“Bro.” Sapa Raiqal memegang bahu Nahlan yang sebelah.
“Woi. Buat apa kau dekat pejabat? Bukan kau sepatutnya tengah berlegar-legar dekat luar sana mencari mangsa ke?” Soal Nahlan pelik mengangkat wajah. Kalau ikutkan, dia akan bersama-sama dengan Raiqal untuk undercover dalam membanteras jenayah. Tapi dah kaki dia macam ini, terpaksalah duduk dalam ruangan pejabat yang besar bersama dengan ahli kumpulan yang lain demi menyiapkan beberapa laporan dan kertas kerja. Bosan tak terkata. Lagi seronok kalau boleh buat kerja luar.
“Bukan bro. Kau tak tahu eh?” Tarik kerusi yang berdekatan, Raiqal labuhkan punggungnya menghadap Nahlan dengan menayang wajah yang sangat serius.
“Tahu apa?” Soal Nahlan kembali. Berkerut teruk dahinya tatkala Raiqal menayang wajah yang serius. Ini tak lain tak bukan mesti ada yang tak kena dengan misi yang sedang dijalankan. Sepanjang dia kenal dengan Raiqal, jarang Raiqal tunjuk wajah yang maha serius macam sekarang ini.
“Video yang kau cakap tu... fasal yang ada Tuan Iqmal sekali...kan aku dah hantar ke bahagian analisa bagi pengecaman wajah...” Raiqal mula berbicara. Dia tahu tak mudah baginya untuk mengatakan hal yang sebenar. Tapi lambat-laun, Nahlan akan dapat tahu juga. Lebih baik bagitahu sekarang daripada jadi masalah di kemudian hari.
Nahlan angguk mengiyakan. Ya. Dia tahu. Sebab waktu dia tidak boleh bekerja, semua bukti yang ada sudah diberikan kepada Raiqal untuk buat analisa dan apa-apa yang berkaitan. Malas nak tunggu dengan lebih lama. Nanti akan makan diri sendiri.
“Bukti tu dah hilang, bro.” Tutur Raiqal dengan wajah yang kecewa.
“HA??!”
“Iyer. Bukti dah hilang. Aku pergi bahagian forensik untuk tahu keputusan analisa untuk bukti pengecaman wajah dalam video, pekerja tu kata dah ada orang lain yang ambil. Dia kata yang ambil tu pun inspektor juga. Kata nak bagi kat aku siap sebut nama sekali. Tapi takdelah pulak bukti tu sampai ke aku. Itu yang aku datang terus ke sini.” Terang Raiqal separuh berbisik. Takut kalau-kalau ada yang mendengar percakapan mereka berdua. Mampus. Boleh terbongkar semua rahsia mereka berdua. Jenuh.
Nahlan terdiam. Sumpah dia terkejut. Hilang? Macam mana boleh hilang? Rasanya baru seminggu dua dia beri pendrive pada Raiqal untuk dihantar ke bahagian forensik untuk proses menganalisa. Minggu lepas bukti itu masih dalam proses lagi. Tup tup ini hari boleh hilang pula.
“Kau tanya tak siapa yang ambil?” Soal Nahlan juga berwajah serius.
“Budak forensik ada sebut satu nama. Tapi aku tengok dalam rekod, takdelah pulak nama tu. Dalam CCTV pun tak nampak muka dia sebab pakai penutup muka. Kalau nama pun fake, jawatan pun mesti fake juga. Aku bengang betul lah.” Tepuk meja, Raiqal gigit bibirnya kuat-kuat. Geram dan berang menjadi satu. “Sorry bro. Aku betul-betul minta maaf dengan kau. Aku tahu bukti ini penting untuk kau.” Jelas perkataan kesal tertulis pada riak mukanya kerana dia tahu Nahlan dah bertungkus-lumus demi satu bukti yang ada itu.
Nahlan diam sebentar. Berfikir dengan apa yang telah terjadi. “It's okay, bro. Benda dah jadi. Bukan salah kau. Tapi...” Nahlan tarik nafas. Raiqal menanti. “...tapi bila aku fikir balik, ini bermaksud ada orang lain yang tahu fasal benda ni.”
Raiqal angguk. Tanda mengiyakan telahan Nahlan. “Bukan itu je, bro. Dia tahu yang kau pegang bukti tu dengan sangat lama. Dan dia tahu kau dah bagi aku. Maksudnya memang dia perhatikan tindak-tanduk kita berdua dengan sangat lama. Mana kita pergi... kita buat apa... Itu semua dia tahu. Aku rasa, kau kemalangan sampai duduk rumah berbulan-bulan pun dia tahu.”
Nahlan angkat kepalanya sedikit.
“Kau takde perasan apa-apa ke waktu kau duduk rumah? Something like... ada orang tengok dari jauh ke... hantar apa-apa ke... Atau orang hack komputer kau ke...”
Nahlan geleng kepala. “Tak. Takdelah pula. Aku perhati juga. Kut-kutlah ada yang stalk aku. Tapi memang takde. Clean and clear. Komputer aku pun bersih.” Jawab Nahlan.
Seketika, Raiqal dan Nahlan diam. Memikirkan apa sahaja kebarangkalian yang boleh berlaku sehingga bukti itu dicuri oleh seseorang.
“Lagi satu bro...” Raiqal keluarkan telefonnya sebelum disuakan kepada Nahlan. Berdebar hatinya nak kongsikan perihal yang satu ini dengan Nahlan. Tapi digagahkan jua hatinya untuk sampaikan maklumat di mana, maklumat ini dia yakin Nahlan takkan suka.
“Itu hari, kau suruh aku pergi bengkel tengok kereta bini kau... Mekanik tu tunjuk kat aku yang wire brake ni macam ada kesan kena potong. Aku tak tahu dia aim siapa? Tapi kau pun tahu, bila benda dah jadi serentak, ini bukan kebetulan, bro.”
Nahlan mengap. Firasat dia sebagai seorang perisik tak pernah salah. Betul apa yang dia rasakan. Rasanya sebelum terjadinya kemalangan yang menyebabkan kakinya patah, bukan dia tak nampak kaki Humaira tekan pedal brake dengan sangat kuat. Tapi takde langsung tanda-tanda kereta itu nak berhenti. Lagi laju adalah. Buatkan dia sangsi dengan apa yang telah terjadi pada kereta Humaira.
“Pemandu lori tu?”
“Bersih. Memang dia buat kerja dia je. Takde kaitan dengan apa-apa pun. Hanya pekerja biasa yang ada dekat tempat kejadian. Memang dia tak sengaja nak langgar kau. Lagipun waktu tu kereta kau dah simpang ke tempat lain. Dah makan jalan orang. Itu yang dia boleh langgar kau.” Balas Raiqal yakin.
Terus Nahlan sandarkan tubuhnya ke kerusi yang ada. Lemah satu tubuhnya dan longlai jiwanya tatkala firasatnya menjadi satu kebenaran. Bahu yang sedia terjatuh, dijatuhkan lagi. Ya. Dia tahu. Dalam dunia perisik, tiada apa yang kebetulan. Semuanya sudah dirancang untuk memastikan peristiwa yang berlaku adalah kebetulan. Bukan sekali dua hadap situasi yang macam ini. Berkali-kali sudah. Tapi ini kali pertama dia hadap situasi yang membabitkan nyawa orang kesayangan.
“Siapa lagi yang tahu fasal bukti tu? Selain aku dengan kau?”
“Tuan Iqmal.”
Nahlan ketap bibir. Ya. Tiada siapa yang tahu tentang bukti tersebut melainkan diri dia, Raiqal dan Tuan Iqmal. Bosnya. Atau lebih tepat, ketua kepada pasukan perisikan. Lelaki yang dia hormat. Lelaki yang mengajar dan mendidik dia sejak dia memilih untuk berada di bawah badan perisikan.
“Lagi satu Nahlan. Aku bukan nak takutkan kau. Tapi benda ni kita kena fikir juga. Kalau betul ada orang lain disebalik semua kejadian yang berlaku... Siapa yang diorang targetkan? Kau? Atau Humaira?”
Mata Nahlan bergetar. Takut mula menyelubungi diri pabila perihal Humaira menjadi bicara. Tapi dalam masa sama, tak boleh nak sangkal apa yang sedang Raiqal utarakan. Dan lagi sekali, firasatnya menjadi satu realiti tatkala membabitkan nyawa orang lain apabila dirinya menerima ugutan. Dulu kalau dia selesaikan misi, berpuluh-puluh ugutan yang dititipkan pada dirinya. Tapi sekarang, ugutan itu macam sengaja dilemparkan kepada manusia yang ada di sekeliling dia. Sengaja mahu provok ke macam mana?
“Aku cari CCTV dekat Ilson Fund untuk bahagian parkir kereta. Habuk pun takde. Pekerja kat sana cakap, waktu kita datang semua sistem tengah jalankan penyelenggaraan untuk semua CCTV yang ada. Aku rasa... kalau betul, kereta bini kau jadi rosak macam tu dekat bangunan Ilson Fund. Kalau wire brake rosak sebelum lagi, macam mana dia boleh bawa kereta pagi tu?” Soalan demi soalan yang Raiqal lontarkan pada Nahlan.
Seketika, Nahlan tarik nafas. Kali ini, tarikan yang terjadi kedengaran lebih berat.
“Maksudnya sama ada dia target aku atau dia tengah bagi amaran pada aku.”
“Yup.” Iya Raiqal sekali.
“Sial.” Maki Nahlan sekali. Pada siapa? Pada sesiapa sahaja yang buat dia dan Humaira macam itu. Andai sangkaannya betul, manusia keliling dia diancam dengan bahaya. Silap haribulan, ahli keluarga dia nanti pun akan terpalit sama dengan masalah yang dia hadapi.
“Humaira macam mana?”
“Dia okay je. Semalam ada dekat rumah. Hari ni pergi kerja. Petang nanti balik. Aku dah letak peranti dalam telefon dia. Setakat ni dia masih ada dekat sekolah.” Balas Nahlan setelah memikirkan yang dia telah tetapkan aplikasi peranti dalam telefon milik isterinya. Ini bagi memudahkan dia untuk mengesan Humaira berada di mana. Kut ada bahaya yang datang menjengah, boleh dia hantarkan bantuan atau dia sendiri yang akan jadi sang hero penyelamat. Bila dia buat? Semalam. Waktu isteri dia tengah tidur.
“Aku rasa kita kena...”
PAP
Pintu ruangan tempat beroperasi ditolak kuat dari luar. Masuk beberapa manusia yang sedang tersenyum gah sambil mata tepat memandang kepada Nahlan dan Raiqal silih berganti.
Spontan itu Nahlan dan Raiqal bangun saat mata masing-masing berlaga dengan pandangan yang mereka kenal. Yang belakang itu baru sahaja bertumbuk dengan muka itu tempoh hari. Kesan tumbukan pada tangannya, masih terasa sampai sekarang.
“Silakan Tuan Aswi.” Kata Iqmal mempelawa Aswi masuk ke dalam ruangan operasi yang digunakan oleh pasukan perisikannya untuk apa-apa kes jenayah yang berlaku.
Nahlan ketap bibir manakala Raiqal ngangakan mulut. Tidak percaya dengan apa yang sedang dilihat depan mata.
“Yang ini Inspektor Nahlan. Dan yang ini Inspektor Raiqal. Orang kanan saya. Orang kuat di sini. Rasanya, Tuan Aswi sudah kenal dengan mereka.” Iqmal kenalkan Nahlan dan Raiqal pada Aswi setelah mereka berjalan rapat ke arah kedua inspektor tersebut.
“Ya, ya. Saya tahu. Kita pernah berjumpa. Inspektor Nahlan.” Hulur tangan mahu berjabat, sengaja Aswi sengih tanda kemenangan sedang berada di pihaknya.
Nahlan ketap rahang. Panas hatinya melihat huluran tangan yang ingin bersalaman dengan dia.
“Nahlan.” Tegur Iqmal. Geram pula tengok anak buahnya yang sorang ini tak sambut pun huluran dari Aswi. Orang kenamaan.
“Ruang operasi dan pejabat ini hanya khusus untuk yang bekerja dekat sini sahaja.” Kata Nahlan tegas tanpa peduli sikit pun amaran yang bosnya berikan. Peduli apa dia. Sesiapa pun yang sedang berdiri depan dia sekarang, takde seorang pun yang buat dia diselubungi dengan rasa takut. Jauh sekali nak rasa gentar. Nope. Never.
Aswi panjangkan senyumannya. “Yuh. You're right inspector.” Tarik kembali tangan yang dihulurkan, Aswi kerlipkan mata sekali. “...tempat ni bukannya zoo ataupun habitat untuk beruk-beruk melalak tak sedar diri. Pun bukan sangkar untuk monyet panjat sambil terpekik macam kena sawan. Tapi tempat ini memang khusus untuk manusia yang layak sahaja.” Sambung Aswi melihat Nahlan atas bawah.
“Kurang...” Belum sempat nak habiskan ayat, Raiqal tarik bahu Nahlan kuat ke belakang. Tak nak keruhkan keadaan yang memang sedia tegang. Nanti akan timbul banyak masalah. Walaupun mereka sedang ditimpa dengan berbakul-bakul besi yang mampat dengan kata masalah.
Ilhan mara ke depan. Dadanya didabik tinggi. Mata pula tak lepas menikam mata Nahlan. Menunjukkan yang dia seorang yang sangat berkuasa depan Ilhan. “Tempat ni dah jadi hak Ilson Fund punya. Kalau nak bercakap, sila tengok kau bercakap dengan siapa? Jangan jadi beruk yang suka melalak. Nanti sia-sia aje hidup kau sebab kena buang dari sangkar. Atau kau yang kena beli tiket untuk masuk tempat ni sebab dah jadikan tempat ni macam zoo.”
Nahlan kepal kedua tangannya erat dengan mata yang merah menyinga. Kalau ikutkan hati, sudah dia tumbuk wajah di hadapan macam yang dia buat sebelum ini pada Ilhan. Peduli apa dengan semua mata yang sedang memandang. Mujur sangat ada Raiqal di sebelah. Kalau tidak, memang muka itu jadi mangsa tumbukan dia lagi sekali tanpa belas kasihan.
“Bro.” Pegang bahu Nahlan, Raiqal bisik memanggil sang kawan.
Nahlan tarik nafas. Kemudian halakan matanya melihat kepada Tuan Iqmal. Meminta sebuah penjelasan dari mulut itu. Tidak faham mengapa boleh dibawa masuk dua ekor manusia ini ke dalam ruangan operasi bagi bahagian perisikan. Dia perlukan penjelasan kut. Ingat tempat ini tempat apa? Tempat pelancongan? Atau kawasan lepak?
“Pihak kita akan mula bekerjasama dengan Ilson Fund dalam membasmi jenayah berikutan dengan...”
“Sorry sir??” Cantas Nahlan laju.
“You need to calm down and please listen first. Kalau tak nak dengar, boleh teruskan kerja atau keluar aje dari sini.” Jelingan paling maut Iqmal lontarkan pada Nahlan sebelum meneruskan bicara. “Mulai hari ini Ilson Fund sudah berpakat dan bersetuju dengan pihak polis untuk menjadi sumbangan utama dalam membekalkan senjata api atau apa sahaja keperluan semasa menjalankan misi. Penambahbaikan pada beberapa tempat training dan ruangan operasi khusus untuk bahagian perisikan akan sepenuhnya ditaja oleh Ilson Fund demi memastikan kelangsungan operasi akan sentiasa berjalan dengan lancar.”
“Heh...” Nahlan tundukkan wajah dengan tangan dicekak kemas di pinggang.
Terus Iqmal menghentikan kata-katanya. “Nahlan. Cuba hormat sikit dengan...”
“You did triggered right?” Angkat kepala, Nahlan pandang wajah Aswi tepat.
Aswi ketap bibir. “I'm just doing my job wahai anak muda. Well... nak buat macam mana? Apa pun, yang dekat bawah masih ada dekat bawah. Cuba sesekali tu dongak sikit kepala kau. Tengok siapa yang berada di atas. Baru nampak apa yang kau tak nampak.”
Nahlan jilat bibirnya kasi basah. “Ini semua sebab pendrive tu... kan??” Tebak Nahlan merincingkan mata. Dia nak tahu apa reaksi manusia di hadapan tatkala isu pendrive menjadi bahan bualan. Sebab dia dah boleh agak apa yang bakal terjadi lepas ini.
Spontan wajah Ilhan berubah. Pendrive? Pendrive apa? Setahu dia, ayahnya suruh datang ke sini untuk sampaikan amanat sebab nak hulurkan bantuan dan mahu menunjukkan kerjasama terhadap pihak polis sebab dah jalankan tugas dengan baik. Dia setuju sebab nak bagi amaran pada Nahlan untuk tak ganggu Humaira atas kejadian yang berlaku sebelum ini. Tapi mengapa Nahlan mengatakan tentang pendrive pulak? Apa yang dia terlepas dekat sini?
“Gosh... Is that true??” Nahlan naikkan keningnya tinggi ke atas. Ini bermakna, dia tahu siapa yang dah curi pendrive yang mengandungi bukti mengenai duit haram. Oh... Sebab itu Aswi datang ke sini. Nak tengok apa reaksi dia bila mana bukti itu sudah hilang. Dan semestinya, Aswi nak tahu apa yang aku buat lepas tahu bukti tentang pengelapan duit haram itu sudah musnah.
“Orang yang mencuri hak orang lain ni, memang bukan calang-calang. Mungkin dari kecil lagi dah biasa mencuri. Itu yang bila mencuri lagi dan lagi... Dan lagi... Dia rasa dia dah menang. Sedangkan dah jelas perbuatan mencuri itu salah di sisi undang-undang.”
“Cakap elok sikit. Aku boleh buang uniform kau macam aku buang tisu hingusan aku je. Kalau kau tak nak kena buang macam tu...”
“Then, I'm resign.” Cantas Nahlan laju.
Terkesima semua yang ada di situ.
“Nahlan.” Iqmal cuba berkompromi.
“No. This is true. I'm resign. Kalau hanya sebab satu bukti yang jelas nampak apa yang 'Tuan' Aswi buat, saya sanggup letakkan jawatan dari menjilat duit yang tuan hulurkan. This is really going beyond my pride.” Tanpa getar, Nahlan tarik keluar semua lencananya sebelum diletakkan di atas meja satu demi satu.
“Dan kau akan hilang semuanya.”
“You don't have to bother about that.” Laju Nahlan balas.
“Kejap. Nahlan. We better talk about this. Maaf Tuan Aswi. Anak buah saya ni baru sangat sembuh dari kemalangan yang berlaku beberapa bulan sudah. Ada masa memang apa yang keluar dari mulut dia semuanya tak selari dengan apa yang telah terjadi.” Tarik Nahlan ke tepi, Iqmal cuba menenangkan Nahlan.
“No. Maaf tuan. Kalau ini yang saya dapat hanya sebab nak jaga imej tuan untuk tak dibawa ke pihak atasan, saya rela letak jawatan. Lagipun perkara ini memang bercanggah dengan prinsip waktu saya angkat sumpah depan tuan itu hari. Tuan sendiri yang ajar saya untuk tak tunduk pada mana-mana kuasa yang cuba menjatuhkan integriti kita. Wawasan kita dan objektif kita sebagai seorang manusia yang pakai baju uniform. Berjuta-juta manusia dekat luar sana memandang kita dengan penuh penghormatan dan pengharapan. Tapi saya lupa, tuan pun seorang manusia yang tak mungkin lari dari semua ini.”
Wajah Iqmal berubah. Kenapa? Sebab dia yakin yang Nahlan sudah lihat video itu. Di mana wajahnya ada sekali di dalam bukti yang Nahlan simpan berbulan-bulan lamanya.
“Last but not least...” Nahlan dabik dadanya tinggi. “...for your information sir... pendrive tu ada dua. Satu mungkin ada dekat tangan tuan. Tapi kita tak tahu. Mungkin yang lagi satu dah sampai ke tangan masyarakat. You know very well perangai Malaysian citizen ni macam mana? Kalau Israel pun boleh koyak dengan kata-kata Malaysian citizen, apatah lagi ikan bilis yang dijual dekat pasar tani. Tak boleh lelong. Jauh sekali nak sedekah. Ouh ya saya lupa. Setakat ni, kalau ikutkan, ranking paling banyak untuk amalan sedekah semestinya dari tangan manusia yang bernama Aswi. Bukan orang lain. Yuh, ya. I totally forgot about that.” Jalan Nahlan melewati Aswi dengan kepala digeleng halus.
Beberapa tapak berjalan ke arah pintu, Nahlan toleh ke belakang. Kali ini dia berjalan ke arah Ilhan pula. Di dekatkan hujung mulutnya pada telinga Ilhan sebelum berkata, “Unfortunately, you won' get any chance. Because she's mine. Always. And always be. From day to night. Don't ever, ever try to think about her anymore. I might blow your head up.” Pap, Nahlan lagakan bahunya dengan bahu Ilhan sekali. Sengaja mahu provok insan itu kerana dia yakin bahawasanya kedatangan Ilhan ke sini hanyalah kerana Humaira. Isterinya. Bukan sebab Ilson Fund.
“You will regret this.” Kata Aswi tanpa palingkan wajahnya melihat Nahlan.
Nahlan sengih. “Of course I will.” BANG!! Dihempas pintu itu sekuat mungkin sebelum menghilangkan dirinya dari semua mata yang memandang.
“Maaf tuan.” Raiqal keluarkan semua lencananya dan meletakkan bersebelahan dengan lencana milik Nahlan di atas meja.
“Raiqal. Kita boleh bincang benda ni.”
Raiqal tarik nafas. Ditatap mata Tuan Iqmal dengan sangat dalam mencari kebenaran dan kesahihan tentang apa yang cuba Tuan Iqmal sampaikan. Tapi kejujuran itu, sudah dia tak nampak lagi waktu dia mula-mula bekerja di sini. Ditutupi dengan selaput hitam yang jelas hanya mahukan kuasa dan juga mabukkan pangkat. “Tapi tuan dah pun buat keputusan tuan sendiri. Dan saya pun telah buat keputusan saya macam yang tuan telah didik.” Terus berlari keluar dari situ dan mengejar bayang Nahlan yang semakin lama semakin menjauh.
Share this novel