Bab 8

Romance Series 23565

“Ma...” Panggil aku perlahan.

“Toksah dok fikir sangatlah... Dah elok sangat dah tu ada orang nak kahwin dengan Mai. Mai terima jelah. Bukannya susah pun. Lagipun, siapa lagi yang sudi nak kahwin dengan Mai? Cuba cakap dengan ma?” Soal Khadijah pada sang anak. Dia tak kira. Dia nak juga Humaira pergi kahwin dengan lelaki bernama Nahlan itu. Suka tak suka, lain cerita.

Aku kulum lidah. Menelan pada hakikat dan kebenaran yang satu itu. Kerana sesungguhnya, tiada siapa yang sudi berkahwin dengan diri aku.

“Tapi Mai tak kenal dia.” Balah aku mengharapkan yang ma takkan setuju dengan apa yang dimintakan oleh rombongan yang datang merisik siang tadi. Dan yang datang merisik itu adalah keluarga dari lelaki bernama Wan Ahmad Nahlan.

Gila kau? Kahwin dengan manusia yang baru dua minggu lepas ceroboh masuk bilik aku. Ops silap. Selamatkan aku. Sampai kena ceroboh masuk bilik aku. Tak mahulah!

“Mai...” Khadijah pegang tangan anaknya lembut. “...Mai tahukan yang keluarga kita ni, macam mana? Dan Mai sendiri tahu diri Mai itu macam mana? Yang datang pun dah cukup baik. Dari keluarga yang baik juga. Lagipun yang datang tu ma rasa dah cukup ikhlas. Dah elok dah. Katalah Mai nak tolak, atas alasan apa yang Mai nak tolak? Kalau betul-betul Mai memang nak tolak, bagi ma alasan yang baik untuk ma sampaikan pada diorang.” Sambil memujuk, sambil meyakinkan bahawa mengahwini lelaki yang dia sendiri tak tahu datang dari mana, untuk setuju dengan perkahwinan akan datang.

“Mai tak kenal dengan dia la ma. Lepas tu, kalau fasal kejadian yang sebelum ni, kan Mai dah cakap yang Mai tak salahkan dia. Tak payahlah sampai nak kahwin semua ni. Mai okay je ma dengan keadaan sekarang ni. Mai tak nak lah susahkan sesiapa lagi. Dah cukuplah dengan apa yang dah jadi sebelum ni.” Pilu. Pilu sunggh hati aku tatkala aku kena kahwin dengan lelaki yang satu itu. Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran aku nak dirikan rumah tangga macam orang lain di luar sana. Kalau boleh, dia nak hidup seorang diri. Kerja dan kumpul duit banyak-banyak. Ada rezeki, nak ambil anak angkat. Itu je. Tak pernah nak fikir ada suami.

“Nanti lepas kahwin boleh kenal. Ma nak yang terbaik je buat anak ma sorang ni. Lagipun bila lagi Mai nak kahwin? Umur Mai pun tahun depan dah 31 tahun. Elok dah tu. Mai jangan risau lah benda yang lain tu.” Beterusan Khadijah memujuk sang anak supaya menerima sahaja tanpa banyak soal.
“Kalau dia tu orang jahat, macam mana ma?”

“Hish. Kenapa cakap macam tu pula? Kalau dia orang jahat, takkanlah dia nak selamatkan Mai pula? Mesti dia dah apa-apakan Mai malam tu. Atau dia tolak je Mai jatuh. Tapi dia tak buat kan...” Khadijah usap tangan sang anak yang sudah ada sebentuk cincin pada jari itu. “...ma rasa memang dia ikhlas dengan Mai. Keluarga diorang pun dah boleh terima Mai dengan baik. Bersyukurlah Mai ada orang nak terima diri kita waktu usia dah macam ni. Jangan banyak soal dah. Dah elok sangat dah tu.”

“Tapi dia tahu ke fasal...”

“Yang tu ma uruskan. Toksah risau. Yang penting Mai kahwin je dengan dia. Jangan fikir sangat pada perkara yang dah berlaku. Tak elok pun untuk fikir benda yang entah apa-apa macam tu.”

“Tapi ma...”

“Sudahlah Mai. Cukup dengan tapi kamu tu. Nanti dalam bulan julai, Mai akan kahwin. Nanti dah jadi isteri orang, buat perangai yang baik-baik sudah. Yang buruk-buruk tu, Mai kena ubah. Nanti apa pula keluarga mertua kamu kata fasal kamu. Jaga diri elok-elok lepas kahwin. Apa yang diorang suruh buat, Mai buat je tanpa banyak soal. Memang orang perempuan macam itu. Tak boleh buat silap sikit. Nanti ada je yang mengata. Tahan jelah dengan sikap suami kamu kalau ada yang kamu tak suka. Baik buruk dia, kamu terima jelah. Toksah banyak kira sangat. Kita orang perempuan, macam itulah gayanya. Tak boleh nak melawan sikit. Nanti dicop isteri derhaka. Faham Mai?”

Aku angguk perlahan-lahan.

“Nanti kalau duduk rumah mertua, buat semua kerja rumah dia. Kalau dia tak suruh pun, Mai buat jelah. Tunjuk yang sisi baik sudah. Mai tak tahu mulut orang tua ni, kadang-kadang memang menyakitkan hati. Mai pandai-pandailah bawa diri.” Nasihat Khadijah lagi dan lagi.

Dan sekali lagi, aku angguk.

Krek. Pintu bilik dibuka. Habis terbang pergi semua yang aku borak dengan ma seminggu sebelum aku berkahwin dengan lelaki yang sedang bertentang mata. Terus aku bangun dari duduk di atas sofa. Masuk kelibat lelaki yang tinggi. Berkulit sawo matang. Memakai pakaian kasual. Tshirt berwarna biru dan seluar tidur berwarna kelabu. Entahlah. Aku pun tak tahu sama ada lelaki ini tergolong dalam kalangan yang tampan atau tidak? Tapi yang pastinya, ini kali pertama aku bertentang mata dengan dia selepas kejadian di bilik yang sama tempoh hari. Semasa akad dan majlis berlangsung tadi pun, hanya alar kadar sahaja. Salam pun hanya sekali. Tak tahu apa pun tentang lelaki yang seorang ini. Akan pada nama dan umurnya sahaja yang aku tahu.

Nahlan.

Wan Ahmad Nahlan. Berumur 34 tahun. Sebaya Kayla.

Lelaki yang selamatkan aku waktu di beranda. Lelaki yang pertama kali aku jumpa juga di beranda ketika nak selamatkan aku. Ma kata dia ini seorang polis. Pangkat apa? Entah. Tak tahu juga. Kalau dia cerita pun, besar kemungkinan pun, memang aku takkan tahu.

“Err...” Aku mahu mulakan bicara. Tapi tak tahu nak tanya tentang apa.

“Tutup lampu tu. Nak tidur.” Kata Nahlan sebelum merebahkan seluruh tubuhnya ke atas katil.
Terus aku tutup suis lampu yang ada. Tak betah lagi nak tunggu lama-lama saat disapa dengan suara yang sangat garau. Mujur wajah itu dipalingkan menghadap ke tempat yang lain. Kalau tidak, memang tak tidur aku malam ni.

Beberapa ketika berlalu, terdengar dengkuran halus yang keluar dari mulut yang sedang tidur itu. Mungkin sudah lena diulit mimpi. Terus aku rebahkan tubuh aku di atas sofa yang ada. Lega bila mana bilik aku diubah suai sedikit setelah kejadian itu berlaku. Diletakkan satu sofa yang muat untuk aku rebahkan badan dan baring di situ. Elok juga macam ini. Tak perlu aku nak hadap perkara yang tak masuk akal.
Selang beberapa saat, aku tidur mengiring. Menghadap kepada tubuh yang sudah lena di atas katil. Memikirkan yang lelaki ini sudah jadi suami aku.

Hurm... Pelik. Pelik pula bila ada orang lain tidur atas katil yang selalu aku tidur. Lelaki pulak tu. Dia tak terganggu ke ek bila tidur dekat bilik orang lain? Gaya tidur, macam selesa sungguh. Aku pula yang jadi tak selesa satu badan walaupun bukan tidur sebelah dia. Kalau ikutkan, banyak benda aku nak tanya pada Wan Ahmad Nahlan ni.

Contohnya,

'Boleh tak kalau kita kenal-kenal dulu?'

Ataupun,

'Kenapa kau kahwin dengan aku? Lepas tahu semuanya fasal aku?'

Tak pun,

'Kau pangkat apa dalam polis? Ke takde pangkat? Eh. Bukan semua polis mesti ada pangkat ke?'

Hurmm...

'Ha. Ada satu benda yang memang aku nak tanya. Kenapa kau panjat bumbung ni ek? Ada penjenayah ke atas bumbung rumah ni tempoh hari??'

Haiyo! Ingatkan bolehlah nak tanya semua soalan tu malam ni. Kalau kau tak suka aku pun takpe. Aku tak kisah. Sekurangnya boleh juga kita tahu apa yang terbuku di hati masing-masing. Tapi gaya dia tadi, macam tak nak bercakap langsung. Macam tengah marah pun ya juga. Ke memang dia tengah marah? Marahkan aku? Gitu?

Kalau marah, cakaplah marah. Oi Humaira. Aku memang tak puas hati sebab kena kahwin dengan kau. Haaaa... Macam tu ke. Kan lagi mudah bahasa tu untuk aku faham. Ini tak. Perangai macam budak-budak tak cukup umur. Nak kata tak bijak, kau tu polis. Nak kata bengap, macam kurang ajar pula sebab dia dah jadi suami aku.

Tidak semena, tubuh Nahlan tergerak sendiri.

Aku bulatkan mata. Alamak. Dia jaga ke? Mampus aku kalau dia nampak aku tengok dia. Adalah lebih baik aku pusingkan badan aku dan terus tidur.

Ya. Tidur. Kalau tak boleh nak tidur pun, paksa juga mata untuk tidur.

Hurm... Macam manalah nak menempuh hari esok ek?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience