Bab 10

Romance Series 23565

“Oi. Menung apa kau?!” Sergah Karisma kuat.

“OI KAU!” Aku cemikkan muka. Kus semangat dibuatnya aku dengan perangai yang seorang inilah. Boleh terloncat keluar jantung aku kalau kena sergah macam ini setiap hari. Dia ni kan. Tak sah kalau tak terkejutkan aku setiap hari. Ada je benda yang nak disergahnya.

“Ehemph!! Ehemph!” Karisma berdehem kuat sambil tangan mengurut sekejap tekaknya.
Aku kerut dahi.

“Kala ku pandang kerlip bintang nun jauh di sana~~~ Sayup ku dengar melodi cinta yang menggema~~~ Terasa kembali gelora jiwa mudaku... Karena tersentuh alunan lagu semerdu kopi dangdut~~~....” Nyayi Karisma ceria bergelek-gelek di depan Humaira. Siap bahunya digerak-gerakkan sekali tanda dia suka untuk bernyanyi sakan.

Aku picit dahi aku kuat-kuat. “Kau dah kenapa? Buang tebiat ke apa perempuan ni? Dok nyanyi sambil bergelek macam orang tak betul. Mujur takde orang lain tau dalam kelas ni...” Aku jeling pada pintu bilik darjah yang terbuka dengan luas. Kut ada yang teropong dari jauh. Jenuh aku nak hadap dengan guru disiplin nanti.

“Teringat boyfriend lama ke?” Karisma tarik kerusi sebelum labuhkan punggungnya di hadapan Humaira. Tak peduli langsung dengan nyanyian dia yang sambil berjoget tadi. Baginya, suara dia memang sedap. Yang tak sedap, adalah muzik ataupun telinga orang lain yang tak reti nak dengar betul-betul pada alunan suara dia yang sememangnya merdu.

“Mana adalah. Aku takde ingat kat sesiapa lah. Aku tengah fikir macam mana nak buat projek untuk kelas akan datang. Takde kaitan langsung dengan mana-mana boyfriend. Dia tu yang dok kalut dengan isu boyfriend semua ni. Heh.” Aku senyum tayang gigi. Tak cukup jari kut kalau nak kira berapa ramai boyfriend yang Karisma ada. Kalau campur dengan jari kaki aku, mungkin cukup-cukup jelah kut.

“Alah kau. Bagitahu jelah dengan aku.” Karisma rapatkan wajahnya ke wajah Humaira. “Kau pergi kahwin eh waktu cuti panjang tu? Kau pergi kahwin kan?” Dengan membulatkan mata, Karisma desak Humaira untuk berikan jawapan yang benar.

Erk!! Macam mana dia tahu ni?! Adus.

“Hish kau! Mana adalah. Mengarut apanya kau ni?” Hati aku dah mula berdegup pantas. Kencang mengalahkan angin taufan yang bertiup. “Apa benda yang kau merepekkan ni? Pergi kahwin konon. Takde maknalah pergi kahwin semua tu. Hish. Mengarut tak habis-habislah dia ni...” Aku larikan mata aku dari pandangan Karisma.
“Habis tu? Yang kau pergi minta sampai cuti seminggu lebih tu, dah kenapa? Hei. Orang kalau minta cuti lama macam ni, selalunya orang tu pergi kahwin tau. Macam kau tu ha. Dok cuti lama-lama. Tup tup dah bawa perut.” Karisma tepuk lengan Humaira sambil tersengih sorang-sorang.

“Mana aku pergi kahwin lah. Aku minta cuti lama sebab nak raikan kakak aku yang baru balik dari belajar tu. Lepas tu nak kemas sikit rumah tu sebab dia kan dah lama tak balik. Takkanlah aku nak bagi ma aku kemas rumah sorang-sorang. Lepas tu nak adjust sikit bilik kakak aku tu hah. Alah kau pun tahu kan... Kakak aku tu anak kesayangan ma dan babah aku. Jadinya, macam-macam lah yang nak dibuatnya... Kalau aku bawa perut pun, perut aku mesti penuh dengan makanan jer....” Aku tarik muka sambil telan air liur. Gugup yang hadir sejenak, aku simpan rapi di belakang suara yang sengaja dilontarkan sedikit tinggi. Menyembunyikan apa yang perlu. Menutup apa yang dikehendaki.

Nanti kantoi. Payah.

“Yeke kau ni...??” Karisma gerakkan keningnya atas dan bawah beberapa kali. Tanda sedang berfikir dan terus berfikir.

“Yelah. Dah tu? Nak buat apa lagi? Ni tengok.” Aku angkat jari aku dan halakan tepat pada muka Karisma.
“Ada tanda-tanda cincin ke kat sini? Takde kan? Ha tengok. Tangan aku bersih kut. Tanda inai pun takde. Kahwin amendenya??” Mujur aku tak inaikan jari aku dan hias dengan bermacam-macam warna dan corak. Kahwin pun alar kadar sahaja. Kalau aku buat semua tu, mampus aku nak jawab apa dengan mata yang melihat.

“Yelah. Aku percaya. Kau cakap apa pun aku percaya.” Tenang sikit hatinya bila Humaira sudah jelaskan semuanya sekali.

“Asal kau tanya macam tu? Pelik sangat ke aku ambil cuti panjang?” Perlahan-lahan, aku cuba ubah topik. Bahaya wei kalau topik yang sama je jadi bahan bualan. Karang semua yang disimpan di dalam genggaman aku, akan terurai sedkit demi sedikit tanpa sedar.

“Peliklah. Sebab kau belum pernah lagi dok ambil cuti panjang macam itu hari. Dua minggu straight pulak tu. Lagi pelik bila aku mesej kau, tapi semuanya kau balas macam tak nak balas. Selalu rancak je kalau kita dua bermesej dalam telefon.”

“Aku sibuk sikit. Banyak benda nak kena buat dekat rumah tu. Lagipun kakak aku kan balik sebab dah habis belajar. Jadinya, banyaklah barang dia nanti nak kena kemas elok-elok.” Balas aku pasrah. Banyaklah sangat yang aku buat. Sejak aku jadi penduduk rumah tu dengan rasminya, apa pun aku tak buat. Hari cuti aku pun dihabiskan seorang diri dengan kemas rumah yang tersedia kemas. Pagi aku masak tunggu kut Nahlan balik, tapi bunyi kereta pun takde. Lepas tu aku tidur. Main semua game yang ada dekat dalam fac. Tak cukup dengan tu, aku install semua jenis game yang ada dalam aplikasi play store.
Hal Kayla pun, aku tak tolong apa pun. Tahu dia balik sebab dia post gambar dekat Instagram sekali dengan ma dan babah. Kalau tidak, sampai kesudah aku tak tahu yang Kayla dah jejakkan kaki dekat Malaysia. Bawa segulung sijil master dia.

Tup tup, dah habis cuti. Rasa macam nak jerit satu dunia yang aku bosan tahap teruk. Mujur hari ni dah boleh mula kerja semua. Itu pun aku minta masuk satu hari awal. Tak larat dah nak duduk rumah hidup dengan bayang sendiri aje. Rasa macam kena buang pun ya. Rasa macam dipinggirkan oleh semua orang pun ya. Hump!! Kalau aku tahulah macam ini rasanya lepas kahwin, aku tak nak kahwin kalau boleh.

TAK. NAK. KAHWIN!!

ARGHHH!!!!!!!

“OI!” Sergah Karisma. Kali ini lontaran sergahan adalah lebih kuat dan lantang.

“Ha?” Blur.

“Itulah kau. Dok menung manjang. Orang dok panggil kau pun dah tak dengar. Aku rasa lebih baik kau pergi cek telinga kau tu. Penuh dengan taik telinga. Jenis kau ni bukan rajin nak bersihkan telinga setiap hari. Pemalas ya ampun. Kena sergah dua kali baru nak perasan yang ada orang panggil kau.” Sambil ejek, sambil maklumkan apa yang dia dengar melalui pembesar suara yang diumumkan sebentar tadi.

“Hahaha... Sorry kawan. Apa tadi? Kau cakap apa?” Sudahlah Humaira oi. Bangunlah! You need to wake up. This is reality. Kau dah kahwin pun. Dah terucap pun akad tu. Benda dah jadi, bukan boleh patah balik macam kau undur kereta kau buat u-turn. Kalau kau u-turn sekali pun, mesti akan jumpa dengan jalan mati.

“Aku cakap, pergi korek semua taik telinga kau tu!!” Jerit Karisma kuat pada tepi telinga Humaira.

Aku usap telinga aku berkali-kali. “Bengong punya kawan.”

“Kahkahkah!! Padan muka. Tu. Pengetua dah panggil kau. Siap dengan pengumuman sekali. Aku rasa sebab kau jadi manusia yang terpilih untuk menapak ke bangunan tu lagi sekali. Tahniah sahabat. Tahniah. Jasa kau, akan aku kenang dalam mimpi.” Pap. Pap. Karisma tepuk tangan dia dua kali sambil tayang senyuman paling jahat.

“Haih.” Keluh aku tak suka. “Tak buat benda ni tak boleh ke ek? Kenapalah asyik aku je yang kena pergi bangunan indah diluar tapi buruk di dalam? Macam dah takde orang lain kut yang lebih layak? Ke sebab muka aku ni memang muka macam peminta sedekah ek?”

“HAHAHAHA!!!!” Meletus tawa Karisma kuat ke udara dengan kedua bahunya terhinggut-hinggut. Tak menahan dengan ayat selamba yang keluar dari mulut Humaira.

“Gelak. Gelak. Aku suruh madam angkut kau sekali nanti.”

“Eh janganlah. Aku tak nak. Cukup sekali jelah. Serik aku dah.” Terus mati tawa Karisma saat Humaira macam beri kata ugutan pada dia.

“Ah. Takde, takde. Siap kau. Kali ni aku pastikan yang kau akan ikut aku sekali. Menapak berdua dengan kau. Kau tunggulah nasib kau. Gelakkan aku ya? Hehehe...” Aku tolak kerusi dengan sengihan nakal yang sengaja ditayang pada mata Karisma. “Pray hard sister. I might be your worst nightmare for a couple of times. Hihihihi...” Ugut aku sebelum berlalu meninggalkan Karisma yang pada wajah itu dihiasai dengan kata cuak dan gerun.

Gulp. Karisma telan air liur.

Ya. Humaira ugut dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience