Bab 9

Romance Series 23565

“Kunci.”

“Ha?” Aku langut kepala. Melihat pada wajah yang meminta kunci dari aku.

“Kunci kereta kau. Bagi aku.” Arah Nahlan tanpa ada sedikit pun garisan di wajah. Wajahnya ini sama macam apa yang dlihat pada sehelai kertas berwarna putih. Kosong. Takde apa.

Aku gamam.

Kau?? Dia bahasakan diri dia 'kau' dengan aku? Atau aku salah dengar? Kenapa dia bahasakan diri dia 'kau' dengan aku? Habis tu aku nak panggil dia apa?

“Pekak ke?”

Dan sekali lagi aku gamam. Kasarnya bahasa lelaki ini dengan aku. Aku salah pilih suami ke ek? Eh dia ni. Macam takde adab je nak cakap dengan isteri sendiri. Nak kata tak solat, subuh dia awal lagi dari aku kalau tengok dia bangun pagi tadi.

“Ermm...kejap.” Terus aku pusingkan tubuh dan pergi ke arah almari baju. Beg tangan yang sedia terletak di situ, aku raba akan isi di dalamnya sebelum mencapai kunci kereta yang ada.

“Nah. Tapi nak buat apa den...”

Pap. Pintu bilik ditutup. Aku mengeluh.

Kenapalah aku perlu melalui benda ini pada hari kedua aku kahwin? Ma kata lelaki ini baik. Sudi nak kahwin dengan aku. Sudi terima diri aku walaupun semuanya ma sudah perjelaskan padanya. Tapi kenapa sangat kasar layanan dia pada aku? Kenapa ek? Ada apa yang tak kena? Serasa aku, sejak semalam aku dengan dia belum pernah bercakap lagi. Tiba-tiba hari ni semua yang keluar dari mulut Nahlan, kedengaran teramatlah kasar. Ke memang cara dia cakap macam itu?

Baik aku tanya ma.

Lekas-lekas aku turun ke bawah. Pergi ke bilik ma dan babah. Mahu menanya tentang hal yang satu itu. Kalau tak tanya, nanti aku akan buat kesimpulan sendiri. Umum tahu, bila buat kesimpulan sendiri tanpa bertanya, boleh mengundang kepada bermacam persoalan yang tidak enak. Adalah lebih baik, aku tanya.

“Ma...” Panggil aku perlahan. Tapi dengan cepat aku matikan suara aku saat melihat ma dan babah sedang tersenyum gembira melihat pada skrin telefon.

“Kayla bila balik sayang?” Soal Khadijah pada wajah yang ada pada skrin telefonnya.

“Dalam seminggu lagi ma.” Balas Kayla sambil tersenyum.

“Lambatnya... Tak boleh balik awal sikit ke? Babah dan rindu dah dengan anak babah yang sorang ni...” Kata Yusuf pula sambil tersenyum girang.

“Tak bolehla. Dah book tiket dah untuk minggu depan. Mana boleh awalkan macam tu je. Lagipun Kayla kan baru habis graduate. Lepas tu kitorang nak pergi jalan-jalan. Babah, nanti Kayla balik, babah ambil dekat airpot kan?”

“Iya sayang... Babah ambil dekat airport dengan ma.”

“Jangan bawa Mai. Kayla tak nak tengok muka dia. Kalau dia ada, Kayla tak nak balik.” Kata Kayla sekaligus memberi kata berunsur ugutan kepada mak dan ayahnya.

“Eh janganlah macam tu Kayla. Babah dah nikahkan Mai. Nanti dia tak duduk sini dah. Dia akan duduk dekat tempat yang lain.”

“Iya?? Babah nikahkan dia dengan siapa? Kaya tak lelaki tu? Ke biasa-biasa je? Ada juga ek orang yang nak kahwin dengan si Mai tu? Haha. Siapa babah? Kayla kenal ke dengan lelaki tu babah?” Teruja sungguh suara yang keluar dari mulut Kayla saat mengetahui sang adiknya sudah menikah dan takkan jumpa dengan dia dah.

“Adalah. Biasa-biasa je lah Kayla. Babah tak kisah sangat asalkan ada orang nak kahwin dengan si Mai tu. Nanti Kayla balik ya sayang. Nanti bilik dekat atas tu, boleh guna untuk jadikan bilik melukis untuk Kayla. Kayla kan suka melukis...” Pujuk Yusuf dengan pelbagai cara.

“Yeay!! Yahuu!! Sayang babah. Sayang ma. Kayla sayang ma dan babah. Okay. Nanti Kayla balik...”
Aku tarik nafas.

Takpelah. Tak jadi aku nak tanya ma perihal suami sendiri pada insan yang bernama ma. Lagi-lagi bila dengar suara girang mereka yang mahukan Kayla pulang dengan cepat. Macam halau aku dalam diam pun ya.

Ya Humaira. Kau kena halau sebenarnya.

“Ma... Mai pergi dulu ya.” Aku hulurkan tangan untuk bersalam. Nahlan yang dari tadi tak bercakap hanya bersalaman dengan babah sahaja. Usai itu, aku lihat dia bersalaman dengan ma pula. Sebak datang mengundang pula memandangkan yang aku bakal tinggalkan rumah yang sudah lama aku hidup.

“Iyalah. Baik-baik jadi isteri orang. Jaga Nahlan ni elok-elok.” Pesan Khadijah pada sang anak.

“Okay ma. Terima kasih ma sebab ja...”

“Cepatlah naik kereta. Suami kamu nak gerak dah tu.” Kata Khadijah mencantas kata-kata Humaira.

“Bawa kereta elok-elok ya Nahlan.” Pesan Yusuf si ayah.

Nahlan angguk. Mereka bertukar pandangan sebelum hilang di balik langit yang cerah.

Aku ketap bibir. Sedih masih menyelubungi diri saat kereta meninggalkan jejak rumah yang sudah menjadi sebahagian dari hidup aku. Semuanya ada di situ. Memori pahit, manis, kelat dan masam. Semuanya ada dalam rumah tu.

“Erk. Kita...” Aku pandang ke sebelah. Melihat pada sisi suami. “...nak ke mana?” Tanya aku ingin tahu. Kut kalau dia nak larikan aku, boleh aku bersiap sedia dari awal.

Nahlan diam. Fokusnya hanya pada pemanduan sahaja. Kerana fikirannya masih berserabut dengan semua yang telah terjadi. Gara-gara kena kahwin ekspres seminggu dua ini, lambakan kerja dia sudah bertimbun di atas meja. Telefonnya asyik bergetar dengan asakan panggilan yang bertubi-tubi. Bukan tak nak angkat, tapi malas nak hadap amukan yang tak berasas dari bosnya. Boleh meletup kepala otaknya nanti.

“Err...ab...” Aku matikan suara tatkala Nahlan menjeling aku dengan sangat tajam. Terkedu terus lidah aku dibuatnya. Terus aku betulkan duduk aku menjadi lebih baik. Tak jadi nak tanya soalan dah. Aku nak panggil dia pun aku jadi takut. Cuak. Dan gerun.

Seketika, kereta diberhentikan serta-merta. Aku angkat kepala, memandang pada Nahlan.

“Nah kunci. Itu kereta kau. Dekat sana. Alamat rumah ada dalam kereta kau.” Kata Nahlan menghulurkan kunci kereta kepada Humaira.

Aku tersentak. Hebat.

“Maksudnya apa? Saya tak faham.” Tutur aku dengan wajah yang terpinga-pinga. Sumpah aku tak faham. Apa benda ni wei??

Nahlan kulum lidah. Matanya dikerlip dua kali. Sesaat, dia keluar dari kereta dan bukakan pintu pada tempat duduk Humaira.

Aku keluar. Kemudian Nahlan berikan beg yang aku bawa tadi dari dalam bonet kereta dan hulurkan semuanya pada aku.

“Kunci rumah ada dalam kereta kau. Pergi drive sendiri. Aku ada kerja nak kena buat. Takde masa nak main permainan rumah tangga dengan kau. Semua sekali ada dalam kereta kau.” Kata Nahlan sebelum menutup pintu kereta dan bergerak pergi terus dari situ.

Dan sekali lagi aku tersentak. Dengan lebih hebat hentakan yang berlaku kali ini. Beberapa ketika berlalu, air dari langit sudah mula menitis. Cepat-cepat aku bergerak ke arah kereta membawa dua buah beg bersama satu bagasi di kedua-dua belah tangan.

Tak tahu mengapa semua ini terjadi? Tapi sebab aku dah tak tahu nak ke mana, aku waze aje alamat rumah yang ditinggalkan dalam kereta ini.

Oh. Ini ke sebab Nahlan ambil kunci kereta aku tempoh hari?? Hurmm...

WAU. A big clap to me, Humaira. Kau baru je kena tinggal dengan suami sendiri. Lepas beberapa hari dapat title isteri. Tahniah.

Sampai di satu taman, aku belok kereta masuk ke kawasan yang ada guard. Mujur semuanya sudah ditulis di atas kertas yang sudah Nahlan tuliskan. Aku hanya sebut nombor rumah dan jalan sahaja. Lepas itu, pak cik guard dah kasi lepas. Usai sampai ke rumah nombor yang tertera dengan nombor 17 dekat depan rumah, aku hentikan kereta. Lepas tu tengok sekeliling rumah. Baru aku perasan semua rumah dekat sini semuanya jenis rumah berkembar. Maksudnya, setiap rumah ada halaman masing-masing walaupun kecil.
Wau. Ini ke rumah Wan Ahmad Nahlan?

Boleh tahan ek income dia tiap bulan? Ke dia bagi rumah ni kat aku? Kan? Kutlah lelaki tu baik hati kemain sampai nak bagi rumah kat aku atas hadiah kahwin??
Tuih!

Pirahhh!! Bagi rumah konon. Datang sini pun drive sendiri. Siap kena halau lagi. Mujur dia halau aku dekat dengan tempat dia letak kereta aku. Kalau tak? Aku rasa dah menapak kut dengan kedua kaki aku ke sini. Ucap alhamdulillah sudah lah Humaira oi. Alhamdulillah sebab dapat kahwin berbanding dengan orang lain yang belum kahwin lagi. Alhamdulillah sebab dapat drive sampai ke rumah ni. Alhamdulillah ada juga nak ambil aku untuk keluar dari rumah yang aku dah habiskan setengah hidup aku dekat sana. Dan alhamdulillah sebab kena tinggal tepi jalan macam tadi.

“Ya. Alhamdulillah.” Tet. Aku tekan satu punat yang sudah Nahlan letakkan sekali dengan kunci rumah. Serentak itu, pagar pun akan terbuka. Terus aku undurkan kereta dan masuk ke dalam kawasan perkarangan rumah.

Lepas itu, aku keluar dari kereta dan pergi buka kunci di pagar rumah sebelum aku suakan kunci pada tombol pintu rumah. Pintu rumah terbuka dan terus aku tarik bagasi keluar dari bonet kereta. Barang yang lain yang ada dekat bahagian tempat duduk belakang, aku biarkan sekejap. Tarik beg besar ni dulu baru selesaikan beg yang kecil.

Nama pun perempuan. Haruslah banyak beg yang penuh dengan barang.
Sampai di tingkat atas, aku cuba tolak satu pintu bilik. Tapi berkunci. Lepas itu, aku tolak lagi satu pintu bilik. Dengan senang, pintu itu terbuka. Dan aku yakin, bilik ini bakal jadi bilik aku. Sebab apa? Sebab yang pertama, bilik ini hanya ada satu katil bujang, satu almari yang melekat di dinding dengan satu meja solek di satu sudut. Sebab yang kedua? Bilik ini sangat bersih. Bersih yang jenis tak boleh bawa bincang.
Seketika, aku tarik nafas panjang.

Hurmm... Selamat datang pada diri sendiri. Takde rasa istimewa pun lepas jadi isteri orang. Sama je rasa dia.

**********
“Huh.” Aku duduk atas katil lepas dua jam angkat naik barang dari kereta ke bilik. Ada barang yang kena susun dekat dalam peti ais. Ada barang yang aku kena letak dalam bilik air. Mujur ada bilik air dalam bilik ni. Tak perlu nak susah payah ulang-alik ke bilik air bawah.

Keletuk keletak bunyi urat leher diregangkan beberapa kali. Lepas itu, aku lunjurkan kaki ke depan. Menghirup nafas lagi dan lagi. Lepas beberapa minit termenung, aku keluarkan telefon bimbit dari beg tangan.

'Ma. Mai da sampai rumah. Rumah cantik. Abang Nahlan...'

Aku henti menulis. Lepas itu aku padam bahagian Abang Nahlan tu. Macam pelik pula aku nak tulis macam tu lepas tu send dekat ma. Dah terang kut yang lelaki tu tak suka aku panggil dia dengan panggilan abang. Walaupun itu panggilan yang selalu suami dan isteri bahasakan. Mungkin lepas ni aku kena belajar kut guna bahasa kau-aku dengan dia.

'Ma. Mai da sampai rumah. Rumah okay. Semua okay. Makanan yang ma dah masakkan tu, Mai dah letak dalam peti. Nanti Mai panaskan makanan bila nak makan. Mai rasa macam takde beza pun ma lepas kahwin. Tadi suami Mai suruh Mai...'

Sekali lagi aku hentikan jari dari terus menaip. Macam buka aib rumah tangga pula. Tak boleh macam ni. Takpelah. Aku bagitahu yang aku dah sampai rumah dengan selamat sahaja.

'Ma. Mai dah sampai rumah. Ma jangan risau pada Mai. Mai akan ingat kata-kata ma dan pesanan ma. Terima kasih pada ma dan babah sebab jaga Mai selama ni.'

Tet. Aku tekan butang send.

Seminit, dua minit, sepuluh minit, tiga puluh minit... Masih tiada jawapan dari sang emak. Disebabkan takde jawapan, aku tarik keluar tuala dari beg yang ada dan bergerak pergi ke dalam bilik air.

Hurm. Tak seronoknya kahwin!

Sekejap aku bangun. Sekejap aku duduk. Lepastu aku gerak ke hadapan. Melihat pada sisi tingkap yang ditutupi dengan dua helai langsir. Lapisan pertama jenis yang nipis. Lapisan kedua yang tebal sikit. Lepas tu aku jenguk kut-kut ada bayangan kereta mahupun manusia yang datang.

Tapi, takde pun.

Sejam berlalu, masih begitu juga. Takde pun tanda-tanda yang aku tunggu untuk datang. Jauh lagi bayang. Yang ada hanya lampu luar yang terpasang sahaja.

“Mana ni? Tak balik ke? Tak bagitahu aku pun. Ke memang Nahlan tak nak bagitahu aku.” Menunduk kecewa, aku pandang beberapa lauk yang ada di atas meja makan. Ada yang ma hantarkan dan ada yang aku sempat untuk masak sikit tadi.

Semuanya untuk Nahlan, sang suami. Ma kata lepas kahwin kena tunggu suami balik baru boleh makan. Atau seeloknya. makanlah sama-sama dengan suami. Boleh dapat banyak pahala. Tapi dah dekat pukul 10 malam kut. Tak balik pun si Nahlan tu. Lelaki yang aku gelar sebagai suami. Yang syurga aku bawah tapak kaki dia.

Patut ke aku makan dulu? Tak payah tunggu lagi? Ke aku tunggu kejap lagi 30 minit macam tu?
Seketika, aku usap perut. Adus. Lapar. Aduhai. Lapar teruk dah ni. Tak tahan aku. Selalu makan waktu petang. Tapi ini dah dekat tengah malam dah. Tak makan pun lagi.

Okay takpe. Aku tunggu sampai 10.30 kejap. Kalau takde juga, aku makan jelah.

Tunggu punya tunggu, aku buka mata. Terlelap akibat asyik mahu menunggu dari tadi. Perut pun dah masuk angin. Aku letak kembali semua lauk ke dalam bekas sebelum disimpan di dalam peti. Susu yang aku beli, aku tuang ke dalam gelas. Minum dalam empat lima teguk sahaja. Kemudian, aku pasungkan kaki ke anak tangga. Meniti satu demi satu sehingga sampai ke bilik dengan mulut yang tidak berhenti menguap.
Mengantuk. Dan mengantuk. Itu sahaja yang ada dalam fikiran aku sekarang ni.

“Huwaaa...” Aku tutup mulut. Lepastu, terus aku rebahkan seluruh tubuh ke atas katil. Tarik selimut dan terus mata aku lena.

Ya. Memang tak seronok langsung kahwin ni kalau kau nak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience