support diri sendiri. Siap bagi lagi pada ma dan babah. Tapi Karisma, keluarga ada. Mak dan ayah sendiri pun masih ada. Tapi setengah daripada gajinya dibelanjakan pada ahli keluarga. Boleh aku kata yang Karisma ini sudah semacam ketua keluarga lagaknya.
“Tak payahlah buat muka sedih macam tu. Nanti dengan aku sekali menangis berjemaah dengan kau.” Seloroh aku menghidupkan suasan.
“Ceit.” Karisma tarik telefon dari poket seluarnya sebelum rapatkan ke telinga. “Eh. My mom. Ini mesti suruh aku pergi beli telurlah, karilah...apelah. semualah yang tak cukup dekat rumah tu...” Dan terus berlalu meninggalkan Humaira.
Aku diam. Hanya angguk tanda beri jawapan. Kelakarlah dengan Karisma ni. Ada sahaja perkara yang boleh buat aku tergelak. Seketika, aku pandang kosong pada selipar crocs yang tersarung di kaki. Cawan di tangan, aku pusingkan ikut arah jam. Berfikir dan terus berfikir. Apa benda yang tak kena ek? Macam ada yang tak kena. Tapi aku tak tahu apa dia? Macam kebetulan sangat semuanya berlalu semacam masa yang tengah berlalu. Naif sangat ke aku eh?
“Mai...”
Share this novel