Bab 11

Romance Series 23565

“Definition of blind can be categories as a person who is unable to see because of the injury, disease or congenital condition. However, 'buat-buat tak nampak' can be define as a failure of heart to react since greedy had already blocked all their path.”

“Ya madam. Ada apa panggil saya?” Soal aku acah tak tahu.

“Ouh Cikgu Humaira. Come and take a seat. I dah pesan kopi untuk you. Kopi susu untuk Cikgu Humaira. Ada rasa manis sikit. Macam muka you yang manis tulah.” Puji Puan Bariyah. Seorang guru besar untuk sekolah khas bagi kanak-kanak yang istimewa.

Pasrah. Aku labuhkan punggung ke atas sofa sambil mata merenung pada secawan kopi susu yang sudah ada di atas meja. Salah satu minuman kegemaran aku. Tapi mata aku hanya mampu melihat pada air yang berwarna coklat itu sahaja memandangkan kepala otak aku dah boleh agak sangat ke mana arah tujuan perbincangan ini.

“Kita nak hantar Cikgu Humaira ke Ilson Fund. Cikgu nak pihak sekolah sediakan kereta atau cikgu nak pergi sendiri ke sana?” Tanpa beri apa-apa pilihan, terus mulut Puan Bariyah mengarahkan untuk Humaira pergi ke Ilson Fund.

Aku teguk air liur. Sekali. Dua kali. Mata masih memandang dan melihat kosong kepada air yang ada dalam cawan tersebut. Kan aku dah cakap. Mesti dia suruh aku pergi punya. Baik betul cara perbincangan dia. Takde tanya dah apa-apa soalan. Terus dia suruh aku pergi. Haish.

“Sebab saya tengok cikgu punya performance sebelum ni...” Puan Bariyah selak beberapa kertas yang dikepil bersama di dalam fail berwarna merah sambil membetulkan kaca matanya sekali. “...you banyak kali juga pergi sana dan selesaikan perkara yang melibatkan pengumpulan dana dari Ilson Fund sejak dari tahun lepas lagi. Dan diorang pun takde masalah dengan you. Saya ada hantar beberapa orang lain untuk pergi kesana, tapi...” Puan Bariyah letakkan fail itu ke atas meja sebelum digelengkan kepalanya beberapa kali. “...diorang tak boleh buat kerja macam you buat, Cikgu Humaira. Dan saya rasa Ilson Fund pun dah biasa dengan kedatangan cikgu dekat sana. Kan?”

Aku teguk air liur untuk kali ketiga. Aduhai. Biasalah sangat. Mana ada biasa. Semua yang aku pergi, kebanyakan waktunya adalah waktu yang sangat luar biasa. Ingat lagi waktu pertama kali pergi ke sana. Menangis aku keluar dari bangunan tu kalau kau nak tahu.

“Errmmm...” Aku tarik bibir nipis. Macam mana aku nak cakap ek? Ke patut aku jujur je bagitahu yang aku dah tak nak pergi ke sana. Tapi aku tak nak lah sampai guriskan hati madam ni. Banyak kut jasa dia pada sekolah ni. Takpe, takpe. Aku cuba dulu. “Sebenarnya bukan...bukan...” Aku angkat wajah melihat pada guru besar bagi sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa. Yang banyak ajar aku cara untuk mengajar pelajar yang terdiri daripada golongan yang kebanyakan daripada mereka tidak macam orang lain. “Saya dah tak nak pergi sana sebenarnya.” Luah aku akan perkara yang sebenar.

Dahi Puan Bariyah berkerut. Dilihat Humaira atas bawah dengan pandangan yang sememangnya dia tak faham. “Kenapa? Kenapa Cikgu Humaira tak nak ke sana dah?” Disoalnya dengan penuh hemat. Sebagai guru besar sekolah bagi kanak-kanak istimewa, kebajikan guru yang mengajar mesti dia jaga sebaiknya.
“Diorang...maksud saya...Ilson Fund tak macam yang puan lihat dekat TV tu. Diorang banyak...ermmm...” Macam mana aku nak cakap eh? Sejujurnya kalau boleh, sumpah aku tak nak pergi dah minta dana atau berbincang mengenai dana dengan syarikat yang satu itu. Aku lebih rela kena denda buat OT sepuluh jam dari menghadap muka yang menyakitkan hati, menyakitkan jiwa. Boleh kena virus yang baharu kalau asyik menghadap wajah yang di sana.

“Apa dia cikgu? Apa yang tak kena?” Tayang wajah serius, Puan Bariyah bergerak ke hadapan sedikit dari duduknya di atas sofa. Mahu mendengar dengan lebih peka akan apa yang bakal Humaira sampaikan. Kut ada yang tak kena, dia akan pertahankan pekerja dia walau apa cara sekali pun.

Apa yang tak kena? Macam-macam oi yang tak kenanya! Tapi aku tak naklah burukkan nama organisasi yang satu itu. Dahlah ada hubungan rapat dengan beberapa orang kenamaan. Masak kalau apa yang keluar dari mulut aku dijadikan bahan untuk lawan di court nanti. Kut ada isu. Tapi aku tak nak bangkitkan apa-apa isu dengan mereka. Faham-faham jelah dengan orang kenamaan ni. Duit macam pasir. Buang sana, bertimbun sini. Ambil hujung sana, hujung sini pula yang akan penuh.

“Saya tak tahan dengan...”

“Cikgu.” Cantas Puan Bariyah.

Aku hentikan kata terus. Alamak!

“Biasalah tu. Syarikat besar macam tu memang ada sisi gelap dia.” Puan Bariyah rapatkan semula tubuhnya ke belakang sofa. Duduk meyilang kaki seperti tadi dengan sepuluh jari disulam penuh. “Saya pun tak nafikan apa yang bakal cikgu katakan. Umum tahu yang mana-mana syarikat yang menghulurkan dana ni, tak boleh lari dengan semua tu. That's common cikgu. Sangat common. Benda dah tak boleh nak elak. Kita hadap jelah. Lagipun kalau ada yang tak elok sekali pun, itu masalah antara diorang yang ada dekat dalam syarikat sana. Takde masalah dengan kita pun. Tapi dengan diorang jelah yang boleh beri kita dana dengan amaun yang sangat banyak untuk pembangunan yang akan datang. Cuba cikgu tengok. Kemudahan yang kita ada dekat sekolah ini semuanya belum lengkap lagi. Cikgu tengok dekat bawah sana...” Puan Bariyah tunjuk pada ruangan tingkap yang memang jelas nampak apa yang ada dekat bawah sana dari tingkat tiga bangunan sekolah yang didirikan khusus untuk semua pelajar di sekolah ini.

“Banyak lagi yang tak siap. Dengan keadaan bilangan pelajar yang makin ramai... Takkan kita nak biar sahaja tanpa buat apa pun? Sekolah kita pun sudah diiktiraf oleh pihak kerajaan sebagai salah satu sekolah yang baik untuk pelajar yang istimewa. Tujuan kita mohon dana pun sebenarnya banyak membantu syarikat tu kalau cikgu teliti dengan lebih dalam lagi. Banyak sebenarnya keuntungan yang mereka akan dapat dengan menyalurkan dana pada pihak kita. Lagipun pemilik syarikat tu sendiri adalah dari kalangan pihak yang berkepentingan kepada pihak kerajaan. Dan cikgu pun tahu mereka semua tu banyak sumbangkan dana pada sekolah kebajikan yang lain.” Kerlip mata, Puan Bariyah betulkan kaca matanya sekali lagi.
“Saya rasa untuk alasan yang cikgu cuba untuk ketengahkan itu, tak masuk akal. I can't accept those crap reasons only for one situation that you go through. Sedangkan banyak lagi sekolah lain yang lebih baik dari sekolah kita. Memang tak setanding.” Sudah Puan Bariyah dengan wajah yang serius.

Hambik kau sebijik. Padan muka kau Humaira. Tepat dia baling semua peluru dia kat kau. Kan dah cakap tadi. Jangan timbulkan isu dengan benda yang merepek macam tu. Cubalah fikir yang positif je.

Aku ketap bibir.

“Kadang-kadang perkara yang kita nampak depan mata ni, tak payah nak ambil peduli sangat. Tutup sebelah mata sudah. Kalau tak tahan juga, tutup je dua-dua mata. Yang penting kerja kita siap dan kita tak susahkan orang lain.” Kata Puan Bariyah lagi selepas beberapa saat melihat wajah di hadapan hanya tunduk tanpa sebarang suara.

Masalahnya benda ni susahkan aku.

“Erm. Kalau hantar pekerja yang terlibat secara langsung, tak boleh ke puan? Tugas saya kan, hanya mengajar sahaja.” Aku cuba untuk berkompromi lagi dan lagi. Tolonglah. Aku tak nak pergi. Aku tak nak pergi sana kut!! Tak faham ke macam mana ek??

“Kalau saya hantar pekerja yang lain, diorang tak reti cara yang betul untuk dapatkan dana tu. Cikgu pun sedia maklum pengarah dekat sana perangainya macam mana? The feedback yang dia bagi for your visited before this, was a very good feedback. And when I mention your name, he just fine with it. Takkanlah I nak hantar orang lain pula memandangkan dia dah okay dengan semua ini. You kena pergi juga, cikgu. Saya bukan suruh cikgu tukar skop kerja. Hanya fikirkan tentang kebajikan budak-budak yang ada. Tak kesian ke dekat mereka? Lagipun cikgu dah lama kan kerja dekat sekolah ni. Dah hampir lima tahun dah pun. Dan dah beberapa kali juga cikgu yang uruskan tentang dana tu tanpa sebarang masalah.” Kalau tak boleh pujuk dengan lembut, dia keraskan sikit suara dia. Dia nak juga Humaira yang pergi. Sebab Humaira sahaja yang mampu bertahan dengan perangai daripada pihak yang di sana.

“Kalau saya boleh pergi, cikgu... Dah lama saya yang pergi. Tapi you pun tahu esok saya kena pergi lihat pada sukan bola weelchair dekat tempat lain. Sebagai tanda sokongan. Itu sebab saya suruh cikgu pergi sana.” Puan Bariyah sisip air kopi yang ada sekali.

Dah tu? Pergi jelah hari lain. Takkanlah madam ni tak boleh nak kosongkan jadual dia? Nampak sangat yang kau pun tak nak pergi sana kan? Cakaplah jelah yang kau pun memang tak tahan dengan perangai tak semengah dengan yang sorang tu. Boleh tak aku jawab macam tu? Ke nampak macam biadap sangat?

“Tapi madam... Saya...”

“I dah email surat tu dan dah mention nama you pun, cikgu. And he's totally okay with that. Mungkin dengan cikgu sahaja yang dia rasa selesa. Dengan orang lain dia tak suka. Anggap jelah you ambil trip berbayar untuk esok.”

Aku diam. Itu maksudnya, aku memang kena pergi lah kan? Ada apa hal cerita benda ni dengan aku kalau semua keputusan dah ditetapkan? Macam bangang je kut nak pujuk... Ups. Bukan pujuk. Tapi paksa. Ini adalah paksaan. Ya. Paksaan. Kebangangan dalam keterpaksaan. Siapa yang bangang dekat sini? Aku tak nak sebut. Tapi aku rasa macam diri aku yang terlebih bangang dan diri aku yang berada dalam keterpaksaan. Kalaulah itu hari orang yang sepatutnya pergi tak sakit, takdelah aku nak ganti bagai. Then, takdelah aku nak tersepit dalam hal yang memang menyakitkan kepala hotak aku.

“Esok cikgu tak perlu masuk kelas. Saya assign cikgu ganti untuk gantikan kelas yang cikgu perlu masuk esok. Cikgu akan pergi dengan Cikgu Karisma. Saya dah letak nama kamu berdua dalam surat temu janji esok. Dia tak pernah pergi lagi kan? Nanti cikgu boleh cuba ajar dia apa yang patut.”

“Eh? Dengan Cikgu Karisma? Tapi dia... maksud saya... saya okay je kalau nak pergi sendiri.” Uish. Mimpi jadi kenyataan ke apa? Aku gurau je dengan si Karisma tadi. Tiba-tiba betul pula. Apakah?

“Sebab dia sorang je yang tak banyak kelas esok. Bab yang itu, tak perlulah nak risau. Yang penting, cikgu sampai ke Ilson Fund esok ya. Nanti bawa semua fail yang perlu bawa dan kirim salam saya pada dia.”
“Dan pengarah Ilson Fund okay ke kalau bawa orang lain?” Aku nakkan kepastian. Sebab aku yakin Karisma takkan suka dengan berita ini. Lagi satu. Aku tak nak dia terkejut dengan perkara yang perlu dia hadap esok hari. Confirm boleh demam seminggu.

“Yup. Okaylah tu berdua dari berseorangan.”

Akhirnya, aku angguk. Hurm... What the doe???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience