Bab 52

Romance Completed 51617

Bab 52

Adam merenung di luar tingkap pejabatnya dengan pandangan kosong.Lima hari berlalu tanpa dia dapat menjejaki isterinya.Sudah merata tempat dia mencari,tidak jua ketemu.

"Mana lagi abang nak cari Mia.Kuala Lumpur ni besar.Kemana Mia,tolonglah bagi abang petunjuk sayang.Abang rindukan Mia."Kata Adam Harris perlahan.Airmata sudah tidak terhitung lagi yang telah membasahi pipinya.Perasaan kesal dan rindu yang semakin mencengkam menghimpit hatinya.Kini dia semakin menyedari cintanya pada Mia telah lama terbit.Takdir pertemuan mereka dari awal hingga kini membuatkan dia belajar tentang indahnya cinta.Satu perasaan halus yang dihadirkan dalam jiwa setiap insan untuk berkasih sayang.Damia terlalu istimewa.Ayu Safirah adalah yang pertama yang mengajarnya kenal erti cinta,Damia mengajarnya erti kasih sayang selepas berkahwin.Keduanya wanita ini terlalu istimewa untuk Adam.Bezanya Ayu Safirah adalah kenangan terindah Adam untuk dikenang.Manakala Damia adalah peneman jiwanya kini dan selamanya.Pintu biliknya diketuk,Adam Harris menoleh.

"Assalamualaikum."Tegur Danial.Salamnya disambut Adam.Danial memerhatikan susuk tubuh sahabatnya.Entah hilang kemana seri wajah Adam.Jika dulu wajah ini ceria.Kini semakin tidak terurus.

"Kau tak boleh macam ni,Adam."Bicara Danial sebagai permulaan.Dia sudah tidak sanggup melihat Adam begini.Jika dulu sewaktu Ayu baru meninggal dunia,Adam hampir begini.Makan masa hampir dua tahun baru betul-betul pulih.Danial tidak sanggup untuk melihat kali kedua Adam Harris seperti ini.

"Aku dah tak tahu apa yang patut aku lakukan.Di mana lagi aku nak cari Mia,Danny."Balas Adam seakan merayu.Matanya mula berkaca.

"Aku terlalu rindukan dia.Aku sayangkan dia.Aku tak sanggup hadapi satu lagi perpisahan.Aku tak sanggup!!!!!!"Kaki Adam semakin lemah.Dia akhirnya melutut di sisi sofa.Mujur Danial sempat menangkap tubuhnya.Bahu Adam bergoncang seakan sedang meluahkan apa yang masih bersisa di dalam hatinya.Danial memberi ruang untuk Adam seketika.Sekurang-kurangnya sedikit derita di hatinya berkurangan.

"Adam,kau tak cari dia di kampung?".Kata Danial.Adam memandangnya anak mata sahabatnya.Cuba mencari jawapan.Mungkinkah?.Lantas Adam bangun dan terus mencapai telefon,mendail dan menanti panggilannya di jawab.

"Assalamualaikum Pak Samad."

"Waalaikumsalam,Adam.Kamu apa khabar?.Bila sampai Malaysia."Adam sedikit terkejut.Aku memang dekat Malaysia lagi ni.Detik hatinya.

"Mia kata kamu ke luar negara."Ujar Pak Samad.

"Baru sampai Pak Samad."Balas Adam Harris.Rupanya Damia telah selamat tiba di kampung.Adam tersenyum memandang Danial.Matanya yang dari tadi tidak bermaya kembali bersinar.Tunggu abang datang,Mia.

"Pak Samad,saya ada satu permintaan.Jangan bagitahu Mia tau.Saya akan ke sana hari ini.Rindu sangat dengan Mia."Luah Adam.Terdengar ketawa Pak Samad.Adam turut tesengih.

"Mia pun rindukan kamu,setiap hari dia asyik termenung.Kadang-kadang tu sampai menangis."Cerita Pak Samad membuatkan Adam hilang kata-kata.Maafkan abang Mia.Abang bersalah.Setelah selesai berbual dengan Pak Samad.Adam bergegas meninggalkan bilik pejabatnya.Danial yang masih berdiri mengadapnya tidak dihiraukan.

"Angau sangat kau ni Adam,sampai aku ni pun kau tak layan."Luah Danial.Akhirnya dia jua melangkah keluar dari situ.

******

Wajah tegang kedua orang tua Linda jelas kelihatan,Linda yang masih duduk menikus di sofa tunggal hanya mampu tunduk menahan malu.Panggilan telefon dari Datin Suri sebentar tadi cukup membuatkan dia tahu apa yang sedang berlaku.Andai boleh diputarkan waktu,dia tidak sanggup tersilap langkah lagi.Kali ini dia benar-benar menyesal.

"Siapa lelaki itu?"Tanya Dato Murad dengan nada keras.Datin Qaira memandang Linda dengan mata yang berkaca.Dia amat kecewa dengan sikap Linda.Malu dengan sahabatnya kerana perangai tidak senonoh anaknya sendiri.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni!!!!"Herdik Dato Murad.Kesabarannya semakin tipis.Jika diikutkan hatinya mahu sahaja di kerjakan sampai lunyai keduanya.

"Namanya Fendi,daddy."Jawab Linda perlahan.Seumur hidupnya tidak pernah dia melihat sisi Dato Murad begini.Sungguh dia dalam ketakutan.

"Kau telefon Fendi sekarang!.Suruh dia datang sini.SEKARANG!!!!!!"Herdik Dato Murad lagi.Kali ini biar dia yang bertindak.Dia tidak sanggup lagi menangguh malu diatas perbuatan anaknya.Linda pantas mencapai telefon dan segera menelefon kekasih gelapnya.

"Kenapa Linda sanggup buat begini pada mummy dan daddy?"Luah Datin Qaira setelah Linda selesai menghubungi Fendi.Dia benar-benar ingin tahu apa yang terbuku di dalam hati anaknya.Datin Qaira keliru,Adakah Linda benar-benar cintakan Adam Harris atau ianya sekadar untuk menjaga hati kedua orang tua.

"Maafkan Linda mummy,daddy.Linda menyesal atas apa yang Linda lakukan.Linda menyesal!!!!!"Akhirnya tangisan Linda kedengaran.Dia melutut di kaki kedua orang tuannya memohon keampunan.Namun bagi Dato Murad bukan semudah itu untuk dia memaafkan kesalahan Linda.Kepercayaan yang diberikan dibalas tuba.Bukan mudah untuk dia bina kembali kepercayaan itu semula.Tangannya segera menepis tangan Linda yang cuba meraih.Datin Qaira yang turut kecewa masih mengalirkan airmata.

"Hari ini juga kau kene bernikah dengan Fendi.Kali ini aku akan pastikan kamu bernikah depan mata aku."Muktamad keputusan yang diambil Dato Murad.Dia sudah tidak sanggup lagi menahan malu jika dilambatkan.Entah apa yang bakal berlaku kelak.Datin Qaira sedikit terkejut dengan keputusan suaminya.

"Sayang,kita tak kenal Fendi tu.Tak kan nak nikahkan dengan anak kita?."Kata Datin Qaira.Dato MUrad memandang tajam kearah isterinya.

"Anak aku sendiri pun aku dah tak kenal.Awak boleh tanya saya soalan itu.Dia ini tak perlukan kita untuk menentukan siapa suaminya.Dia sudah buat pilihan sendiri.Dia dah bodohkan kita!.Dia sanggup serah diri pada jantan lain!sekarang awak tanya saya,Siapa yang sanggup nak kahwin dengan dia ni?"Luah Dato Murad kasar.Kata-katanya membuatkan Datin Qaira terdiam.Ada betulnya apa yang dikatakan suaminya.Linda yang masih bersimpuh di sisi sofa tidak mampu menahan malu,dia akur dengan keputusan ayahnya.

Akhirnya selesai sudah pernikahan diantara Linda dan Fendi.Majlis yang dilakukan serba ringkas.Hanya dihadiri Tuan Imam,saksi dan beberapa ahli keluarga yang terdekat.Anggaran sepuluh orang sahaja.Linda masih menahan sendu.Malu dengan perbuatannya.Fendi yang kini telah sah menjadi suaminya turut muram wajahnya.Setiap tetamu yang hadir majlis itu ibarat menghadiri majlis kematian,tiada tawa atau senyuman yang terukir di bibir.Setelah selesai,satu persatu tetamu berangkat pulang.Dato Murad dan Datin Qaira turut menghilang ke tingkat atas.Tinggallah Linda dan suaminya yang masih kaku di tempat masing-masing.

Pap!!!bunyi beg yang dicampakan dari tingkat atas.Bertaburan isi beg itu.Linda memandang sepi beg yang dicampakkan.Dia semakin mengerti apa yang diinginkan oleh orang tuanya.

"Sekarang kau boleh ikut suami kau.Pergi!!!!!"Jerit Dato Murad dari tingkat atas.Fendi memandang sayu isterinya.Dia jua turut terpaling rasa bersalah.Akhirnya kedua pasangan yang baru menikah keluar dari rumah mewah yang selama ini didiami oleh Linda.Jika pasangan lain yang baru bernikah diraihkan dengan peniuh adat istiadat,tidak bagi mereka.Linda menoleh kearah rumah itu semula.Maafkan Linda mummy,daddy.Detik hatinya.Airmata semakin laju.

******

Perjalanan dua jam dirasakan begitu lama,sesekali Adam Harris menoleh sebelahnya.Jambangan mawar merah sedozen yang bakal diberikan kepada Damia diharapkan bakal disambut baik oleh isterinya.Bagaimanalah reaksi Damia nanti.Adakah dia bakal dihadiahkan dengan senyuman atau herdikan.Mengenangkan semua itu,hati lelakinya sedikit gementar.Bunyi telefon segera dijawab.

"Mama,Adam memang tengah on the way ke rumah keluarga angkat Mia.Inshaallah bila semua sudah selesai,Adam akan bawa menantu mama balik.Mama doakan yang terbaik buat kami ok."Kata Adam Harris sebelum mengakhiri panggilan dari Datin Suri.

Mia,abang harap sangat moga Mia sudi berikan abang peluang kedua.Semoga kita terus kekal menjadi suami isteri sehingga ke akhir hayat.Abang terlalu rindukan Mia.Bisik hati Adam.

******
Damia merenung jauh keluar dari jendela kamarnya,hatinya terasa rindu yang mendalam.Tetapi dalam masa yang sama dia akui masih kecewa dengan apa yang telah dilakukan oleh Adam terhadapnya.Pasti saat ini,dia sedang bergembira bersama isteri barunya.

Mengenangkan semua itu membuatkan airmatanya menitis buat sekian kalinya.Sejak dia tiba di kampung,Mak Nani dan Pak Samad tidak tahu akan perkara sebenar.Aib suami isteri masih dijaga rapi.Sampai bila aku hendak berselindung dari mereka.Damia mengeluh.Setelah bersarapan bersama pagi tadi,Mak Nani dan Pak Samad ke kebun seperti kebiasaannya.Tinggallah dia sendirian di dalam rumah.Damia mencapai kunci rumahnya.Baik aku lepaskan rindu pada mak dan abah.

Setibanya di rumah peninggalan kedua orang tuanya,Damia masuk ikut pintu belakang seperti selalu.Semalam dia tertinggal telefon di kamar rumah ini,lantas dia bergegas ke kamar untuk mencari telefonnya.Cukup sekadar melepaskan rindu kepada suami yang sedang bahagia dengan kehidupan baru.Dia rela merindu dari jauh.

"Ingat Taha,kau jaga depan pintu ni.Jika ada sesiapa yang datang,kau bagitahu aku cepat.Faham!!!"Arah Kamal kepada Taha.Sejak Damia tiba lima hari yang lalu,Kamal semakin mabuk rindukan Damia.Kali ini dia yakin,Damia akan menjadi miliknya walaupun seketika.Cukup untuk dia melepaskan rindu dendamnya.Perlahan-lahan Kamal menguak pintu belakang,nasibnya baik kerana pintu itu tidak berkunci dari dalam.Dia melangkah masuk dan segera mengunci pintu kembali.Kamal melangkah lagi ke bahagian depan,langkahnya terhenti saat terlanggar kerusi.

Damia yang berada di bilik terdengar bunyi di dapur.Dia tidak segera keluar.Mungkin Mak Nani yang datang barangkali.

"Mak Nani,Mia di bilik ni.Marilah sini."Damia bersuara agak kuat.Langkah derapan kaki yang didengarinya sedang menuju ke arahnya.Damia terdiam seketika.Kebiasaanya Mak Nani pasti akan bersuara.Kenapa kali ini senyap sahaja.Damia mula rasa tidak sedap hati.Dia segera menoleh.Wajah Damia berubah.Terkejut melihat Kamal sedang berdiri berhadapan dengannya.Jarak mereka tidak terlalu jauh.Kamal berdiri betul-betul dihadapan pintu bilik seolah-olah menghalang Damia dari keluar dari kamar itu.

"Baik kau keluar sekarang!!!aku jerit nanti!.Ugut Damia.

"Jeritlah sayang.Abang Kamal rindu nak dengar jeritan Mia."Balas Kamal.Senyuman nakal diukirkan membuatkan Damia semakin tidak senang duduk.Kamal mula mengorak langkah menghampiri wanita pujaannya.Damia berundur mencari ruang untuk melepaskan diri.Tangan kasar Kamal cuba memegangnya.Damia panik!.

"Tolong!Tolong!Tolong Pak Samad,Mak Nani.Tolong Mia!"Jerit Damia sekuat hatinya.Mengharapkan agar suaranya didengari.Dia amat berharap saat ini Pak Samad dan Mak Nani telah pulang dari kebun.

Damia cuba memboloskan diri ke pintu bilik,namun Kamal pantas menariknya.Damia jatuh,dahinya terkena tombol pintu bilik.Darah merah pekat mengalir dari dahinya,rasa sakit di dahi tidak sedikit pun dihiraukan,dia masih gigih berusaha untuk bangun.Kamal langsung tidak pedulikan darah yang mengalir terus menerkam Damia yang masih cuba bangun.Damia menjerit sekuat hatinya.Dalam hati terus berdoa,otak ligat memikirkan Adam Harris.Tolong selamatkan Mia,abang.Rintih hatinya.

Sayup-sayup kedengaran suara yang amat dikenali.Mak Nani yang baru pulang dari kebun mengamati suara itu,pantas dia menjenguk ke luar tingkap.Melihat kelibat Taha di depan pintu rumah Damia membuatkan hatinya berdebar-debar.

"Ya Allah,selamatkan anakku."Katanya di dalam hati.Pantas Mak Nani berlari mendapatkan suamnya.

"Abang!tolong Mia.Dia dalam bahaya tu .Cepat!!!"Jerit Mak Nani.Pak Samad yang sedang mengasah parang bergegas ke rumah sebelah dengan memegang parang.Panas hatinya melihat Taha yang sedang berdiri membelakanginya.

"Woi!!!Taha.Kau buat apa tu."Jerit Pak Samad sambil mengacukan parang yang baru diasah.Sebaik sahaja melihat Pak Samad menghampiri,Taha menjadi kelam kabut.Dia segera melarikan diri tanpa sempat memberitahu Kamal.Pak Samad cuba membuka pintu namun dikunci dari dalam.Suara tangisan dan pekikan Damia jelas kedengaran.Kedua orang tua itu cuba menolak pintu itu.

'Tolong Kamal,jangan buat begini.Mia isteri orang."Rayu Damia.Kamal memeluk Damia yang terbaring tidak dapat bangun.Damia meronta sekuat hatinya.Tenaga dikerah sepenuhnya.Dia tidak rela menyerah kalah dengan lelaki seperti Kamal.Kerana Kamal ibunya meninggal.Dia menolak Kamal hingga jatuh terduduk.Pantas Damia mengambil peluang untuk bangun dan segera mengorak langkah keluar.Namun kakinya dicapai Kamal menyebabkan dia hilang imbangan dan jatuh sekali lagi.Kamal terus menindihnya.

"Dah lama aku idamkan kau,Mia.Sepatutnya malam itu,kau bernikah dengan aku bukan dengan lelaki dari bandar itu."Kamal meluahkan rasa hatinya.Mata lelaki Kamal merah menyala.Seperti tidak sabar hendak menjamah tubuh kecil Damia.Airmata Damia mengalir laju,tubuhnya terasa sakit.Tenaga semakin berkurangan.Fikirannya tertumpu kepada Adam Harris.

"Ya Allah,jika dia takdirku,maka KAU hadirkan suamiku.Tolong selamat Mia,abang."Damia berkata didalam hatinya.Kudratnya tidak mampu melawan Kamal yang semakin menganas.Darah pekat yang mengalir dari dahinya tidak dihiraukan Kamal.Bibir mungil Damia menjadi buruan Kamal.Damai mengelak dengan mengelengkan kepalanya.Kamal hilang sabar,pipi suci Damia ditampar beberapa kali.Sakitnya tidak terperi.Damia semakin lemah.Hanya mampu berdoa mengharapkan bantuan segera tiba.

Dari dalam kereta,Adam Harris menyaksikan Mak Nani dan Pak Samad sedang cuba menendang pintu belakang rumah Damia.Dia berasa tidak sedap hati.Segera dia menghentikan enjin kereta dan bergegas keluar.Adam berlari pantas mendapatkan mentua angkatnya.

"Kenapa ni?"Tanya Adam.Belum sempat Pak Samad menjawab,jelas kedengaran suara Damia menjerit meminta tolong dari dalam rumah.Adam tidak tunggu lama.Sekali tendangan dengan menggunakan tenaga mudanya pintu terbuka.Adam berlari mendapatkan Damia.

"Jahanam kau!!!!"Jerit Adam terus menyepak Kamal sekuat hatinya.Sakit hatinya melihat lelaki itu menyakiti Damia.Sepakkan Adam membuatkan Kamal tersungkur.Adam tidak beri peluang untuk Kamal bangun,dihadiahkan beberapa sepakan dan tumbukan bertalu-talu.Dengan sedikit tenaga yang masih berbaki,Damia melihat bagaimana Adam mengerjakan Kamal.

"Dia Takdirku?"Damia yang masih keliru dengan kehadiran Adam.Namun dia tetap bersyukur kerana maruahnya masih terpelihara.Mak Nani mendapatkan Damia,dia cuba membangunkan anak angkatnya.Perlahan-lahan Damia bangun dan duduk.Tubuh Mak Nani dipeluk erat,dia menangis semahunya.Pak Samad menghampiri Adam.

"Sudah tu,Adam.lunyai dah Kamal ni.Kita serah dekat polis je nanti."Pujuk Pak Samad.Adam berhenti membelasah Kamal.Matanya beralih ke susuk tubuh isteri yang dirindui.Hatinya merintih menangis melihat keadaan Damia yang terlalu lemah.

"Mia,"Panggil Adam perlahan.Dia menghampiri isterinya.Damia berpaling memandangnya,hati wanitanya terasa begitu sayu.Airmatanya mengalir laju.Hilang semua rasa marah yang terpendam untuk lelaki yang bergelar suami ini.Semuanya bertukar menjadi rindu yang amat mendalam.Kepala Damia berdenyut,pandangannya menjadi kelam.

'Mia!!!!"hanya suara Adam,Mak Nani yang kedengaran memanggil namanya.Selebihnya terus hilang.Mujur Adam sempat menyambut tubuh isterinya yang rebah.Dia segera mendukung Damia dan membawanya keluar dari rumah itu menuju ke kereta.Mak Nani di depannya segera membuka pintu bahagian belakang kereta dan Adam segera memasukkan tubuh Damia kedalamnya.

"Adam bawa Mia ke hospital dulu."Kata Adam Harris pada Mak Nani.Fikirannya hanya tertumpu kepada Damia.Dia tidak sanggup merasai kesakitan akibat kehilangan.Cukuplah dia lalui kesakitan itu sewaktu pemergian Ayu Safira dan lima hari tanpa Damia disisinya.Perit rasa itu.Pedal minyak ditekan.laju kereta menyusuri jalan meninggalkan Mak Nani,Pak Samad dan Kamal yang telah siap diikat menanti kehadiran polis.

Setibanya di hospital,pantas para petugas menjalankan tugas.Tubuh Damia diusung ke dalam bahagian kecemasan.Adam terus bergegas masuk sebaik sahaja meletakkan kereta di bahagian letak kereta.

Setelah menanti hampir tiga puluh minit,Adam semakin tidak tentu arah.Sebaik sahaja melihat kelibat doktor.Dia terus bertanyakan keadaan isterinya.

"Syukur Alhamdulillah.Isteri Encik tidak mengalami kecederaan serius.Luka didahi sudah dibersihkan dan dijahit.Cuma kami perlu menahannya untuk memastikan dia betul-betul pulih kerana tekanan darahnya terlalu tinggi buat masa ini."Kata doktor yang bertugas.

"Saya telah berikan dos yang sesuai dan sekarang isteri encik telah dimasukkan ke dalam wad,dia masih tidak sedarkan diri.Encik boleh ke kuanter di depan untuk merujuk wad mana."Sambung doktor itu.Adam terus bergegas ke kuanter yang dikatakan oleh doktor tersebut.Sebaik sahaja tahu dimana Damia berada,Adam Harris terus melangkah laju.Dia merasa lega dengan penerangan doktor.Mujur tiada yang serius.Sebaik sahaja tiba,pintu bilik dikuak,Adam melihat sekujur tubuh isterinya yang berbalut didahi sedang lena.Wajah tenang Damia diamati.Rindu yang menggunung didalam hati sukar untuk dikatakan.Adam melabuhkan punggung di kerusi.Tangan kanannya mencapai jari jemari Damia.Dikucupnya lama.

"Maafkan abang,sayang."Adam melontarkan kata-kata yang tersimpan sejak lima hari yang lalu.Airmata lelakinya tidak mampu ditahan lagi.Jatuh satu persatu.

"Abang tahu,Mia marahkan abang.Abang bersalah dengan Mia.Sungguh saat itu hanya Mia sahaja yang mampu membantu abang.Cuba abang tidak sempat menjelaskan perkara sebenar,Mia sudah tinggalkan abang.Maafkan abang sayang."Bicara Adam tanpa disedarinya Damia telah membuka mata memandangnya.Dia mendengari setiap baris kata-kata Adam.

"Abang,Mia sayangkan abang."Perlahan Damia berkata.Adam memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.Jika diikutkan hatinya,dia hendak memeluk erat tubuh isterinya.

"Syukur Allah masih sayangkan jodoh kita,Allah pelihara bidadari abang."Kata Adam Harris.Jari jemari Damia dikucup berkali-kali.Damia mengukir senyuman.Tubuhnya masih terasa sakit.Pipinya masih berbekas kesan ditampar Kamal.Malam itu,Adam menemani isterinya.

******

"Assalamualaikum papa,maaf menganggu papa malam-malam ni,"Bicara Adam sebaik sahaja panggilannya dijawab.

"Adam dimana ni?"Tanya Dato Ridhwan.

"Adam di Melaka.Adam sudah jumpa isteri Adam.Nanti beberapa hari lagi Adam balik ye papa.Bagitahu mama tau.Menantu mama sudah dijumpai."Balas Adam.Biarlah dia dan Damia sahaja yang tahu apa yang berlaku.Dia tidak mahu mama susah hati.Setelah selesai berbual,Adam mematikan panggilan dan memandang isterinya yang telah lena.Adam duduk memandang isterinya.

"Adam,Mia ni masih lemah,masih pucat lagi mukanya.Kamu kenalah temankan dia.Banyak bacakan ayat quran,zikir dan teruskan berdoa untuk kesembuhan Mia.Ingat Mia,saat ini kalian diuji Allah kerana sayangkan kalian.Kuatkan semangat kamu."Bicara Mak Ani sewaktu melawat Damia petang tadi.Sebaik sahaja menerima panggilan dari Adam,Baba Bakar dan isterinya terus sahaja ke hospital.Mata Adam semakin layu.Dia membaringkan badan di sofa yang tersedia di sisi katil isterinya.

Bunyi dentuman petir memgejutkan Adam Harris yang baru terlena.Dia bingkas bangun dan seperti diduga,Damia telah terjaga dan berada dalam ketakutan.Trauma Damia kembali.Adam memeluk isterinya dan menenangkan dengan bacaan ayat quran dan zikir.Tangisan Damia semakin reda,dia kembali tenang setiap kali mendengar bacaan quran yang dibacakan oleh Adam.Tanpa disedari,sepanjang malam itu,mereka tidur sekatil.Bunyi penggera jam ditelefon mengejutkan Adam.Segera dia mencapai telefon dan mematikan alarm.Adam menoleh disebelah melihat Damia yang masih lena berbantalkan lengannya.Seolah mereka lupa di mana meraka berada saat ini.Adam tersenyum bahagia.Sempat dia menghadiahkan satu kucupan di dahi Damia yang masih berbalut.Adam mengalihkan kepala Damia perlahan-lahan,setelah itu dia bangkit dan menuju ke bilik air.Setelah siiap berwudhu,Adam keluar dari bilik air dilihatnya Damia sudah bangun.

"Mia nak pergi toilet?"Tanya Adam Harris lembut.Damia mengangguk kepala.Adam membantu isterinya turut dari katil.

"Abang,tak mengapa.Biar Mia masuk sendiri.Abang pergilah ke surau dulu."Kata Damia.Sebenarnya dia segan Adam memperlakukan dia sebegitu.Hingga ke depan pintu bilik air Adam memimpinnya.Adam tersenyum nakal memandang isterinya.

"Takut abang masuk sekali ke?"Gurau Adam.Damia mengetap bibir menahan marah.Geram Adam membulinya.

"Nah!ambik ni."Dihadiahkan satu cubitan dilengan Adam yang berlapik dengan baju.

"Aduh!!.Nasib baik berlapik.Abang dah berwudhu ni."

"Hah!baik pergi cepat.Kang Mia pegang betul-betul.Nak?"giliran Damia pula membuli suaminya.Adam segera mengelak dari disentuh isterinya.Tergelak kecik Damia melihat reaksi Adam.Setelah Adam berlalu pergi,barulah Damia masuk ke dalam bilik air.

Pagi itu setelah bersarapan,Damia di datangi Doktor Farid untuk rawatan susulan.Damia bersyukur dengan apa yang dikatakan oleh doktor.Dia telah sihat sepenuhnya dan dibenarkan pulang.Adam melihat wajah Damia dengan perasaan gembira.

Adam membantunya mengemaskan barang dan menyelesaikan bil hospital.Setelah itu mereka berdua bergerak pulang.Damia agak terkejut melihat ada sejambak mawar merah yang hampir layu didalam kereta.Dia melihat Adam yang turut tersengih meilhat jambangan itu.

"Sorry sayang,sepatutnya ini untuk Mia.Semalam dah lain ceritanya.Abang terlupa nak bagi.Layu dah bunganya."Kata Adam.Dia mengambil jambangan itu dan mahu membuangnya.

"Jangan buang!."Halang Damia.Adam agak terkejut.

"Mia terima setiap apa yang abang berikan,walaupun dah hampir layu."Balas Damia terus mengambil jambangan itu dari tangan Adam Harris.Dia sempat menciumnya.Wangi lagi.

Adam terkesima dengan tindakan isterinya.Sepanjang perjalanan,Adam asyik mengenggam erat tangan Damia hingga isterinya terpaksa redha dengan kelakuan suaminya.Damia masih terasa lemah badan.Adam memberhentikan kereta di bahu jalan.Damia yang baru ingin melelapkan mata sedikit terkejut.Adam memandang tepat ke anak mata Damia.Kali ini dia ingin berterus terang tentang apa yang telah berlaku sebelum mereka tiba di rumah.Dia tidak sanggup menyimpan lebih lama perasaan bersalah itu lagi.

'Mia,abang minta maaf atas apa yang berlaku diantara kita.Sebenarnya itu angkara Linda.Dia masukkan ubat tidur dalam minuman Mia dan ubat peransang dalam minuman abang.Rancangan dia tidak berjaya dan abang terpaksa lakukan tanpa kerelaan Mia.Tolong maafkan abang,sayang." Lembut Adam melontarkan kata-kata membuatkan Damia terdiam.Dia cuba mengimbas kembali apa yang telah terjadi dulu.Sungguh licin Linda hingga dia turut menjadi mangsa.

"Abang,Mia pun bersalah kerana pergi tanpa meminta izin dari abang,Mia jadi keliru dan marah.Mia terasa ditipu.Maafkan Mia abang.Tapi bukan ke abang sudah bernikah dengan Linda?"Balas Damia.Mendengar soalan Damia itu membuatkan Adam ketawa.Damia disisinya berasa pelik.

"Tak sayang.Abang tak akan bernikah dengan Linda.Kerana abang telah bernikah dan berkahwin dengan Siti Damia seorang ni."Ujar Adam Harris berseloroh.Membuatkan Damia mengetap bibirnya menahan malu.

'Mia,berapa kali abang cakap.Jangan buat bibir macam tu.Abang tak tahan nanti."Pantas sahaja Damia menghadiahkan cubitan di peha Adam.Hah gatal lagi!.Mereka akhirnya tiba di rumah.

******

Pagi itu rumah Mak Nani kecoh dengan kehadiran tetamu dari Kuala Lumpur.Mak Nani tak sangka kesudian ibu bapa Adam Harris ke rumahnya.Adam yang baru pulang dari pasar bersama Pak Samad turut terkejut.

"Macam mana papa tahu rumah ni?"Tanya Adam sebaik sahaja bersalaman dengan orang tuanya.

"Baba Bakar yang tunjukkan rumah tadi."Jawab Dato Ridhwan.Mereka duduk bersarapan di pangkin sambil menikmati cuaca pagi yang mendamaikan.Damia masih di kamar.

"Maaflah Datin Suri,sarapan ringkas sangat.Sudilah jamah menu kampung ni."Bicara Mak Nani rendah diri.

"La,tak mengapa Kak Nani.Kami pun dari kampung juga.Dah biasa makan begini.Jangan susah hati.Menu kampung macam nilah sedap."Ujar Datin Suri.Matanya mencari Damia.Rindu bukan kepalang dengan menantu yang satu ini.

"Mia masih di dalam bilik,lepas makan ubat subuh tadi.Terus tertidur."Kata Adam seolah mengerti apa yang terbuku di dalam hati mama.

"Makan ubat??"Serentak dato dan datin bersuara.Akhirnya Adam terpaksa bercerita apa telah berlaku.Datin Suri mengurut dadanya.

"Allah!kesian menantu kita abang."

"Alhamdulillah,Mia dah beransur pulih mama.Mama jangan risau ok."Balas Adam.Dia meminta diri untuk ke dalam rumah.Sepeninggalan Adam,Dato Ridhwan bertanyakan kepada Pak Samad dan Mak Nani bagaimana Adam dan Damia bertemu dan nikah.Pak Samad memandang wajah isterinya.Akhirnya terungkaplah rahsia yang tersembunyi.Barulah Dato Ridhwan dan Datin Suri mengetahui bagaimana mereka terpaksa bernikah malam itu.Walaupun demikian,mereka tetap bersyukur dapat menantu seperti Damia.

"Saya bersyukur kak,Mia ditakdirkan menjadi menantu saya.Dia pandai menjaga saya masa saya sakit aritu.Cuma saya ralat,saya tak tahu masa tu."Bicara Datin Suri sedikit kecewa.Mak Nani tersenyum.

"Alhamdulillah datin.Memang jodoh mereka,siapalah kita hendak menghalang takdir."Balas Mak Nani.Datin Suri mengangguk kepala tanda setuju dengan kata-kata Mak Nani.

"Kak,janganlah panggil saya datin.Memadai panggil Suri.Kita ini kan besan."Seloroh Datin Suri membuatkan Mak Nani tersipu malu.

Dari pintu belakang,Adam memimpin tangan Damia keluar menuju ke pangkin.Datin Suri yang melihat Damia terus sahaja melangkah ke arahnya.Mereka berpelukan.Adam hanya memerhatikan tanpa bersuara.Suatu pandangan yang menusuk jiwanya.

"Datin,maafkan Mia.Hari tu Mia pergi tak sempat jumpa Datin.Datin dan Dato sihat."Kata Damia.Datin Suri menjeling memandang Adam.Habislah aku kali ni.Monolog Adam.

"Mia,lepas ni jangan lagi panggil datin dan dato."Kata-kata Datin Suri membuatkan Damia kecut perut.Rasa bersalah menghantuinya.

"Maafkan Mia.."Tak sempat Damia menghabiskan kata-katanya,Datin Suri mencelah.

"Mia kene panggil mama dan papa.Faham!!!!"sambung Datin Suri membuatkan Damia terkejut.Dia segera menoleh kearah suaminya.

'Mama sudah tahu rahsia kamu berdua.Bertuah sangat anak mama ni,sorokkan menantu mama ni lama sangat."Ujar Datin Suri.Sempat dia menarik telinga Adam hingga terdengar jeritan manja Adam Harris.Yang lain hanya mampu menghadiahkan ketawa kepada Adam.

"Lepas ni kita aturkan kenduri meraikan pengantin ni."Bicara Dato Ridhwan.Datin Suri angguk kepala tanda setuju.Adam dan Damia hanya tunduk malu.

"Nampaknya ada yang masih malu-malu kucing lah."Usik Mak Nani.Damia merasai muka mulai bertukar warna.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience