Bab 22

Romance Completed 51617

Bab 22

Damia semakin risau menanti,kebiasaannya waktu begini,Adam sudah pun berada di rumah.Jenuh jari jemari menelefon,namun hampa panggilannya tidak berjawab.Apakah yang telah terjadi.Ya Allah,peliharalah suamiku dari segala mara bahaya.Kedengaran azan maghrib berkumandang di kaca televisyen.Damia bangkit dari sofa dan melangkah ke kamarnya.Walau apa pun yang menganggu fikirannya saat ini,tanggungjawab sebagai seorang muslim tidak akan diabaikan.

Setelah selesai bersolat,dia menatap skrin telefonnya mengharap ada apa-apa pesanan dari suami namun hampa.Dia mengeluh.Dimanakah Adam saat ini?.Apakah yang telah berlaku?.Sejak seminggu yang lalu,tiada sebarang tanda yang mencurigakan melainkan sikapnya sahaja.Boleh dikatakan setiap hari perbuatan atau kata-kata Adam yang boleh mencairkan hati wanitanya.

Teringat semalam sewaktu mereka sedang makan,tidak semena-mena Adam meminta disuapkan makanan untuknya.Sempat juga dia mengigit jari manja Damia.Damia menjerit bukan kerana sakit tetapi terkejut dengan aksi spontan Adam.

Malam semakin berlalu,Damia masih setia menanti.Terasa matanya semakin berat.Dia berehat di sofa.Dalam hati sentiasa berdoa.Sungguh dia takut.

Dimana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walapun jasadku jauh
Namun hati tetap padamu.....

******

"Papa,biarkan Adam temankan mama malam ini.Papa balik berehat dulu."Pujuk Adam.Kasihan melihat papanya duduk menatap wajah mama yang masih belum sedarkan diri.Dato Ridhwan mengangguk setuju.Adam mencari-cari telefonnya.Ke mana pulak telefon aku ni?.Dia menepuk dahi.Baru dia teringat,telefonnya tertinggal di dalam kereta.Pasti saat ini Damia mencarinya.Hatinya berbelah bagi.

"Papa,Adam pergi ambik barang sekejap dalam kereta.lepas itu papa boleh balik berehat."Pinta Adam sebelum berlalu pergi.Dia bergegas berlari anak ke kereta.Rasa bersalah membiarkan isterinya menanti,rasa bersalah kepada kedua orang tua menghantui dirinya.Sungguh hari ini,Adam Harris hampir lumpuh.

Sampai sahaja di kereta,Adam segera masuk ke dalamnya mencari telefon.Ya Allah ,banayaknya miss call.Detik hatinya.Maafkan abang,Mia kerana tidak adil terhadapmu.Maafkan Adam,mama papa kerana sembunyikan perkara sebenar.Airmata lelakinya jatuh satu persatu.Seketika di dalam kereta,Adam melepaskan segala rasa.Dia menangis semahunya.Adam sangat takut kehilangan mama.Semakin dia dihimpit rasa bersalah.Andai boleh diundurkan waktu,dia sanggup berterus terang dari awal.

"Maafkan Adam mama?"Tangisannya semakin kuat.

Walau kita dihadapkan
Dengan pelbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus.

******

"Abang!."Damia terjaga dari tidur.Berpeluh dahinya.Jantungnya berdegup kencang.Dia takut akan mimpi yang dialami sebentar tadi.Melihat Adam Harris menjerit meminta tolong membuatkan hatinya hancur.

Tidak sanggup membiarkan Adam berada di dalam kesakitan.Abang,dimanakah abang sekarang ini?.Kenapa tergamak abang buat Mia begini?.Mia sangat risaukan abang.Dia memegang telefon.Matanya bercahaya melihat mesej daripada Abang Adam.

Ringkas mesej yang dikirim Adam.'Maaf Mia,malam ini abang tidak balik.Ada kecemasan,mama abang masuk hospital.Maafkan abang'emoji yang dikirimkan jua cukup membuatkan Damia mengerti perasaan Adam saat ini.Damia beristigfar,terasa bersalah pula.Pelbagai sangkaan yang bermain dimindanya sejak petang tadi.

Mama abang Adam.Hatinya terusik.Sejak mereka bernikah,Damia tidak pernah ditemukan dengan mentua kandungnya.Dia sendiri pun tidak pernah bertanya Adam kerana bimbang Adam akan marah.Maklumlah pernikahan mereka bukanlah seperti orang lain.Damia bangkit menuju ke bilik.Saat ini wajarlah dia memohon kesihatan dan kesembuhan buat mama.Mentua yang tidak dikenalinya.

Semoga suatu hari nanti,mereka bakal ditemukan dan dapat hidup bahagia bersama.Bila mengenangkan reaksi mentuannya,Damia kecut perut.Namun apakah dayanya,takdir hidupnya telah tertulis bertemu dengan Adam Harris dalam keadaan begitu.Damia pasrah.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience