Bab 24

Romance Completed 51617

Bab 24

Dato Ridhwan tiba hampir jam sebelas pagi,sebaik sahaja Datin Suri melihat wajah suaminya sekali lagi airmatanya gugur.Pantas sahaja Dato Ridhwan memeluk erat tubuh isterinya yang duduk melunjuk di atas katil.Adam juga berasa sebak melihatkan kedua orang tuanya menangis berpelukan itu.Dalam sendu yang tersisa Dato Ridhwan berkali-kali melahirkan rasa syukur dan meminta isterinya supaya bersabar atas semua ujian yang bertimpa.Apa yang penting buat dua lelaki yang berada di kamar itu adalah kesihatan permaisuri hati mereka beransur pulih dan kembali cergas seperti biasa.Adam perlahan-lahan meninggalkan kedua pasangan itu melepaskan rindu kesumat.

Peluang yang ada,segera Adam hubungi Suzie.Bermula hari ini,segala urusan dia akan uruskan dari hospital.Adam tidak mahu berenggang dengan mama.Biarlah orang nak cakap dia anak mama.Dia tidak kisah.Memang dari dulu dia memang begitu.Setelah selesai urusan dengan setiausahanya,Adam kembali semula ke kamar mama.

"Adam,jika hendak berehat,baliklah dulu.Biarkan pakwe mama ini temankan mama."Datin Suri berkata sebaik sahaja Adam Harris melangkah masuk.Kasihan melihat Adam yang menjaganya sepanjang malam.Pasti Adam keletihan.

"Amboi mama,pakwe dia sampai,kita dihalau balik."Adam mengusik mama.Tiga beranak itu ketawa serentak.Walaupun di dalam hati masing-masing terpalit luka.Duka yang baru tercipta.Setelah bersalaman dengan mama dan papa,Adam meninggalkan mereka dan berjanji akan menjaga mama sebelah petang nanti.Datin Suri menghantar Adam dengan senyuman manis.Bangga memiliki anak lelaki yang begitu bertanggungjawab,pasti Adam mampu menjaga Linda seperti mana dia menjaga aku.Detik hati kecil Datin Suri.

******

"Assalamualaikum".Adam memberi salam sebaik sahaja melangkah masuk ke rumahnya.Damia yang berada di dapur menjawab salam dan bergegas menyambut kepulangan Adam.Mujur dia telah selesai masak tengahari itu.Tanpa di duga,pantas sahaja Adam memeluk erat tubuhnya membuatkan Damia kelu tidak terkata.Seluruh anggota tubuhnya seperti dikawal ketat oleh Adam.Beberapa saat kemudian,barulah Adam melepaskan pelukannya.Rasa rindu setelah hampir dua puluh empat jam dia tidak bersua muka dengan Damia.

"Abang ok ke?".Tanya Damia.Matanya menatap sepuasnya tubuh suaminya.Tangan kanan diletakkan di atas dahi.Mana tahu jika demam atau ada wayar yang terputus.Adam ketawa mendengar soalan Damia.Mesti isterinya hairan dengan tindakan spontannya.Aku sendiri pun hairan,kenapalah dengan kau ni Adam Harris!Apa yang telah terjadi ini?.Angau semacam je.

"Abang ok je.Mia jangan risau.Saje abang buat begitu.Teringat papa buat dekat mama tadi."Balas Adam dan terus meninggalkan Damia yang terpinga-pinga.Baik aku angkat kaki dulu sebelum macam-macam soalan yang ditanya oleh Damia.

"Mia makan dulu,tak perlu tunggu abang.Abang nak tidur sekejap."Kata Adam sebelum menghilang disebalik kamarnya.Damia hanya mengangguk tanda faham.Cuma dia semakin tidak faham dengan perubahan drastik Adam Harris.Adakah Adam telah menerima aku sebagai isterinya dengan rela hati?.Atau ada agenda yang tersembunyi disebalik setiap kebaikan yang diberikan.

******

"Suri nak makan buah epal atau oren?."

"Epal hijau abang,Suri nak abang suapkan."

"Boleh sayangku,kejap abang basuh dulu."

"Jangan lama sangat kat bilik tu,nanti Suri rindu."Sempat Datin Suri mengusik suaminya.Dato Ridhwan tersenyum melihat isterinya.Jauh disudut hatinya,dia hampir putus asa melihat keadaan Suri terbaring di atas katil.Namun takdir mereka,disaat ini kasih sayang mereka diuji dengan kesihatan Suri.Dia pasrah.

"Nah sayang,sedap tak?".Dato Ridhwan menyuapkan potongan buah epal hijau.Datin Suri tersenyum sipu diperlakukan demikian.

"Teringat masa kita makan beradab."Manja Datin Suri berkata.

"Kita inikan memang setiap hari pengantin baru sayang.Walau apa pun yang terjadi,abang tetap akan bersama Suri.Abang sayang Suri sepenuh hati abang."Luah Dato Ridhwan.Bergenang air mata Datin Suri mendengar pengakuan ikhlas dari suaminya.Lelaki yang sudah hampir tiga puluh tahun hidup bersamanya.Dato Ridhwan menatap anak mata isterinya.Keduanya bergenang air mata.

"Maafkan Suri abang kerana tidak sempurna lagi."Jatuh lagi air mata Datin Suri .Dia benar-benar merasakan betapa kerdilnya dirinya.

"Sayang,Suri tetap wanita yang sempurna di mata abang.Maafkan abang jika abang kurang prihatin dengan keadaan Suri.Maafkan abang sayang."Mereka berdakap melepaskansegala rasa resah,segala rasa bersalah,segala rasa yang tidak terucap.Bunyi ketukan dari luar kamar wad membuatkan kedua pasangan sejoli itu terpaksa merenggangkan pelukan.Kelihatan Doktor Ranjit dan jururawat masuk.Barangkali untuk melakukan pemeriksaan rutin.Sangka Dato Rihdwan.

"Apa khabar Datin Suri?"Sapa Doktor Ranjit mesra.

"Baik,doktor."Balas Datin Suri.Airmatanya masih bersisa segera dibersihkan.Malu pulak dengan Doktor Singh.Sambil membaca catatan yang telah direkodkan,Doktor Ranjit memeriksa kedua kaki Datin Suri.

"Datin,kami akan melakukan beberapa pemeriksaan untuk kenal pasti punca kedua kaki Datin jadi begini disamping itu,kami akan membuat fisioterapi.Ianya melibatkan teknik urutan khas untuk mengekalkan sistem kardiovaskular,alat vestibular,otot sendi,ligament dan juga tulang.Pakar kami akan sarankan apa yang terbaik untuk Datin kerana dengan melakukan fisioterapi ini Datin Suri dapat menormalkan tekanan darah,mengurangkan kesakitan,membantu atasi rasa loya dan pening."Terang Doktor Ranjit panjang lebar.Dato dan datin mendengar dengan penuh teliti.Tangan kanan Dato Ridhwan mengenggam erat jari jemari isterinya.

"Dato kene pastikan Datin Suri tidak terlalu memaksa diri.Rajin makan ubat seperti yang disarankan dan jaga diet."Tambah Doktor Ranjit.Setelah berbual seketika,dia meninggalkan Dato dan Datin untuk merawat pesakit yang lain.

"Abang rasa nak upah seseorang untuk jaga Suri nanti."Dato Ridhwan menyuarakan pendapatnya.

"Suri pun fikir begitu,terpulang pada abang,Suri ikut je."Balas Datin Suri.Dato Ridhwan memandang wajah isterinya.Nampak lesu,pasti kepenatan.Dia membaringkan isterinya seketika kemudian Datin Suri lena.Dato Ridhwan menatap wajah isterinya,wajah yang sentiasa mengugat hatinya,wanita yang sangat istimewa yang berjaya menakluki hatinya.

Melewati jam lima petang,Adam tiba dan mereka bertukar shif.Adam harris pula menemani mama.Dalam masa yang sama,segala kertas kerja diheret bersama.Sambil temankan mama,dia sempat menyiapkan kerja-kerja sebelum diserahkan kepada Suzie esok.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience