Bab 45
Awal pagi lagi Adam Harris telah meninggalkan rumah orang tuanya.Sarapan pun dia tidak sempat jamah.Setiausahanya telah dihubungi untuk menunggunya di pejabat.Ada beberapa urusan yang perlu dia lakukan sebelum berangkat.Setibanya di pejabat,Suzie telah sedia menanti di lobi.Segala kertas yang perlu dia tandatangani segera diserahkan kepada Tuan Adam Harris.
"Ada apa-apa lagi Suzie?"Tanya Adam tanpa memandang wajah Suzie.Matanya tertumpu kepada beberapa kertas dihadapannya.
"Lunch meeting dengan Midas Konsult,saya sudah tunda lusa.Waktu dan tempat yang sama.Yang lain saya akan uruskan.Tuan balik hari ini juga kan."
"Iya,pastikan Dato tidak tahu pasal ni.Faham!"Arah Adam.
"Baik Tuan Adam.Saya faham.Nanti jika ada apa-apa hal penting saya akan update terus dengan Tuan."
"Bagus."
Adam menyerahkan kembali dokumen yang sudah dia tandatangan kepada Suzie.Setelah itu,Adam terus meluncur kereta menuju ke lapangan terbang.Ada misi khas hari ini yang perlu dia selesaikan.Harapannya semoga segala berjalan seperti yang dia rancang.Sebaik sahaja tiba,Adam terus menghubungi Meor.
"Saya akan tiba dalam satu jam lagi."Kata Adam sebaik sahaja panggilannya dijawab.Dia perlu segera selesaikan perkara ini.Hatinya tidak tenang.Dia tidak sanggup kehilangan Damia.Kesakitan kehilangan Ayu Safirah masih dirasai hingga kini jika dia lalui lagi kehilangan entah apalah yang bakal terjadi dalam hidupnya.Adam tidak sanggup.Kali ini dia kan cuba pertahankan.Dia akan cuba selamatkan keadaan ini.Demi masa depan dia dan Damia.Perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang lima puluh lima minit dirasakan terlalu lama.Akhirnya Adam Harris berjaya mendarat di Terengganu.Meor dan Lan telah sedia menantinya.
"Dia tengah buat apa."Tanya Adam.
"Biasanya pagi begini,masih di bilik."Lan menjawab.Pemantauan selama beberapa hari,rutin Linda dan Fendi telah dihafal.Jam dua belas tengahari barulah pasangan itu akan keluar dari bilik.Bersantai di tepi pantai,berjalan di sekitar kampung.Lewat malam baru pulang semula ke bilik.
"Bagus.terus ke sana."
"Baik Tuan."Serentak Meor dan Lan bersuara.Adam tersenyum memandang ke luar.Tunggu Linda,tunang kau bakal berikan kejutan buatmu.
******
Bunyi ketukan di pintu membuatkan Fendi bingkas bangun dari katil.Linda yang masih lena disebelahnya dibiarkan terus melayari mimpi.Mungkin pekerja hotel menghantar pesanan makanan untuk mereka.
"Assalamualaikum".Adam memberi salam dan terus menerpa masuk kedalam bilik itu.Fendi yang terkejut tidak mampu berkata apa.Adam melihat Linda yang masih tidur.Dia memandang ke arah Fendi.
"Kau kejutkan dia seperti biasa."Fendi yang ketakutan hanya menurut arahan Adam.Dua lelaki bertubuh sasa berdiri di samping Adam cukup mengerunkannya.
"Sayang,bangunlah.Jom kita sarapan.Makanan sudah sampai ni."Bisik Fendi.Linda yang masih mengantuk merengek manja.Tangannya memaut leher Fendi.Dia terus mengucup bibir Fendi tanpa menyedari setiap perbuatannya dirakam sendiri oleh Adam Harris.
"Morning Linda."Tegur Adam.Serentak itu Linda membuka matanya dan mendapati Adam benar-benar berada di dalam biliknya.Muka terus menjadi pucat.Tak di duga rahsianya terbongkar.Dia terus bangun.Cuba menutupi tubuh dengan cadar.Adam hanya tersenyum seolah mengejeknya.Matilah aku!Bisik hatinya.
"Adam,er...er...er"Dia kehilangan kata-kata.Fendi disebelah hanya mampu tunduk kepala.Terasa malu.
"Kenapa Linda.Apa yang kau nak cakap."Tanya Adam.Meor mengambil kerusi dan mempersilakan Tuan Adam duduk berhadapan dengan dua pasangan itu.Seketika suasana menjadi sunyi.
"Make its simple.Beginilah.Since aku dah tahu perangai kau.Aku dah buat keputusan yang aku tak mahu teruskan rancangan orang tua kita.Samaada kau nak aku ceritakan perkara sebenar atau kau sendiri bagitahu family kau yang kau nak putuskan pertunangan kita."Adam tidak mahu tunggu lebih lama.Linda kelihatan masih berfikir.
Macam manalah aku boleh kantoi dengan Adam.Aduhhhh!.Hancurlah harapan aku.Linda mengutuk dirinya sendiri.Fendi ditenung tajam.Kenapalah dia tak tengok dulu siapa diluar sebelum buka pintu tadi.
"Tapi Adam,family kita ada tujuan untuk satukan kita."Linda cuba meraih simpati Adam.Adam hanya merenungnya.Kau masih nak tawar-menawar dengan aku.Perempuan tak tahu malu!.
"Kau tak perlu risau.Yang itu aku tahu apa yang perlu lakukan.Tugas kau hanya putuskan pertunangan kita.Jika kau tak buat dalam masa dua minggu lagi.Setiap aktiviti kau dengan lelaki ini,akan sampai ke pengetahuan orang tua kau."Kali ini Linda tiada pilihan,dia hanya mengangguk setuju dengan cadangan Adam Harris.Hancur semua harapannya untuk hidup bersama Adam.
"Bagus.Ok deal.Sambunglah balik honeymoon haram kau.Jumpa hujung minggu ini.Aku tak nak kau balik sekarang.Kau nak cuti dua minggu,so hujung minggu ni kau balik dan terus putuskan hubungan kita.Faham!!"Kali ini suara Adam sedikit kuat membuatkan Linda terkejut.Hatinya sakit sekali.Jika beberapa hari yang lalu dirasakan begitu gembira berdampingan denga Fendi.Kini Fendi punca dia kehilangan Adam.Kali ini kehilangan selamanya.Tiada peluang kedua.Adam telah tahu siapa dia sebenarnya.Tak akan dia sanggup untuk bersama dengannya lagi.
"Fendi,lebih baik kau jadi lelaki yang bertanggungjawab.Jangan berterusan berbuat maksiat.Masih ada peluang untuk kau kembali ke jalan yang lurus.Pimpin sekali Linda."Kata Adam sebelum meninggalkan keduanya.Sebaik sahaja pintu bilik tertutup.Kedengaran jeritan Linda.Adam Harris hanya tersenyum kepuasan.Dia tidak mahu tahu apa yang dilakukan oleh Linda saat ini.Biarkan.Ini jalan yang dipilihnya sendiri,setiap risiko perlu dihadap.
"Meor,kita makan dulu.Saya lapar."Kata Adam.Baru dia sedar yang dari pagi dia tidak menjamah sebarang makanan pun.Setelah menjamu selera,Meor terus membawa Adam ke lapangan terbang.Setelah itu dia dan Lan bergerak ke Kuala Lumpur.Tugas mereka telah tamat.Misi kali ini berjaya.Akhirnya Linda terpaksa tunduk dengan Adam.
Sepanjang di dalam kapal terbang,Adam melelapkan matanya.Hatinya terasa begitu lapang.Hari ini dia telah melakukan kerja gila.Ulang alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu bukanlah suatu kebiasaan.Tetapi dia sanggup redah demi menyelamatkan hubungannya dengan Damia.Tunggu abang balik sayangku Mia...
******
P/s:-Jutaan terima kasih kepada semua pembaca DIA TAKDIRKU?.Jangan risau,belum tamat lagi.Jeng....jeng...jeng...apakah yang bakal berlaku selepas ini.Adakah Linda akan akur dengan arahan Adam.Adakah Adam dapat menyelamatkan hubungannya dengan Mia.Semuanya bakal terjawab didalam episod seterusnya.Nantikan....
Qaseh akan update sekurang-kurang satu chapter sehari ye.Maaf jika Qaseh lambat update.Kesibukan yang tidak dapat dielakkan.Namun untuk pembaca tersayang,Qaseh akan terus bersemangat.Krn kalian sentiasa memberikan semangat yang luar biasa buat Qaseh.Thanks you....
Share this novel