Bab 2

Romance Completed 51617

Bab 2

Dari tadi Pak Samad melihat isterinya yang resah.Dia pasti ada sesuatu yang sedang mengganggu jiwa tua isterinya.

“Nani,awak ni kenapa,abang tengok dari tadi tak tentu arah jer?”tanya Pak Samad sambal berdiri memenggang cangkul.

“Entahlah abang,dari tadi hati saya ni berdebar-debar,asyik teringat Damia dekat rumah tu,”jawab Mak Nani sambil mengutip tandan pisang yang telah dipotong oleh pak Samad tadi.Pak Samad menggeleng kepala sambal menyambung kerja menyangkul tanah.

“Isk awak ni!jangan fikir bukan-bukanlah.Insyaallah dia selamat kat rumah tu.Siapkan kerja kita cepat,lepas itu cepatlah kita balik.”Arah Pak Samad.

“Baiklah abang,”kata mak Nani.Di dalam hatinya berdoa memohon perlindungan buat anak angkatnya,Siti Damia.Mereka meneruskan kerja-kerja di kebun.

Sementara itu di rumah,bunyi ketukan pintu yang agak keras membuatkan Damia terkejut.Dia yang sedang membasuh pinggan di sinki menyangka Mak Nani pulang.Segera dia membasuh tangan,mengelap tangannya dan menuju ke pintu dapur.Sebaik sahaja dibuka selak pintu,daun pintu dapur dikuak segera dua lelaki yang ditakuti Damia menerpa masuk.Damia terkejut dan cuba menghalau mereka.

“Keluar Kamal! Nanti aku jerit!,”ugut Damia.

“Hahaha,jeritlah Damia sayang,dah lama aku tunggu saat ini.Aku terlalu rindukan kau,”balas Kamal sambil mendekati Damia.

“Jangan kau berani dekati aku.Baik kau keluar,pergi!,”jerit Damia.Pantas Taha memegang kedua tangan Damia.Kamal cuba menutup mulutnya.Damia meronta cuba melepaskan diri.Tenaganya tidak mampu untuk melawan jika dibandingkan dengan tenaga Kamal dan Taha.Airmatanya mengalir laju,bayangan kejadian yang menimpa Mak Ana menerpa di ingatanya.

“Mak ,tolong Mia,”hatinya merintih memanggil ibunya.Mata Damia mulai kelam.Kamal tersenyum bangga,hasratnya untuk memiliki Damia semakin hampir.Dia memerhatikan susuk tubuh Damia yang telah pengsan didepannya.

“Maafkan aku Mia,aku terpaksa lakukan begini kerana inilah satu-satunya cara agar aku dapat memilikimu.”Katanya di dalam hati.Kamal dan Taha saling berpandangan,mereka ketawa bersama kerana rancangan kali ini hampir berjaya.Damia diangkat oleh Kamal ke dalam kereta dan berlalu pergi.

“Assalamualaikum,Mia,”panggil Mak Nani sebaik sahaja turut dari motor.Beberapa kali dipanggil namun tiada sahutan.Mak Nani semakin berdebar hatinya.Segera dia ke dapur,pintu tidak berkunci,dikuak pintu dapur.Terkejut mak Nani melihat keadaan dapur yang berselerak.Susunan meja makan dan kerusi semuanya berselerak.

“Abang!Mia takde,”jerit Mak Nani.Pak Samad segera berlari ke arah dapur isterinya.Terkejut pak Samad .Mereka berpandangan,angkara siapa lagi!.Tidak pasti dimana Damia.Apalah nasibnya.Airmata Mak Nani mengalir laju,apa yang ditakutkan sudah terjadi.Dia buntu ke mana hendak mencari anak angkatnya.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience