Dear Humaira,
Menjadi seorang suami kepada Humaira, membuatkan abang faham dengan apa itu erti bahagia. Bukan wang yang menjadi ukuran. Bukan juga harta yang menjadi cabangnya. Tapi masa yang kita berdua lalui, buatkan abang sedar betapa singkatnya hidup kita berdua. Andai diberi masa selama satu ratus tahun lagi, dengan izin Sang Pemegang Masa abang akan memilih untuk hidup bersama dengan Mai lagi dan lagi. Memberikan semuanya yang abang ada walaupun apa yang abang ada hanyalah sedikit. Andai masa pertemuan kita sudah ditetapkan dengan sebegitu rupa, abang terima dengan hati yang terbuka. Takdir itu indah. Walaupun penuh dengan rahsia. Suratan itu menarik. Walaupun penuh dengan kejutan. Dan Mai, takdir paling terindah buat abang dan suratan paling bermakna untuk diri abang. Oleh kerana itu, cintailah abang. Sayangilah abang. Sepenuh jiwa Mai. Seerat raga Mai. Andai kita dipertemukan di alam sana satu masa nanti, semoga pertemuan itu manis semanis rasa abang pada Mai yang tidak pernah akan berhenti.
Your husband, Wan Ahmad Nahlan.
Share this novel