Dear Nahlan,
Mengenali kau dalam hidup aku, menampakkan aku sisi yang sebenarnya. Menjadi manusia yang bergelar isteri kepada kau, perlihatkan kepada aku akan wujudnya rasa yang aku sudah buang jauh entah ke mana. Tidak pernah aku terfikir akan adanya semua ini walaupun aturan masa itu adalah singkat. Tetapan takdir yang ditetapkan membuatkan aku akur dengan kehendak tuhan. Bukan salah kau semua ini berlaku. Dan bukan salah masa yang singkat itu untuk dipertontonkan pada kau. Langit yang membiru itu tidak akan berubah hanya kerana yang berlaku itu atas salah aku sendiri. Andai pemergian itu adalah satu kehendak dari Sang Penentu Takdir, masakan aku sebagai manusia mahu menolak? Sedangkan engkau sendiri tahu, bahawa kehidupan ini teramat singkat. Maka dengan itu, kau harus bahagia Nahlan. Kerana kau berhak rasa apa makna bahagia yang sebenarnya.
Your wife, Humaira.
Share this novel