Bab 53

Romance Completed 51617

Bab 53

Epilog

Majlis resepsi Adam Harris dan Siti Damia meriah.Para tetamu yang hadir tidak putus-putus melahirkan rasa syukur melihat kedua pasangan mempelai.Ada juga yang memuji kecantikkan Damia hingga membuatkan Adam Harris memeluk pinggang isterinya erat.Seolah memberitahu dialah lelaki yang bertuah kerana memiliki bidadari syurga jelmaan dunia.

Lewat petang barulah pasangan pengantin dapat berehat seketika sementara menanti azan maghrib.Adam masih di kamar mandi membersihkan diri,Damia masih di depan cermin membuka tiara yang menghiasi kepalanya.

Setelah makan malam,mereka sekeluarga berehat seketika di ruang tamu,Damia hadir dari dapur membawa sedulang berisi minuman kopi.

"La,pengantin pulak yang buat kopi."Usik Datin Suri.

"Tak mengapa mama,Mia suka nak buatkan.Marilah kita minum sama-sama."Pelawa Damia sambil menghidangkan minuman buat Adam,mama,papa,Pak Samad dan Mak Nani.

"Adam,tengok apa tu?"Usik Dato Ridhwan.Dari tadi diperhatikan anak lelakinya asyik menatap menantunya.Sabar dulu Adam.Tak lari gunung dikejar.

"Adam,sabar dulu ye,minum kopi ni barulah ada power".Kata-kata Pak Samad membuatkan semuanya ketawa kecuali Damia dan Adam.Mereka berdua terpaksa redha menjadi bahan usikan saat ini.Damia sempat mengetap bibirnya hingga membuatkan Adam sukar menahan diri.

Jam menunjukkan pukul sepuluh malam,Damia telah pun berada di kamar Adam.Hatinya berdebar-debar menantikan suaminya.Pintu kamar diketuk.Damia membetulkan duduknya di sisi katil.

"Assalamualaikum."Adam masuk memberi salam.

"Waalaikumsalam."Balas Damia lembut.Senyuman diukir buat tatapan suami.

Berlalulah malam indah buat Adam Harris dan Damia.Ikatan diutuhkan dengan restu keluarga.Takdir disatukan dalam suasana yang tidak diduga namun takdir itu juga,mereka diraih dalam suasana gilang gemilang.

--------TAMAT-------

******

p/s-Buat semua pembaca yang budiman,jutaan terima kasih Qaseh ucapan kerana sudi membaca novel ini.Qaseh tahu ramai yang setia menunggu kesudahan kisah Adam dan Damia.Maaf qaseh terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya disebabkan masalah kesihatan.Syukur Alhamdulillah berkat sokongan dan dorongan semua,Akhirnya hari ni DIA TAKDIRKU? melabuhkan tirainya.Moga semua pembaca berpuas hati dan sudi memberi komen untuk qaseh perbaiki lagi dimasa hadapan.TERIMA KASIH SEMUA.

Share this novel

Siti Khadijah Ahmad
2022-08-08 13:14:44 

jln cerita yg menarik terus kn berkarya


NovelPlus Premium

The best ads free experience