“Abang Nahlan nak tambah apa-apa lagi? Ida boleh tolong ambilkan?” Kata Zahidah bersiap sedia sepenuh hati andai Nahlan mahukan apa sahaja. Apa sahaja dia sanggup. Nak susahkan dirinya lagi bagus. Dia lagi suka kalau macam itu.
Nahlan geleng kepala. Kalau boleh dah tak mahu apa-apa dah yang masuk ke dalam perut dia. Level kenyang dia sekarang, dah tahap ke kerongkong. Silap haribulan, boleh keluar balik semua yang dia telan tadi. Atau lebih tepatnya, kenyang sebab terpaksa makan setelah dipaksa untuk makan beberapa kali. Semua kalau boleh, nak disumbatnya sekaligus satu masa. Aiyyo. Boleh gemuk kalau hari-hari macam ini kenyangnya.
“Abang Nahlan kena makan banyak-banyak tau. Kasi sembuh dengan cepat. Ini yang Ida bawa ni, semuanya Ida beli yang organik. Untuk Abang Nahlan. Ida sendiri yang masakkan. Dari malam tadi Ida dah mula masak. Harap takdelah yang abang tak suka...”
“Sedap je. Kena je dengan selera abang...” Balas Nahlan sekadar mahu menjaga hati. Yelah. Orang dah datang melawat. Takkan nak jawab acuh tak acuh pula. Lagipun, yang datang hari ini, semuanya yang dia kenal. Siap masak lagi untuk dia. Nanti kalau tak jawab dengan elok, mahu dicop sombong pula. Kesian pada mak dengan ayah dia nanti.
Zahidah ukir senyuman lebar. Bangga bila lelaki kepujaan hati menerima air tangannya dengan berlapang dada. Rasa terharu sangat. Nak nangis pun ada. Tak sia-sia dia bertungkus-lumus memasak dari malam tadi. Hampir sepuluh jenis lauk dia masakkan untuk Nahlan. Dan lega bila mana Nahlan boleh terima tanpa sebarang ungutan.
“Macam mana abang boleh kemalangan sampai kaki boleh patah? Risau Ida bila dengar Abang Nahlan tiba-tiba aje kemalangan. Abang dah jumpa ke siapa yang langgar abang?” Soal Zahidah dengan wajah yang berkerut. Mahu terloncat keluar hati dan jantungnya tatkala mendengar perkhabaran dari sang emak mengatakan yang Nahlan terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kedua kakinya patah.
“Ouh... Dah nak langgar... Nak buat macam mana lagi? Biasalah tu. Kemalangan ni boleh berlaku dekat mana-mana tempat. Dekat rumah pun boleh jadi. Dekat luar rumah apetah lagi.” Ambil jalan selamat, Nahlan lakar cerita baru. Takkan nak cerita apa sebenarnya yang dah berlaku? Jenuh nanti nak kena hadap dengan asakan soalan dari semua mulut yang bertanya.
Zahidah angguk. Tanda mengiyakan sahaja apa yang keluar dari mulut Nahlan.
“Terima kasih sebab datang jumpa saya hari ni... Saya hargai semua yang datang.” Ucap Nahlan pada kesudian mereka yang datang ke rumahnya. Melawat dia yang sakit.
“Ouh... tak apa. Kita pun dah kenal lama. Tak jadi masalah pun untuk yang itu.” Kata Zamri. Ayah kepada Zahidah.
“Iyalah, Nahlan. Macamlah kita tak kenal. Padahal memang dah kenal dari kecil lagi. Itu hari ada datang dok bersembang dengan mak kamu. Itu yang mak kamu cerita fasal kamu. Si Ida ni pulak, beriya sangat nak datang sini. Mak cik suruh tunggu kamu sihat sikit. Tapi Ida nak juga datang hari ini. Maaflah kalau ganggu...” Kali ini Fareha pula yang bersuara. Selit sekali dengan kata maaf kut ganggu Nahlan. Berapa kali sudah menegah sanga anaknya untuk datang di kemudian hari. Tapi Zahidah nak juga datang hari ini. Turutkan jugalah sebab dah sayang anak.
“Eh takpe. Tak ganggu pun. Cuma tulah... Takut susahkan makcik sekeluarga pulak. Sebab saya tak boleh nak turun ke bawah. Terpaksa pula semua naik ke bilik. Serba salah pula rasa...” Yelah. Dia mana boleh gerak sana sini macam orang yang sihat. Kaki dia masih tak dibenarkan untuk bergerak seperti biasa. Jadinya, sesiapa yang datang untuk melawat, kena naik bilik dia. Sambut dekat sini sahaja.
“Tak. Tak. Tak susah pun. Ida pun dah lama tak jumpa dengan abang...” Laju Zahidah balas apa yang Nahlan katakan.
Semua dekat situ jadi senyap. Tak sangka Zahidah boleh cakap macam itu. Tak sedarkah dia bahawasanya dalam bilik ini ada beberapa pasang mata yang sedang melihat? Dengan beberapa pasang telinga yang sedang mendengar?
“Ermm...” Anita mula bersuara. “Eh. Jomlah ke bawah. Dah siap semua dah dekat bawah tu. Tinggal nak makan-makan kuih sikit, minum ke... borak sekejap ke kan...”
“Ida ada benda nak tanya kat Abang Nahlan. Boleh tak?” Tundukkan wajah, Zahidah lontar apa sahaja yang sedang bermain dalam fikirannya. Alang-alang semua dah ada, adalah lebih baik dia suarakan terus hajat di hati. Nanti yang terseksa, dia juga.
“Ouh... Apa dia?” Nahlan dah rasa semacam. Macam tak enak pun ya. Janganlah kau tanya benda pelik-pelik. Aku dah tak sanggup nak hadap pada perkara yang bukan-bukan. Serius dah tak boleh. Naik biul kepala otaknya nanti dengan soalan yang semacam.
“Tak payah. Orang tu nak berehat Ida. Kita tunggu kat bawah je...” Fareha dah mula panas punggung. Bukan dia tak ngerti fiil anak dia yang satu ini. Nanti boleh mengundang bala kalau-kalau Zahidah teruskan apa yang dia mahu tanya.
“Zahidah nak kahwin dengan Abang Nahlan.”
“ZAHIDAH!!” Jerkah Zamri kuat.
Habis semua di situ menjadi imun. Musa yang hanya diam dari tadi, terkejut mendengar apa yang keluar dari mulut Zahidah. Terus dia pandang kepada wajah sang menantu.
Ya. Aku ada dekat sini. Dari tadi lagi sebenarnya. Hanya membatu membisukan diri sambil melihat wayang di depan mata. Dasyat perempaun zaman sekarang. Berani dia, perghhh!! Lain maciam. Aku pun tak seberani Zahidah. Syabas wahai anak muda. Takde lapik dah. Terus pergi kepada main point.
“Toksah dok mengarut. Nahlan tu dah kahwin. Isteri dia ada dekat sini. Hormatlah sikit.” Tegur Fareha menarik tangan sang anak kuat.
“Ida tak kisah. Ida boleh jadi isteri kedua.” Angkat kepala, Zahidah pandang kepada wajah Nahlan. “Boleh tak, Abang Nahlan? Ida tak kisah pun kalau jadi isteri kedua. Ida takkan minta apa pun lepas kahwin dengan abang...” Air mata sudah mula penuh di birai mata. Mengharapkan yang Nahlan setuju akan permintaannya.
Nahlan pandang aku. Tapi aku macam tadi juga. Tak nak ambil port dengan semua masalah ni. Sebab kalau diorang berkahwin pun, bukannya kahwin dengan aku.
“Ida. Abang dah kahwin.” Nak mengharapkan mulut di sana pertahankan dia? Macam tak tahu perangai Humaira macam mana? Entahkan tengah bersorak gembira sebab ada orang lain nak kahwin dengan diri dia.
“Tapi abang kan boleh kahwin lebih dari satu...”
“Zahidah. Sudahlah. Jangan buat malu kat orang. Kita datang sini nak melawat orang sakit. Bukannya nak buat dia bertambah sakit.” Tegur Fareha lagi. Mahu sahaja menarik tangan si anak itu dan keluar terus dari rumah. Tapi hal ini, perlu untuk dia selesaikan terlebih dahulu. Malu nak lihat wajah kawan yang sedang berdiri di sebelahnya. Tapi digagahkan jua demi persahabatan yang dah lama terjalin.
“Minta maaf sangat. Anak saya ni...entah apalah dalam kepala otak dia. Minta maaf ya Nahlan. Makcik betul-betul minta maaf...” Palit muka dengan perkataan malu, Fareha minta maaf pada Nahlan sebelum tayang wajah serba tak kena pada Musa dan Anita.
“Takpe makcik. Takpe. Zahidah.... abang tak rasa lagi nak kahwin lebih dari satu...” Nahlan pandang wajah Humaira sekali lagi. “...sebab abang tak puas lagi nak rasa ada isteri seorang je.” Sambung Nahlan mengetap bibir. Kut ye pun kau seronok sangat, boleh tolong back up aku kut. Tak nampak ke situasi kat sini tengah getir? Genetik apa bini dia yang seorang ini ek?
Zahidah berlari mendapatkan Humaira. “Boleh tak pujuk Abang Nahlan untuk kahwin dengan Ida? Ida mohon sangat. Boleh ya? Setuju ya?” Pegang tangan Humaira, Zahidah melutut meminta supaya Humaira setuju dengan apa yang dia hendakkan.
“Errmmm...” Apa aku nak buat ni? Alamak. Hish. Aku nak cakap apa ni? Tak babitkan aku tak boleh ke?? Nak kahwin sangat, pergi jelah kahwin. Hish.
“Boleh ya? Nanti Ida akan jaga Abang Nahlan elok-elok. Ida janji...” Kesat air mata, sekali lagi Zahidah merayu dengan setelusnya. Mengharapkan yang Humaira akan setuju dengan permintaan dia.
“Itu...” Aku tarik tangan aku dari pegangan Zahidah. Haih. Kalau boleh aku cakap ya... Kan bagus macam tu. Tak pun aku boleh pelawa bersungguh-sungguh untuk beri kata setuju dengan semua apa yang Zahidah mahukan.
'Iya. Silakan. Silakan wahai Zahidah. Pergilah kahwin dengan Wan Ahmad Nahlan ni. Lepas tu kau jagalah dia macam yang aku jaga dia selama seminggu sudah. Perit tak terkata. Tengah malam panggil aku hanya semata nak minta perlahankan aircond. Padahal remote aircond sebelah dia kut. Nampak sangat sengaja nak dera aku.
Lepas tu, nak makan itu. Nak makan ini. Dan-dan pukul dua belas malam, mulalah suruh aku masak itu masak ini. Bila dah beriya masak, makan macam siput makan. Yang lebih tu suruh aku simpan. Cuba kau bukak peti ais aku tu. Penuh dengan tupperware berisi makanan je sebab Nahlan makan sikit lepas tu terus tidur. Erghh!!! Letih aku tahu tak!!! Penat nak mampus! Kalah fiil orang mengandung. Boleh kira dengan jari aku berapa jam je aku sempat tidur dalam sehari. Arrrgh!!!'
“Zahidah. Sudah. Ayah kata sudah, sudah. Bangun. Jangan nak buat perangai tak semengah dekat sini. Buat malu je...”
“Tapi Ida sayang dengan Abang Nahlan.” Luah Zahidah telus. Dah tak peduli langsung pada semua mata yang sedang melihat. Yang penting, isu hatinya dahulu perlu diselesaikan.
Ah sudah. Menangis pulak dah! Tak menangis tak boleh ke? Aduh!!! Nak jawab yang aku tak kisah, nanti apa pula kata mak dengan ayah mertua aku. Takkan nak halau pulak? Macam biadap sangat. Lagipun, mereka ini masih tetamu kut. Hish. Tak boleh. Ma dengan babah tak pernah ajar aku untuk biadap dengan tetamu.
Kau jaga Nahlan. Siap kau. Sekali lagi aku cakap eh. Karma itu wujud kalau kau nak tahu. Kau tak kenal lagi aku siapa.
“Macam ni lah awak eh...” Aku pandang wajah Nahlan. Lama. Lepas beberapa saat berlalu, aku sengih jahat. Sebab aku dah ada idea bernas untuk kenakan si Nahlan ni. “Bab jodoh ni kan... sebenarnya memang dah ditentukan oleh tuhan. Kadang tu, ada jodoh memang tuhan temukan sekejap je. Ada jodoh yang memang tuhan temukan dengan sangat lama.”
Nahlan telan air liur. Mampus aku. Satu perkara yang dia belajar tentang Humaira, kalau perempuan itu dah mula sengih jahat macam tu, mesti ada sahaja yang tak kena. Atau lebih tepatnya, mesti dia akan dapat masalah yang lebih besar lepas-lepas ini.
“Tapi...” Ya Nahlan. Kau tunggu. Kau seksa aku secara fizikal kan. Meh sini aku dera kau secara batin pulak. Apa salahnya kalau kau jadi manusia yang lebih bertanggungjawab dari diri kau yang sekarang ini. Banyak pahala boleh kau dapat. “...yang akan akad nanti, bukan saya. Tapi Nahlan. Suami saya tu.” Kerlip mata, aku pandang wajah Zahidah semula.
“Poligami ni bukannya senang kan... Yelah. Tak semua orang boleh terima dengan baik. Tapi tak semestinya poligami ni benda yang tak bagus. Nak-nak kalau berhadapan dengan manusia yang sangat keras kepala dan degil mengalahkan monyet dekat hutan. Mana tahu? Kalau kahwin dua tu boleh jadi asbab untuk seseorang tu masuk syurga, tak mustahil kan kalau tuhan nak buat? Tapi Ida kena tanya dengan 'abang Nahlan' tu... Untuk saya...” I just don't really care. Hidup kau. Bukannya hidup aku.
“...mana-mana yang terbaik jelah.” Sambung aku memanis muka.
Ternganga mulut Zahidah dengan mata tak lepas memandang kepada wajah Humaira.
“Lagipun...” Aku angkat tubuh Zahidah. Kesian aku tengok dia duduk berlutut sambil menangis melihat aku. Sumpah aku kesian. “...saya serahkan semuanya kepada tuhan. InsyaAllah yang DIA rancang tu, dah baik sangat dah untuk saya.” Sudah aku memandang Nahlan tidak berkelip.
Nahlan ketap bibir. Dia dah agak dah Humaira akan cakap macam itu. Nampak sangat nak meloloskan diri dari dia. Kurang asam punya bini. Memang mengundang kemarahan dia.
“Mai...” Panggil Anita. Terkedu dengar apa yang si menantunya katakan.
Aku pandang kepada wajah mak. Bibir, masih tersenyum manis. Maaf mak. Mai bukan nak pentingkan diri. Tapi kadang tu, aku penat kut nak hadap perangai Nahlan yang tak semengah. Lagipun aku dah cakap dengan Nahlan kut fasal benda ni. Alang-alang dah ada volunteer yang nak jadi isteri Nahlan, apa salahnya aku cepatkan benda yang baik.
“Saya rasa kita biar Humaira dengan Nahlan bincang dulu. Apa pun, jangan bertindak dengan terburu-buru. Maaf ya semua. Elok kita keluar dulu dari bilik ni. Saya minta maaf dengan semua sekali. Tapi kalau boleh, saya tak nak rumah tangga anak saya hancur hanya semata-mata sikap anak saya yang tak boleh nak dielokkan.” Pusing kaki, Anita terus keluar dari bilik itu dengan perasaan yang kecewa.
Beberapa minit berlalu, semua yang ada mula beransur keluar dari bilik Nahlan.
“Humaira.” Panggil Nahlan sepatah.
“Apa dia?” Balas aku cemberut.
“Kau sengaja kan cakap macam tu?”
“Takdelah. Apa yang saya cakap, semuanya keluar dari hati saya.”
“Kenapa kau cakap macam tu? Depan mak dengan ayah kut. Kalau kau tak suka dengan aku sekali pun, sekurangnya jagalah sikit air muka diorang. Nampak sangat mak kecewa dengan kau.”
“Kecewa? Dengan siapa yang dia kecewa sebenarnya? Dengan awak ke atau dengan saya?” Aku cekak pinggang.
Nahlan jegil mata setajam yang boleh. “Dengan kaulah. Takkan dengan aku pulak? Nampak sangat yang kau nak malukan aku depan diorang.”
“Malukan? Mana ada saya nak malukan. Awak tu yang salah faham. Saya bagi pilihan untuk awak, Nahlan. Both of us tahu yang kita takkan ada masa depan macam orang lain. Apa yang awak nak deniedkan sangat? Just admit it. Awak pun bukannya nak hidup dengan saya sampai mati. Hanya nak dera saya ikut semua yang awak cakapkan hanya sebab saya jadi penyebab kaki awak jadi macam tu. Dalam hati awak tu, memang awak seronok pun buat saya macam ni. Elok sangat dah tu ada orang lain yang sanggup hidup susah senang dengan awak. Terima awak seadanya. Macamlah salah apa yang dia buat. Sekurangnya dia tanya saya kut. Bukannya terjah macam itu aje.”
“Maksudnya, kau memang tak nak hidup dengan aku?”
“Ada gaya macam saya nak hidup dengan awak ke?”
“Oh. OK. So maksudnya, kau memang tak bahagialah sebab aku jadi suami kau.”
“Muka saya ni ada tunjuk kata bahagia ke selama saya kahwin dengan awak?”
“YOU'VE CROSS THE LINE HUMAIRA!”
“WHICH LINE??!!”
Diam. Aku diam. Nahlan diam. Masing-masing mendiamkam diri. Hanya desah nafas tanda tak puas hati dengan perbalahan yang berlaku sahaja kedengaran di peluput telinga kami berdua. Turun naik dada aku bila mana berbalah mulut dengan suami sendiri. Woi. I'm trying to be nice here. Tapi ada sahaja benda yang Nahlan tak puas hati. Itu tak kena. Ini tak kena. Semualah tak kena dengan mata dia tu.
Apa benda lelaki ni?
“Look, Nahlan. Kan bagus kalau awak pergi je kahwin dengan si Zahidah tu. Tak perlulah awak nak bergaduh macam ni setiap hari. Saya penatlah. Penat dengan perangai awak. Letih nak hadap fiil awak yang entah apa-apa. Apa? Sebabkan saya jadi punca kaki awak jadi macam ni, awak boleh arah saya macam saya ni robot. Buat itu. Buat ini. Bangun tengah malam hanya semata nak buat apa yang awak suruh. Yes. I know. Saya tengah tanggung dosa sebab saya dah buat kaki awak jadi macam tu. Tapi itu bukan sebab untuk awak jadikan alasan untuk gunakan saya sesuka hati awak. Awak ingat saya ni takde perasaan? Tak letih dengan semua ni? Dengan Raiqal takde pulak awak macam ni?” Aku tarik nafas.
Nahlan jadi imun. Ya. Dia mengaku dia sengaja mendera Humaira untuk buat semua yang dia suruh buat. Tak kira siang atau malam. Ada sekali tu, Humaira dekat tempat kerja. Dia suruh balik hanya semata nak ambilkan barang dekat depan rumah. Kenapa dia buat macam tu? Dia nak Humaira rasa sakit sebab dah buat kaki dia patah.
“Ada aku cakap yang aku nak kahwin dengan dia ke?” Cantas Nahlan tak peduli langsung dengan kata-kata Humaira yang panjang lebar tadi.
“Nahlan. Manusia macam saya ni, ada had kesabaran juga tau.”
“Selagi aku tak sembuh, kau kena buat semua tu. Jangan nak lepas tangan hanya sebab kau rasa aku kahwin dengan orang lain akan selesaikan masalah yang kau sendiri wujudkan. It's not finished untill I said so.”
“Whatever Nahlan. Just do what you want to do. I just don't care. Nak kahwin ke? Tak nak kahwin ke? Itu awak punya fasal. Dan tahniah. Sebab ada orang pinang awak. A big clap to you.” BANG. Aku hempas pintu kuat-kuat. Dah tak kisah andai ada yang dengar.
Pergi mampus kau!
Share this novel