Bab 42

Romance Completed 51617

Bab 42

Pintu bilik Damia dibuka menggunakan kunci pendua,Adam masuk perlahan kerana tidak mahu menganggu tidur isterinya.Pintu ditutup perlahan.Lama dia menanti waktu yang sesuai untuk menemui Damia.Takut jika terserempak dengan papa.Jam menghampiri dua belas tiga puluh pagi saat di ke kamar Damia.

Adam Harris menghampiri katil,punggung dilabuhkan perlahan bersebelahan Dami yang sedang lena di buai mimpi.Adam mengamati wajah mulus yang dia rindui.Entah mengapa matanya tidak mahu terlelap tanpa menatap wajah ini.Wajah yang suatu masa dulu menganggu lenanya.Wajah yang tidak dikenali ini kini telah sah menjadi miliknya.Namun entah bila dia bisa benar-benar memiliki hati pemilik wajah di hadapannya.

Tangannya mengusap lembut rambut Damia.Lembut.Adam tundukkan badan mencium ubun-ubun isteri.Bau wangi menerjah masuk ke rongga hidungnya.Bau yang dia rindukan.Kerana bau inilah yang bisa membuatkan dia terlena.Ciuman Adam membuatkan Damia bergerak sedikit.Adam tersenyum,dia merebahkan tubuhnya disebelah Damia.Bilakah semua ini akan berakhir?.Dia mengeluh perlahan.Tangan kanan diletakkan di atas dahi.Mata dipejam membiarkan segala masalah hilang seketika.Penat dihujani segala rasa itu.

******

Bunyi alarm jam membuatkan Damia tersedar dari tidur,dia hampir menjerit,tangannya menekup mulut melihat sekujur tubuh lelaki disebelahnya.Setelah diamati rupanya yang masih lena adalah suaminya.Tapi macam mana dia boleh masuk,rasanya semalam aku dah siap-siap kunci pintu.Damia mengaru kepala mencari jawapan.Eh!!.Tak boleh jadi,kene kejutkan nanti kantoi dengan mentua.

"Abang,bangun dah nak subuh ni"Damia mengoyangkan tubuh Adam.

"Emmm,"Adam masih bermalasan diatas katil.Damia cuak.

"Abang,bangunlah nanti Mak Wan masuk bilik ni kejap lagi."Hah!terpaksa guna nama Mak Wan.Adam terus bangkit mengosok matanya.

"Dah pukul berapa ni"

"Dah lima setengah.Kejap lagi dah nak subuh."

"Oklah abang keluar dulu."Kata Adam Harris mengatur langkah keluar dari bilik Damia secara senyap-senyap.Damia menarik nafas lega.Dia bingkas bangun menyiapkan diri sebelum ke kamar Datin Suri.Hari ini Datin perlu ke hospital untuk rawatan susulan.Dia perlu menyiapkan semua keperluan Datin sebelum pergi.

Pagi itu setelah mereka berempat bersarapan,Dato Ridhwan bersiap-siap ke pejabat.Manakala Adam Harris dan Damia akan membawa Datin Suri ke hospital.Setelah menyediakan kereta betul-betul dihadapan rumah untuk memudahkan mama,Adam memimpin mama perlahan-lahan masuk ke dalam keretanya.Wheel chair dilipat dan diletakkan di but kereta.Sebelum masuk ke dalam kereta,sempat lagi Adam memberi isyarat mata mengarahkan Damia duduk di sebelahnya.Damia menggelengkan kepala.Enggan menurut.

"Mia duduk di depan.Biar mama di belakang."Arah Adam persis bos memberi arahan kepada pekerjanya.Datin Suri hanya menganggukkan kepalanya.Damia mengetap bibirnya menahan marah.Adam memandangnya dengan jengkilan mata.Dia menjadi geram melihat Damia mengigit bibir bawah begitu.Damia terus meloloskan diri ke dalam kereta.

Setibanya mereka,Datin Suri terus di bawa berjumpa doktor.Adam dan Damia duduk di ruang menunggu.Damia diam seribu bahasa,Adam pula asyik memandangnya.Sesekali Damia menjeling ke arah suaminya.Geram.

"Kenapa ni?"Tanya Adam dengan nada lembut.

"Bila masa abang curi-curi masuk bilik Mia."Tanya Damia.Soalannya mengundang tawa dari pihak Adam Harris.Gelak,gelaklah sepuas hati.Biar terkeluar anak tekak tu.Gomel Damia dalam hati.Muka masam mencuka.

"Abang ada kunci pendua,sebab itulah abang boleh masuk bilik Mia."Jelas Adam Harris.

"Hah!terus terang kan senang.Tak perlulah nak gelak lebih-lebih."Balas Damia dengan nada merajuk.

"Ala,janganlah merajuk.Semalam tu abang tak boleh tidur.Sebab tu abang masuk bilik Mia.Nampaknya lepas ni,kenelah selalu buat begini.Jika tidak.susahlah abang."

"Isk!abang ni kan.Memang nak kene tau."Balas Damia.Cubitan manja singgah di peha Adam.

"Aduh!!!"Adam terpaksa menahan sakit.Tangan kanan mengosok pehanya yang sakit.Pasti berbekas merah peha aku ni.Bukan biasa-biasa penangan gadis kampung.Damia menambahkan senyuman manis membuatkan Adam bertambah geram.Jika sekarang ni kita berada di kondo,habislah Mia abang kerjakan.Sabar Adam!!!

Pintu bilik doktor dibuka,jururawat yang bertugas membawa Datin Suri keluar dari situ.Adam dan Damia segera bangkit mendapatkan mama.Melihat wajah berseri Datin Suri.Adam merasa lapang dada.

"Doktor cakap apa mama?"Tanya Adam Harris.

"Doktor cakap,kaki mama ni sudah sembilan puluh peratus sembuh.Lepas ni mama sudah boleh berjalan menggunakan tongkat.Doktor Ranjit bagitahu bulan depan dia nak tengok mama datang gunakan tongkat,bukan lagi wheel chair ni."Cerita mama.Adam menarik nafas lega.Damia pun begitu.

"Alhamdulillah Datin,semua ini atas usaha datin sendiri.Semangat Datin sangat kuat."Kata Damia.Adam memandang isterinya dengan seribu satu rasa.

"Mia pun rajin tolong saya.Ok jomlah kita balik."Ajak Datin Suri.

"Ok jom."Kata Adam sambil tangannya menolak wheel chair mama,Damia mengekori dari belakang.Hatinya gembira kerana Datin Suri telah pun beransur sembuh.Setelah menghantar Datin Suri dan Damia ke rumah,Adam terus ke pejabat.Sebelum itu dia sempat berpesan kepada Damia untuk memasakkan untuknya asam pedas tengahari ini.Rindu ingin merasa air tangan isteri.

******

"Mak Wan nak masak apa tengahari ni?"Tanya Damia.

"Entahlah Mia,Mak Wan pun duk fikir dari tadi."

"Apa kata Mia yang masak hari ini,lagipun sekarang ni Mia tak ada kerja.Datin pun tengah berehat."

"La...Mia tak penat ke.Tangan tu pun nak rehat jugak."

"Ala Mak Wan,Mia ni kuat tau.Ada campuran darah pahlawan."Gurau Damia membuatkan mak Wan tertawa.Dia mengalah dan membiarkan Damia memasak hari ini.Lincah saja Damia beraksi.Tak sampai satu jam,telah siap menu asam pedas ikan pari,sayur campur,ulaman dan sambal belacan.Menu untuk Datin sup ayam kampung dan brocoli steam.Mak Wan kagum dengan tenaga muda Damia.Sangat berbeza dengan Linda.Entah-entah nama ikan pun Linda tak kenal.Ketawa sendirian Mak Wan.

"Kenapa Mak Wan gelak sorang-sorang ni.Teringat pakwe ke?."Usik Damia membuatkan Mak Wan tersipu malu.

"Isk! kamu ni.Kesitu pulak dia.Manalah Mak Wan ada pakwe."

"Eh,Mak Wan tu yang jual mahal.Cuma test market.Mesti berebut orang nak tau."Balas Damia.Belum sempat dia mengelak,Mak Wan telah pun memberikannya cubitan kasih.

"Aduh!!!.tengok ni berbekas cubitan Mak Wan."

"Hah!kacau lagi,kan dah mendapat."Ujar Mak Wan.Mereka berdua ketawa bersama.Mereka berdua mengemas dapur bersama.Damia menyiapkan hidangan untuk Datin.Setelah siap,dia mengangkat dulang untuk di bawah ke atas.

Belum pun sempat Damia membuka pintu bilik Datin Suri,pintu itu telah dibuka.Datin Suri berjalan sambil berpegang pada tongkat berkaki tiga.

"Ya Allah Datin,kenapa tak panggil Mia."Kata Damia segera meletakkan dulang makanan di atas meja yang berhampiran.Dia segera memapah Datin Suri.

"Isk!Mia ni,bagilah saya buat sendiri,jangan risau.Saya boleh jalan perlahan-lahan."Kata Datin Suri.Pandangan matannya tertumpu pada dulang yang berisi makanan.

"Mia,Dato sudah balik ke?"

"Belum lagi Datin."

"Jika begitu,bawakan makanan itu ke bawah,saya nak tunggu dato dan makan bersamanya."

"Baiklah Datin."Akur Damia.Dia membawa Datin ke bawah menggunakan lif yang tersedia.Dulang makanan di bawa bersamanya dan dihidangkan di atas meja.Sebentar kemudian kedengaran suara Dato Ridhwan memberi salam.Datin Suri bangkit untuk menyambut kepulangan suaminya.Dato Ridhwan amat terkejut melihat isterinya mampu berjalan walaupun menggunakan tongkat berkaki tiga.Bercahaya wajahnya kegembiraan.Damia yang memerhatikan pasangan itu turut merasa gembira.

"Sayang sudah boleh jalan."Teruja Dato Ridhwan.Datin Suri menganggukkan kepala,senyuman terserlah diwajahnya.

"Alhamdulillah abang,Suri sudah boleh berjalan sikit.Berkat doa dan dorongan abang."

"Alhamdulillah sayang.Abang gembira sangat."Mereka berpelukan tanpa menyedari Damia berada disitu.Damia menjadi serba salah lalu segera meninggalkan pasangan itu.Dia ke dapur sebentar.

"Assalamualaikum"Suara Adam Harris bergema di ruang tamu.

"Allah"Adam tepuk dahi.Tindakannya membuatkan mama dan papa melepaskan pelukan.Mama tersipu malu,papa pulak buat muka.Adam hanya tersengih macam kerang busuk.Salah waktu rupanya aku ni.Detik hatinya.

"Jom lah kita makan bersama."Ajak Datin Suri.

"Maaflah mama dan papa.Adam tak sengaja tadi."Kata Adam.Terasa bersalah kerana menganggu tadi.

"Lepas ini jangan kacau line."Selamba papa berkata.Adam tergamam.Mama tersenyum sipu.

"Sudahlah tu,jangan nak gaduh-gaduh.Makanan dah tersedia atas meja tu.Jom kita makan."Ajak Datin Suri.Langkah diatur perlahan-lahan ke meja makan.Dato Ridhwan memeluk pinggang datin berjalan bersamanya.Adam Harris telan air liur menyaksikan pasangan romantik dihadapannya.Manalah Mia ni.Aku pun nak jugak macam mama dan papa ni.Detik hatinya.Dia mengekori dari belakang.Hampa namun bau asam pedas menaikkan seleranya.

Damia muncul dari dapur setelah dipanggil oleh Datin Suri.Dia duduk semeja dengan anak beranak itu.Seperti biasa dia memilih untuk duduk bersebelahan Datin Suri.Damia membantu datin menyendukkan nasi dan lauk.

"Mia,saya nak rasa asam pedas tu.Baunya semerbak dan nampak sedap."Ujar Datin Suri.Damia akur.

"Tak boleh banyak ye datin.Asam pedas ni pedas."Kata Damia perlahan.Dia masih ingat pesanan Mak Wan yang mengatakan Datin Suri tidak boleh makan makanan yang terlalu pedas.

"Sedapnya asam pedas ni,Mia tolong tambahkan lagi untuk saya."Pinta Dato Ridhwan.Adam yang berhadapan dengan Damia menarik muka.Aku ni yang patut dilayan Mia.Jerit hatinya.Damia nampak perubahan wajah suaminya.Gerenti tengah makan hati tu.
"Tuan Adam nak asam pedas ni tak?"Kata Damia cuba memujuk.

"Rugilah Adam.Sedap sangat asam pedas ni."Kata papa ibarat mencurahkan minyak pada api yang telah pun menyala kecil.

"Saya nak makan sup ayam tu je."Kata Adam.Apa!!!!.Bukan ke tadi minta aku masakkan asam pedas.Kenapa nak lauk mama pulak.Bisik hati Damia menahan marah.

Aduh Adam Harris!!!.Kenapa pulak sup ayam kampung,Asam pedaslah wei.Kau tengok macam mana berselera papa makan,aduh!!!! kenapalah mulut aku ni.Marah Adam di dalam hatinya.Terasa bodoh dengan tindakan sendiri.Tak kan aku cemburu dengan papa.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.Melihat mama dan papa menikmati asam pedas itu membuatkan dia menelan air liur.Damia hanya tunduk menjamu makanan.Pandanglah abang ni kejap Mia.....

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience