Bab 15

Romance Series 23565

“Cantik kau hari ni.” Puji Karisma dengan mata menilik Humaira atas bawah. Dari tudung yang Humaira lilit di atas kepala, sehinggalah ke kasut yang Humaira pakai. Yang ada tumit setengah inci sahaja. Elok terletak pada kaki kecil itu.

Aku toleh hadap Karisma. Aku kerutkan dahi. Aku buat muka pelik. “Kau dah kenapa? Puji semacam ada yang tak kena? Memang aku cantik hari-hari kan...Bukan hari ni jer aku cantik... Hehehehe...” Aku sengih, tayang gigi.

Karisma juling matanya ke atas sekejap. “Lol. Gila perasan minah ni. Kau dah kena penyakit cepat perasan tau.”

“Kau juga yang puji. Aku terima jelah dengan hati yang berlapang dada.” Balas aku suka. Siapa je kan yang tak suka kalau kena puji? Nak-nak kalau puji depan mata macam ni. Lagilah aku suka. Suka yang tak boleh diucap dengan kata-kata sahaja. Hik.

“Aku puji sebab nampak kau lain sikit hari ni. Asyik nampak kau pakai baju kurung pergi sekolah tu ha. Kalau bukan baju kurung, mesti baju kasual yang berseluar. Tapi hari ni, cantik pulak kau bila pakai dress warna peach dengan tudung warna hitam kelip-kelip.”

“Kau kata sebab nak pakai baju sama warna kan? Mulut dok bising sejak minggu lepas suruh aku pakai baju yang sama warna dengan kau. Kalau tak, kau ugut tak nak datang majlis yang meraikan pelajar kita yang dah menang sukan. Gigih kut aku shopping seharian semata nak cari baju yang sama warna dengan kau. Harga baju ni pun boleh tahan kalau kau nak tahu.” Bulan lepas, tak sangka sekolah kami telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan bola keranjang weelchair. Sekaligus dengan tarikh pemberian beberapa pingat dan sijil serta sedikit saguhati berupa wang daripada Ilson Fund.

Ya. Ilson Fund. Itu sebab kami asyik duduk dekat ruangan belakang ini sahaja. Malas nak ambil port dengan kemeriahan yang dekat depan sana. Biar madam buat kerja dia pulak. Aku dah serik nak hadap muka tu setiap bulan. Sebelum ni setahun dua kali je nak jumpa muka tu. Tapi tahun ni macam kerap pulak. Ada apa hal?

“Yelah. Memanglah aku nak kita pakai warna yang sama. Tapi aku tak suruh pun kau pakai dress yang lebih cantik dari aku.” Karisma jelir lidah pada Humaira.

“Hihihihi...” Aku tekup mulut aku guna sebelah tangan. “Alololo... Cantik sangat ke aku hari ni??? Takpe, takpe... Next time aku janji takkan cantik dari kau dah. Aku janji.” Angkat tangan ke udara, aku tabur kata janji. Manis punya janji.

Karisma leretkan bibir. “Sewel punya kawan.”

Seketika, satu dewan riuh dengan tepukan dari mereka yang datang tatkala pengarah Ilson Fund naik ke atas pentas untuk berucap. Aku dengan Karisma turut halakan pandangan ke arah manusia yang sedang bergerak ke arah pentas dengan beberapa orang pengiring di sebelah.

“Berbahagia saya di sini tidak terkata apabila dijemput dengan baiknya daripada beberapa sekolah yang terlibat dalam menjayakan temasya sukan bagi beberapa sukan yang dimainkan.” Alwi memulakan bicara. “Guru yang baik, mampu untuk membimbing anak murid yang baik di masa yang akan datang. Siapa kata mata yang buta tak mampu untuk untuk baling bola masuk ke dalam jaring? Siapa kata, tanpa menggunakan kaki, bola takkan sampai ke dalam lubang jaring? Siapa kata, tanpa suara anda tak mampu untuk memetik gitar? Siapa kata? Siapa kata anda tak layak? Anda semua layak! Layak untuk menjadi pemimpin negara pada masa hadapan!!”

Sekali lagi, dewan digemakan dengan tepukan gemuruh dari semua yang hadir.

“Siapa yang jadikan ini realiti??? Siapa yang mencetuskan revolusi yang tanpa sempadan?? Semestinya anda semua. Ya. Anda semua yang ada di sini. Jangan fikir tiada tangan, tiada kaki, tak boleh bercakap, tak boleh mendengar, kita tak mampu untuk menjadi manusia yang hebat di atas muka bumi ini. Buktinya?? Buktinya sepuluh sekolah yang datang pada hari ini semuanya hebat! Semuanya mampu untuk berdiri setanding dengan saya pada masa akan datang. Mana tahu? Setahun. Dua tahun. Atau sepuluh tahun akan datang? Kita kena percaya. Percaya pada diri sendiri. Anda semua boleh. BOLEH!!”

Kali ini, terdengar sorakan yang kuat disusuli dengan tepukan yang tiada henti dari tangan yang menepuk.
Aku dan Karisma berpandangan sesama sendiri.

“Negara kita memerlukan orang muda yang macam anda semua. Yang tidak kenal apa itu erti penat dan lelah. Walaupun dicemuh oleh segelintir masyarakat yang tidak suka dengan ketidaksempurnaan dari anda semua, tapi anda semua masih boleh berdiri dengan teguh. Masih yakin denga diri sendiri yang mana, anda semua akan menjadi peneraju bangsa pada masa akan datang. Jangan peduli pada kecacatan yang ada pada diri sendiri. Sentiasa lihat pada masa yang akan datang yang lebih baik. Yang lebih bagus. Berdirinya saya di sini adalah sebagai seorang pemimpin yang akan menyokong anda semua hingga ke menara gading. Yakin dengan diri sendiri. Yakin dengan saya. Dan yakin dengan apa yang anda pilih.”

“Perghh!! Power ayat dia.” Geleng Karisma takjub.

“Bukanlah. Setiausaha dia lagi power beb. Sebab buat ayat macam tu. Dengan aku sekali tergamam dengan mulut yang ternganga. Hurmmm...” Telan liur, aku pun tayang wajah takjub aku yang tak boleh nak sembunyikan. Baru aku faham kenapa ada yang boleh taat dan setia kepada manusia yang macam dia. Aura dia... Fuh. Semacam.

“Loya pula tekak aku dok dengar wei.” Karisma teguk air yang ada di atas meja. Mahu menghilangkan rasa loya dan mual tatkala kepala asyik mengimbau memori pahitnya saat pertama kali menemui dengan manusia bernama Aswi. Dan kata-kata lelaki itu masih melekat dalam kepala otaknya

“Aku dari tadi dah loya. Lambat betul loya kau datang.” Tanpa riak di wajah, aku balas kata-kata Karisma dengan nada yang mengejek.

“Layaklah sangat. Piraahhhh!! Tuih. Kalau bukan sebab dia tu nak luaskan empayar dan nak tunjuk pada media yang dia ada duit dan kuasa, takdenya nak bagi ucapan macam tu. Buat majlis pun dekat bangunan dia yang besar mengalahkan istana. Lepas tu bayar sendiri kat media untuk naikkan reputasi. Nak tunjuk yang dia nak raih publisiti murahan ler tu. Padahal guna pelajar-pelajar yang ada ni untuk imej dia je. Lepas ni, adalah tu yang nak cucuk jarum dengan dia untuk projek yang berjuta-juta.”

Aku angguk mengiyakan. “Tahun lepas takde pulak nak raikan benda-benda alah macam ni. Apesal tahun ni tiba-tiba nak campur tangan? Siapa nak hulur duit lagi pada pelajar yang jadi juara. Nampak sangat kau nak bertanding dalam pilihan raya akan datang. Kalau tak, takdenya nak jemput syarikat-syarikat dana yang lain datang sekali kat sini. Kalau ikutkan, hanya beberapa sekolah sahaja yang bertanding bulan lepas. Tapi yang datang hari ni, aku rasa lebih sangat dah kut. Boleh nampak kut permainan dia.” Cebir bibir, aku tayang wajah meluat bila aksi poyo Aswi sudah bermain di hadapan mata.

“Kan. Hish. Yang jadi mangsa, pelajar kita juga. Tak fasal terjebak dalam hal macam ni. Madam pun satu. Dok setuju buat apa? Lama-lama aku rasa kan, madam dengan si Alwi tu, macam rapat bebenor. Kau rasa?” Karisma angkat sebelah kening tinggi.

“Hish kau. Mana adalah. Kan madam cakap sebab nak kenalkan sekolah kita pada syarikat dana yang lain. Sebab itu setuju dengan jemputan kali ni... Kau kalau bercakap, kemain lagi ek. Madam kita tu orangnya baiklah. Cuma adalah tu benda yang tak sedap mata memandang. Tapi takkanlah kau nak judge dia sebab satu benda ni je. Rileklah...” Aku lagakan bahu aku dengan bahu Karisma sekali.

“Tak. Bukan apa. Aku cuma pelik sebab madam setuju bulat-bulat. Bukan boleh je ke kalau madam buat majlis pemberian sijil dan pemberian hadiah dekat sekolah kita? Macam yang sebelum-sebelum ni. Aku bukan nak cakap apa. Tapi aku tak rasa mada tak tau fasal perangai lelaki yang sorang tu. Kalau tak, kenapa dia hantar kita kan?”

Aku diam. Aah ek. Betul juga. Ada benar apa yang Karisma cuba sampaikan. Gaya madam cakap tempoh hari tentang tutup sebelah mata, macam dia tahu tentang sesuatu. Ke sebab dia pernah kena lagi teruk dari aku. Itu sebab dia malas nak ambil port fasal semua ni dan hantar orang lain gantikan tempat dia. Macam tu ke eh?

“Apa-apa lah. Aku nak pergi ambil air kejap. Kau nak tak?” Aku tolak kerusi. Tak payah fikirlah Humaira oi. Kira elok lah tu kerja kau tidak diganggu dan takde tukar skop kerja. Kira untung juga aku ni kalau nak dibandingkan dengan orang lain.

“Ambilkan scone dengan jem yang sedap tu untuk aku. Hee. Sayang kau.”

Aku senyum. Lalu bergerak ke arah meja buffet yang disusun panjang dengan pelbagai menu hidangan yang terhidang di atas meja. Semuanya nampak menyelerakan. Yelah. Makan pun dekat dalam bangunan Ilson Fund. Dewan pun besar gedabak. Haruslah makanan menepati konsep yang sama dengan tema. Agaknya, berapalah dia spend untuk makanan sahaja kan? Sama mahal dengan sut yang Tuan Alwi pakai atau lebih mahal lagi?

“Humaira.” Sapa seorang lelaki.

Aku langut kepala. Seketika, mata aku membesar. Atas bawah aku tilik insan di hadapan. Kerana hati masih berperang dengan rasa percaya atau tak percaya.

“Dah lupa saya ke?”

Aku kerlipkan mata. Mana mungkin aku lupa pada insan ini. Walaupun ada perubahan pada tubuh dan pada raut wajah, tapi pandangan mata dia sampai mati aku rasa aku takkan lupa.

“Ini sayalah. Ilhan.” Ilhan senyum kacak. Terus menampakkan sebaris giginya yang tersusun dengan sangat rapi dan cantik.

Aku bergerak setapak ke belakang. Tidak semena semua memori aku bersama dengan lelaki bernama Ilhan datang menjengah. Kebetulan apakah ini? Kenapa aku boleh jumpa dia dekat sini? Dan apa yang dia buat dekat sini?

“Ouh. Ilhan.” Terkejut. Sumpah aku terkejut. Sampai kelu lidah aku dibuatnya.
“Tak sangka dapat jumpa Mai dekat sini. Mai sihat?” Soal Ilhan dengan mata tak lepas memandang kepada Humaira.

Mai. Ya. Dia seorang sahaja yang panggil aku dengan panggilan Mai. Rapatnya aku dahulu dengan insan bernama Ilhan, sampai aku bahasakan diri aku dengan panggilan Mai bila berborak dengan dia. Dengan Karisma pun aku tak pernah lagi dengar dia panggil aku dengan panggilan Mai. Ma, Kayla dan babah sahaja yang panggil aku dengan panggilan Mai setakat ini. Pada orang lain, terlalu jarang untuk aku bahasakan diri aku dengan panggilan Mai.

“Sihat.” Aku teguk air liur. Sekali. “Saya sihat. Awak...ermm...sihat?” Soal aku janggal. Susah betul aku nak sebut nama dia lagi selepas sekian lama tak jumpa. Sekaligus mengingatkan kembali tentang apa yang telah terjadi antara kami berdua.

Ilhan tundukkan wajahnya ke bawah sedikit. Bohong kalau dia kata dia tak terasa bila Humaira bersikap janggal dengan dia. Selalunya panggil dia dengan panggilan An. Tapi sekarang, kemesraan antara mereka langsung takde. Dah lupa ke Humaira pada dia? Sudah lupakah perempuan ini pada diri dia?

“Sihat. Saya sihat. Macam tulah. Tapi badan dah sado sikit. Tak kurus macam dulu. Muka pun macam dah terlebih kacak. Takdelah macam dulu. Tak kacak sangat. Orang lain tengok pun tak lalu.” Seloroh Ilhan mahu mengembalikan detik-detik mereka ketika meraka belajar bersama untuk tempoh tiga tahun.
Aku sengih. Gila punya fake.

“Apa yang...”

“Apa yang...”

Seketika, kami berdua gamam. Tapi dengan lekas masing-masing melepas ketawa halus. Kelakar pulak bila kami nak bercakap serentak.

“You first.” Aku suruh Ilhan mulakan bicaranya dulu.

“Nope. Ladies first.” Penuh hemat, Ilhan meminta supaya Humaira yang perlu teruskan apa yang dia mahu tanya tadi.

Aku angguk kepala. “Apa yang awak buat dekat sini?” Soal aku ingin tahu.

“Ouh. Mai tak tahu ya?”

Boleh tak jangan panggil aku Mai? Aku tak sukalah dengan rasa macam ni? Hish.

“Tak.” Balas aku sepatah dengan gelengan kepala yang kecil.

“That's my dad. Yang bagi ucapan tadi, my dad.”

Aku bulatkan mata. Sesaat, sel otak aku mula berhubung. Mencantumkan semuanya sekali hingga menghasilkan satu tebakan yang baru. Takkan kut? Takkanlah. Ish. Biar betul? “Ilson Fund ni awak punya ke?” Soal aku takde lapik dah.

“Well... It can be. I mean. Probably. One day maybe.” Jawab Ilhan.

“Ouhhh...” Dan sekali lagi, aku terkejut. Terkejut dengan semua yang berlaku. Tak sangkanya Ilson Fund itu bakal jadi milik Ilhan. Anak kepada Aswi. Wau. Sangat wau. “Patutlah nama Ilson Fund macam nama awak...?” Okay. Sebenarnya aku nak tanya, kenapa perangai awak tak sama dengan perangai ayah awak? Jauh benor bezanya. Tapi aku berpegang pada prinsip yang asal jelah. Mengatakan yang iman tak boleh diwarisi. Sama juga dengan perangai. Ada je anak pembunuh yang jadi polis. Dan ada je anak pelacur yang habis hafal Al-Quran 30 juzuk.

“Yup. Tapi tak semetinya jadi milik saya. Saya baru je balik dari London. Belajar dekat sana. Uruskan syarikat ayah saya dekat sana. Dah stabil, saya balik sini.” Terang Ilhan pendek. Dia nak cakap, sebenarnya dari tahun lepas dia nampak Humaira datang ke Ilson Fund untuk menguruskan dana bagi pihak sekolah dia. Tapi ayah dia layan yang datang dengan perangai yang tak elok. Bukan pada Humaira sorang, tapi semua yang datang berkunjung semuanya dilayan tak ubah macam anjing kurap. Lepas itu, dia minta ayah dia jadikan sekolah Humaira sebagai penerima dana yang tetap dengan syarat mesti yang datang, adalah perempuan ini. Dan sebagai balasan, dia akan pergi ke London dan stabilkan perniagaan ayah dia selama setahun.

“Ouh...” Aku anggukkan kepala. “Back for good? Or back for nothing?” Soal aku bersahaja. Nampak sangat dia balik sini sebab bukan aku. Yelah. Tengoklah cincin dekat jari dia. Mesti dah kahwin. Eh kejap. Aku pun dah kahwinlah. Cuma aku tak pakai cincin. Mungkin sebab aku kahwin dengan angin kut. Ah! Malaslah nak ingat pada angin yang sorang tu. Boleh jadi loya tekak aku lagi sekali. Tak fasal boleh muntah hijau dekat sini.

Ilhan diam. Mata masih menikam mata Humaira sedalamnya.

Aku kerlipkan mata. Menanti jawapan dari Ilhan.

“Apa yang awak nak? For me? You want me to stay? Or you want me to stay only for temporarily?” Redup padangan matanya menikam pada mata Humaira. Meninggalkan kesan yang tidak asing lagi pada hati dan jiwa perempuan bernama Humaira.

Aku gamam. Kenapa kau tanya aku macam itu wahai Ilhan? Antara kita kan sudah tiada apa lagi? Dan pengakhiran yang sebelum ini kan sudah kita tamatkan dengan cara yang paling elok. Tapi kenapa nada kau macam minta kepastian dari aku? Beberapa saat selepas itu, aku larikan pandangan aku dari panahan mata Ilhan. Gosh. Boleh buat aku berdebar tak tentu arah kalau macam ini.

“Errr...” Aku angkat piring kecil dan ambil beberapa scone yang ada untuk diberikan kepada Karisma. Membiarkan persoalan itu tanpa jawapan, aku buka mulut setelah membuang rasa tidak enak yang bertandang dalam hati ke tempat lain. “Dengar-dengar Ilson Fund akan masuk ke pasaran global dengan menyalurkan bantuan untuk pelajar yang nak lanjutkan pelajaran ke luar negara? Dan pelajar yang terpilih adalah dari kalangan yang istimewa? Is that true?” Pusing Humaira. Pusing habis ayat kau pergi ke arah yang lain pula. Payah kalau bicara benda yang dah lepas pada masa kini. Kau pun tahu apa status kau. Syaitan tengah dok goyahkan hati kau tu.

So... Behave.

Ilhan lepas nafas tipis. Nampak sangat yang Humaira tak sudi nak berbicara tentang hal yang dah lalu itu dengan dia. Dan semestinya, perempuan ini tak mahu mengaitkan dirinya dengan diri dia lagi. Hanya mahu berbual tentang perkara yang umum sahaja.

“Ya. Itu projek yang terbaru dari Ilson Fund. Itu sebab kita kumpulkan beberapa syarikat yang besar berkumpul hari ni untuk kita tengok sama ada mereka berminat atau tidak dengan projek yang bakal dibuat. Dan sekolah yang terlibat adalah sekolah yang datang pada hari ini.” Terang Ilhan akan projeknya yang baharu. Jawab tanpa mengaitkan dengan perkara yang masa lalu. Mahu menghormati keputusan yang Humaira telah jelas pamerkan melalui raut wajah walaupun mulut itu tidak menjawab dengan kata benar.

“Hurm...” Aku angguk tanda memahami. “Kalau macam itu, semoga berjaya dalam realisasikan impian. Saya harap akan ada lebih ramai lagi orang yang macam awak. Yang macam...” Aku ketap bibir sejenak.
Ilhan bulatkan mata.

“...yang macam Encik Ilhan.” Sudah aku dengan senyuman yang sangat halus. Antara nampak atau tidak. Dan sesaat sesudah itu, aku bergerak meninggalkan Ilhan. Pergi ke arah Karisma.

Ilhan imun. Jiwanya tersentak. Hatinya pilu.

Tiada lagi panggilan Mai dan An yang bakal telinganya dengar. Kerana mulut itu sudah sebulat hati memanggil dirinya dengan panggilan encik. Yang mana, panggilan itu hanya dipanggil apabila bertemu dengan orang yang asing. Dan dia, telah jadi yang asing pada perempuan bernama Humaira. Perempuan yang dia sayang.

Ya. Dia sayang perempuan itu. Pada Humaira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience