Bab 31

Romance Series 23565

“...all the words in my heart. I can't show all them to you but, its that I love you. How can I be so lucky to have met you? Who is a blessing. If we're together now, ah how great it'd be...” (Through_The_Night_IU)

“Nah.” Sembunyikan rasa malu di belakang bayang, Nahlan hulur sejambak bunga pada Humaira. Bunga yang dia beli semalam. Yang dihiasai dengan beberapa butir coklat. Coklat putih pun ada sekali. Lepas berperang mulut dengan Raiqal hampir tiga puluh minit hanya untuk pilih jambangan bunga yang mana satu paling cantik. Mujur dah cukup cantik dengan apa yang dia pilih. Harap Humaira suka.

“Buang tebiat apa awak ni tiba-tiba nak bagi bunga?” Pelik aku dengan fiil lelaki di hadapan. Malam semalam sebelum tidur letakkan handsplast dekat leher aku yang dia gigit semalam sampai berdarah. Pagi tadi siapkan aku sarapan. Pakej sekali dengan kemas dapur dan basuh pinggan. Lepas itu pergi sapu satu rumah. Habis sapu rumah, bagi aku bunga pula. Bunga semalam yang aku ada tengok dalam kereta. Apa hal dengan si Nahlan ni? Risau kut betul sakit tenat.

“Tanda aku minta maaf kat kau.” Sebenarnya dia nak cakap, tanda rasa sayang dia pada Humaira. Tapi kenapa yang lain pula yang terluah dari mulut. Berapa kali sudah dia praktis malam tadi nak cakap apa pagi ini sebelum pergi melapor diri untuk tugasan yang seterusnya. Hish. Membazir masa dan tenaga sahaja satu malam tak tidur. Akhirnya tak terluah pun. Pertama kali rasa setakut ini bila nak hadap perempuan. Isteri sendiri pulak tu.

“Tak payah lah semua bunga ni. Kan saya cakap, saya bukan seorang manusia yang pendendam. Awak pun hanya marah je semalam. Adatlah tu. Manusia jadi marah pada manusia yang lain. Janganlah risau. Saya pun pernah marah awak jugak. Saya tarik semula kata-kata saya semalam. Saya takkan tuntut apa-apa pun dari awak dekat padang mahsyar nanti. Dekat depan pintu syurga pun takdenya saya nak tunggu. Mesti saya akan sibuk dengan amalan sendiri aje.” Balas aku tanpa mengambil huluran bunga tersebut. Cantik memang cantik. Rasa macam nak ambil terus. Tapi sebab aku rasa macam dah kering hati aku dengan segala hal yang berlaku. Jadinya, yang cantik tadi hanya mampu menjadi penghias di mata sahaja. Bukan penghias di hati.

“Ambil jelah. Aku beli memang untuk kau kut bunga ni.” Tarik tangan Humaira, Nahlan letakkan jambangan bunga tersebut atas tangan Humaira. Penat dia pergi beli semalam kut. Beratur panjang lagi. Pertama kali buat macam ni hanya semata untuk seorang perempuan. Dia tak kira, Humaira kena ambil juga bunga dari dia. Kalau tak, dia akan merajuk sampai ke sudah.

Tiada pilihan, nak tak nak, aku ambil juga jambangan bunga yang Nahlan dah letak atas tangan. Lepas itu aku lihat wajah Nahlan. Pergi ke mata, lepas itu pergi pula ke telinga. Telinga Nahlan yang dah bertukar warna ke warna merah. Kemudian, lihat pula pada tangan Nahlan yang diangkat sehingga menyentuh belakang tengkuknya. Mengusap lembut dia di situ.

“Should I thanking you?” Tebak aku dengan dahi yang berkerut.

“Yes. It would be so pleasure to me if you're going to say those words.”

“Well... Terima kasih.” Ucap aku pada Nahlan. Fake gila aku rasa ucapan aku tadi. Sebab otak aku tak boleh nak cerna dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Wan Ahmad Nahlan sedang bagi bunga pada aku. Patut aku bangga atau patut aku rasa yang lain? Contohnya rasa macam pelik??

“Suka tak bunga ni?” Tanya Nahlan tersenyum kacak. Lega hatinya tatkala Humaira menerima apa yang dia beri. Besar kut makna ini tatkala Humaira menerima dengan setulus hatinya sambil mengucap terima kasih. Rasa macam senang hati pun ya. Hik.

Aku angguk. “Bolehlah...” Jawab aku perlahan.

“Boleh lah?? Kenapa macam tu pulak??” Pelik sangat ke dia bagi bunga dekat Humaira? Gaya Humaira jawab macam tak suka ajer?? Ke memang Humaira tak suka? Terpaksa ambil sebab nak jaga hati dia? Mahal kut aku beli. Takkanlah boleh jawab macam itu aje? Huk.

“Eh bukan. Maksud saya... ermm...” Apa aku nak cakap ni? Apa weh?? Apalah kau ni Humaira. Orang tu dah bagi hadiah kan?? Cuba bersyukur sikit. Kira elok sangat dah ada orang nak bagi bunga kat kau. Tak. Bukannya aku tak suka. Cuma, “...I'm not really into this. I mean, I'm not errr 'flower-girl' person. Tapi tak bermaksud bunga ni tak cantik. Cantik je. Pandai betul awak pilih.” Harap betul term yang aku gunakan untuk berikan alasan pada Nahlan setelah puji dia.

“Oh. Habis tu? Kalau bukan flower-girl person, what kind of 'girl-person' are you?” Soal Nahlan ingin tahu. Kalau ada buku nota pada dia sekarang, nescaya dia catit semua yang Humaira bakal katakan. Dan letak dalam poket untuk kegunaan masa hadapan.

“Urmm... Saya rasa...” Mata aku meliar ke kiri sekali. Ke kanan sekali. Memikirkan ayat yang paling bernas untuk diberikan kepada Nahlan. “Lebih baik and much, much better kalau awak hadiahkan saya komik Slum Dunk atau mana-mana DVD anime yang seronok. Contohnya macam B:The Beginning...atau macam Castlevania maybe...or something like Black Clover??”

Pap. Nahlan ketuk kepalanya dengan mata dipejam rapat sesaat. Adus. Sungguh. Dia lupa gila yang perempuan ini punya hobi yang sama dengan dia. Minat baca komik atau layan DVD anime. Haih. Kalau dia ingat semalam, nescaya dia beli dah semua yang Humaira cadangkan tadi dan bentukkan jadi jambangan bunga. Adui!! Macam mana boleh lupa Nahlan oi?!

“Next time for sure aku akan bagi.” Janji Nahlan dengan mata yang sangat yakin.

“Eh tak payahlah. Saya gurau je.” Aku kibas-kibas satu tangan aku depan Nahlan. “Tak payahlah nak bazir duit awak yang banyak tu hanya semata DVD ataupun komik yang saya katakan. Saya gurau ajelah yang tadi tu. Pergi lah buat sedekah ke... apa ke... atau beli jelah barang untuk diri awak sendiri...” Apehal nak beli untuk aku? Takde kerja gamaknya Nahlan ni oi!

“Mana ada bazir. Untuk isteri sendiri kut...” Redup mata dia memanah mata Humaira.

Aku kerlipkan mata. Ah sudah. Apesal hati aku berdebar semacam bila dengar ayat 'isteri sendiri' tu Nahlan lontarkan dengan sangat telus. Dan panahan mata dari Nahlan sekarang ini menunjukkan yang insan itu sedang dilanda dengan getaran yang halus. Tapi kesannya, sangatlah mendalam. Ada apa pada yang halus itu sampai menampakkan sisi aku di situ ek?

“Ermm... Bukan awak nak pergi kerja dah ke?” Ubah topik lekas-lekas, aku terus tanya Nahlan soalan yang lain pula. Takut aku tengok mata Nahlan yang penuh dengan satu perkara itu. Jujur aku katakan yang aku tak bersedia nak hadap apa jua jenis rasa yang sedang Nahlan hamparkan. Tak mungkin aku akan terima. Takkan.

“Hm...” Nahlan angguk. Tapi matanya tak lepas menilik wajah di hadapan. Dari wajah turun pula ke bahagian leher yang dia letakkan handsplast semalam. Ada lagi di situ. Sama ada yang semalam punya atau Humaira dah gantikan dengan yang baru pagi tadi. Entahlah. Dia tak tahu. Yang pasti, dia rasa lega sebab Humaira tak marah dekat dia dah.

Seketika, Nahlan sepetkan matanya sejenak dengan hati tak lepas mengagumi ciptaan tuhan di hadapan. Selama ini dia tak perasan yang Humaira punya alis mata yang cantik. Bulu kening yang cantik terbentuk walaupun tidak berapa tebal. Dan mata bundar yang boleh buat jiwanya dirusuh dengan sesuatu yang lain. Akibatnya dia rasa was-was. Nak melangkah pergi keluar dari rumah, tapi ada pagar rindu yang menghalang. Nak hulur tali pengikat kasih pada sang isteri, tapi nampak sangat Humaira nak halau dia pergi dengan lekas.

Aku gigit bawah bibir. Dah tu? Tunggu apa lagi? Pergi jelah.

“Awak nak tercegat sampai kiamat ke dekat sini wahai encik perisik?” Aku pulangkan paku keras pada Nahlan semula.

Nahlan senyum. Kepalanya digeleng-gelengkan tanda hatinya digeletek dengan rasa lucu. Sebelum ini kalau apa sahaja mulut laser itu balahkan, ada juga karen dia untuk membalas. Tapi hari ini, dia rasa suara itu hanyalah alunan bunyi yang gemersik sehingga menyentuh jiwa. Ini ke orang cakap cinta itu buta? Dan sayang itu tuli? Atau sememangnya dia dah ada kedua perasaan cinta dan sayang itu yang sememangnya buta dan tuli. Berjalan seiringan sehingga membuatkan jiwanya dibuai dengan rasa yang indah.

“Aku dah kena lucut jawatan lah. Tak boleh pegang dah title perisik tu. Hanya inspektor sahaja.” Terang Nahlan akan perkara yang telah dia terima seminggu sudah. Ya. Dia suka. Tersangat suka untuk melihat wajah ini dengan sebegitu lama. Rasa benci yang dulu telah dihapus pergi dan terbang dibawa angin. Betul orang cakap. Jangan terlalu benci pada seseorang. Nanti akan bertukar menjadi sayang.

Alamak. “Maaf, Nahlan. Sebab saya...” Aku pandang kaki Nahlan. Walaupun kaki itu sedang berdiri dengan elok, tapi aku tahu masih ada kesan yang menyebabkan Nahlan tak boleh bekerja seperti sebelum ini.

Aku tahu. Nak jadi perisik bukan senang. Bukan setakat kau kena ada six pack je. Ketahanan anggota tubuh badan yang lain pun memainkan peranan yang sangat penting. Mental apatah lagi. Berapa banyak kali diorang kena hantar pergi training sana sini. Underground punya training. Fizikal dan mental punya training pun kena hadap. Bertahun kut ambil masa hanya semata nak dapatkan pingat yang satu itu. Tapi hancur impian Nahlan hanya sebab nafsu amarah aku sendiri.

“Maaf Nahlan...” Aku gigit bawah bibir aku kuat-kuat. Terus rasa bersalah menusuk dalam kalbu. “Kalaulah semuanya boleh diputarkan kembali... saya sanggup gadaikan kaki saya. Bukan kaki awak... Saya takkan bawa kereta macam nak bunuh diri sendiri...Akibatnya awak yang terpaksa tanggung salah saya...” Tundukkan kepala ke bawah, aku tahan air mata supaya tak tumpah. Bunga yang dipegang di tangan pun dah tak seindah mana kalau dilihat dengan mata kasar memandangkan hati aku sedang digerutu dengan peritnya rasa sakit.

Nahlan ambil bunga tersebut dan letakkan ke satu sudut. Kemudian, dia pegang kedua tangan isteri dan menarik tubuh Humaira rapat ke dadanya. “Benda dah jadilah... Takpe... Aku okay...” Ditepuk-tepuk belakang tubuh Humaira lembut sambil mengusap tubuh kurus itu perlahan.

“Isk...Macam mana kalau awak kena lepaskan semua jawatan? Kena buang kerja??”

Nahlan sengih. “Mana ada. Takdelah sampai nak kena buang kerja. Lagipun aku dah transfer ke pasukan yang lain aje. Masih bekerja di bawah perisikan. Janganlah risau sangat... Takdenya diorang nak buang aku...” Dipujuk Humaira dengan mengatakan yang ini semua tidak akan berakhir hanya kerana dia tak jadi seorang perisik. Bahkan dari dia duduk di rumah lagi kerjanya sudah bertukar menjadi perisik di bahagian pejabat sahaja. Yang aktiviti luaran itu semuanya Raiqal yang lakukan bersama dengan rakan yang lain.

“Tapi semua ini jadi sebab saya...” Aku ketatkan pelukan pada tubuh Nahlan. Dah lupa langsung yang sedang tubuh aku peluk ini adalah lelaki semalam. Lelaki yang jahat mengalahkan makhluk bertanduk dua. Kerana yang aku rasa hanyalah serba salah tiada penghujung pada suami sendiri. Entah berbakul-bakul makian aku tujukan pada diri sendiri sebab dah jadikan manusia lain sebagai kesan akibat tindakan yang datang dari aku sendiri.

“Kalau bukan sebab kau pun... benda akan jadi juga...” Balas Nahlan mengucup kepala itu sekali. Entah kenapa dia buat macam itu. Mungkin mahu menyalurkan rasa hangatnya ketenteraman di hatinya kepada sang isteri supaya Humaira tidak lagi rasa bersalah akan apa yang telah terjadi pada dirinya. Dan jujur dia katakan yang dia suka nak peluk tubuh Humaira lama-lama. Sampai esok berpelukan macam ini pun takpe. Lagi dia suka.

“Saya...” Aku tarik nafas. Sekali. Dua kali. Rasa sedu di hati aku tahan sejenak. “...gembira sangat awak dah boleh jalan macam biasa.”

Nahlan kerut dahi. Sengihan tadi hilang serta-merta tatkala Humaira seperti sedang meluahkan rasa yang terbuku di hatinya.

“Awak tahu Nahlan... Siang malam saya doa supaya kaki awak dapat jalan macam biasa. Perit saya tengok keadaan awak yang asyik sangat duduk atas kerusi roda. Bila awak dah pakai tongkat, hari-hari saya berdoa supaya awak akan cepat-cepat boleh jalan. Sebab saya nak tengok awak yang macam dulu. Tak sakit. Sihat walafiat.” Luah aku dengan bahu yang terhinggut kuat menahan sedu.

“Humaira...” Dada dia mula berkocak ganas. Menghantar isyarat bahawa kegusaran hati sudah melanda pada jiwa lelakinya. Minta dibelai. Menuntut supaya rasa sayang itu dipenuhi. Dengan setulusnya. Dengan seikhlasnya.

Aku tolak tangan Nahlan lembut. “Awak... maafkan saya tak?” Tanya aku polos. Sejahat aku pun, mana mungkin aku tak minta pengampunan pada manusia yang telah aku buat dosa. Siap pertaruhkan nyawanya lagi atas kesilapan yang telah aku buat sendiri. Nak-nak manusia ini adalah pangkat suami pada aku. Tak bau syurga aku nanti.

“Humaira... kau...” Nahlan gigit bawah bibir dia. Gelora dalam hati membuak-buak tatkala melihat air jernih yang bertali arus turun ke pipi sang isteri. Air mata itu macam minta dikasihi. Muka polos itu pula semacam mahukan belaian dari dia yang bergelar suami. Manakala hati itu pula seperti mahukan balasan sayang dari dia.

“Kau jangan minta sayang dari aku, Humaira...”

“Uh?” Aku kerut dahi. Mulut pula, aku ngangakan separuh. Air mata yang turun tadi, aku hentikan serta-merta.

Tangan yang memegang erat jemari halus itu, Nahlan bawa naik ke atas dan langsung pergi ke bahu Humaira. Meletakkan dengan lembut di situ dengan kepala yang ditundukkan sedikit sehingga matanya setentang dengan mata sang isteri. “Kalau aku bagi... aku takkan bagi secara percuma. Dan kalau aku bagi, aku nak untuk kau terima dengan rela. Sepenuh hati. Tanpa sebarang alasan. Sekali aku bagi, aku takkan tarik balik.”

“Ha??” Aku kerunyutkan seluruh wajah aku kali ini. Sumpah aku tak faham. Aku tengah cakap fasal kaki Nahlan kan? Apesal macam tersimpang jauh sangat percakapan kami berdua? Ke aku cakap benda lain tapi Nahlan faham tang yang lain pula? Explain please.

“Saya tak faham langsung awak cakap apa?” Kerlip mata dua kali, aku tayang wajah paling blur pada Nahlan.

Nahlan dekatkan wajahnya lagi dengan wajah Humaira. “I'm going to give you all my love my dear. To you. My wife.”

Aku kerlip mata untuk kali ketiga. “Love??”

“Ya.” Nahlan rapatkan bibirnya pada telinga Humaira.

Aku batukan diri dengan mata yang membulat tanda menahan debaran yang menggila di dada saat terasa hembusan nafas hangat dari suami menyapa hujung telinga.

“Macam ini...” Digeselkan hidungnya betul-betul di bawah telinga Humaira dengan sebegitu lembut.
Gulp. Aku telan air liur.

“Atau macam ini...” Dibawa bibirnya pergi pula menyapa lembut pada bahagian leher Humaira yang tiada kesan gigitan. Digeselkan sama macam yang dia buat tadi. Menyentuh dengan lembut sambil menghirup bauan dari tubuh itu. Ah. Dia sudah gila.

Aku kepal tangan aku erat-erat.

“Dan macam ini...” Diangkat wajahnya sedikit sebelum pergi menyentuh bibir sang isteri dengan sebegitu lembut. Geram dok tengok dari malam tadi lagi. Akhirnya, dapat juga hilangkan sikit rasa gelora yang mencengkam sanubarinya kepada dia yang bergelar lelaki.

Aku tolak tubuh Nahlan menjauh. Lepas itu aku tundukkan wajah ke bawah. Menyembunyikan rasa malu yang kian bertandang. Menyembunyikan hakikat yang hati aku sangat terkesan dengan kelakuan dari Nahlan.

Nahlan garu kepalanya yang tidak gatal. Disengetkan bibir dia separuh tatkala Humaira hanya diam membatu menundukkan wajah ke bawah. Maksudnya, rasa sayang yang diberikan tadi telah diterima baik oleh si isteri. Takdelah nak marah macam orang tak betul. Kan?

“Nanti aku habis kerja esok, kita bincang benda lain eh?”

Aku diam. Masih terkejut dengan kelakuan lembut dari Nahlan tadi. Kehangatan nafas itu masih boleh aku rasa sampai sekarang. Dan sentuhan yang penuh dengan kelembutan itu masih terbuai-buai dalam kotak minda. Nak balas pun aku tak tahu nak balas apa bila Nahlan tanya soalan. Entah apa yang dia tanya pun aku tak tahu.

Kacau.

“Humaira. Kau marah aku ke??” Dibongkokkan wajahnya ke bawah tatkala mulut itu hanya diam seribu bahasa. Kut marah pada tindakan dia tadi, nak juga dia tahu. Kalau marah, takdelah dia nak buat lagi lepas ini.

Alamak. Adus. Boleh pulak dia tanya aku soalan macam itu? Aku malulah nak jawab.

“Mai...”

Terus aku angkat kepala.

“Boleh kan aku panggil kau Mai lepas ni??”

Aku angguk kepala. Eh?? Apehal aku angguk kepala?

Nahlan senyum. Didekatkan wajahnya sekali lagi dengan wajah Humaira sebelum melabuhkan bibirnya pada dahi tersebut.

Aku hanya pejam mata menerima kucupan syahdu dari sang suami.

“Tunggu aku tau.”

Aku angguk sekali lagi. Eh?? Apehal aku angguk. Gosh Humaira... Kau dah kenapa??

“Good...” Terus Nahlan mengusap kepala itu sebelum pusingkan tubuh dan bergerak ke arah pintu. Tapi dengan lekas, dia pusingkan kembali tubuhnya dan terus menarik tubuh Humaira masuk ke dalam tubuhnya.

“Nahlan. Saya rasa awak dah lambat.” Kata aku tatkala hampir lima minit berada dalam pelukan Nahlan. Gaya macam tak nak lepas langsung.

“Hm...” Lepas tubuh Humaira, Nahlan bergerak pergi ke pintu. Haish. Pergi lapor diri je pun. Bukannya pergi berperang. Rasa sedih macam apa kut. Hish.

Tutup pintu, aku pusing kunci. Bawa tangan ke dada, aku tarik nafas dalam-dalam.

“Arrrrrr!!!!” Jerit aku perlahan.

“Arrrrr!!!!” Jerit aku kali kedua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience