“Hu...mai...ra...!!” Panggil Karisma melaung dari jauh. Terus dipeluk tubuh itu kuat sebelum sempat mulut itu berkata tentang apa pun. Rindu sungguh dengan kawan dia yang seorang ini sebab dah lama tak jumpa bersua muka. “Rindu giler aku dengan kau...” Dikuatkan lagi tautan tubuhnya pada tubuh sang kawan.
“Aku pun rindu kau...” Balas aku menampar lembut belakang tubuh Karisma beberapa kali. Bukan pada insan ini sahaja yang aku rindu, bahkan rindu itu dah merebak pada satu sekolah. Pada murid-murid aku terutamanya. Ah. Sungguh aku rindu.
“Dah lah tak bagitahu aku yang kau dah kahwin... Merajuklah macam ni... Huh.” Tolak tubuh itu, Karisma tayang wajah bengkek. Muram menyelubungi satu wajah bila mana dia pergi ke hospital dan bertemu dengan lelaki yang mengatakan dia itu adalah seorang suami kepada Humaira. Terkejut bukan kepalang lagi.
“Alah... Sorry lah...” Aku pegang bahu Karisma dan muncungkan wajah. “Tapi aku bukan dalam keadaan boleh bagitahu semua orang. Dan kitorang kahwin pun bukan sebab yang macam orang lain. Aku...” Serba salah betul aku pada sang kawan bernama Karisma. Tapi apa nak buat? Memang waktu itu aku tak boleh nak beritahu pada sesiapa.
“...maaf Karisma. Aku betul-betul minta maaf. Kau dah tak nak kawan dengan aku ke? Janganlah macam ini... Kau akan kawan dengan aku lagi kan??? Kau jelah satu-satunya kawan aku yang tahan dengan perangai aku. Sanggup gelak bila lawak aku tak jadi. Sanggup spend masa dengan aku walaupun kau sibuk. Kau janganlah putus kawan dengan aku...” Pujuk aku merengek manja.
Karisma diam.
“Janganlah macam ni... Nanti aku belanja kau makan tengah hari satu bulan. Amacam? Okay tak okay??” Pujuk aku lagi sambil memegang kedua bahu itu dengan erat.
Dan Karisma masih diam.
“Ha. Tak pun macam ni... Aku akan buat apa sahaja yang kau suruh selama satu bulan. Kalau nak aku ganti kelas kau, aku akan buat tanpa banyak soal. Okay tak macam tu? Amacam?” Aku cuba pula dengan cadangan yang lain. Kut boleh beli rajukan Karisma.
Karisma tarik bibir. “Kau ni kan! Aku takdelah kejam sangat. Takpelah. Aku faham. Suami kau ada cakap dengan aku apa yang dah jadi antara korang berdua waktu kau koma. Aku gembira sangat sebab dapat jumpa kau hari ini. Kau tahu tak aku menangis bila tengok kau tak bangun-bangun. Sedih kut.”
Aku peluk tubuh Karisma untuk kali kedua. “Sayang juga kau dengan aku.” Ucap aku dengan panjangkan lagi leretan di bibir. Hehe... Menjadi.
“Gila tak sayang. Tapi sekarang ni aku jelah yang single. Sebab kau dah kahwin.”
“Takpe. Nanti aku carikan jodoh untuk kau. Bagitahu aje ciri-ciri lelaki idaman kau. Nanti aku tapis mana yang elok.” Cadang aku bersahaja.
“Wau. Menarik cadangan kau. Tapi kau nak cari celah mana?”
“Don't worry kawan. I have my own way...”
“Amboi... Sejak dah kahwin, kemain lagi eh bahasa kau.” Karisma tepuk bahu itu sekali.
“Kau nak ke tak nak?” Ujar aku sengaja.
“Naklah!!”
“HAHAHAHA!!!” Aku lepas tawa besar. Cukup kuat memenuhi ruang pantry yang sedang kami berborak.
“Weh. Nanti lagi lima minit kita ada meeting tau.” Kata Karisma mengerling pada jam yang dililit di pergelangan tangannya.
“Ouh ya. Meeting fasal apa eh? Aku ada baca juga dalam email semalam. Katanya meeting kecemasan. Tapi aku tak boleh nak brain tentang apa? Kau rasa madam nak cakap tentang apa?”
Karisma geleng kepala. “Aku tak tahu. Tapi macam benda yang serius. Belum pernah lagi kita ada mesyuarat kecemasan macam ini kan? Kalau ada pun, takdelah formal sampai kena panggil semua orang sekaligus. Dengan pengurusan sekolah pun dipanggil untuk mesyuarat ni.”
Aku angguk mengiyakan.
“Jom. Dah pukul sebelas.” Ajak aku melihat beberapa cikgu yang lain sudah bergerak pergi menuju ke ruangan dewan. Ya. Ruangan dewan. Selalunya kami akan bermesyuarat di bilik yang disediakan khas untuk kami berbincang. Tapi kali ini, semuanya diminta untuk hadir ke dewan utama yang bersaiz besar.
Masuk sahaja ke dalam dewan, kami mengambil tempat di kerusi yang telah disusun. Aku duduk di tepi Karisma. “Kau rasa ini semua fasal apa eh?” Soal aku pelik.
“Not sure lah.” Balas Karisma berlapis dahi.
Usai semuanya sudah mengambil tempat masing-masing, masuk madam bersama diiringi dengan beberapa orang atasan menaiki pentas. Sejurus itu, masuk pula beberapa manusia dari arah pintu belakang.
Aku gamam.
Nahlan?
Mata kami bertembung. Aku kerut dahi. Baru nak bergerak ke arah Nahlan, madam mula betulkan mikrofon yang ada. Meminta untuk semuanya duduk sebelum mulakan bicara.
Terus aku keluarkan telefon dari poket seluar.
'Abang buat apa dekat sini?' Aku tekan butang send.
Beberapa saat berlalu, telefon aku bergetar menandakan ada mesej yang masuk.
'Sorry. Abang tak tahu kes sekolah ni dah jadi kes Interpol. Diorang hantar abang sebagai wakil Interpol untuk dapatkan guru besar Mai.'
Aku tayang wajah paling blur pada Nahlan dari jarak kami yang jauh ini.
Nahlan hanya meminta untuk aku sabar dan hanya mendengar apa sahaja yang bakal dikatakan oleh manusia di atas pentas.
“Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir pada hari ini. Semua yang duduk di bawah mahupun di sisi saya adalah antara banyak-banyak sebab untuk saya teruskan apa sahaja yang sedang saya perjuangkan daripada dulu sampailah sekarang. Bahkan, untuk masa akan datang juga.” Puan Bariyah mulakan bicaranya dengan mata tak lepas memandang kepada manusia di bawah pentas.
Aku kerut dahi.
“Awal dulu, waktu saya diberikan peluang untuk bangunkan sekolah khas bagi semua pelajar kita yang terdiri daripada golongan kurang upaya adalah semata hanya kerana anak saya. Yang juga lahir sebagai golongan yang kurang upaya. Saya yakin, rata-rata pendidik di sini juga mempunyai anak khas dan juga memilih sekolah ini sebagai tempat untuk mereka menimba ilmu. Tujuan utama saya tubuhkan sekolah ini tidak lain tidak bukan hanya mahukan pelajar kita dapatkan hak yang sama rata dengan pelajar-pelajar yang lain di luar sana.” Puan Bariyah menarik nafas. Diteguknya segelas air yang ada bagi mengurangkan kegusaran di hati.
“Bermula dari tempat pejalan kaki, sehinggalah mempunyai beberapa bangunan yang ada atap dan pergi ke kawasan asrama, semuanya telah disediakan oleh sekolah. Saya tak nafikan bahawa kos untuk pastikan sekolah ini lengkap dengan semua kemudahan memakan belanja hingga berpuluh-puluh juta. Dan semua sedia maklum, dari mana sekolah ini mendapatkan dana yang sebegitu banyak? Tidak lain tidak bukan adalah dari Ilson Fund.”
Ya. Betul. Angguk aku dalam hati. Ilson Fund banyak menyumbangkan dana kepada sekolah ini. Sebut aje apa yang tiada, semuanya akan dipenuhi oleh mereka seperti menelan air liur sahaja. Semudah itu sebenarnya. Satu fakta yang sesiapa pun tidak akan menyangkal.
“Banyak bantuan yang telah diberikan oleh Ilson Fund kepada semua sekolah yang terlibat. Memang tak dinafikan bahawa jasa mereka ada pada setiap pelusuk bangunan sekolah. Tapi, berdirinya saya hari ini adalah untuk mengatakan bahawa semua dana yang disumbangkan adalah datang dari penyeludupan duit haram yang telah berlaku hampir sepuluh tahun.”
Aku bulatkan mata dan spontan menegakkan badan. Tak kurang juga orang lain yang masing-masing menunjukkan reaksi terkejut.
“Ya. Saya mengaku dan saya akui semua ini telah saya tahu sebermula sekolah ini ditubuhkan. Dan saya juga mengaku bahawa saya adalah salah seorang yang terlibat dalam jenayah penyeludupan wang haram. Dengan itu, saya minta maaf.” Sambung Puan Bariyah sekaligus meminta maaf dengan apa yang telah dia lakukan. Dia tahu pada masa kini, tiada lagi kepercayaan yang boleh disalurkan kepada dirinya. Dan takkan tiada lagi penghormatan ditujukan khas untuk dirinya.
“Dan saya minta maaf pada salah seorang guru terbaik saya iaitu Cikgu Humaira...”
Serentak itu semua pasang mata di situ memalingkan wajah mereka masing-masing dan memandang tepat kepada wajah Humaira yang sedang duduk dengan wajah terkejut.
“...kerana secara tidak langsung terlibat dalam hal ini sehingga menyebabkan nyawanya sendiri terancam. Sekali lagi, saya minta maaf.”
WHAT!! Terus aku pandang Nahlan. Tapi Nahlan masih begitu. Berdiri dengan diam seperti pegawai polis yang lain.
“Dengan ini... secara rasminya saya meletakkan jawatan sebagai seorang guru besar bagi sekolah pendidikan khas bagi golongan kurang upaya dan berharap sekolah ini akan terus maju walaupun tiada saya di sini. Saya akan bertanggungjwab dengan semua yang dah berlaku dan akan menuntut keadilan pada mereka yang terniaya. Sekian.” Sudah Puan Bariyah secara turun dari pentas dan bergerak ke arah pegawai polis yang sedang menunggu. Dihulurkan tangannya kepada sang pegawai polis sebelum digari dan dibawa keluar dari situ.
Aku dan semua di situ tergamam dengan apa yang dah jadi. Masing-masing berpandangan antara satu sama lain sambil membisik mengatakan sesuatu.
“Weh. Kau tahu ke fasal hal ini??” Tanya Karisma mendekati Humaira.
Aku geleng kepala. “Tak. Tak tahu.”
“Tadi suami kau ada sekali kan? Dia takde cakap apa-apa?”
Sekali lagi, aku geleng kepala. “Tak. Tak cakap apa pun. Aku rasa... aku nak balik awal hari ini.” Kata aku dengan menaip sesuatu di telefon.
What the heck?? Apa yang jadi?? Madam letak jawatan? Penyeludupan duit haram?? Ilson Fund?? Apa benda ni weh?? I need an explanation. Urghh!!
Share this novel