Bab 16

Romance Completed 51617

Bab 16

Matahari pagi itu semakin menampakkan diri sewaktu Adam meninggalkan rumah.Seperti kebiasaan,Damia menjalani rutin harian.Selesai mengemas,dia menyediakan menu tengahari.

Hari ini aku akan masak nasi beriani Mak Nani.Lincah Damia bergerak ke sana ke sini di dapur menyediakan bahan-bahan.Daging kambing dibasuh bersih,bawang dimayang halus.Sewaktu menumis bahan-bahan,semerbak bau wangi menerpa ruang di dapur.Damia melihat jam,senyuman terukir membayangkan bagaimana reaksi Adam nanti.

Tepat jam dua belas tengahari,nasi beriani,dalca kambing dan jelatah timun sedia terhidang di atas meja.Sempat lagi aku mandi.Segera dia bersiap=siap sebelum Adam Harris tiba.Setengah jam kemudian,Damia telah terpacak menanti di depan pintu.Kedengaran tiga ketukan,Damia tersenyum sambil memulas tombol pintu utama.

"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam,"Damia menjawab salam dengan lembut.Adam Harris melihat isterinya yang begitu setia melakukan rutin harian tanpa sebarang rungutan.Cantik.Damia yang mengenakan blause biru berbunga kecil tampak bertambah manis dengan selendang sentiasa di kepala.Adam membalas senyuman,tangan dihulurkan seperti kebiasaan.Bisa tergugat iman lelakinya.Terasa getaran di hati.

"Mia masak apa hari ni?.Bau semerbak ni."Adam mula bersuara.Deria baunya mulai menghidu bau yang menaikkan selera.Perut mulai merayu-rayu pinta diisi.

"Cuba encik teka."

"Apa encik-encik."Tegur Adam Harris.Matanya memandang tepat ke anak mata isterinya.Damia nak kene denda ni.

"Abang,maafkan Mia."Ujar Damia.Kecut perutnya.Segera dia menarik kerusi untuk si suami.

Melihatkan Adamm yang begitu berselera menjamu makanan tanpa sebarang rungutan menyakinkan Damia yang masakkannya berjaya mengikat perut suaminya.Damia mengamati lelaki disisi kanannya.Seorang yang asing tidak pernah bersua sebelum ini ,ditakdirkan menjadi pelindungnya disaat ada yang ingin mengambil kesempatan ke atasnya.Lelaki asing yang sanggup menumpangkan dia disini.Ya.Dialah Adam Harris.Dunia baru Siti Damia.

"Nasi tu tak masuk mulut kalau tidak disuap."Sergah Adam.Spontan damia mengalihkan pandangannya.Malulah pulak.Adam sengaja mengusik isterinya.dari tadi ekor matanya memerhatikan tindak tanduk Damia.Jari jemari menguis nasi di pinggan.Kacak sangat kot aku hari ini.Dia bermonolog sendirian.

Selesai makan,Damia mengemaskan meja dan membawa pinggan ke sinki.Adam masih dimeja makan.Sempat di belek bursa saham di telefon.Untung atau rugi pembelian hari ini.Seketika kemudian Adam mengatur langkah ke dapur.Damia masih leka membasuh pinggan.Sengaja Adam merapatkan dirinya hingga tersentuh lengan kanan Damia.Bauan segar rambutnya sempat dihidu walaupun rambut itu terselindung disebalik selendang.Damia kaget.Hampir terlepas gelas ditangannya.Ada rasa marah dan malu.Adam yang sedang mencuci tangan sempat memercikkan air ke wajah isterinya.

"kenapa ni abang,basahlah selendang Mia."Tegur Damia dengan nada merajuk.Panas hatinya dengan sikap Adam.

"Kalau basah,buka sahajalah selendang itu,bukannya haram pun."Balas Adam.Damia semakin gelisah.Adam mula merapatkan dirinya.Damia cuba kebelakang mencari ruang selamat.Hampa.Dia terperangkap disitu.Matanya dipejamkan.Degupan jantung semakin mengganas.

"Mia isteri abang yang sah.Jadi segala ditubuh badanmu tidak berdosa untuk abang lihat atau sentuh."Adam berbisik ditelinganya.Tangan lelakinya mulai menyentuh selendang.Mengusap manja kepala Damia.Damia semakin leka dengan sentuhan misteri itu.

"Mia relakan abang buka selendang ini.Biar abang melihat keindahanmu."Bicara Adam lembut.Damia hilang kata-kata.Dia tiada pilihan lain.Dalam terpaksa dia merelakan.Memang benar dia isteri sah kepada Adam Harris.Jadi tidak salah untuk Adam Harris melihat rambutnya bahkan lebih dari itu Adam berhak ke atas dirinya.

Perlahan-lahan selendang yang selama ini bertahta di kepala dibuka Adam.Bauan segar rambut Damia menusuk ke hidungnya.Adam menarik nafas menikmati keharuman itu.Hembusan nafas Adam menyentuh halus kulit leher Damia.Terasa bahang.Aliran arus elektrik bagaikan sedang menguasai dirinya.Adam mengamati keindahan mahkota wanita dihadapannya.Indah sungguh Ciptaan Allah.Dia semakin leka.

"Lepas ini dalam rumah,Mia tidak dibenarkan pakai selendang ini.Biarkan sahaja begini.Abang suka."Kata Adam terus berlalu meninggalkan Damia.Bahaya jika dia duduk lama di situ.Separuh hati lelakinya semakin cair.

Damia menarik nafas lega setelah Adam berlalu.Debaran dihati masih lagi belum reda.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience