Tak senang aku dok tunggu Nahlan untuk pulang ke rumah. Selesai sahaja kerja tadi, bergegas aku pulang ke rumah tanpa sempat ucap selamat tinggal pada Karisma. Sebab yang penting sekarang ini adalah tentang apa sahaja yang sedang bermain dalam kepala otak dan semestinya mesti diselesaikan terlebih dahulu tanpa kira apa pun. Tadi aku mesej Nahlan, dua jam lepas tu baru lelaki itu balas. Balas pun hanya sepatah dua sahaja. Lagi naik geram dibuatnya aku.
'Nanti dekat rumah kita bincang.'
Itu aje. Lepas itu, takde dah. Mujur sangat aku ini penyabar orangnya. Kalau tak, memang aku telefon terus Nahlan sampai sepuluh kali. Biarlah kena marah dengan Nahlan. Tapi yang pastinya, aku kena tahu apa yang berlaku.
Kelihatan kereta Nahlan sudah memasuki perkarangan rumah. Dengan cepat aku bergerak pergi ke arah pintu dan langsung membukanya. Selang beberapa minit Nahlan masuk. Tak sempat Nahlan nak buka mulut, terus aku sambar tangan dia dan bawa ke meja makan.
Terkulat-kulat tubuh itu mengikuti tubuh sang isteri.
“Mai...”
“Diam, diam. Jangan cakap apa-apa. Mai nak abang makan sekarang. Meh sini semua barang abang Mai letak dekat tempat lain.” Dompet Nahlan aku ambil dan letak atas meja. Lepas tu, barang Nahlan yang ada pada tubuh sekali dengan jaket aku bukakan dan letak pada sudut yang lain. Lepas itu aku buka tali pinggang Nahlan dengan laju.
“Wooo... Ganasnya... Sampai nak buka seluar dekat sini...” Terbeliak mata Nahlan melihat aksi spontan dari tangan yang sedang buka tali pinggangnya dengan sangat laju.
“Jangan nak merepek. Mai buka tali pinggang supaya abang senang nak makan nanti. Dan Mai tengah buka tali pinggang. Bukan buka seluar. Kepala tu cuba fikir benda elok sikit.” Usai bebel, aku letak tali pinggang dan dudukkan Nahlan atas kerusi. Nasi yang ada, aku cedok dan letak dalam pinggan sebelum menolak bekas berisi air untuk Nahlan basuh tangan.
Nahlan senyum. Saja usik si isteri memandangkan bibir itu hanya kering tanpa senyuman. Ini tak lain tak bukan mesti nak tanya tentang perihal yang berlaku di sekolah siang tadi. Kalau tak, takdelah gigih nak buat semua benda. Hailah isteri aku ni...
“Mai nak abang cerita dulu ke atau Mai nak abang makan dulu?”
“Makan.” Jawab aku sepatah.
Nahlan angguk. Mendengarkan jawapan isteri dia ambil beberapa lauk yang ada dan masukkan ke dalam pinggan. Lauk ayam masak lemak cili api digaul sebentar dengan nasi dan masukkan ke dalam mulut. Suapan pertama, dia pandang isteri di hadapan. Suapan kedua, dia pandang dan kerlipkan mata bila mana melihat isteri di hadapan. Suapan ketiga pun dia buat perkara yang sama.
“Mai...” Nahlan tegur air yang ada sekali.
Aku angkat kening.
“Susahlah abang nak telan nasi kalau Mai asyik tenung abang dengan muka yang garang macam tu. Cuak abang.” Kata Nahlan dengan wajahnya yang cuak.
Aku turunkan bahu dan serta-merta aku memaniskan muka.
Nahlan suap nasi yang lebih ke dalam mulut. Lepas itu, dia tolak kerusi dan bergerak ke sinki. Habis basuh tangan, dia duduk di kerusi semula.
“Sikitnya abang makan. Mai masak tak sedap ke sampai tak boleh makan?”
“Sedap. Cuma abang rasa lebih baik abang cerita dulu kut apa yang Mai nak dengar.”
“Alahhh... Sorry buat abang tak selera makan. Tapi takpe. Abang makanlah dulu. Ni ha, ada buah dengan puding roti. Mai beli sebelum balik tadi.” Pelawa aku pada Nahlan. Serba salah pulak tengok wajah Nahlan yang jelas dengan kata penat. Tapi masih, aku nak dengar semuanya sekali tentang apa yang berlaku di sekolah siang tadi.
Nahlan sengih. Diambil puding roti yang ada dan mula suapkan ke mulut. “Kes ni dah jadi kes Interpol. Ilson Fund dalang disebalik semua yang berlaku pada abang, Mai dan madam Mai.” Nahlan buka cerita.
“Maksudnya apa?” Tak faham langsung apa yang Nahlan katakan. Kes Interpol?? Apa tu??
“Macam ni Mai. Kes penyeludupan duit haram ke beberapa negara yang dilanda perang dah berlaku lama dah. Kes ni tertangguh sebab takde bukti yang kukuh untuk sabitkan semua kesalahan atas Ilson Fund. Mai ingat tak pertama kali kita jumpa macam mana??”
“Yang abang panjat bumbung rumah Mai. Itu pertama kali kita jumpa.” Jawab aku mengingat kembali pertemuan yang berlaku antara aku dengan Nahlan.
“Itu pertama kali Mai jumpa abang. Tapi abang, itu kali ketiga abang jumpa Mai.”
“EH?!!” Mata aku terbuntang luas.
Nahlan angguk. “Ya Mai. Itu kali ketiga abang jumpa Mai. Abang pernah masuk bilik Mai sebelum tu lagi. Dua kali abang masuk waktu malam dan waktu tu Mai tengah tidur.”
“Dan apa yang abang buat sampai pecah masuk bilik Mai dua... eh bukan. Tiga kali??” Soal aku dengan wajah yang sama macam tadi. Terkejut.
“Pertama kali sebab abang baru aje selesaikan misi untuk cari bahan bukti berkaitan dengan Ilson Fund. Bukti yang abang dapat tu, jelas menunjukkan ada kegiatan penyeludupan duit haram dan bos abang terlibat sekali. Disebabkan abang tak percaya dan tak nak percaya, abang simpan bukti tu dalam bilik Mai.”
“Kenapa banyak-banyak rumah, rumah Mai juga yang abang pilih??” Pelik aku. Kan banyak rumah dekat situ. Kenapa boleh rumah aku juga yang Nahlan pilih untuk pecah masuk?
Nahlan jongket bahu. “Entah. Jujurnya abang tak tahu kenapa abang boleh pilih rumah tu. Lagi pula, tingkap bilik Mai tak berkunci. Lagi mudahlah untuk abang masuk. Next day, abang nak ambil pendrive tu, nampak Mai menangis. Abang tak jadi nak ambil. Dan kali ketiga, waktu tulah Mai jumpa dengan abang.”
“Oohhhh....” Oh aku panjang. “Patutlah lepas kahwin abang macam tak kekok langsung nak terjah bilik Mai. Baru faham.”
“Maaf Mai. Dah lama dah cerita perkara ni pada Mai. Baru ada kesempatan.”
“Takpe takpe. Kita dah kahwin pun. It's okay. Yang Mai tak faham sekarang ni, apa kaitan madam Mai dengan semua yang jadi??”
“Okay. Bila abang masuk Interpol, diorang arahkan abang untuk jejak satu akaun. Akaun luar negara sebab terlalu banyak transaksi yang berlaku dan akaun tu tally dengan kes yang sedang kami siasat. Interpol ni Mai, melibatkan jenayah antarabangsa. Jadinya memang kebanyakan masa kami akan collaborate dengan pihak perisik dari negara luar. Rupanya, duit penyeludupan haram tu akan dimasukkan ke dalam satu akaun sahaja. Dan Mai tahu pada akaun siapa??”
“Ilson Fund??” Teka aku.
Nahlan geleng.
Aku kerut dahi. Takkanlah... “Madam??”
Nahlan angguk. “Ya.” Jawab Nahlan sepatah.
Terus aku tekup mulut aku kuat-kuat. Tak percaya dengan jawapan yang terbit dari celah bibir Nahlan dan dari mulut aku sendiri yang menjawab.
“Kami selidik, duit penyeludupan wang haram hanya masuk ke dalam satu akaun sahaja. Tapi ada dua penama. Satu nama madam Mai, satu lagi nama Aswi. Rupanya diorang dah lama buat kerja ni bersama. Nak tutup kegiatan Ilson Fund, madam tubuhkan sekolah khas tu dan jadikan Ilson Fund sebagai penyumbang utama. Sedangkan...”
“...sedangkan duit sumbangan tu datang dari akaun madam sendiri.” Sambung aku mencantas kata-kata sang suami.
“Yup. So true. Sebab itu madam hantar Mai ke Ilson Fund. Nak cipta saksi untuk semua yang berlaku berkaitan dengan dana dan sumbangan. Sedangkan, Mai hanya dijadikan umpan untuk kalau-kalau ada yang siasat apa yang mereka dah lakukan.”
“Tapi madam sendiri letak jawatan kan??”
“Dia dah kena siasat dengan pihak polis, sprm dan juga Interpol. Mula-mula team abang suruh dia mengaku. Tapi madam kata, itu hanya satu bentuk perniagaan yang berdaftar. Lepas tu abang geram sangat abang tunjuk apa yang dah jadi pada Mai dan kes abang patah kaki itu hari pun datang dari Ilson Fund juga. Kereta Mai dah kena sabotaj dan yang tikam Mai tu pun datang dari orang kanan Ilson Fund. I think, she love you. Sebab itu madam Mai buat pengakuan depan-depan macam siang tadi dan mengaku semuanya sekali.” Cerita Nahlan lagi dan lagi.
Aku tarik nafas. Sumpah aku masih terkejut dan tak boleh nak hadam semuanya serentak. Dengan semua konspirasi yang berlaku. Gosh... “It's too much for me to handle it.” Ujar aku menggeleng kepala beberapa kali.
“I know. Mulanya abang pun susah nak terima perkara ni. Dengan bos abang lagi. Abang rasa bos abang yang dulu memang tahu tentang kewujudan video tersebut. Itu sebab dia suruh abang ambil bukti dekat salah seorang rumah orang kanan Ilson Fund. Mungkin bos abang rasa dia boleh hapuskan bukti tu. Tapi tiba-tiba, abang termainkan pulak video tu. That's when everything getting worst.” Tunduk wajah ke bawah, Nahlan mula rasa sedih. Mana tidaknya? Manusia yang paling dia hormat dan sanjung, akhirnya kecundang juga dengan kuasa wang ringgit. Betul apa yang dia dengar selama ini.
Selagi kau belum kaya, selagi itu kau takkan faham betapa nikmatnya hidup di atas timbunan duit yang banyak.
Aku mengeluh. Melihat pada wajah yang sedang muram itu, menyayat sekeping hati aku. Perlahan-lahan, aku pegang tangan Nahlan. “Mai tak tahu nak pujuk abang macam mana? Tapi Mai harap abang dapat lalui benda ni cepat-cepat.”
Nahlan senyum. “Bukan abang sorang je. Mai pun. Abang nak kita cepat-cepat move on dengan semua ni. Dan abang rasa...” Nahlan genggam jari yang menggenggamnya dengan lebih kuat. “...sekolah Mai akan kena tutup sampailah semuanya selesai macam biasa.”
Dan sekali lagi aku terhenyak dengan perasaan sendiri.
“I'm sorry Mai. I'm doing my best. Sebab abang tahu betapa pentingnya sekolah tu pada Mai. It's being part of your life. Tapi masih, keputusan bukan pada tangan abang.”
Haih... Sudah jatuh ditimpa tangga pula. Apalah nasib aku lepas ini dan apa akan jadi pada semua kakitangan dan pelajar di situ kalau sekolah itu ditutup?? “Berapa lama??” Soal aku tanpa mengharapkan jawapan yang baik lepas menerima kejutan demi kejutan yang membuatkan hati aku tidak keruan.
“Abang tak pasti. Tapi paling sekejap mungkin dalam tiga atau empat bulan. Paling lama mungkin dalam setahun dua. Depends sejauh mana kes ini dibicarakan. Sebab bila dah jadi kes antarabangsa, perbicaraan akan dibicarakan di mahkamah antarabangsa. You know very well how they rule this world. Waktu inilah semua pihak nak campur tangan sebab semua negara nakkan duit yang ada dalam akaun tu untuk kepentingan kerajaan masing-masing. Abang tak nafikan yang mana-mana negara memang macam itu. Banyak duit tu Mai. Bukan sepuluh atau dua puluh juta. Mesti akan ada yang berebut. I bet.”
Aku tarik nafas dalam-dalam. “Macam baru nak bermula aje permainan ni...”
Nahlan lepas ketawa kecil. “Yuh. The game had just begin. This would be a very long, long journey to go.” Kata Nahlan sesudah itu.
“Boleh tak kalau Mai nak jumpa madam? Ke tak boleh??”
“Abang tak sure. Sebab jenayah antarabangsa ni selalunya kena sorok. Nanti ada yang ambil kesempatan. Tapi abang cuba tanyakan pada bos abang. But I cannot assure you. Kalau boleh, memang rezeki Mai. Kalau tak boleh, kita kena tunggu je madam dan yang terlibat tu ditempatkan di penjara yang mana. Kalau dekat Malaysia, bolehlah Mai pergi jumpa lepas setahun dua. Tapi kalau dekat luar negara, memang tak dapatlah jawabnya.”
“Oh?? Kenapa kena penjarakan dekat luar negara??”
“Sebab dah jadi kes antarabangsa, pihak Interpol akan letakkan mereka ni dalam satu penjara aje. Yang jauh dari semua orang. Itu memang peraturannya. Sama ada kena lucut kewarganegaraan sebab dah disabitkan dengan kesalahan menjadi pengkhianat negara ataupun penjara seumur hidup tanpa perlu bicara.”
“Kalau penjara luar negara, dekat negara mana?”
Nahlan jongket bahu.
“Wau...”
“Ya Mai. Wau sangat. That's why abang tak sampai hati nak soal siasat bos abang. Dan minta untuk buat kerja belakang tabir sahaja.”
Sejenak, aku diam. Nahlan pun diam. Masing-masing memikirkan apa yang telah terjadi sepanjang kami berkahwin. Dan tak sangka madam yang aku paling sanjung terlibat dengan konspirasi dalam jenayah antarabangsa. On top of that, madam jadikan aku umpan hanya semata untuk dia lepaskan diri. Tak sangkanya. Betul-betul tak sangka.
“Mai okay??” Soal Nahlan setelah beberapa minit mendiamkan diri.
“Tak. Tak okay. Tapi Mai akan cuba okay. Nak buat macam mana lagi kan? Kena terima semuanya sekali walaupun semua ini memakan masa.” Jawab aku dengan wajah yang sugul.
Nahlan angguk. “Ya. Semua ini lambat-laun akan berlalu juga. Abang pun kena belajar untuk terima semuanya dengan perlahan-lahan.”
“Takpe. Mai doa untuk abang sentiasa dapat mengharungi semuanya sekali.” Aku tarik bibir walaupun semuanya kelihatan palsu.
“Ceh. Nampak sangat palsunya tu Humaira oi.”
“Hehe...” Aku tarik piring yang berisi dengan puding roti yang ada depan Nahlan.
“Eh. Itu abang yang punya. Tadi kata bagi abang.”
“Tak jadi. Mai nak makan yang ni. Abang makanlah buah tu.” Aku suap puding roti ke dalam mulut sambil tayang wajah tak malu.
“Buruk siku lah perangai macam tu.”
Aku jelir lidah. “Isteri siapa entah??”
“Denda malam nanti. Abang tak bagi Mai tidur.”
Erk. Alamak!!
Share this novel