Kerusi ditarik. Aku labuhkan punggung atas kerusi sambil tangan menarik beberapa mangkuk yang berisi dengan makanan rapat ke aku. Lepas itu, aku cedok nasi yang ada dan letakkan ke dalam pinggan. Hari ini masak lauk telur sahaja. Telur masak kicap. Untuk sayur, hanya ada ulam-ulaman. Sebab duduk sorang, aku makan menu yang biasa jelah. Takkanlah nak masak beriya pulak kan. Bukan ada orang lain yang nak makan pun. Aku sorang je pun yang nak melantak. Mana ada orang lain.
Baru nak angkat tangan baca doa, dengar pagar dibuka dari luar. Aku gamam.
Shit. Nahlan. Suami aku. Alamak. Macam mana ni? Nak buat apa ni?
Terus aku tolak kerusi. Berdiri di atas keda kaki dengan serba tak kena. Aku tak bersedia langsung nak hadap perkara macam ini setelah hampir sebulan kena tinggal seorang diri dekat rumah ni. Sejak aku tunggu dia balik rumah seminggu dua lepas berkahwin, aku tak tunggu dah Nahlan. Sebab memang dia takkan balik. Tapi kenapa malam ni lelaki ni ada pula? Dah lah siang tadi dok jumpa dalam keadaan yang tak terjangka dek akal langsung. Hish.
Alamak. Nahlah dah keluar kereta. Macam mana ni? Macam mana ni? Macam mana ni? Aku kena sambut dia ke? Aku kena tunggu depan pintu ke macam mana? Hulur tangan berjabat salam. Macam tu? Hish. Nak buat apa ni? Gelisah. Serabut. Gundah. Semua sekali bercampur serentak. Sumpah aku tak tahu nak buat apa.
Ya tuhan!! Tolong aku!
Krek. Pintu rumah dibuka. Akhirnya aku memutuskan untuk mendiamkan diri sahaja lepas hampir beberapa minit berperang dengan hati sendiri. Lepas itu nampak Nahlan berjalan masuk ke arah dapur. Tapi sikit pun dia tak kerling kat aku. Tubuh itu pergi terus ke arah peti ais. Dituang air ke dalam cawan yang ada sebelum meneguknya rakus.
Gulp, gulp bunyinya.
Gosh Humaira. Tanyalah. Tanyalah cepat.
Nak tanya apa? Nak tanya apa ni?
Tanya jelah apa-apa pun.
Nahlan berlalu pergi.
Kepal tangan pejam mata, aku beranikan diri untuk bersuara. “Awak nak makan...sekali?” Ayat itu aku utarakan dengan sangat perlahan tatkala melihat tubuh itu hanya berlalu pergi. Macam hantu pula. Datang kejap. Lepas itu lesap.
Seketika, aku hembus nafas. Kenapalah susah sangat nak cakap dengan suami sendiri ek? Tapi salah aku ke? Dia pun bukan nak cakap dengan aku kan? Nak kerling pun tak sanggup. Aku ni bebanan ke eh? Kut ye pun aku memang bebanan pada dia, dan memang Nahlan tak suka dengan perkahwinan ni, bagitahulah aku. Sekurangnya aku tahu dan bolehlah aku bincang dengan dia elok-elok. Ke spesies lelaki bernama Wan Ahmad Nahlan memang tak suka untuk berbincang ek?
“Huh.” Sekali lagi, aku hela nafas berat. Tapi dengan lekas aku duduk semula di atas kerusi saat perut dah mula keluarkan bunyi yang macam-macam. Tadah tangan, baca doa. Lepas itu, aku tarik fon yang ada dan mula buka video masakan yang ada di fac. Rutin aku kalau makan berseorangan. Nak buat apa lagi kalau dah makan sorang macam ini? Dulu kalau bujang, makan sorang juga sebab ma dan babah aku kerja. Kadang tu, mereka berdua suruh aku makan dalam bilik je. Bila dah kahwin, aku makan sorang juga. Takde beza pun.
Nahlan duduk atas katil. Ingatkan nak tanya Humaira fasal hal yang berlaku siang tadi. Tapi entah kenapa dia tak berani nak bertentang dengan mata isteri sendiri. Ke sebab rasa semacam bila dia balik rumah ada yang menunggu? Atau lebih tepatnya rasa asing sebab balik rumah sendiri dengan ada isteri yang sedang menunggu. Tak tahulah isteri dia tunggu dia ke tak? Tapi yang pasti dia pelik. Lepas tu tengok Humaira yang tidak bertudung dengan baju kasual untuk tidur. Lagilah rasa semacam.
Rasa macam ada isteri.
Seketika, Nahlan tarik bibir.
Aah. Aku dah ada isteri. Hik.
*********
“Assalamualaikum...” Aku salam tangan ayah dan tangan mak usai jejakkan kaki ke dalam rumah keluarga mertua. “Mak sihat?” Soal aku gugup. Beberapa bulan yang lepas aku datang sini lepas kahwin. Dalam tiga hari macam itu aje. Seorang diri juga. Nahlan takde. Lesap entah ke mana. Dan hari ini aku datang sekali lagi seorang diri. Tanpa Nahlan. Kadang tu aku rasa aku kahwin dengan angin kut. Sebab semuanya, dia takde.
“Waalaikumsalam. Sihat. Mak sihat. Humaira sihat?” Tanya Anita memeluk sekejap tubuh menantunya yang satu ini.
Aku angguk sambil melakar senyuman. “Er. Sihat. Mai sihat mak. Ayah sihat?” Aku langut pula kepala aku melihat kepada ayah mertua aku.
“Sihat. Macam tu jelah. Nahlan mana? Tak ikut kamu sekali?” Tanya Musa setelah bersalaman dengan menantunya, Humaira.
Aku tundukkan wajah. Melarikan pandangan sekaligus melarikan diri dari menjawab soalan yang ditanya. Nak jawab apa? Aku tak tahu. Sumpah aku tak tahu. Takkan nak angguk pula? Atau nak jongket bahu sahaja? Tak ke pelik? Macam kurang ajar pun ya.
“Budak tu memang. Sibuk memanjang. Macamlah dalam dunia ni dia sorang je ada pangkat polis. Elok je polis yang lain tu balik rumah jenguk mak ayah diorang, dia tu sibuk mengalahkan perdana menteri.” Anita cuba tutup rasa gelisah yang terbit pada wajah si menantu. Dia boleh agak dah apa yang dah jadi. Tapi tak mahulah keruhkan lagi keadaan yang sedia keruh. Nanti hilang mood pulak.
Aku senyum. Gila punya fake. Mampus kau lah. Dia kan yang tak balik rumah sendiri. Bukan aku. Pekakkan telinga jelah Humaira. Buat kerja rumah sudah.
“Jom Humaira. Kita masuk dulu. Mak pun tengah dok masak lagi. Kalau hujung minggu, ada adik-beradik Nahlan yang lain balik sini. Makan sekali. Cucu mak pun nanti datang juga. Jomlah kita masuk. Beg tu nanti Humaira letak dalam bilik Nahlan ya.”
Aku angguk. Lepas itu terus aku pasungkan kaki ke dapur. Mahu membantu mak mertua menyiapkan apa-apa juadah di dapur. Semestinya, bukan untuk aku. Untuk anak dia yang lain dan untuk semua cucu dia yang akan datang lepas ni. Jadinya, aku akur sahaja. Angguk dan buat semua yang disuruh buat macam yang pernah dipesan pada aku. Jangan melawan. Ikut je. Kita ni perempuan macam tulah. Hurm... Zaman sekarang ni lagilah kena diam je. Kalau tak, dicopnya aku menantu tak kenang budi. Lepas tu, kena viral satu Malaysia.
“Humaira dengan Nahlan tak berbaik lagi ke?” Soal Anita tanpa lapik. Bukan dia tak tahu cara anak itu melayan menantunya, tapi memang salah anaknya sebab dok panjat rumah orang suka hati. Dan perkahwinan ini pun bukannya dia paksa. Nahlan juga yang setuju sendiri. Dan dia mahu anak lelakinya bertanggungjawab atas kehormatan seorang perempuan.
Aku imun sekejap. Berbaik? Macam pelik soalan tu ditujukan kat aku. Nak berbaik macam mana? Aku declare aku bergaduh dengan Nahlan ke? Padahal cakap pun hanya sepatah dua. Itu belum lagi mak mertua aku tahu yang hanya dua kali sahaja Nahlan pernah pulang ke rumah sejak kami berdua berkahwin. Pulang pun hanya sekadar buka peti ais, ambil air dan naik ke biliknya. Yang kali kedua, aku balik dari kerja dan dia nak keluar rumah. Berselisih bahu dekat depan pintu rumah je. Tentang mata pun tak.
Gamaknya, macam itu kut rasanya kalau ada housemate.
“Humaira okay tak ni?” Anita pusingkan tubuhnya menghadap pada menantu. Gusar pula hatinya bila mana mulut Humaira hanya diam seribu bahasa. Kut dia ada salah cakap. Yelah. Umur dah tua ni, kadang tu cakap tak serupa bikin. Ikut sedap mulut je. “Nahlan ada sakitkan Humaira ke?” Soal Anita risau.
“Eh. Tak.” Terus aku tidakkan tuduhan dari mak. “Nahlan tak sakitkan Mai pun. Dia baik, mak. Nahlan baik. Anak mak tu baik je.” Puji aku pada insan yang sesungguhnya, memang aku tak tahu langsung perangai dia itu macam mana? Tapi masuk dalam kategori baiklah tu kan? Sebab sediakan tempat tinggal untuk aku. Tak baik ke kalau macam tu?
“Yeker? Hurmm... Betul ni? Nahlan anak mak tu, betul ke baik dengan Humaira?” Anita mahukan kepastian. Susah nak percaya dengan apa yang Humaira sampaikan. Bukan apa. Tapi dia tak nampak langsung kata bahagia yang terpancar dari mulut yang berkata. Atau masih terlalu awal tanyakan soalan ini? Yelah. Kahwin pun sebab disuruh. Bukan sebab cinta yang melampaui sempadan dan kahwin sebab sayang menjangkaui langit ketujuh.
“Baik mak. Baik je. Anak mak betul-betul baik dengan Mai. Semuanya dah disediakan. Mai bersyukur dapat suami macam anak mak....” Tuih. Malas aku nak bodek panjang pada insan yang memang aku tak tahu fiil dia tu macam mana. Tapi sebab Nahlan tu suami aku, aku cakap yang dia baik jelah depan mak kandung dia. Umum tahu makna baik ni, konsepnya sangat meluas. Pengemis dekat tepi jalan pun boleh dipuji dengan kata baik kalau dia kongsi makanan dia dengan kucing kurap. Tak gitu?
Tapi beza dengan Wan Ahmad Nahlan ni sebab dia bukan pengemis.
“Humaira...” Anita tarik tangan Humaira supaya tubuh itu menghadap kepadanya.
Aku bulatkan mata.
“Mak nak Humaira cakap betul-betul dengan mak. Betul ke Nahlan tu baik dengan kamu? Kalau kamu tak bahagia dengan Nahlan, nanti mak tegurlah dia. Anak mak tu, memang baik. Tapi tak semestinya dia takde buat salah.” Dengan lembut, Anita cuba selami hati menantunya. Sungguh-sungguh dia nak tahu. Bukan nak jaga tepi kain orang lain. Tapi sebagai seorang mak, dia perlu ambil tahu perihal rumah anak tangga anak-anaknya walau sedikit.
Gulp. Aku telan air liur. Wau. Macam manalah lelaki bernama Nahlan tu boleh dapat mak yang baik macam ni kan? Cakap pun lembut. Untung betul siapa dapat jadi anak kepada Anita. Tapi sayang. Aku rasa, perangai Nahlan ni takdelah ikut sebiji macam maknya. Nak kata ikut ayah dia pun, macam tak kena. Sebab ayah mertua aku pun setakat ini terima aku dengan berlapang dada. Mana Nahlan dapat perangai macam yang dia sekarang ek? Hurm... Aku rasa, aku setuju lah. Bukan setakat iman yang tak boleh diwarisi. Tapi perangai pun memang tak boleh nak diwariskan kepada ahli waris.
“Betul mak. Takde apa pun yang nak disorokkan dari pengetahuan mak.” Aku tayang gigi pada mak. Senyum wahai Humaira. Kau kena senyum. Sebab kalau cerita yang betul, nanti boleh sakit orang tua depan aku ni. Sekurangnya, aku takdelah buat insan yang baik ini sakit hati disebabkan perangai anak dia yang sorang tu. “Kalau ada, nanti Mai bagitahu. Setakat ni, anak mak takde buat benda yang bukan-bukan.” Kau patut ucap terima kasih dekat aku Nahlan. Bukan senang tau aku nak cakap benda baik fasal orang yang aku tak kenal. Pujian aku ni mahal kalau kau nak tahu.
“Hurm... Yelah. Dah kalau Humaira cakap macam tu, mak pun iyakan jelah. Tapi jangan sorok apa-apa dari mak tau. Mak kenal dengan Nahlan tu macam mana? Dah kalau dia ada buat benda tak elok dekat Humaira, bagitahu mak. Humaira tahu kan, apa yang dah jadi ni sikit pun mak tak ambil hati. Mak kahwinkan anak mak dengan kamu sebab Nahlan memang buat silap. Esok lusa kalau kamu ada anak, lagi-lagi anak perempuan... Kamu tahulah perasaan mak macam mana. Nampak mudah je perkara ni. Tapi sebenarnya tak mudah pun. Sikit pun takde yang mudah bila perkara yang melibatkan maruah diri dan keluarga ini dijadikan bahan bualan orang. Nak-nak kamu tu perempuan. Masyarakat kita ni, dengan perempuan asyik semuanya tak kena.” Lepas tangan si menantu, Anita mula memberi kata nasihat.
Erk. Aku wau untuk kali kedua. Sampai ke anak cerita mak mertua aku ni ya. Aku tak rasa aku boleh mengandung. Kalau aku boleh mengandung pun, macamlah Nahlan tu nak bagi kat aku. Kerling dari hujung mata pun tak nak. Dan setakat ini, aku pun tak nak mengandungkan anak sesiapa. Kalau si Nahlan tu ada niat nak lepaskan aku, itu lagi baik.
Boleh tak...?
Boleh tak?? Boleh tak kalau aku nak lari dari semua ni? Maksud aku tak nak hidup sebagai isteri orang? Nak hidup sendiri je? Lantaklah orang nak cakap apa pun. Macamlah bahagia tak boleh dicari kalau hidup bukan sebagai title isteri orang.
Masa ini, baru aku sedar ada sikit rasa menyesal aku sebab setuju nak berkahwin bila ma dengan babah tanya aku tempoh hari. Aku tak kata kahwin tu satu penyesalan. Yelah. Siapa je nak hidup membujang sampai ke tua kan? Tapi untuk orang yang macam aku, yang tak pasti akan bahagia ke tidak dengan isu kahwin ni? Adalah lebih baik aku step down dari semua angan-angan dan fantasi yang tidak akan terlakar. Tak gitu ke? Macam orang cakap tu...Manusia yang layak hanya pada insan yang layak sahaja.
Dan aku, manusia yang tak layak untuk semua ni. Berjumpa dengan manusia baik macam yang di depan aku ni pun, aku dah syukur. Nak lebih-lebih, aku tak berani. Sebab selalunya, kalau aku pasang impian, memang takkan jadi. Semuanya hancur dan melebur ke tanah.
“Humaira jangan simpan dalam hati tau. Bagitahu je mak kalau Nahlan tu buat perangai tak serupa orang.” Anita tepuk belakang Humaira lembut. “Sabarlah ya. Nanti lama-lama Nahlan sayanglah kamu. Mak yakin satu hari nanti Nahlan akan sayang kamu.”
Aku senyum. Tanda aku akur. Tapi dalam hati, masih berkeras dengan rasa sendiri. Mengatakan yang aku tak nak semua itu. Benda yang dipanggil sayang ni, payah nak cakap. Kalau ikutkan, aku tak nak pun 'sayang' itu dari Nahlan. Entah kenapa aku tak nak. Kalau orang tanya kenapa aku buat semua ni? Aku akan jawab sebab nak balas jasa ma dan babah aku sahaja sebab dah jaga aku dari kecil sampai besar. Dan aku sangat bersyukur ada mertua yang baik. Itu je. Andai satu hari nanti masa aku dengan Nahlan tamat disebabkan diri aku, pun aku akur. Sebab aku dah tak nak. Tak nak dengan semua ini.
TAK NAK!!!
“Baiklah mak. Terima kasih.” Ucap aku sekadar jaga hati.
“Hurm yelah. Mak nak pergi telefon si Nahlan tu suruh dia balik kejap. Humaira letak jelah lauk tu atas meja.”
Dan sekali lagi, aku akur dan turutkan sahaja kemahuan dari mak.
“Haih.” Keluh aku untuk kesekian kalinya.
Share this novel